CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Mawar Merah

Himpunan Sajak2 TAUHID & TASAUF oleh Abuya At-Tamimi

[Copy link]
 Author| Post time 13-1-2006 05:24 PM | Show all posts
PENGERTIAN ZALIM

Lafaz zalim berasal daripada perkataan zulmun
Zulmun bererti kegelapan
Hakikat kegelapan di sini adalah bersifat maknawi dan rohani
Buta jiwanya (hatinya) dan akalnya melihat kebenaran, zalimlah dia
Buta jiwa tidak kenal lagi Tuhannya
Sama ada langsung tidak tahu atau tahu Tuhan kerana buta hatinya salah pengenalannya
Dari sini baru kita faham erti zalim luas maknanya


Buta syariat-Nya dikatakan zalim di dalam Islam
Buta daripada mengetahui adanya Tuhan, zalim martabat tinggi
Buta daripada mengetahui Tuhan yang sebenar, zalimlah juga
Bila buta jiwa dia ambil pakaian Tuhan iaitu sombong dan ego, zalim kelas dua
Tidak tahu adanya Tuhan atau tidak mengenal Tuhan ini adalah zalim martabat tinggi (super zalim namanya)


Kerana itulah di dalam Al Quran dikatakan syirik itu zalim yang maha besar yang tiada taranya
Zalim dengan manusia adalah zalim martabat yang rendah sahaja
Termasuk juga syariat tidak berjalan di dalam diri, zalim kelas bawah sahaja


Zalim yang paling tinggi, zalim terhadap Tuhan
Tidak percaya Tuhan, syirik dengan Tuhan, tidak mempeduli Tuhan


Hari ini yang diriuh-rendahkan zalim dengan manusia
Padahal mereka yang riuh-rendahkan zalim terhadap manusia, mereka zalim dengan Tuhan
Zalim dengan Tuhan adalah super zalim namanya

Yang anehnya pejuang-pejuang Islam pun tidak memahami erti zalim
Fahaman mereka tentang zalim sama sahaja apa yang difaham oleh kafir durjana

Kerana itulah mereka menentang kezaliman boleh bekerjasama dengan mereka
Sampai bilakah mereka hendak membetulkan perjuangannya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2006 05:08 PM | Show all posts
Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap Kekasih-Nya

Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,


Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,


Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,


Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di
dalam penderitaan,


Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: "Bala yang paling
dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya"


Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang
diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi
rendah imannya,


Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,


Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,


Kerana itu takutlah dengan Tuhannya,
Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam
manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.



16.5.2005

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2006 05:20 PM | Show all posts
QADHA DAN QADAR TUHAN

Qadha dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman

Ia bukan hendak dibahaskan macam mana hendak dilogikkan, tidak akan boleh difaham

Ia diminta dipercaya dan diyakinkan menjadi pegangan



Setiap usaha, perbuatan dan tindakan kita hasilnya sudah ditentukan oleh qadha dan qadar Tuhan

Usaha, perbuatan dan tindakan itu pun tertakluk dengan qadha dan qadar Tuhan sekelian alam

Berjuang dan berusahalah bersungguh-sungguh ia adalah syariat yang diperintahkan

Usaha jangan disukat dengan qadha dan qadar Tuhan,  mana kita diberi pengetahuan



Ketika berusaha kenalah bersungguh-sungguh kerana kita tidak tahu qadha dan qadar Tuhan yang akan diberikan

Pahala yang Tuhan anugerahkan banyak dan sedikit diberi berdasarkan kesusahan dan keikhlasan itu juga qadha dan qadar Tuhan

Hasil yang diperolehi di dunia terpulanglah kepada Tuhan mengikut qadha dan qadar Tuhan



Tuhan boleh bagi hasilan yang banyak sekalipun usahanya sedikit yang dilakukan

Juga Tuhan boleh beri hasilnya sedikit sahaja sedangkan usahanya banyak dan meletihkan

Tuhan juga boleh memberi hasilnya kerja dengan pendapatan sekadar sepadan dengan kepayahan dan kesungguhan

Bahkan Tuhan boleh lakukan juga dengan qadha dan qadar-Nya iaitu adakalanya tanpa usaha tapi hasilnya lumayan

Tapi di dalam pengalaman hasil yang banyak kerana adanya usaha yang berlebihan dan kesungguhan



Ada lagi rahsia yang tersembunyi usaha itu atas dasar taqwa atau dasar quwwah, halal atau haram, dibenarkan atau dilarang Tuhan

Kalau usaha itu atas dasar taqwa Tuhan jayakan ia selamat dan menyelamatkan serta tenang

Jika usaha itu atas dasar quwwah dan tidak fikir halal dan haram kalau Tuhan luluskan qadha dan qadar-Nya pemberian itu atas dasar istidraj dan akan menyusahkan

Jika Tuhan jayakan side effect yang negatif sangat banyak tidak sepadan dengan kejayaan



Sebagai contoh untuk pengajaran, untuk renungan, untuk perhatian

Seseorang itu pandai (alim) isteri dan anak pula tidak taat, krisis berpanjangan, kebahagiaan hilang

Kaya musuh pula banyak, atau selalu sahaja sakit tidak berkesudahan dan tidak tenang

Maju dan berjaya, jenayah pula banyak, ketakutan malam dan siang, pergi ke mana pun bimbang

Ada nama dan glamor, ada jawatan istimewa jiwa pula tidak tenang kerana hasad dengki orang

Begitulah pengertian qadha dan qadar Tuhan

Harap dapat difahamkan

Ia adalah rahsia Tuhan kita hanya diwajibkan percaya dan meyakinkan

Setiap yang berlaku di dunia dan di Akhirat adalah mengikut qadha dan qadar Tuhan


  
19.7.2003

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 08:04 PM | Show all posts
thanks...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2006 12:55 PM | Show all posts
PERLUNYA RASA BERTUHAN

Marilah kita rasakan Tuhan itu Pelindung
Marilah kita rasakan Tuhan itu Penjaga
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pengawal
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pembela
Marilah kita merasakan Tuhan itu Penyelamat
Marilah kita merasakan Tuhan itu segala-galanya


Rasa-rasa ini mendorong kita cinta kepada Tuhan
Rasa-rasa ini menjadikan kita takut kepada-Nya
Rasa-rasa  ini membawa kita malu kepada-Nya
Rasa-rasa ini mendorong kita merasa kuat dengan-Nya
Juga rasa-rasa ini mendorong kita menjadi berani yang tiada taranya


Kerana Pelindung dan Pembela kita itu Maha Gagah dan Berkuasa
Maha Berkehendak dan kehendak-kehendak-Nya tidak boleh siapa menolaknya
Siapa yang merasa seperti yang dikatakan, waktu seorang terasa ramai
Di waktu ramai, bertambah lagi dirasakan ramai


Rasa-rasa inilah, kita pandang makhluk ini tiada kuasa apa-apa
Walau bagaimana besar kuasa dan pangkatnya
Kita akan merasa semuanya ini sama sahaja dengan kita
Tidak ada mempunyai apa-apa kuasa dan daya
Di hadapan Tuhan sama sahaja


Barulah kita berani dan tegas menegakkan kalimah Allah
Di sinilah perlunya kita rasa bertuhan



Selepas Isyak
31.8.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2006 12:58 PM | Show all posts
Takutilah Perosak Amal

Takutilah riyak, ia adalah pemusnah amal

Takutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikan

Jauhilah pemarah, ia merosakkan amal soleh

Ibarat api meleburkan besi

Takutilah syirik kerana ia menghapuskan seluruh ibadah dan kebajikan

Hindarkanlah nama dan glamour di dalam beramal

Ia ibarat jatuhnya najis di dalam kuah

Semuanya rosak tidak boleh dimakan

Atau ibarat racun termasuk di dalam makanan

Semuanya sekali rosak


Menjaga amal lebih susah daripada beramal

Periksalah hati, adakah di dalamnya mazmumah?

Ia adalah ibarat racun maknawi di dalam kebaikan

Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi

Kebaikan dianggap kejahatan

Awasilah mazmumah

Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal




3.8.2001

Menjelang Tidur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2006 11:09 AM | Show all posts
MEMAHAMI TUHAN MELALUI REAKSI-NYA

Walaupun Tuhan itu Zat yang Agung lagi mulia tidak dapat dilihat
Namun Tuhan itu marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murka-Nya dapat juga dikesan
Perhatian-Nya kepada kita boleh juga dibaca
Kemaafan dan keampunan-Nya dapat dirasa


Jika bersembahyang ada lazatnya menunjukkan Tuhan ada perhatian
Tuhan juga ikut bercakap-cakap dan menjawab percakapan  kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang menunjukkan ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sebanyak-banyaknya


Bila kita memohon ampun jiwa kita terasa lembut
Air mata kita pun berguguran
Insya-Allah tanda Tuhan terima taubat kita


Apabila jiwa kita gelisah tidak tentu arah, tanda Tuhan murka, mesti ada membuat dosa
Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah Taala telah dikurniakan kepada kita
Kalau kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah tiba-tiba Allah uji kita, tanda Allah Taala telah redha
Sama ada Allah Taala hendak membersihkan dosa atau hendak meninggikan darjatnya


Kalau kita kaya, mudah sahaja kita agih-agihkan kepada manusia
Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat untuk menderma dan memberi kepada empunya
Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara istidraj atau murka


Selepas Asar
10.9.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2006 11:17 AM | Show all posts
Kehilangan Tuhan bagaimana?


Kalau kita tidak ada ibu bapa sahaja pun, kita terasa kehilangan yang amat banyak
Kehilangan kasih sayang, kehilangan tempat bermanja, kehilangan tempat berlindung, kehilangan tempat mengadu
Kita tidak punyai ibu bapa, terlalu banyak kekurangan yang kita rasa
Kehilangan ibu bapa, terasa perit hidup ini, kerana kehidupan kita urus sendiri  


Itu baru kehilangan ibu bapa
Kita rasa dagang dan asing hidup ini
Kalau kehilangan Tuhan bagaimana?!
Tentulah kita kehilangan segala-galanya sama ada kita sedar mahupun tidak


Kehilangan Tuhan, kita kehilangan seluruh aspek kehidupan kita
Mungkin kita tidak terasa secara mengejut atau secara mendadak
Tapi kita akan terasa sedikit demi sedikit, kita akan terasa perlahan-lahan bahananya
Bahkan kalau kita panjang umur apa yang ada pada kita, macam tidak ada erti apa-apa jika kehilangan Tuhan


Kerana itulah kita jangan sombong, kita perlukan Tuhan
Kalau kita dapatkan Tuhan miskin pun masih rasa bahagia,
di dalam kesusahan pun masih ada ketenangan
Betapalah di waktu kita di dalam kesenangan dan kemewahan


Tuhan sebenarnya adalah segala-galanya
Dapat Tuhan dapat segala-galanya
Tidak dapat Tuhan, walaupun segala-galanya dapat,
kita rasa macam tidak dapat apa-apa


Hujah kita, kerana di dalam hidup ini, ada orang sudah dapat segala-galanya
tapi bunuh diri
Ertinya segala-gala yang diperolehinya itu sudah tidak ada erti apa-apa
Ada orang tidak dapat segala-galanya, kerana dapat Tuhan dia tenang,
masih bahagia seolah-olah dapat segala-galanya


Maha Besar Tuhan, dapat Tuhan itu rahmat, dapat Tuhan berkat,
dapat Tuhan tenang dan bahagia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2007 12:10 PM | Show all posts

KASIH

Kasih ini kasih suci
adalah cinta ku pada-Mu
bagaikan arah tiupan tanpa haluan
kadangkala lembut menyegarkan
dan seringkali melemaskan

Tak mampu aku sendiri
bila Engkau bagai hilang di sisi
aku tak mengerti
asmara makin menjadi
jiwa tersiksa,biar sesaat Engkau tiada

Rinduku datang lagi
resah mendalam
menyelinap di hati
yang gundah yang redam
adalah penguji diri
kerana cinta-Mu realiti
bukan fantasi

Raut wajah-Mu sukar ku bayangkan
tiada pernah terlihat oleh mata
hanya sekadar nama-Mu
bisa ku sebut selalu
serap ke sanubari ku
dan enggan ku lepas lagi

Bila jauh rasa bersentuh
bila dekat tidak berantara
bila hujung malam berlabuh
hati ku basah bagai dibasuh
mendera aku dalam aku
di puncak rindu
Engkau capai tangan ku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.075975 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list