Edited by Vellfire at 9-10-2021 02:26 AM
Ahmad Urai, Abdul Karim, Abdullah Saidol, Pandelela antara penerima darjah kebesaran TYT hari ini

KUCHING: Seorang veteran politik yang juga bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Datu Hakim Abang Mohideen mendahului senarai penerima pingat kebesaran negeri sempena Hari Lahir Ke-85 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada hari ini.
Beliau menerima pingat Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Amar.
Seorang lagi penerima pingat membawa gelaran yang sama ialah seorang tokoh politik iaitu Allahyarham Datuk Sri Pengiran Hipni Pengiran Annu menerimanya secara posthumous.
Seramai 1,326 orang menerima pingat kebesaran negeri sempena Hari Lahir TYT.
Sementara itu, enam penerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato Sri ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, Peguam Besar Negeri, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Dr. Wan Lizozman Wan Omar dan Pengerusi KKB Engineering Berhad, Datuk Kho Kak Beng.
Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Ukas, Abdullah Saidol pula antara penerima pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk. Penerima lain ialah James Ling Lu Kiong daripada Shin Yang.
Sementara itu, Profesor Madya Dr. Muhammad Abdullah Zaidel antara
13 penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran Datu.
Penerima lain ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dr. Rashidah Bolhassan, Abdullah Julaihi (Pengarah Jabatan Tanah dan Survei), Khirudin Drahman (Pengarah Bomba Negeri), Pengurus Besar PUSAKA, Hashim Bojet, Kameri Affandi, Edwin Abit, Sherrina Hussaini, Indit Bangai, Jack Aman Laut, Lau Hieng Ung, Dr Azhar Ahmad dan Muhammad Yakub Kari.
Seramai 17 penerima menerima pingat Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato. Mereka ialah Senator Dr. Zaidel Suhaili, Senator Dr. Nuing Jeluing, ADUN Lingga Simoi Peri, ADUN Layar, Gerald Rentap Jabu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Mancha Ata, Datin Dr Zaliha Christine Abdullah, Majang Renggi, Dr. Chin Zin Hing, Haidar Khan Asghar Khan, Profesor Dr. Spencer Empading Sanggin, Ir. Christopher Adrian, Chai Voon Tok, Dona Babel, Polit Hamzah, ratu terjun negara Pandelala Rinong Pamg, Temenggong Wilfred Billy Panyau dan Temenggong Austin Dimin Niyon.
sarawakvoice.com/2021/10/09
|