|
Buku Sunni-Syiah
Assalamualaikum.
Berikut adalah makluman e-book buku tulisan Hafiz Firdaus ttg isu Sunni Syiah. Semoga bermanfaat:
=======
Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan e-book terbaru di:
http://www.al-firdaus.com/
E-book ini berjudul: "Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada
Syi'ah al-Rafidhah Dalam Persoalan Khalifah".
Kedua-dua siri (Buku 1 & 2) telah disediakan.
E-book ini boleh dirujuk di:
http://al-firdaus.com/buku_syiah
Bagi para peminat buku ini, Buku 3 sedang dalam proses
percetakan dan insya-Allah dijangka akan berada di
pasaran dalam masa 2-3 bulan. Buku 3 memberi tumpuan
kepada hadis-hadis yang lazim dijadikan hujah oleh
Syi'ah dalam persoalan khalifah.
Sementara Buku 4 yang memberi tumpuan kepada Keutamaan
dan Sejarah Para Sahabat telah berada di pasaran sejak
beberapa minggu yang lepas.
wassalam.
=========== |
|
|
|
|
|
|
|
PM baru baca buku 1 dan 2, ingatkan bolehlah mengugatkan (create doubt) fahaman yg dipegang selama ni mengenai syiah, tapi secara peribadi... bila dah pernah masuk 12 kuliah tentang imamah dari ulama syiah wakil dari IRAN, tak tergoyah pun hasil dari hujah2 dari buku 1 dan 2.
Nak tunggu buku 3 dan 4.
Kuliah ttg imamah yg PM sebut tu ada dlm rakaman VCD koleksi pribadi. Seolah-olah menjawab balik hujah ASWJ dlm buku 1 dan 2. Mungkin ini buku2 yg sudah lama diterbitkan.. atau hujah2 yg diceduk dari kitab ulama silam ASWJ yg berbahas ttg isu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Pekata PM leh komen skit2 content buku tu
leh kita tgk dr pelbagai sudut
kalau ASWJ dah mewakilkan HF utk penjelasan terhadap kesalahan Syiah dlm praktik dan pegangan mereka
pekata PM komen apa yg diperkatakn oleh HF
mungkin bukan le sekali wrap, mungkin satu2 isu
itupun PM sudi nak share ilmu kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 1-8-2005 10:31 AM:
Pekata PM leh komen skit2 content buku tu
leh kita tgk dr pelbagai sudut
kalau ASWJ dah mewakilkan HF utk penjelasan terhadap kesalahan Syiah dlm praktik dan pegangan mereka
pekata PM komen apa ...
:setuju::setuju::setuju:
nak gak tau... first first lagi bila baca APA ITU SYIAH yg dikarang oleh HF tu.. hrmmm rasa2nya dalam pensyawar night pun dah jawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
sakinah.
Pekata PM leh komen skit2 content buku tu
leh kita tgk dr pelbagai sudut ..
Inshaallah, tak janji.. kalau adapun bukan waktu yg terdekat. Bukan apa, kebanyakan koleksi hujah syiah yg PM ada dalam bentuk hardcopy (kitab) dan VCD (kuliah2 yg PM kumpul lebih dari 2 thn). Take time+energy nak taip. PM tak rajin browse internet, kalau tak.. senang cut&paste. Pastu sekarang agak sibuk juga.
Kuliah imamah yg PM ada tu dibuat di masjid syiah disini, open utk public, ASWJ, Syiah, etc pada hari Selasa (mlm) tahun lepas. Kuliah tu merupakan syarahan + discussion. Imam masjid buat kuliah tu sebab ramai di sini yg masih dlm pengakajian. Yg ikut ceramah tu bukan org yg calang-calang, graduate Syariah Al-Azhar pun ada.
PM nak komen ttg hujah berikut oleh HF yg PM ingat:
[quote]Perhatikan bahawa Allah 慉zza wa Jalla menggunakan perkataan Yuridu (يريد) yang bererti 搆ehendak |
|
|
|
|
|
|
|
pak malau org Syiah. jadi apa2 yg kontra tu biasalah pak malau tak setuju. kita manusia memang begitu pak malau ... heh heh
tujuan saya bubuh buku tu untuk sama2 kita baca.... untuk tambah rujukan kat ruangan mazhab ni, supaya org Syiah baca hujah2 ASWJ, org ASWJ baca hujah2 Syiah. nak pegang yg mana lepas tu buatlah ijtihad sendiri.
macam pak malau lah ... yg membesar dlm komuniti ASWJ, lepas tu tahu ttg Syiah, lepas tu kaji hujah masing2, ditambah pula ada pengalaman hidup dlm komuniti Syiah dll, akhirnya pak malau pilih syiah imamiyyah. apabila pak malau pilih syiah imamiyyah, pak malau percaya semua yg ada dlm syiah imamiyyah bermula dari bab Imam Maksum sampailah bab Imam Mahdi, termasuk nikah mutaah dan status para sahabat. semua tu tak sama dgn ASWJ kecuali satu jer, bab Qur'an ... nasib baiklah pak malau baca Qur'an yg sama dgn kami.
kalau pak malau ada masa, komenlah. saya juga nak baca komen pak malau. cuma pak malau jgn lupa perbetulkan hujah Syiah yg HF kutip tu kalau salah, sbb yg tu pak malau lebih tahu dari HF.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum
selalu tersurprise dgn avatar PM, refreshing, with different view
mcm kata ust, it all depends on the person, kalau dia percaya dan yakin lagu tu, lagu tu lah yg dia pegang, tapi saya tak anggap benda ni dari sudut negative.
Maksudnya jelas, skrg ni budaya tuntut ilmu tu dah kira advance le, sekarang kita dah nampak ramai yg nak menuntut dgn ilmu yang yakin.
Kira ada peningkatan dari sudut menimba ilmu itu sendiri.
Dulu kita kena taqlid je, ikut je cakap ust ustazah kat sekolah, and then balik umah amalkan je lah.
Amalan ada pengisian kurang.
Bila tuntut ilmu dgn kesedaran dan keinginan utk dapat first hand knowledge, dan rasa nak jejak jalan Rasulullah dgn yakin (ittiba') bagi muslim tu, baik bagi dia sbb dia beramal dgn ilmu, yakin dan kemudian tawakal supaya usaha dia adalah usaha yg terbaik yg dia boleh lakukan kerana Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
saya harap PM leh le komen skit2 buku HF.
Bagi pihak MAB, mcm perbincangan yg selalu saya ikut, MAB akan mengetengahkan hadith2 dari jalur sunni dlm jumlah reference yg tidak mungkin dipertikaikan org. Semuanya berkisar pada matan hadith, jika matan hadith dlm pengertian yg sama, MAB akan quote dan jadi bukti kepada authentic (mutawatir) kpd perkara tersebut. Namun dari segi rawi, rawi yang lemah pun boleh diterima, selagi matan yg tidak bercanggah. Bg MAB, sanad penting, tapi matan jauh lebih penting. (betulkan kalau silap)
Tp bagi HF, dia tak terima bulat2 melainkan HF akan mengkaji dgn terperinci sanad dan peribadi rawi sebelum diambil sebagai hadith yg sah diterima disisi HF. Mungkin HF dapat study hadith kat negara2 Arab, dpt belajar ilmu hadith ngan lebih terperinci kerana kesempatan beliau selalu fly dan ada kesempatan nak belajar.
Kat sini timbul pulak question bg saya la, macamana pulak2 dgn ibu bapa dan nenek moyang kita dulu, yg tak berkesempatan menikmati teknologi macam kita sekarang dan peluang menuntut ilmu dgn begitu luas. Apa yg mereka dapat mereka terima bulat dan amalkan dgn begitu yakin walau pun kalau kita tanya dimana sumber (dalil) bagi keyakinan tersebut mereka tak dapat kemukakan.
Dari satu segi org lama2 advance dr segi keyakinan mereka walau x banyak dalil yg mereka dpt kemukakan.
Org baru, ilmu banyak dan ruang pun banyak, tp yakin agak kurang, sbb selalu sgt nak persoal itu dan ini.
So, kalau macam ni mana satu golongan yang lebih baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 5-8-2005 10:09 AM:
saya harap PM leh le komen skit2 buku HF.
Bagi pihak MAB, mcm perbincangan yg selalu saya ikut, MAB akan mengetengahkan hadith2 dari jalur sunni dlm jumlah reference yg tidak mungkin dipertikaikan ...
saya sokong dengan akak. Kini, ummat Islam terlalu kurang keyakinan terutamanya terhadap Allah sehinggakan berlakunya maksiat dan pelbagai perkara mungkar. Kita kurang yakin bahawa Allah Maha Melihat, Allah Maha Berkuasa, kita kurang Yakin!
Macam mana erk? |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by nahzaluz at 2005-7-30 18:19:
Buku Sunni-Syiah
Assalamualaikum.
Berikut adalah makluman e-book buku tulisan Hafiz Firdaus ttg isu Sunni Syiah. Semoga bermanfaat:
=======
Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulil ...
Salam nahzaluz,
Terimakasih! Teruskan jihad anda ini! |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab sunni-syiah bukanlah satu perkara yang baru. Telah berzaman lamanya dilakukan oleh ulama-ulama dari kedua-dua pihak dan peringkat awalnya serangan lebih banyak dilakukan kepada Pencinta Ahlul-Bait....malangnya terdapat ulama sunni yang tidak mahu mendengar hujjah syiah sehingga satu peringkat tidak langsung mahu membaca hujjah balik serangan yang mereka lakukan. |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by PakMalau at 1-8-2005 08:46 PM
TETAPI. Jika ALLAH berkehendak, tidak perlu kepada usaha. Kehendak Allah tercapai tanpa usaha. Jika Allah berkehendak, maka kehendak itu JADI. (Kun fayakun). Tentang kesucian ahlul-bait itu adalah kehendak ALLAH tidak seperti kehendak manusia. Jadi memang TELAH disucikan. Mereka adalah MAKSUM.
Salam semua,
Mengapa Allah SWT turunkan manusia yang dkurniakan akal fikiran dan hawa nafsu untuk menjadi khalifah dibumi ini?
Allah SWT yang maha berkuasa mampu melakukan semuad itu dengan hanya: KUN FAYAKUN! Tetapi kenapa Allah SWT lakukan semua ini dengan berperingkat dengan bermulakan dari Adam a.s. dan Hawa dan hinggalah kezaman umat Nabi Muhammad SAW.
Allah itu maha 'Adil, umat manusia diberi kesempatan untu membuat keputusan dan bertanggung jawab keatas diri sendiri dengan keputusan yang mereka buat sendiri dengan menggunakan akal fikiran dan hawa nafsu mereka. Ada manusia yang bijak melakukan dengan akal fikirannya dan ada manusia yang bijak melakukan dengan hawa nafsunya, tetapi semua itu bergantung kepada Qada' dan Qadar Allah SWT.
Rujuklah firman Allah SWt melalui Surah Al-Qasas Ayat 56, yang bermaksud:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).
Jadi dalam hadith kisa (bagi Syiah) ... Nabi Muhammad SAW memang berkehendak dan berdoa semoga Fatimah, Ali, Hasan dan Husin juga tergolong sama dengan mereka yang dimaksudkan oleh Ayat 33 Surah Al-Ahzaab, yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Allah SWT memang bermaksud umat manusia menjadi 'sebersih-bersihnya' (iaitu beriman kepadaNya) terutama dikalangan keluarga Nabi2 dan Rasul2Nya tetapi semua itu adalah bergantung dengan Qada' dan Qadar Allah SWT. Sebab itu ada isteri rasul yang engkar atau anak rasul yang engkar.
Adakah keimanan dapat diwarisi?
Meman diakui para Nabi dan Rasul adalah maksum kerana mereka adalah Pesuruh Allah SWT dan mereka mempunyai tugas tertentu yang memerlukan mereka menjadi maksum.
So?
[ Last edited by Mat Kampong at 12-8-2005 10:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|