|
hhmmmmm.....:stp::stp:
macam mana kita nak sedarkan diorg semua tentang adat melayu sebenarnya menyusahkan & islam memudahkan? |
|
|
|
|
|
|
|
"...KAHWIN KAN SEKALI SEUMUR HIDUP!"
muhahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 10-11-2005 01:23 PM
bagi yg belum kawin mungkin senang nak cakap, nak kawin simple2 je, tanak bazir, tanak itu tanak ini... tapi bila tiba harinya, mak bapak, adik beradik, sanak sedara, kawan2 mula la mintak buat itu ...
well, it depends. if one is someone who stands up for what he believes in, it's gonna be challenging but can still work out. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
MaaP yer kenkawan...saya nak menjampuk sikit.
Ni ada satu cerita pasangan warga emas Malaysia ni.
Pasangan ini hidupnya susah.
Anak depa ramai sampai 10 orang semuanya.
Tapi antara sepuloh tu cuma yang paling bongsu lelaki.
Zaman tu tahun 60 an.
Yang si Bapa bertungkus lumus lah mencari nafkah menghantar anak anak dia ke sekolah lepas sorang sorang nak bagi pandai dengan harapan bila besar nanti dapat kiranya bergantung harap.
Sedara mara dan jiran masa tu semua kata "buat apa susah susah bagi anak perempuan belajar. Nanti kawin duduk dapur jugak".
Tapi pasangan ni buat tak peduli jer cakap orang. Anak anak tetap dihantar belajar setinggi yang boleh. Biar bergadai bergolok pun tak apa. Sampai lah anak anak mereka mendapat kerja dan menyimpan duit sendiri.
Tahun demi tahun, ramai lah pulak lelaki yang datang meminang anak anak perempuan pasangan ni tadi. Sedara mara pun dah mula lah nak menenang. Ada peluang jer mula lah nak menghala pada si anu dan si polan padahal masa susah menjenguk pun jarang, menghulur jauh sekali.
Rupanya rupanya, betul seperti apa yang dikatakan orang, bila sudah dikahwinkan, anak perempuan tadi langsung tidak dapat dibuat tempat bergantung. Lepas satu satu mereka mengikut suami dan meninggalkan pasangan tu mejamah usia.
Jenguk memanglah jenguk tapi kalau kata nak merasa duit gaji anak tu memang jauh sekali lah. Sebabnya, laki memasing sudah kontrol segala kewangan. Dah tak boleh nak memandai mandai sebab kata si anak yang lurus bendul tu dia dah jadi hak orang. Sudahnya dapat lah cucu cucu sebagai habuan, yang menambahkan lagi beban kepada keduanya. Happy memang lah depa happy...orang tua mana yang tak sayang cucu. Tapi hakikatnya....beban tetap beban.
Alasan para suami, sebab dulu masa kahwin dah bagi duit hantaran banyak ! Maka sekarang semua sudah jadi milik mereka, mesti ikut apa kata mereka. Padahal duit hantarannya tak sebanyak mana pun berbanding gaji isteri yang masuk tiap tiap bulan.
Itu lah ceritanya. Ringkas tapi sesuai untuk dijadikan pengajaran.
Now, pandangan aku mengenai isu duit hantaran ni... dan idea aku untuk para dara berkerjaya di luar sana yang akan berkahwin tak lama lagi tapi pada masa yang sama ingin memastikan kewajipan membalas budi ibu bapa serta membantu adik beradik yang ramai tidak terabai.... Aku rasalah lebih baik engkorang toksah "demand" sangat duit pihak lelaki masa nak kahwin.
Sebabnya, nanti diorang tak boleh nak ungkit ungkit soal duit hantaran tu bila tiba masa kita nak menghulur wang pada ibu bapa kita. Kalau perlu belanja untuk majlis kenduri sama sama tanggung ! Cuma mas kahwin yang wajib tu jer 100% atas suami. Apa macam lojik tak cadangan aku ni ??
Itu baru betul ikut Islam kan ?? Adil dan tak menyusahkan mana mana pihak, terutama sekali kepada ibubapa ibubapa miskin seperti yang aku ceritakan tadi.
[ Last edited by mutantninja03 at 19-11-2005 02:34 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
PeTaLa_LANGIT This user has been deleted
|
zaman ler ni....pendapat aku pasal kawin......kalu dah jumpa calon yg betul2 gred A ...."Mr Right"....ketaatan terhadap Allah & Rasul...ibu bapa....sifat tanggungjawabnya...dan ciri2 lain yg diperlukan ...sesuai dgn pesanan Rasulullah......aku kalu dah jumpa yg mcm tu...kawin ja....jgn tunggu lama.......
lani bukan senang nak dapt yg cam tu.....dah la kaum lelaki makin pupus la ni....nisbah 1:8 atau 1:9 la ni....kalu yg baik2 suma poligami cukup 4 orang pun...stil ada yg akan andartu....nauzubillahi min zaalik.
....dan dari apa yg aku peratikan...mcm survey la jugak...banyak yg baik2 suma dah berpunya...samada dah ada calon isteri ataupun dah memang beristeri.......
sebab tu semua wanita la ni kena terima poligami....dan bersiap sedia dgn poligami....tak kisah lah samada satu hari nanti kita akan dimadukan atau tidak....tak kisah lah kita ni satu hari jadi isteri ke berapa pun......sebab jodoh pertemuan buka kat tangan kita......
Pendapat aku tentang adat2perkahwinan melayu....banyak yg membebankan~!...kedua-dua pihak....pengantin pompuan dan juga pengantin laki.......padahal hakikatnya....basically...pernikahandalam Islam adalah mudah ....dan Islam itu sendiri adalah mudah......
nak kawin kan anak....tapi siap ada tawar menawar macam nak meniagakan anak tu.....demanding giler~!.... majlis pulak tu banyak pembaziran....lari jauh dari tujuan walimah yg sebenarnya........... niat baik, majlis baik,....tiba2 banyak pembaziran....dan sesungguhnya membazir tu kan amalan syaitan..........
sudah jadi trand sekarang ni...kalu buat walimah, siang sampai ke malam.......petang baca doa selamat mintak kebahagian dan keredhaan Allah untuk kedua2 mempelai dan keluarga...minta pada Allah kurniakan zuriat yg soleh dan solehah......tup~! tup~!...sebelah malamnya, siap panggil kugiran buat persembahan...siap ada karaoke lagi.....apekejadahnyer~!!.........apa dah berlaku ni sebenarnya~!!.....nauzubillahi minzalik.......... niat baik, majlis baik...tiba dihidangkan pulak dgn hiburan yg melalaikan dan tidak sesuai dgn syariat......
ntahla......
hakikat ~! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adat jangan bertentangan syariat
Oleh ZUNAIDAH ZAINON
DALAM kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup.
Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian.
揝ebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana wujudnya kekeliruan antara memahami adat dan tuntutan agama, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|