|
GRANOLA [mclaren]
3 cups rolled oats
1 cup brown sugar
2 tbsp cinnamon powder
salt to taste
2 cups walnuts
2 cups groundnuts / almonds / cashews (all the nuts u can substitue with any kinds of nuts that u like)
raisins or sultanas or dried fruits
1 cup honey
1 cup oil
preheat oven to 150 deg C.
mix all the dry ingredients in a big bowl. in another bowl, mix the oil (can sub for butter or margarine) & honey, then pour into the dry mix.
gaul rata.
pour into baking tray, spread well, 'bake' for an hour.
pls stir & turn every 15 minutes to even out the baking process. |
|
|
|
|
|
|
|
Potato Mayonis [maisya]
oleh: Nadia @ myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/139
Bahan-bahan ( utk 1 orang )
50g mashed potato
50g tepung
1/2sk baking powder
1sb butter
1sb mayonis
1/4sk garam
Cara-cara
Gaul semua bahan-bahan di atas. Canai setebal lebih kurang 2mm dan potong memanjang
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15-20 minit |
|
|
|
|
|
|
|
CAKAR AYAM [Kacip_Fatimah]
bahan-bahan dia cuma : keledek n gula merah[kalau tak salah.. anggaran dia sekati keledek, setengah kati gula merah]
keledek tu kami sagat teruih masuk kuali,agak dah garing, angkat n toskan..jgn sampai terlampau garing
[keledek yg manis biasanya akan mudah hitam due to kandungan gula dlm keledek tersebut]
agak dah buat byk2..bleh la start buat sira dia
kalau bleh beli gula merah yg dah bertapis, brand Bintang..tak dak impurities dlm dia
gula merah tu masak dgn air[sket je air tu..kalau gula tu agak2 setengah kati..air dlm 1/4 cawan]
nak campoq 1-2 sudu gula pasir pun bleh gak.. bagi dia berkilat cantik, tak buh pun tak pa[ yg org jual jadik keras tu sebab taruk gula pasir byk sgt..dorang nak menten crunchy tu lama sket..]
once gula merah tu larut n start to thicken..masukkan keledek goreng n sira serta merta
pastu angkat n dengan cepat bentukkan losely samada jadik bebola atau guna tudung botoi apa2 ka utk dptkan even shape
proses ni kene cepat sebab kalau tak.. dia akan mengeras
pastu biaq dia sejuk..susun dlm tin milo
kalau org yg buat byk2..kadang depa rendam dgn ayaq kapuq sket then toskan..pastu baru goreng
CAKAR AYAM[maisya]
sumber:restoran pak amir
Bahan-bahan:
300 gm gula merah
sedikit air
1 kg keledek - dibuang kulit & dibasuh & potong sehalus & sepanjang batang mancis & goreng garing
Cara-caranya:
Jerang gula merah bersama air di dlm periuk atas api sederhana hingga pekat.
Masukkan keledek & kacau hingga sebati.
Sewaktu keledek masih panas, bubuh ia sedikit di dlm penutup botol bulat sederhana besar sambil ditekan kemas.
Biar ia sejuk sebelum dikeluarkan.
Buat hingga habis.
[ Last edited by maisya at 20-9-2008 08:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
CUCUR JINTAN BERLIAN/CUCUR KORCHA/KUIH CHA [ninoz]
4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
4 tbsp mentega/marjerin
jintan manis secukupnya - sangrai kejap then kisar halus n tapis [taruk byk2 baru sedap n wangi]
campuran tepung gandum n tepung naik sendiri - secukup lembut [nak guna tepung naik sendiri sepenuhnya pun boleh gak]
cara-cara:
pukul telur dan gula hingga kembang dan putih..then masukkan jintan manis..
masukkan tepung dua tiga senduk..then gaulkan marjerin/mentega..pastu baru tambah tepung lagi sedikit demi sedikit..agak2 adunan mcm dah tak berapa lekat di tgn or lekat sket2 aje..gaul majerin sket kat tgn tak kasik lekat then uli secukupnya..
ambik adunan sebeso bola pingpong tu..atau bigger.. uli2 jadik silinder yg pjg
pastu guna pisau utk potong adunan tu kecik2 [potong menyerong mcm bentuk berlian/diamond]
pastu goreng dlm minyak yg banyak [ api kene slow/sederhana..kalau tak dlm dia tak masak]
once dah garing dengan rata...toskan dan bila sejuk boleh simpan dlm tapawer |
|
|
|
|
|
|
|
KEROPOK NASI [Kacip_Fatimah]
Bahan-bahan :-
nasik lebihan semalam [lebih kurang dalam 3-4 orang punya makan]
1 kiub pati ayam
Cara-cara :-
1. Masukkan nasik ke dalam lesung batu. Tumbuk sehingga hancur dan lembik.
2. Pecah-pecahkan kiub pati ayam kemudian masukkan ke dalam nasik.
3. Teruskan menumbuk sehingga nasik menjadik sebati dgn pati ayam tadi dan lembik.
[part tumbuk nie kena kuat stamina laa..mmg lenguh tangan jadiknya..hihihi..]
4. Lepas dah tumbuk, nasik pun hancur dan lembik..bentuk-bentukkan nasik tu menjadi lonjong. [tapi jgn besar2 sgt..elok2 lebar pembaris]
5. Balut nasi tadi dgn cling film kemudian simpan dalam peti ais selama sehari.
6. Kuarkan dan bukakan balutan cling film tu kendian terus potong halus-halus, nipis-nipis.
7. Susun hirisan nasi tu di atas dulang, talam, apa saja lah. Tapi jgn bertindan sesama kepingan-kepingan tu.
8. Jemur sehingga betul-betul kering. Kalau tak kering, jemur lagik. 2-3 hari pun takpa. Bila kering dia akan keras dan mengerekot.
9. Lepas tu boleh laa digoreng. Kalau takmo goreng, simpan dulu dalam bekas pun takpa. Selamat Mencuba! |
|
|
|
|
|
|
|
RANTING BURUK [syazwaniadnan]
sumber = rrozie17 - MyResipi.com
2 cawan kacang hijau
1/2 cawan gula(kalau nak manis tambah lagi)
kulit popia secukupnya
1 biji telur
minyak masak
Cara-cara
- kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga masak dengan api yang kecil. -buang kulit (proses ini sy tak lalui sebab sy beli kacang hijau yang memang dah tak ada kulit..kehkehkeh)
- kisar kacang bersama dengan gula hingga halus...tapis jika perlu. ketepikan.
*********
Kulit batang buruk....
- potong kulit popia kecil-kecil bersaiz lebih kurang 2cm x 4cm...kalau nak buat saiz lebih besar boleh aje!!
- Pukul telur sedikit..
- Gulungkan kulit popia, sapu telur di bahagian hujungnya supaya gulungan tidak terbuka. Buat hingga habis...goreng hingga kekuningan-kuningan.. -Toskan.
- Lumurkan kulit popia , dan masukkan juga ke dalam bahagian yang berongga dengan tepung kacang hijau tadi,
- Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh lah di ngap terus! |
|
|
|
|
|
|
|
KEREPEK PISANG [epal_hijau2429]
mula2 sangat pisang abu yg belum diperam lagi...
panaskan minyak, then masukkan satu sudu majerin ke dalam minyak tadi...
then masukkan pisang yg tlh disangat....
masak sampai kekuningan.....
gaulkan dgn sedikit garam bila kerepek sudah masak...
KEREPEK PISANG MANIS [cguct1970]
10 biji pisang nangka mentah - kupas kulit hijau, biar ada kulit ari
50sen gula merah/gula tebu
penyagat
minyak pengoreng
Cara;
1. Pisang yang telah dikupas tadi biarkan kering selepas dicuci.
2. Masak gula tebu/gula merah dengan sedikit air, biar agak pekat. Bila didih, angkat dan tapiskan.
3. Panaskan minyak, sagatkan pisang nipis-nipis dan goreng dalam minyak panas. Bila pisang hampir kering
masukkan sesenduk air gula dan gaul rata. (Jaga-jaga, kadang kala merecik).
4. Bila pisang dah tak mendidih dalm minyak panas, angkat dan toskan. Letak dalam dulang dan biar sejuk.
[ Last edited by maisya at 20-9-2008 08:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
POPIA SIMPUL [masliana]
bahan-bahan diperlukan:
serunding ikan or ape2 jenis serunding
kulit popia potong kepada 8 bahagian.
cara:
1. sediakan serunding ikan (yang beli siap pun ok gak)
2. potong kulit popia kepada 8 bahagian (untuk mendapatkan bentuk segi empat tepat)
3. bubuh sedikit serunding di tengah2kulit popia yang telah di potong,
4. gulung dan ikat simpul serunding td.
5. goreng, toskan,
6. apabila sejuk masukkan dalam bekas kedap udara.
cara2 nak simpul, selepas gulung,
1. pegang hujung kanan & hujung kiri.
2. naikkan hujung kanan diatas kiri
3. masukkan hujung kanan kedalam bulatan (macam nak buat ikatan atau menyimpul sesuatu)
4. tarik kedua2 hujung.tp jgn ketat sgt. takut putus dua |
|
|
|
|
|
|
|
BUAH ROTAN [chempaka_ku]
sumber: buku aneka, Hidang Snek
500g tepung pulut
450 ml santan - dari 1 biji kelapa
300g bijan
10 sudu kecil gula halus
2 biji telur - dipukul sedikit
minyak masak
(maybe boleh campur garam sebab ada santan)
1. Gaulkan tepung, telur dan gula hingga sebati.
2. Masukkan santan sedikit-sedikit sambil diuli hingga lembut.
3. Ambil secubit adunan dan buat bebola kecil (lagi kecil lagi bagus sebab goreng nanti mengembang).
4. Golekkan dalam dulang berisi bijan.
ni chemp tambah - Bebola kecil tadi tutup dengan tuala supaya tidak kering. Ambil sedikit bebola, masukkan dalam penapis dan basahkan bebola (masukkan dalam air sekali dan angkat). Angkat bebola dengan satu tangan (eg. kiri) dan simpan ke dalam bijan (simpan sikit-sikit, maybe tak memerlukan 300g). Gunakan tangan yang satu lagi; yang kering (eg. kanan) untuk menggolek bebola tadi dengan bijan.
5. Goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan. |
|
|
|
|
|
|
|
KEREPEK LOBAK MERAH [soulha]
sumber: honey @ myresipi
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
* 60g lobak merah yg diparut
* 100g tepung
* 2 sudu kecil cheese diparut
* 1 1/2sb minyak masak
* 1/4sk baking powder
* garam dan lada sulah secukupnya
Cara-cara
1. Campur semua bahan-bahan di atas. Uli sehingga jadi doh. Kalau keras boleh tambah sedikit minyak lagi.
2. wrapping. Biarkan 15 minit.
3. Canai setebal 2mm. Potong panjang lebih kurang 10cm panjang dan 2-3mm lebar
4. Bakar dalam oven dgn suhu 200C selama 15-20minit atau sehingga rangup. |
|
|
|
|
|
|
|
KEREPEK KENTANG [epalmerah]
1)kupas kentang
2)hiris nipis2
3) rendam dlm air yg dicampur dgn ais dan garam(kalau nk cepat masuk je dlm freezer).rendam dlm 15 min
4)toskan air
5) goreng
6) boleh dah makan
KEREPEK KENTANG [shidaaziz]
kentang tu sagat nipis-nipis.
kemudian rendam dalam air panas 10 minit.
lepas tu buang air & sejatkan.
goreng
gaul dengan garam
[ Last edited by maisya at 20-9-2008 09:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KEREPEK UBI [dewi]
Ubi kayu... sebaiknya ubi muda jgn yg besar gajah tu .
minyak untuk menggoreng
garam
air
Cara2 membuatnya
kupas kulit ubi dan basuh...
sagat ubi biar bertabur kalau rajin nak susun susun la n oleh jemur sebelum goreng. kalau dah cekap boleh sagat terus dlm minyak yg panas.
bancuh garam dgn air jadikan air garam yg pekat ...
semasa mengoreng masukkan sesudu air garam dlm minyak. bila dah dagak kekuningan angkat dan tos hingga betul2 kering.
cara ni akan menjadikan kerepek ubi kita rasa masin tak payah buh garam lagi dah lepas goreng.
cara yg sama boleh di gunakan untuk buat kerepek pisang.
kerepek pisang
untuk kerepek pisang pastikan pisang yg digunakan pisang muda. dan lebih senang kalau sagat terus ke dalam minyak sebab pisang tu kalau sagat dulu melekat2.
kerepek keledek
nak buat kerepek kededek pun boleh juga .. cara buat sama macam kerepek ubi kayu ... dewi suka kalau dapat keledek warna ungu tu buat kerepak .. hmm sedap nya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Makanan & Resipi
|