CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 20-9-2005 08:17 PM | Show all posts
3.  Yakin

Apa saja ilmu yang kita ketahui dan fahami perlu kita yakini terutamanya dalam soal-soal aqidah, keyakinan kepada Allah kepada Rasul, kepada malaikat dan sebagainya. Keyakinan itu mesti kental, jangan dicelahi oleh syak, waham atau zan. Jangan jadikan ilmu Islam itu macam ilmu-ilmu sekular yang lain-Umpamanya sewaktu kita belajar ilmu ideologi, ilmu ekonomi, ilmu politik dan ilmu alam, kadang-kadang hati kita berkata, "Ya ke? Betul ke?. Sudah belajar ilmu ekonomi tetapi hati kecil pula berkata, "Eh, kalau aku buat ini, boleh dapat untungkah?

Ada rasa was-was. Ilmu di luar Islam boleh begitu. Kalau kita belajar tentang ideologi, belajar teori politik, teori ekonomi dan sebagainya sehingga pandai dan pakar serta boleh mensyarahkannya tetapi kita ada rasa ragu, ada syak, waham, zan atau ada rasa tanda tanya, ini tidak salah. Tetapi terhadap ilmu Islam, tidak boleh begitu. Terutamanya yang ada hubungan dengan aqidah. Tidak boleh ada syak, ragu, zan atau waham. Kita mesti yakin. Kita kena amalkan ilmu Islam atas dasar yakin.

Kita mesti yakin dengan janji-janji Allah SWT. Kita mesti yakin dengan hidup di Akhirat. Dengan balasan Syurga kalau kita ikut perintah Tuhan dan balasan Neraka kalau kita ingkar dengan perintah-Nya.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 22-9-2005 07:59 AM | Show all posts
Keyakinanlah yang mendorong umat Islam teguh, kuat keazaman dan bercita-cita tinggi. Keyakinanlah yang mendorong umat Islam berkorban habis-habisan demi kemuliaan diri dan kemuliaan Islam. Keyakinan jugalah yang meneguhkan dan menguatkan jihad dan perjuangan. Kerana berjuang ertinya berkorban. Berkorban ertinya terkorban. Dalam perjuangan, pasti ada sesuatu pada diri kita yang terpaksa kita korbankan.

Teguh keyakinan menjadikan umat Islam seronok dan terhibur dengan perjuangan dan pengorbanan, dengan kesusahan dan ujian yang menimpa. Lemah keyakinan akan menjadikan umat Islam rasa terseksa dan putus asa apabila ditimpa ujian dan kesukaran. Dia akan cepat-cepat mundur dan menyerah kalah.

4- Melaksanakan

Setelah kita mengetahui, faham dan yakin dengan ilmu-ilmu Islam, kita mesti bertindak dan mengamalkannya. Perintah suruh iaitu yang fardhu dan sunat mesti dilaksanakan. Perintah larang iaitu yang haram dan makruh mesti ditinggalkan. Pe-rintah suruh itu ada yang fardhu ain, ada yang fardhu kifayah. Manakala yang sunat kita laksanakan sejauh yang termampu. Kalau boleh, yang harus pun dijadikan ibadah dengan menern-puh lima syarat iaitu niatnya betul, pelaksanaannya betul, nati-jahnya betul, tidak bercanggah dengan syariat dan amalan-amalan fardhu ain yang asas seperti sembahyang, puasa tidak ditinggalkan. Buah ilmu itu adalah amalannya. Sekiranya ilmu itu tidak diamalkan, jadilah ia ilmu yang tidak berbuah. Pepatah Arab ada berkata:

Maksudnya: "Ilmu yang tidak diamalkan macam pokok yang tidak berbuah."

Orang yang tidak menanam pokok durian sudah tentu tidak dapat makan buah durian. Orang yang ada pokok durian tetapi waktu musim buah, pokok duriannya tidak berbuah, maka senasiblah dia dengan orang yang tidak memiliki pokok durian. Orang yang tidak ada pokok durian dan tidak dapat makan buah durian, itu munasabah. Orang yang ada pokok durian tetapi tidak dapat makan buah durian kerana pokoknya tidak berbuah, ini malang. Bahkan dalam Matan Zubat ada menyebut:

Maksudnya: "Orang yang berilmu tetapi tidak beramal akan masuk ke dalam Neraka 500 tahun lebih dahulu daripada penyembah berhala."

Oleh itu jangan jadikan ilmu Islam sebagai mental exercise atau riadhah akal sahaja. Kalau kita belajar ilmu ekonomi misalnya, tidak berniaga pun tidak mengapa. Kita belajar ilmu politik tetapi tidak berpolitik pun tidak mengapa. Tetapi ilmu Islam mesti dilaksanakan.

Jadikanlah ilmu yang ada pada kita itu, yang telah kita faham itu sebagai panduan hidup dalam semua hal. Dalam menegakkan akhlak, dalam menegakkan masyarakat, dalam berjuang, dalam membangunkan jemaah, dalam berumahtangga, dalam ekonomi, dalam pendidikan, dalam mencari rezeki dan sebagai-nva. Biar ia benar-benar menjadi panduan hidup kita agar semua tindak-tanduk kita jadi ibadah dan diterima oleh Allah serta diberi-Nya pahala.

Ilmu Islam adalah untuk diamal. Bukan untuk diteorikan, dislogan, diforum, diseminar dan diretorikkan dan kemudian balik hidup seperti biasa. Ini yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Tidak ada gunanya ilmu Islam itu seronok dibincang, dipuji-puji ketinggiannya, ketepatannya dan kesahihannya kalau ianya tidak jadi panduan dan amalan hidup. Yang memajukan diri dan agama itu bukan pada percakapannya tetapi pada perlaksanaannya. Majunya umat Islam ialah setakat mana dia berjaya mengamalkan agamanya.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 27-9-2005 02:05 PM | Show all posts
5. Mujahadah

Walaupun hati sudah terbuka, rindu dan suka dengan Islam, sudah faham Islam dan yakin pula dengan apa yang difahami itu, tetapi bila hendak bertindak dan melaksanakannya, masya-Allah, rupanya bukan Amerika, bukan Yahudi, bukan orang kafir yang menghalang tetapi musuh dalam diri kita sendiri iaitu nafsu kita yang menghalang! Nafsu yang ada dalam diri kita itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak boleh mempengaruhi seseorang itu kalau dia tidak dapat meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah highway bagi syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan dia tidak boleh mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, ia sangat jahat.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)



Dalam ayat yang pendek ini, Tuhan memberitahu manusia bahawa musuh manusia yang paling ketat adalah nafsunya yang ada dalam tubuhnya sendiri. Ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Musuh yang paling memusuhi kamu ada-lah nafsu yang ada diantara dua lambungmu."

Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama dalam hendak mengamal dan melaksanakan Islam. Kemudian barulah syaitan, dunia dan perkara-perkara yang lain. Meme-rangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekala. Memerangi nafsu tidak ada hentinya dan tidak ada penghujungnya. Nafsulah penghalang yang paling jahat. Kenapa? Kalaulah musuh dalam selimut, itu pun mudah dan boleh kita hadapi. Tetapi nafsu adalah sebahagian dari juzuk tubuh badan kita sendiri. Tidak sempurna diri kita kalau tidak ada nafsu.



bersambung...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 29-9-2005 06:35 PM | Show all posts


Ia bukannya musuh dalam selimut tetapi musuh dalam diri. Sebahagian diri kita memusuhi kita. la adalah jismul latif iaitu tubuh yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala. la hanya boleh dikesan oleh mata otak atau dirasa oleh mata hati. Oleh itu mana boleh kita buang. Sekiranya dibuang, kita pun pasti mati. Sebab nafsu itu perlu untuk kita hidup. Nafsulah penghalang yang besar. Kalau hendak sembahyang, bukannya senang hendak mujahadah. Hendak sembahyang Subuh contohnya, kita kata tunggulah dulu. Bangun sepuluh minit lagi. Akhirnya terlajak sembahyang Subuh. Pukul 8.00 pagi baru terjaga. Siapa yang membisikkan kepada kita itu? Itulah nafsu.

Bukan senang hendak berjuang dan berkorban. Nafsu akan berbisik, "Fikirkanlah masa depan kamu. Korban sikit-sikit cukuplah."

Bukannya mudah hendak sabar apabila berhadapan dengan ujian. Bukan mudah sebab nafsu tidak mahu. Begitu hendak memberi maaf kepada orang yang buat salah dengan kita. Kita rasa terhina hendak memaafkan orang yang bersalah dengan kita terutama kalau kita ada jawatan dan pengaruh. Lebih-lebih lagi kalau kita yang bersalah, hendak minta maaf lagilah payah. Terasa tercabar ego kita. Bukan senang hendak mujahadah bila nafsu kata jangan. Hendak ikut syariat bukan-nya senang. Sebab itu barang siapa yang berjaya melawan hawa nafsunya, dia dianggap wira. Dianggap orang berani dan luar biasa. Ada Hadis mengatakan:

Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu berani bila dia dapat mengalahkan musuhnya tetapi dianggap berani jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya."



BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi at 29-9-2005 06:40 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 4-10-2005 08:31 AM | Show all posts
Tetapi selalunya bila seseorang itu dapat mengalahkan nafsunya, hingga menjadi orang yang baik dan soleh, manusia menganggap dia orang yang paling jahat di dunia. Orang tidak kata dia wira atau orang berani. Tetapi orang yang sudah di-kalahkan oleh hawa nafsunya dan hidupnya sudah lintang-pukang, orang kata mereka inilah wira! Bush dianggap wira oleh orang Amerika. Saddam juga dianggap wira oleh orang Iraq. Tidak kiralah apa gelaran sama ada 'tokoh' atau 'jaguh' yang dikurniakan kepada seseorang itu, bila kita tinjau kehidupan dan peribadi mereka, kebanyakan mereka adalah orang yang sudah kalah dan sudah ditumpaskan oleh hawa nafsu mereka. Jadi dalam dunia hari ini, siapa yang dikalahkan oleh hawa nafsunya dianggap tokoh, jaguh dan wira.

Itulah wira yang palsu. Wira yang sebenar-benar wira ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya. Inilah yang dikatakan pejuang yang hakiki. Selagi hawa nafsu tidak dapat diperangi, selama itulah seseorang itu tidak akan tertuju kepada Allah. Tidak akan dapat benar-benar berkhidmat kepada Allah. Tidak akan jatuh cinta dengan Allah. Tidak akan dapat memberi ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Kalau nafsu tidak diperangi, seseorang itu tidak akan dapat hidup dalam dan tidak akan dapat hidup dalam pimpinan Allah.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami. Sesungguh-nya Allah itu berserta dengan orang yang berbuat baik."(Al Ankabut: 69)[/
i]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 8-10-2005 09:40 PM | Show all posts
Ini jaminan dari Allah. Siapa sanggup melawan hawa nafsu-nya, Allah akan tunjukkan jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan tertuju ke jalan yang sebenar. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah. Ertinya, mereka men-dapat pembelaan dari Allah di dunia lagi. Jadi sesiapa yang sanggup melawan hawa nafsunya, dia adalah rijalullah (orang Allah, keluarga Allah, kepunyaan Allah dan tentera Allah). Siapa yang menjadi 'kepunyaari Allah atau tentera Allah, dia akan dibantu Allah.

Tetapi selagi belum menjadi tentera Allah, sebaliknya men-jadi tentera manusia atau tentera syaitan, Allah akan biarkan. Kalau diberi kemenangan pun, atas dasar dia kuat, bukan atas dasar dapat bantuan dari Allah. Dia dibantu atas dasar istidraj, bukan atas dasar rahmat. Jadi seseorang itu mesti sanggup melawan hawa nafsunya. Kalau tidak, banyaklah ajaran Islam yang akan terabai. Banyaklah perintah Allah yang dicuaikan. Bila tidak dapat lawan hawa nafsu, banyak pula larangan Allah yang dibuat. Kalau terbuat boleh tahan, tetapi ini sengaja dibuat. Ini lebih berat.


Jadi hanya dengan melakukan mujahadatunnafsi (mujahadah melawan hawa nafsu), barulah ajaran Islam itu boleh kita amalkan sunguh-sungguh kerana nafsu yang sangat menghalang itu sudah tidak ada lagi. Barulah maksiat lahir dan batin dapat kita tinggalkan dan hindarkan kerana nafsu yang sangat menyuruh kepada kejahatan itu sudah tidak ada lagi. Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, sudah kita jinakkan dan sudah menjadi tawanan kita.

BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi at 8-10-2005 09:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044747 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list