CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: belut

Shi'a vs Sunnah

[Copy link]
sauber This user has been deleted
Post time 28-7-2005 09:10 AM | Show all posts
Salam lolipop,

Maaf kerana tidak dapat menjawab persoalan saudara secara keseluruhan kerana ia akan meleret-leret sedangkan persepsi saudara terhadap kitab hadis, tidak sama dengan saya. Begitu juga persepsi penonton-penonton forum ini yang sedang makan popcorn, persepsi mereka juga tidak sama dengan saya dan saudara. Kefahaman dan penerimaan kita berbeza berdasarkan ilmu masing-masing.

Dulu saya melihat kitab hadis berdasarkan skop individu dan tampak kitab hadis ini tiada nilai bahkan boleh dianggap sebagai sekutu Allah (Alquran). Namun apabila saya melihat skop sebagai pemerintah dan ulil amri pada zaman khalifah sehingga sekarang,  hadis mempunyai hujah/hikmah terhadap perkara yang membabitkan hukum.

Maaf, kerana meminta saudara mengkaji hukum tentang pengklonan kerana hukum tersebut juga tidak disebut secara jelas dalam kitab hadis dan Alquran. Bagaimana pula dengan hukum anal sex yang dilakukan oleh suami isteri? Apakah fatwa saudara dalam hal ini? Ayat muhkamat yang manakah jelas menyatakannya haram dan perlu disakiti/dihukum jika melakukannya? Apakah hukumnya mengeluarkan air mani secara sengaja diluar rahim isteri? Adakah sama dengan membunuh anak? Apa fatwa saudara dalam hal ini? Hukum orang yang meminum arak secara terang-terangan dikhalayak ramai?  Bolehkah perkara ini dibiarkan sahaja oleh pemerintah dan ulil amri kerana dalam Alquran tiada hukum yang jelas kecuali melarang meminum arak?Hukuman bagi orang  murtad secara beramai-ramai dan mengajak orang lain murtad? Apakah fatwa saudara dalam hal ini?  Bolehkah perkara ini dibiarkan sahaja oleh pemerintah dan ulil amri kerana dalam Alquran tiada hukum yang jelas?

Inilah sebahagian kecil masalah umat yang mahu penyelesaian terhadap hukum yang tidak dinyatakan secara jelas/muhkamat dalam Alquran. Apabila saudara mengeluarkan fatwa, orang lain juga boleh mengeluarkan fatwa yang sama atau berlainan. Sebagai pemerintah dan ulil amri, fatwa yang manakah yang harus diguna pakai?
Apakah sumber yang dapat dikaji oleh pemerintah dan ulil amri bagi memilih pendapat/hujah/hukum yang terbaik?

Adakah saudara bersetuju dengan sumber ini jika saudara seorang pemerintah dan ulil amri Islam zaman sekarang?

Alquran <- Rasul <- 4 Khalifah <- Khalifah seterusnya

Atau saudara ada cadangan lain?

Jawapan yang saya berikan ini harap dapat menjelaskan pendirian saya. Harap saudara dapat perjelaskan pendirian saudara dalam persoalan saya di atas. Dari situ, barulah kita tahu pendirian masing-masing. Berkenaan hal ibadat bersifat individu seperti solat, puasa, zakat etc terserahlah pada saudara. Namun pemerintah dan ulil amri di Malaysia mempunyai islamic law yang harus saudara hormati itupun jika saudara berpegang kepada ayat taat kepada ulil amri dan menganggap Majlis Agama ialah ulil amri bagi pakar perundangan Islam.

Salam
Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2005 09:50 PM | Show all posts
salam

minta maaf kerana lambat respon. Maaf kerana ketiadaan masa untuk surf Internet. Kebetulan ada sedikit masa, bill akan respon sedikit.

sauber:

bill:
Kami syiah mengambil agama dan pengajaran-pengajarannya dari pada ilmu2 Rasulullah saaw yang diwariskan kepada Ahlul Baitnya a.s.

sauber:
1st point sdr tidak jelas siapakah yang dirujuk sebagai Ahlul Bait. Nabi Ibrahim dah isterinya juga dirujuk sebagai Ahlul Bait dalam ayat 11:72. Dalam ayat 33:33 yang sdr post juga ada, akan saya sentuh.

Jawapan dari soalan saudara sebenarnya sudah terjawab. bukan sahaja Siti Sarah dirujuk sebagai Ahlul Bait, malah ibu Nabi Musa juga dirujuk sebagai Ahlul Bait. Kita tidak akan mengatakan bahawa Ibu Nabi Musalah yang dirujuk di dalam ayat 11:73, atau Sarah dan Nabi Ibrahimlah yang dirujuk di dalam ayat 28:12. Ini Kerana konteks ayat telah menjelaskan penggunaan perkataan Ahlul Bait pada situasi yang berbeza. Ayat al-Ahzab 33 pula menyentuh tentang konteks ayat yang berlaku di zaman Nabi ibrahim ataupun Nabi Musa a.s. Unless you can prove otherwise.

bill: Kami percaya bahawa hanya orang2 suci yang mempunyai authority terhadap agama

sauber
Adakah orang2 yang sdr anggap suci itu yang mempunyai authority terhadap agama dibenarkan untuk merujuk kepada kitab lain selain daripada kitab terakhir yang diturunkan Allah dan syariatkan  ia sebagai sebahagian daripada agama Allah? Dan dimanakah Allah memberikan Authority kepada orang2 yang sdr anggap suci itu. Jika megikut mereka itu amatlah penting untuk menghindarkan diri dari Api. Mengapakah  mereka tidak suruh ditaati oleh Allah didalam Al-Quran?

Atau adakah sdr mempunyai sekutu untuk mensyariatkan agama yang tidak dibenarkan Allah?

42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih


Apakah anda fikir orang2 yang hidup beribu tahun selepas Rasulullah saaw pula yang beroleh authority untuk mentafsirkan al-Quran, mengajar dan menggali sumber2 galiannya? Sejak awal lagi telah dibuktikan bahawa hanya orang2 disucikan saja yang berhak menyentuh al-Quran. Mustahil al-Quran yang suci bebas ditafsirkan oleh sesiapa sahaja atas dasar logik dan kefahamannya yang tidak di endorse oleh wahyu suci. Dan atas ini semua, apakah anda fikir orang2 yang disucikan akan bertentangan dengan al-Quran?

atau Apakah anda akan mengambil org2 yng tidak dijamin kesuciannya sebagai :

42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2005 09:52 PM | Show all posts
Quote:
bill: "Tidak menyentuhnya melainkan orang-orang yang disucikan." (al-Waqiah, 79)

Sauber:
Setuju,
Tetapi adakah Ahli bait sahaja yang boleh disucikan/dibersihkan? Jika dirujuk dalam AL-Quran untuk perkataan yang sama kata akar dengan &#1591;&#1607;&#1585;,sdr akan terjumpa ayat ini.

Mengenai orang orang yang mengkhendaki untuk menyucikan/membersihkan diri mereka.

9:107. Dan orang-orang yang mengambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.

9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang ingin membersihkan diri mereka;dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

Difahamkan dari ayat ini terdapat Lelaki-lelaki yang ingin menyucikan/membersihkan berdiri didalam masjid yang didirikan atas takwa pada hari pertama. Dan Allah juga menyukai orang yang menyucikan/membersihkan diri.

Jadi Soalan saya, bolehkah orang-orang macam saya ini yang bukan dari keturunan ahlul Bait Nabi boleh menyucikan/membersihkan diri saya? Untuk mendapat Kepuasan hati Allah? Atau hanya orang daripada keturunan Nabi sahaja boleh menyucikan diri?

Jawapan terserah kepada saudara.


Apakah dalam terjemahan2 al-Quran yang ada pada saudara mampu membezakan antara perkataan Thahar- suci dalam ayat2 berkenaan:

1-Orang2 yang disucikan Allah;
2- Orang2 yang berusaha menyucikan dirinya?

sekiranya ada, maka masalah ini telah selesai.

wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.500106 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list