CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sailorvenus

AGENDA MASA DEPAN UMAT ISLAM ( harith_hadi1204, b4dboyz, aizverus, damiqula)

[Copy link]
Post time 18-7-2006 09:58 PM | Show all posts
salam

nak tanya balik noooo
kalaulah si setan dah bawak parang nak lawan kita
apa kita nak bawa????????

kalau tahu sisetan dan suku sakatnya dah marah kat kita
dan siap utk berperang
adakah kita layak duduk kat kedai kopi menunggu ajeeeee????

dan kalau dah tengok maksiat bermaharajalela di satu tempat tu
nak juga ka dok kat situ
tak takut ke terjerumus sekali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 04:29 PM | Show all posts
westernophobia pula bagaimana?

bagaimana kita mahu perbetulkan salah tanggapan kita terhadap Barat pula?

:bgrin:

selama beratus2 tahun mereka telah ada apa yg dipanggil kajian timur... oriental studies... yg menghasilkan orientalis/orientalisme.

tetapi rasanya tak banyak yg kita buat untuk memahami mereka... kajian Barat.. oxidental studies.. yg mungkin boleh menghasilkan oxidentalisme pula?

[ Last edited by  petola at 19-7-2006 04:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 19-7-2006 11:55 PM | Show all posts
pada pandangan saya, ketiadaan oxidentalist ni maybe krn perkambangan teknologi barat yg pesat, sehinggakan byk sumber rujukan kita ambil dr mereka..jd kita rasa kita dah cukup kenal barat..melalui penulisan2 yg dihasilkan, filem2 yg diedarkan diseluruh dunia yg menggambarkan kehidupan mereka.sedang masyarakat timur lebih bersikap misterious,dan tertutup dlm beberapa perkara yg melibatkan adat dan kepercayaan...sehingga asia dikatakan mysterious, exotic and inscrutable(sukar dijangka).

boleh beri cadangan camne kita leh wat kajian terhadap barat?adakah dgn mengkaji peradaban2 mereka n wat survey?atau tinggal kat negara dorg wat pemerhatian beberapa thn..rasanya xcukup kot kalu camtu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 01:03 AM | Show all posts

Saya sokong...

Originally posted by harith_hadi1204 at 16-7-2006 04:00 AM
inilah yg menyedihkan..sorg muslim xtau nilai disebalik air mata tu..

saya pernah tgk klip dr lecturer saya, rayuan rakyat2 Palestin agar kita bantu mereka.sorg wanita yg dgn penuh redhanya mere ...



tapi, Untuk mase terdekat ni ape yang paling efektif ha????

tunjuk perasaan ke ???forum???sesi dialog??

wonder la....maybe memperbaiki diri kut...

[ Last edited by  ussopp at 20-7-2006 01:06 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 20-7-2006 01:26 AM | Show all posts
maybe kita ble rujuk thread al-Aqsa dlm bahaya..ada cadangan yg diberikan dlm tu yg ble kita amalkan.

n for sure, yg terbaik tu memperbaiki diri...kemajuan sesuatu tamadun dipengaruhi oleh setiap warganya...tanpa rakyat xde tamadun...(tp kalu yg byk tu rakyat yg jenis xle pakai, agak2 apa yg jd ngan tamadun tu..fikir2 n renung2kanlah)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by harith_hadi1204 at 19-7-2006 11:55 PM
pada pandangan saya, ketiadaan oxidentalist ni maybe krn perkambangan teknologi barat yg pesat, sehinggakan byk sumber rujukan kita ambil dr mereka..jd kita rasa kita dah cukup kenal barat..melalui ...


pada saya kita hanya mengenali Barat hanya pada rupa yg ditunjukkan kepada kita... tetapi tidak pada yg ada disebalik itu atau falsafah yg melatarinya.

dan tentu kita mengenali Barat kerana teknologinya, yg kita guna dan nikmati sama.

tetapi Barat lebih daripada sekadar teknologi, superman, angelina jolie, mcD dan starbuck, harry potter, BBC, george bush atau tony blair dll dll. Pergeseran yg ada bagi saya di sebabkan oleh kegagalan kedua2 pihak memahami falsafah yg bergerak di belakang pihak yg satu lagi.

satu lagi ialah kerana masing2 pihak gagal mengamalkan apa yg mereka sendiri pegang dan percayainya. Barat menyanjung hak asasi manusia dan demokrasi tetapi pada masa yg sama senang2 melanggarinya jika untuk kepentingan dirinya. Begitu juga umat Islam, senang2 melanggari segala prinsip dan nilai baik Islam dalam banyak hal. Jihad contohnya telah diterjemahkan begitu rupa hingga kita menganggap semua yg di luar Islam sebagai musuh abadi.

akhirnya masing2 menilai pihak yg lagi satu melalui apa yg diperlihatkan kepada pihak yg lagi satu. Segala yg baik yg dikatakan menjadi pegangan masing2 tidak tertonjol atau nampak diamalkan.

bagi saya nilai2 asas Barat dan Islam boleh dikatakan berbentuk universal, ie sesuai untuk manusia sejagat, thus applicable to all. Jika semua pihak berpegang pada nilai2 universal ini, maka pertentangan tidak sepatutnya berlaku.

itu jika kita jenis optimist... tetapi jika kita percaya pada teori dialektik sejarah Hegel atau Marx, maka pertentangan yg ada bukanlah perkara yg boleh elakkan, kerana ia adalah ketentuan perjalanan sejarah. :bgrin:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2006 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by petola at 20-7-2006 08:44 AM


Jihad contohnya telah diterjemahkan begitu rupa hingga kita menganggap semua yg di luar Islam sebagai musuh abadi.
  ...


Sila beri CONTOH nya. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 03:35 AM | Show all posts

Adakah semua muslim bermusuh dengan negara barat?











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


anakperantau This user has been deleted
Post time 23-7-2006 06:37 AM | Show all posts
Looking at the pictures, it is hard to say No kepada soalan di atas. Tapi soalan di atas juga mengandungi maksud yang mendalam, yang boleh dijawab dengan pelbagai intepretasi. Ingin saya berkongsi pengalaman saya tinggal di negara yang paling angkuh di dunia... rasanya semua tahu kan... sejak lebih 3 thn saya di sini, macam2 saya pelajari..Hajat asal datang ke sini selain kerana tugas dan melanjutkan pelajaran tapi macam2 kerenah dipelajari..

Kalau tanya saya soalan di atas, jawapan segera saya ialah TIDAK.
Tapi kalau berdasarkan perbincangan mendalam, pengalaman hidup sebagai minoriti, muslim pulak tu di darul kuffar ni menyedarkan saya dari lamunan bahawa di sebalik keramahan orang-orang barat, particularly Americans ni, saya juga pelajari betapa dendam kesumat terhadap Islam sudah jauh mendalam di hati mereka. This is a general perception..

Sejak Israel laknatullah menyerang Hizbullah di Lebanon, gambaran yang ditunjukkan betapa jahatnya orang Islam.. tapi at the same time Barat cuma menggula2kan umat Islam dgn menyatakan.. itu eksterimis islam.. bukan semua.. yang bukan semua itu ialah muslim yang mereka katakan boleh menerima acuan barat.. yang wanita boleh fleksibel dalam membuka atau menutup aurat.. oleh kerana fahaman barat yang berasaskan kebebasan individu, maka pada mereka sesiapa yang menggunakan agama sebagai cara hidup adalah sempit.. sebab tu lah, most mereka walaupun kristian pada nama, tapi tah apa2 jenis kristian yang mereka amalkan.. everything possible..

Saya meluat dengan Barat... kalau ditanya apa yang saya rasa... kalau sebagai student, saya hargai pengalaman pembelajaran di sini tapi kalau ditanya pengalaman as a whole, hati dan jiwa saya tertekan dan sakit dengan Islam yang ditindas.. Tapi dalam masa yang sama, saya insaf umat Islam pun bagai buih. .. digula2 oleh orang kafir cepat benar tunduknya... di sini pelajar lelaki dan perempuan yang muslim.. baik yang gf dgn bf atau kawan2 biasa duduk serumah tidak menjadi isu.... sembahyang pula kerana tidak menjadi culture ditinggalkan ... atau buat tapi lubang sana lubang sini.... Jadi kekadang bila orang2 Islam merungut dan memerangi Barat tapi at the same time mereka sendiri hidup di bawah acuan barat yang sesat, maka saya rasa mungkin jawapan kepada soalan di atas berlainan lagi...

Wallahu a'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by b4dboyz at 23-7-2006 03:35 AM


Boleh percaya ke ni?

Bukan apa...  I dah biasa dgn sistem pendidikan barat,  media massa barat, cara hidup barat dsb, sometimes gerak hati spt memberitahu samada benar atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:47 AM | Show all posts
selain fobia2 yg di atas, ada satu sagi fobia yg saya rasa ada dalam kedua2 tamaddun... xenophobia.

ketakutan yg melampau terhadap sesuatu atau semua yg asing.

dalam masyarakat kita telah diajarkan siapa `musuh2' kita...rasanya begitu juga dalam masyarakat mereka. Ini boleh menimbulkan perasaan itu.

western bashing atau meletakkan kesalahan2 kepada barat atas keburukan yg ada pada kita bukanlah perkara asing.

akibatnya kita takut dengan pemikiran2 barat... lalu kurang mempelajari dan memahaminya.

tetapi seronoknya kita belasah guna sains dan teknologi barat. Sebab apa? sebab sains dan teknologi umumnya tidak boleh merosakkan pemikiran kita sebab ia value free atau hanya alat atau applikasi saja.

bagi sesetengah golongan pula mereka percaya bahawa sains dan teknologi Barat itu bukanlah bebas nilai tetapi sarat dengan nilai2 barat. Lalu timbullah inisiatif untuk mengislamkan ilmu...

keadaan sesuatu masyarakat itu ada dua... yg sebenarnya ada dan apa yg sepatutnya ada (`the is' dan `the ought'). Kita kena jelaskan kedua2 aspek itu kepada mereka. Jika berkaitan Islam kena jelaskan apa yg sebenarnya diajar oleh Islam dan apa pula kenyataan yg ada, ie yg kita lakukan. Ia mungkin sekata tetapi tak kurang juga yg bertentangan.

bukan kerja mudah tu..

jadi di samping memikir apa yg barat patut tahu tentang kita, kita juga perlu fikir apa yg kita patut tahu tentang mereka... Mereka juga ada the is dan the ought.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 23-7-2006 11:47 AM
selain fobia2 yg di atas, ada satu sagi fobia yg saya rasa ada dalam kedua2 tamaddun... xenophobia.
ketakutan yg melampau terhadap sesuatu atau semua yg asing.
dalam masyarakat kita telah dia ...


How about neophobia...

Sebab dah lama dimasak dgn pemikiran sekular maka essence / identiti bangsa dah tiada lagi...

Then, how about harta & hak negara2 mundur yg dibelasah oleh penjajah berabad2 lamanya... dan kini teori tersebut cuba diaplikasikan semula...

Jgn lupa.... teknologi dicipta atas permintaan & pasaran... umat Islam bukan merompak atau meminta , mereka membayar...

[ Last edited by  fleurzsa at 23-7-2006 01:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 23-7-2006 12:58 PM


How about neophobia...

Sebab dah lama dimasak dgn pemikiran sekular maka essence / identiti bangsa dah tiada lagi...

Then, how about harta & hak negara2 mundur yg dibelasah oleh penja ...


salam puan mod.

neophobia huh?... takut pada sesuatu yg baru.

ini saya rasa lebih banyak ada di kalangan umat Islam... Sejarah Barat selepas zaman pencerahan setakat yg saya tahu tidak takut pada apa2 lagi... kalau adapun yg takut di kalangan mereka ialah pihak gereja.

mendengar sesuatu yg berlainan drp apa yg telah kita biasa percaya, pegang dan amal pun ada antara kita yg takut walaupun ianya drp tradisi Islam sendiri... contohnya tentu ada yg terkejut bila ada orang kata kalau kebenaran wahyu dan kebenaran akal bertembung, kebenaran akal hendaklah diutamakan..

atau dengar saja perkataan liberalisme badan pun gigil :ah:

berkaitan sekular, saya rasa puan mod kena bezakan antara sekular sebagai satu kaedah, dengan sekular sebagai ideologi (sekularisme). Mengambil demokrasi sebagai kaedah pemerintahan contohnya adalah sekular, kerana cara itu tidak ada akar dalam Islam... walaupun sebahagian orang Islam yg apologetik mengatakan ia adalah dari Islam.

jika pemikiran sekular yg mod maksudkan ialah sekularisme, iaitu memisahkan secara tegas antara agama dan hal2 duniawi maka pada saya pemikiran begini bukanlah sesuatu yg mendasar dalam tradisi budaya dan pemikiran umat Islam. Di negara kita misalnya (juga di mana2 negara Islam kecuali Turki agaknya) pemikiran Melayu tidak pernah mereduksi Islam sebagai hanya bersifat personal, di mana negara tidak boleh campur tangan langsung di dalamnya. Perlembagaan negara kita contohnya jelas menunjukkan yg negara mempunyai autoriti besar terhadap agama yg dizahirkan melalui penubuhan institusi2 dan penggubalan undang2 Islam.

bagi saya sekularisme (jika ditakrif seperti yg saya sebutkan di atas) hanya terkena sipi2 pada umat Islam.

identiti bangsa seperti yang puan mod sebut itu bagi saya adalah bersifat atau hasil sejarah. Budaya bangsa itu adalah produk sejarah, walaupun yg melatarinya adalah agama. Jadi kata essence tidak boleh digunakan dalam konteks bangsa sebab essence bermaksud fitrah... sifat terdalam bagi manusia, atau zat.*

contohnya kita percaya bahawa manusia ini antara fitrahnya ialah ia sedar akan adanya tuhan... lalu sesiapa yg tak percaya akan adanya tuhan dianggap melanggari fitrah. Begitu juga manusia ada sifat2 murni kerana tuhan telah meniupkan rohNya yg murni ke dalam diri manusia... dan manusia yg berbuat kejahatan dianggap telah melanggari fitrah itu. Dll.

----------

* walaupun begitu ada ahli falsafah aliran eksistentialisme (Paul Jean Sarte misalnya) yg menyatakan bahawa manusia tidak punya fitrah. Kosong. Manusia sendiri yg akan menentukan destini dan sifatnya sendiri. Suatu kebebasan mutlak bagi diri manusia.

[ Last edited by  petola at 24-7-2006 09:16 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.595018 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list