View: 19037|Reply: 10
|
Infomasi : Negeri Kedah & Negeri Perlis
[Copy link]
|
|
SALAMSS ALL....:hug:
HAI....SEBARANG INFO BERKENAAN NEGERI KEDAH/PERLIS LEH HANGPA RUJUK KEK SINIK.....:ah:JANGAN MEMALU...SEBARANG KESULITAN AMATLAH DIKESALI..HUHUHUHU......:bodek::bodek:
:bgrin::bgrin::bgrin:
[ Last edited by jj at 13-9-2006 09:41 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~NEGERI KEDAH DARUL AMAN~
LOKASI
Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand. Pulau Langkawi, satu kawasan tarikan pelancong yang terkenal, adalah juga sebahagian daripada negeri Kedah.
BENDERA NEGERI
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
LAMBANG
Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BANGUNAN BERSEJARAH DAN TEMPAT MENARIK
MUZIUM NEGERI
Muzium Negeri merupakan satu contoh lambang senibina yang memaparkan adunan kesenian Melayu dan kesenian pengaruh Siam. Sebelum ini ia di panggil dengan nama Istana Kota Setar, tempat semayam rasmi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II yang dibina pada tahun 1736. Ia juga terkenal dengan nama Istana Pelamin semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddi Mukarram Shah kerana menjadi persada upacara perkahwinan di raja untuk beberapa kali. Kini, ia memuatkan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka kebudayaan.
BALAI BESAR
Terletak di tengah-tengah Medan Budaya ialah sebuah Balai Besar yang cukup indah. Ia merupakan gabungan keindahan senibina dan kehalusan kerja-kerja seni.
Ia dibina pada tahun 1898 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II (1710 |
|
|
|
|
|
|
|
LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN
\
SENARAI HOTEL/TEMPAT PENGINAPAN YANG INGIN DI"CHECK IN"...
:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
SEJARAH NEGERI PERLIS
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan : Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "okok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalur berwarna kuning - mengambarkan pemerintahan beraja. Jalur berwarna biru - mengambarkan rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara Raja dan Rakyat .
Lagu Negeri
Amin amin Ya Rabaljalil
Doa Hamba Yang Sangat Zalil
Tinggikan Daulat serta Adil
Kekal Perintah Jamalullail
|
|
|
|
|
|
|
|
LAMBANG NEGERI
Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya. |
|
|
|
|
|
|
|
KEBUDAYAAN NEGERI PERLIS
BEDUAN
Beduan merupakan persembahan kesenian yang tertua di negeri Perlis. Kesenian ini tumbuh dan berkembang kira-kira 250 tahun yang lalu. Lazimnya, beduan dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. Ahli kumpulan beduan terdiri daripada 8 orang. Mereka memukul gendang sambil menyanyi. Gendang-gendang Beduan agak besar. Terdapat 3 jenis gendang iaitu 'Pengibu','Peningkah' dan 'Penganak'. Dalam nyanyian Beduan mereka akan berbalas pantun.
ALU BUNYI
Alu Bunyi ialah persembahan kesenian yang kedua tertua di negeri Perlis. Kesenian ini muncul dikalangan petani yang mengerjakan sawah. Lesung dan Alu yang digunakan untuk menumbuk padi, dijadikan alat muzik yang mengeluarkan bunyi dan irama yang tersendiri. Tradisi ini biasanya dipersembahkan ketika musim menuai padi. Dalam temasya tersebut juga terdapat aktiviti menumbuk 'emping' dan 'ringgi'. Lesung alu diperbuat daripada kayu temak manakala alu pula diperbuat daripada kayu tui. Ia menjadi hiburan kaum petani dan juga memanggil 'semangat padi' suatu ketika dahulu. Semangat padi ini dipercayai akan menghalang musuh padi seperti tikus, burung dan ketam dari merosakan padi mereka, maka makmurlah hasil padi.
GENDANG TARI INAI
Gendang Tarinai merupakan kumpulan muzik tradisional Perlis. Kesenian ini begitu popular suatu ketika dulu dari kalangan rakyat hingga ke istana raja. Kini, muzik tradisional ini masih diminati ramai khususnya untuk dimainkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Kumpulan muzik Gendang Tarinai lazimnya terdiri daripada 5 orang iaitu dua orang akan memukul gendang panjang, seorang meniup serunai dan seorang memukul dua biji gong. Lagu-lagu yang sering dipersembahkan terutamanya di majlis perkahwinan adalah lagu-lagu melayu asli seperti : Anak Tiung, Cinta Sayang, Gong Panjang.
Awang Batil ialah Penglipurlara yang hanya terdapat di negeri Perlis. Awang Batil menggunakan batil(bekas isi air yang diperbuat dari tembaga) sebagai muzik iringan. Suatu ketika dahulu Awang Batil akan mengembara dari sebuah kampung ke sebuah kampung yang lain untuk mempersembahkan cerita-ceritanya terutamanya dirumah kenduri perkahwinan. Awang Batil banyak mempusakai cerita-cerita rakyat. Dalam cerita-cerita yang disampaikan akan diselang selikan dengan jenaka dan pada babak tertentu dia akan memakai topeng. Topeng ini diperbuat daripada kayu.
Berendoi merupakan kesenian berunsur Islam. Seramai 3 atau 4 orang akan berdikir atau menyanyi dengan irama berendoi dalam upacara bercukur seorang bayi yang berusia 7 hari. Biasanya buaian akan dihiasi indah. Bayi yang telah dicukur rambutnya dan dibelah mulutnya, bayi akan diletakan didalam buaian, maka mulalah nyanyian berendoi yang memuji Rasullullah. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|