CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3191|Reply: 1

[Sabah] Warga asing cuba rempuh polis ditahan

[Copy link]
Post time 11-10-2021 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Warga asing cuba rempuh polis ditahan [size=0.8][size=0.9]Juwan Riduan
[email protected]


RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular




Kota Kinabalu: Lelaki warga asing yang bertindak agresif termasuk hampir merempuh anggota polis ketika cuba melarikan diri berjaya ditahan di Manggatal, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang, polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar Perodua Myvi dipandu suspek berusia 20-an terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, pihaknya menjalankan operasi 'Op Tapis' selepas mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Katanya, ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan, suspek enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif dengan merempuh kenderaan pasukan polis beberapa kali.

"Suspek turut cuba melanggar anggota polis dari arah hadapan, namun sempat dielakkan sebelum dua das tembakan dilepaskan ke tayar hadapan kiri dan kanan kereta suspek bagi mempertahankan diri.

"Lelaki itu berjaya melarikan diri, namun kenderaannya hanya mampu bergerak sejauh 120 meter daripada tempat kejadian sebelum ditahan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur kristal disyaki syabu dengan berat kasar keseluruhan sebanyak 100 gram.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Kejadian berkenaan sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di laman sosial.

Kejadian itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen termasuk memuji tindakan dan kecekapan polis sehingga dapat memberkas suspek.

Disiarkan pada: Oktober 11, 2021 @ 6:42pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2021 10:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.605723 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list