CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Sikap & Pemikiran Melayu Moden

[Copy link]
Post time 2-8-2005 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 17-5-2005 10:56 AM:
Selepas berkhatan Abdullah dihantar oleh ayahnya utk belajar bhs Keling.  Semasa belajar bhs Keling itu, bapanya meminta beliau pergi ke masjid dan menulis setiap nama org2 yg keluar masuk ke dlm m ...




BAHASA KELING ??? bodohnya penulis nie.. mana ada bahasa keling bai... ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 10-8-2005 02:08 PM | Show all posts
Berdasarkan input fleurzsa, MA adalah seorang pengkritik dan melihat corak pemikiran melayu pada zamannya daripada kacamata penjajah yang dominon dan liberal. Namun begitu, sumbangannya haruslah dihargai sewajarnya.

Sekurang-kurangnya kita mempunyai artifek pemikiran melayu abad ke 18 yang ditulis oleh beliau. Ternyata setelah 2 abad, pemikiran melayu masih lagi berlegar disekitar itu sahaja cuma watak-watak utama yang berbeza. Melayu masih perlukan 'tongkat' untuk hidup didunia ini. Kemunculan watak MA yang pandai mengkritik kita boleh lihat dimana-mana. Setakat ini, ada seorang melayu yang memegang watak 'MA' dan seterusnya melakukan perubahan iaitu Dr. M.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2005 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by Hiven at 2-8-2005 03:51 PM
BAHASA KELING ??? bodohnya penulis nie.. mana ada bahasa keling bai... ????


Adalah.. bahasa Keling tu bermaksud bahasa Telegu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2005 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by Duriant at 5-7-2005 11:44 AM

Bagi saya Abdullah Munsyi hanya suatu artifak sejarah.... pemikirannya tidak menyumbang apa-apa yang besar dan nyata pada perkembangan dan perubahan pemikiran melayu. Dia hanya seorang pengkritik sosial bukan pemikir.


I tak setuju.  Dalam bidang penulisan beliau adalah seorg pemikir yg inovatif.

Pemikiran melayu kini, dengan segala kekuatannya, kerencamannya dan kelemahannya, telah jauh meninggalkan Abdullah.


Tapi masih tak kuat utk bersikap kritis terhdp kesalahan raja2.

Pemikiran Abdullah juga adalah pemikiran yang terjajah... oleh rasa kagum beliau terhadap orang2 dan budaya Inggeris. Walaupun Inggeris ada aspek kebaikannya tetapi Abdullah tidak melihat Inggeris secara kritikal... khususnya aspek tujuan Inggeris berada di negeri kita.


Mengapa beliau begitu berusaha utk mencetak penulisan Melayu beliau? Mengapa kiblat penulisan beliau masih terhdp situasi bangsa Melayu?

Abdullah bersubahat dengan Inggeris dalam meneruskan dan memperkuat penjajahan mereka ke atas tanah air kita.


Maybe.  Tapi mengapa beliau tidak pernah kaya raya seperti penjilat bontot Inggeris yg lain? Beliau tetap dgn pekerjaannya sbg pengajar.

Walaupun begitu saya tak salahkan anda atau menghalang anda semua  jika mahu terus bernostalgik dengannya. Teruskanlah.... sekurang-kurang kita boleh berharap `semangat' Abdullah boleh juga meresap ke dalam diri anda. Mungkin ada juga gunanya.... tak banyak sikit.


Yup, en Duriant juga mengakui Abdullah ada baktinya pd bangsa Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2005 04:04 PM | Show all posts
Boleh tak sesiapa berikan penerangan tentang sejarah Munsyi Abdullah itu sendiri (dari pelbagai sudut). Sebenarnya dia ini seorang yang sejarahnya diselubungi kontroversi dan lebih menarik jika kita perbincangkan sama-sama. Aku bukan menagambil ini secara peribadi atau menyerang kredibiliti orang ini tapi penting juga untuk mengambil -kira sudut mana yang melahirkan pandangan sebegini. (secara rasional tanpa bayangan emosi dan sikap "defensive")

Dia ni bukan ke dibayar oleh British untuk menulis benda-benda ini? Siapa yang tahu sila betulkan.

Aku tak pasti sama ada dia ni ada unsur-unsur inovatif. Tapi berkaitan dengan isu raja-raja, saudari fleursza mungkin berupaya untuk mengumpulkan kebijaksanaan yang cukup untuk berfikir lebih dalam sedikit lagi tentang kaitanya dengan kami orang-orang Melayu. Juga kenapa orang-orang Melayu begitu menjaga keistimewaan raja-raja? Perkara ini kalau saudari faham, tak payahlah diulas panjang lebar. Memadai dengan tuliskan perkataan "faham" sahaja pun dah cukup bagi saya. Tak perlulah lagi saya menyambung hujah.

Kekurangan orang Melayu:- kurang bercita-cita, terlampau bertolak-ansur dan pentingkan keamanan, curiga.

Kelebihan:- Bijaksana, cerdik atau lebih tepat lagi culas (ada sebabnya yang sangat nyata, bagi aku) , ramah dan mesra (masih ada)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 09:44 AM | Show all posts
Macam pulak  sikap &  pemikiran org Melayu di zaman sekarang  ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2006 12:30 PM | Show all posts

Karya Agung Melayu: Ramai mati apabila Kota Melaka dirobohkan

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0606085315/Article/

Hikayat Abdullah - Bahagian 6

SALAH satu peristiwa penting yang dikisahkan dalam Hikayat Abdullah ialah usaha merobohkan Kota Melaka dan Abdullah Munsyi menggambarkan perkara ini secara terperinci bentuk dan binaan Kota Melaka.



Antaranya: bentuknya empat persegi, ada lapan katlumnya (penjuru atau menara pada sudut benteng), diatur meriam berkeliling dan pada tiap katlum ada rumah di bawah tanah, lengkap dengan perigi dan kandang kuda.

Tinggi kota itu dikatakan 10 depa dan bagaimana tinggi di atas, begitu juga dalam kakinya selain ada empat pintu; satu pintu besar serta di dalam pintu besar ada pintu kecil tempat orang keluar masuk.

Tidak ketingglan, ada juga pintu khas untuk laluan kereta kuda dan tempat memunggah barang selain ada beberapa jambatan di sekeliling kota ini yang boleh diangkat-angkat, terutamanya pada waktu malam atau apabila berlaku peperangan.

Di dalam kota ini ada penjara dan tempat penyeksaan dengan pelbagai alat hukuman, seperti terongko gelap (tempat pasung), teratu (tempat menitik sendi pesalah), pipa (bekas berpaku, digolek pesalah di dalamnya).

Rakyat pelbagai bangsa dikerah untuk merobohkan Kota Melaka dan ramai yang ditimpa penyakit yang dipercayai oleh mereka akibat hantu syaitan yang menjadi penunggu kota terbabit.

Selepas pelbagai usaha menemui kegagalan, akhirnya Inggeris mengambil keputusan meledakkan Kota Melaka dengan menggunakan 憄eti ubat bedil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 7-7-2006 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 19-12-2005 09:44 AM
Macam pulak  sikap &  pemikiran org Melayu di zaman sekarang  ni?



Bagus soalan ni.... buat saya berfikir.... saya ni termasuk ke dalam melayu lama atau melayu moden?  Tapi cuba kupaskan moden ni merangkumi apa?  Adakah mempunyai keinginan dan kemampuan mengejar kemajuan harta benda dikatakan moden? atau mempunyai pemikiran yang menyamai golongan dari barat dikatakan moden?  Atau mereka yang mempunyai pemikiran berlandaskan Al-Quran dan As-Sunah dikatakan berfikiran moden?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 06:07 PM | Show all posts

Sikap & Pemikiran Melayu Moden

Alhamdulillah melayu moden sekarang semakin menerima ajaran Al-Quran dan sunah nabi dalam kehidupan mereka... Buktinya boleh dilihat dari pertambahan bilangan mereka yang hadir kemajlis ilmu Islam, ke masjid dan surau dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada saya masing2 ada hak utk hidup cara tersendiri. Di Malaysia agak lain, sebab kita perlu jadi apa yang orang mahukan. Tak boleh itu dan ini. Jadi pada siapa yang lahir sini, accept sahaja memang agak : world country punya fikiran.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049750 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list