Nanti edit balik. Nak sambung kerja. Copy dan transfer kat sini allignment jadi lari..
Bab 3 Akma masih duduk termenung di atas katilnya sedari pulang daripada bilikProf Siti. Matanya kadang-kadang melirik ke arah telefon bimbitnya, melihat masa yang berlalu. Dia tidak tahu bagaimana berhadapan dengan Hani setibanya dia di asrama nanti. Rasa marah ada, sedih pun ada. Dia tidak dapat menerima bahawa orang yang dipercayainya akan berdusta sedemikian rupa. Setelah pukul 10.30 malam, barulah Hani pulang. Nampak seperti amat keletihan. Terus sahaja dia mencampakkan beg sandang dan beg plastik di atas katil. Membeli belah lagi.Tidak sayang duit langsung, gertak Akma di dalam hati. Dia melihat sahaja perlakuan Hani. Hendak bertegur, hatinya masih membara. “Hai..moyok jernampak muka ko Akma? Kenapa?” tanya Hani sambil melunjurkan kakinya di ataskatil. Sesekali menggeliat kecil badannya yang lenguh-lenguh itu. “Tak ada apa-apalah. Aku letih.” jawab Akma tanpa memandang ke arah Hani.
“Hai, takkan letih kot. Selalunya ko lah yang paling aktif. Tidur pun selalu lambat daripada aku.” Hani mengejek. “Perasaan aku jer yang letih..badan tak” selamba sahaja jawapan Akma.
“Kenapa?Ko ada masalah ke?” Hani seolah-olah dapat meneka apa yang bermain di fikiranAkma sekarang. “Takada apa-apalah” “Cakaplah.Kita kan kawan baik. Masalah kenalah kongsi bersama” “Kawan karib?” teriak Akma. Pandai sungguh kau berlakon! Rasa ingin terhambur jugarasa marah yang tersimpan. Hani memandang pelik sikap Akma yang baginya sepertiorang tak betul itu. “Ko ni tak habis-habis shopping. Tak sayang duit ke?” Akma meninggikan suaranyasedikit. Dia bangun dari katil dan terus menuju pula ke tepi tingkap.
Hani juga turut bangun dari katil lantas berhadapan dengan Akma. Nampaknya mungkin tekaannya salah. “Eh..apahal ko nih..Study banyak sampai jadi tak betul ke?” “Hani,ko kan study lagi. Keluarga pun bukan kaya sangat. Janganlah asyik nak membazir duit loan. Lepas tu keluar pagi balik malam, bila masa nak study?” Kali iniAkma mula berani bertentangan mata dengan Hani. “Ko ni apsal? Selama ni tak ada pun ko bising-bising. La ni sibuk. Nak carik pasal ke?” Menyirap darah Hani bila ditegur begitu. Ditolaknya bahu Akma. Akma membulatkan matanya. Dipegangnya bahu Hani pula. “Aku tegur demi kebaikan k aje..nanti ko sendiri yang menyesal..” “Akutahulah apa yang aku buat. Ini hidup aku. Ko tak payah masuk campur. Ko pulak,tak boring ke asyik study ajer. Aku yang tengok pun tension” “Nak buat macam mana? Nak carik teman berbual pun asyik hilang je. Malam baru nampakbatang hidung,” tegas Akma. “Huh..”Hanimula berpeluk tubuh. Dia masih tidak berpuas hati dengan Akma. Apa yang merasukperempuan ini agaknya. “AssignmentProf Siti ko dah hantar?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Akma. Diasendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh menanyakan soalan itu. Sebenarnya,kalau boleh Akma tidak mahu membangkitkan perkara tersebut. Haniterdiam sebentar. Ada perubahan pada riak wajahnya.
“Ko ingataku keluar pagi balik malam buat apa? Dating aje ke? Ada masanya, aku siapkanassignment dan study dengan abang aku la..” Menjeling tajam Hani.
Ye ke? Sindir Akma dalam hati. Macam tak je akutengok, bisik Akma lagi.
“Aku dah hilangkan disket assignment aku lah..Bilacarik kat pc pun tak ada juga..aku terdelete agaknya. Ko ada tersimpan folderaku kat mana-mana tak?” pancing Akma.
Perasaan marah Hani mulai reda bila Akma menukartajuk perbualan. Tetapi perutnya rasa kecut juga bila Akma membuka topikberkenaan assignment. Hani cuba sedaya upaya menyembunyikan kebimbangannya. Diaduduk semula di atas katil sambil mengurut-ngurut kakinya yang lenguh. “Manalahaku tahu. Aku tak ada kacau folder ko. Ko ter'delete' lah tu agaknya..” “Habis..korasa apa patut aku buat?” tanya Akma lagi. “Kobincanglah dengan Prof Siti, sama ada boleh tangguhkan beberapa hari. Kalau kotak sanggup hilang 30 markah tu.” “Betul juga. Esokko temankan aku..no more excuses. Aku booked ko esok pagi. Beritahu Alias..” Hani inginmenolak pada mulanya. Dia sudahpun berjanji dengan Suffian ingin menemuinyaesok. Tetapi kerana bimbang rahsianya akan terbongkar, Hani beralah.Dia tidak mahu Akma mengesyaki sesuatu sekiranya dia menolak. “Oklah.Akuikut..” * * * * * Anuar melabuhkan badannya di atas sofa. Mike sudah mulaberdengkur di atas karpet. TV masih lagi menyala. Bukan kau yang tengok tv, tvyang tengok kau, bisik Anuar di dalam hati. Yan pula masih belum pulang. Sejakdapat girlfriend baru, jarang dia pulang awal. Hendak jaga hati awek, katanya.Masih kebosanan, Anuar menukar siaran satu persatu tetapi tiada satupun yangmenarik minatnya untuk menonton. Fikirannya menerawang jauh teringatkanNatasya. Apa yang sedang dilakukannya sekarang?
Sudahhampir dua bulan Natasya menghilangkan diri tanpa khabar berita setelahmenghantar sms mengucapkan selamat tinggal dan jangan mencarinya lagi. Anuartidak tahu apa salahnya. Natasya pergi begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan.Hatinya sakit tidak terkira. Dia terasa seperti dipermainkan. Selepas daripadaitu, Anuar tidak pernah lagi menghubungi Natasya kerana keegoannya sudahtercalar. Anuar nekad untuk melepaskan Natasya walaupun payah. Selagi dia terusberpegang pada kenangan itu, selagi itu dia akan terus tertekan. Dia tidak akanberpaling lagi. Tidak ke mana perginya. Hidup perlu diteruskan,lagipun dia masih muda lagi. Banyak lagi fasa hidup yang belum ditempuhinya. Anuar merenung telefon bimbitnya, dalam. Tidak perlu lagigambar Natasya disimpan. Walaupun berat, dia perlu melakukannya juga.Ditatapnya gambar gadis itu sepuas hatinya sebelum membuangnya satu persatu.Lega sedikit rasanya kerana dapat melepaskan bebanan itu. Selamattinggal Natasya......Semoga berbahagia dengan hidup barumu....
Aku akan buangsegala kenangan kita jauh dari lubuk hatiku...... Anuarmenghempaskan dirinya di atas katil seketika kemudian. Dia ingin tidur lenamalam itu sejak sekian lama dihantui wajah Natasya. * “Manakamu pergi semalam, Akma? Puas saya mencari kamu,” tanya Prof Siti sambilmembetulkan cermin matanya. “Maafkansaya Prof. Saya ada hal penting, tak sempat nak beritahu,” jelas Akma sambilmenghulurkan tangan meminta maaf. Hani yang berdiri di sebelahnya, hanyatersenyum dalam debar. “Hmm...manaassignment kamu? Selalunya kamu yang paling cepat hantar. Nak hantar sekarangke?” “Hmm..sebenarnyaProf. Saya ada masalah besar. Err..Ehmm..Assignment saya...” tergagap-gagapAkma menjawab pertanyaan Prof Siti. Terasa seolah-olah ada benda sedangmenari-nari di dalam perutnya. “Kenapa?” Serius sahajamuka Prof Siti dilihatnya. “Assignment sayadah hilang Prof. Entah mana tercicir.” Akma menahan nafas. Hani yang tadi pucatmukanya, berasa sedikit lega. “Takada backup? Takkan tak ada kot,” perli Prof Siti. Akmamenelan air liur. Dengan separuh berbisik dia berkata, “Itulah masalahnya,Prof. Tak ada.” “Habis?Deadline is today. Tak hantar by the end of the day, maknanya 30 markah kamuhilang..” jelas Prof Siti. Hani tersenyum sinis. Suka nampaknya. “Saya nak mintatolong Prof. Berikan saya sedikit masa untuk buat yang baru..” bergetar suaraAkma. Hendak menangis pun ada. “Apa katakawan-kawan kamu yang lain kalau saya beri kelonggaran pada kamu?”
“TolonglahProf Siti. Saya tak boleh kehilangan 30 markah tu. Ia akan menjejaskan CGPA saya,”serak suara Akma rasakan. “Haah Prof.Tolonglah dia, nanti menangis pulak..”kata Hani mengejek. “Saya juga yang kenapujuk nanti,” juih bibirnya. Mendengar sahaja kata-kata Hani itu, Akmaterus memandang tajam dengan rasa meluat ke arahnya. Berani sungguh ko Hani.Tak ada rasa bersalah langsung! Mengejek lagi ada! Mana pergi perikemanuasiaanyang ada? “Hani...awak tolongkeluar sekejap. Saya nak berbicara dengan Akma.”
“Hani...janganbalik dulu. Tunggu saya!” perintah Akma. Hanimelangkah keluar dari bilik Profesor. Setelah kelibat Hani hilang, Prof Sitimemulakan balik perbincangan mereka tadi. “Sayatak tahu apa masalah kamu. Tetapi saya tak boleh benarkan.” “TolongProf!” rayu Akma. “SorryAkma. I have to be professional” “Tapi...” “Myadvise is .. You must work hard in your semester exam.”
“Prof Siti, Saya janji akan siapkan sebelum Jumaat ni. Tolong berikan sayapeluang..” rayu Akma lagi. “Akma...sayakena attend lecture. Please excuse me..” Akmaterbungkam. Mukanya pucat tak berdarah. Tiada gunanya dia merayu lagi. ProfSiti memang tidak berganjak daripada pendiriannya. Akma hanya mampu melihatProf Siti melangkah keluar dari bilik. Air mata mula bergenang. Tetapiditahannya juga. Aku kena tabah. Tentu ada jalan keluar daripada semuapermasalahan ini.
Akma sudahtidak tertahan lagi. Lantas, dia keluar dari bilik Professor dan berlari sekuathatinya entah ke mana. Dia perlu bersendirian sekarang. Hani yang diarah tunggudiluar turut ditinggalkannya. Hani yang terperanjat dengan kelakuan Akma itu,mengejarnya dari belakang. Dia menjerit memanggil Akma. “Akma! Ko nak ke manatu? Eh..takkan ko nak jalan kaki balik kot?” Akma berpusing kebelakang, berjalan dengan lajunya ke arah Hani pula. Berderau rasanya mendengarsuara tersebut. Jikalau dia seekor harimau, sudah lama dibahamnya perempuandidepannya itu. “Cukup Hani!Diam!” “Apa?Kenapa asyik nak marah orang aje? Tak reti nak cakap elok-elok dengan aku ke?”marah Hani sambil menarik tangan Akma. “Nakcakap macam mana lagi dengan orang macam ko ni?” pegangan tangan Hanidilepaskan. Seperti drama pula lagaknya. Hanimula mencekak pinggang. “Apa ko cakap?” “Koingat aku tak tahu muslihat kau?” Besar mata Akma, marah.
“Muslihatapa?!” “Bukan ko yangdelete file aku dalam komputer?” jerit Akma lagi. Tidak tertahan rasanya lagikepedihan di hati. “Kotuduh aku? Ko tu yang cuai? Ko ingat tuduh2 org ni baik sangat ke?” “TolonglahHani. Aku ingat ko kawan baik aku. Tapi musuh dalam selimut,” Matanya tepatmemandang ke mata Hani. Tidak lepas. Hani mengalihkan pandangannya kerana tidakselesa. Umpama singa betina lapar sahaja rupanya. “Akudah nampak assignment yang ko hantar pada Prof Siti. Bukan assignment aku keyang ko copy?? Senang-senang aja ko ubah nama ko??” “Sowhat?? Nasib ko lah..” Hani tersenyum sinis, sambil memintal-mintalkanrambutnya, lagak seperti orang tidak bersalah. “Apako kata?” “Yelah. Aku dah bosan dengan ko Akma. Asyik kena puji dengan pensyarah. Resultpower. Tugasan pun bagus. What is sooooo great about you?” Hani mendekati dirinya dengan Akma danmebisikkan sesuatu ke telinganya. “Memang aku yang delete assignment ko.Komputer aku kan, so aku boleh buat apa yang aku suka. Lagi satu, assignmentyang ko save dalam disket ko tu pun aku delete jugak masa ko tengah mandi. So,memang tak boleh dapat baliklah.” “Sampaihati ko buat aku macam ni.” muka Akma berubah bila diketahuinya disket yangdihilangkannya itu sebenarnya tidak berisi. Hanitersenyum sinis, “Hmm..memang sampai hati aku. Ko masih boleh buat dengan baikexam ko kan? So kira bagi bonus kat aku lah untuk assignment ni.” “Akusungguh tak sangka ko begini orangnya, Hani..” “Well..Koyang buat aku jadi begini, tau tak? Lagi satu aku nak beritahu. Aku nak pindahke rumah sewa minggu ni. Ko tak payah risau aku curi assignment ko lagi. Bestkan duduk sorang..tak ada orang nak kacau ko study lagi kan?” jari telunjuknyaditekan ke dada Akma. Kemudian, Hani terus berlalu dari situ meninggalkan Akmayang masih berdiri mengenangkan nasibnya. Akmatidak dapat berkata apa-apa lagi. Dia sudah habis daya. Kini, tiada siapa lagiyang dapat mendengar rintihan hatinya, berkongsi suka dan duka hidupnya. Diasudah kehilangan seorang yang disangkanya sahabat. Apabiladia mengangkat mukanya, dia dapat melihat ramai mata yang memandang ke arahnya.Matanya dapat menangkap wajah Anuar antara ramai yang memandang. Anuarmemandangnya dengan wajah yang penuh tanda tanya. Akmarasa dia perlu bersendirian ketika ini. Dengan longlai dia mencari tempat yangjauh dari orang ramai. Dia tidak mahu orang melihat kesedihannya ketika itu.Setibanya dia di suatu tempat, dia dapat melihat liputan gunung-ganangterbentang luas dihadapannya. Sejuk mata memandang. Perasaan marah dan sedihterus lupus dari benaknya. Cantiknya pemandangan dihadapannya itu. Walaupunsudah bertahun-tahun, gunung itu tetap gagah berdiri. Dengan sekelip mata, Akmadapat rasakan kekuatan melingkari seluruh tubuhnya. “Akutak akan mengalah!” jerit Akma sekuat-kuat hatinya. “Aku akan jadi sepertimugunung. Aku akan tetap teguh berdiri!” * * * * * Anuarmemakir motosikal Aprilianya di tempat biasa. Dia sengaja datang awal ke kuliahpagi itu. Apabila ingin menenangkan fikiran, dia sering ke satu tempat yang palingdisukainya. Di situ terdampar pemandangan gunung ganang yang sungguhmengasyikkan. Dia akan melupakan segala kekusutan fikiran apabila melihatpemandangan yang cukup cantik disitu.
Barusahaja turun dari motorsikalnya, didapati ramai orang berkerumun di koridorsepanjang laluan ke fakulti. Dengan rasa yang pelik, dia pergi dan melihat apayang sedang berlaku disitu. Kelihatan dua orang gadis seperti sedang bergaduh.Nasib baiklah tiada adegan menarik rambut atau menarik tudung. Kemudian, salahseorang daripada mereka beredar dan meninggalkan seorang lagi. Dia dapatmelihat wajah gadis itu dengan jelas. Bukankah itu gadis yang menjumpai topikeledarnya tempoh hari?
Tanpa mahumemikir lebih, Anuar ke tempat yang ingin ditujui. Tempatnya betul-betul dibahagian belakang dewan kuliah Sri Cempaka. Di situlah tempat kesukaannya untukmelepaskan segala kekusutan di hati. Di situlah juga tempat dia menenangkanfikiran dan mencari ilham.
Tetapikali ini hasratnya terganggu. Kelihatan seorang gadis sedang duduk di tempatbiasanya. Isshh..gangguan betullah, katanya di dalam hati. Dia baru sahajaingin beredar apabila terdengar jeritan bergema datangnya dari gadis itu. “Akutak akan mengalah! Aku akan jadi sepertimu gunung. Aku akan tetap teguh berdiri!”jerit gadis itu sekuat-kuat hatinya sehingga terperanjat Anuar dibuatnya.
“Gila ke apa?” desis Anuar. Dia berjalan perlahan-lahanke arah gadis itu.
“Apa awak buat di sini?” tegur Anuar. Hampirterlompat Akma disergah begitu. Perkiraannya tentu tiada orang di tempatsebegitu. “Eh..Takada apa. Saja je hirup udara segar kat sini,” jawab Akma. Dia menoleh ke arahtuan punya suara. “Anuar?!” “Ehawak..” Anuar turut terkejut melihat Akma disitu. Baru sahaja tadi dia melihatAkma bergaduh di hadapan fakulti. Entah bila masa pula dia sampai ke sini.
“Eh..Oklahsaya nak masuk kuliah. Sorry ye ambil port awak,” jelas Akma lantas bangunmeninggalkan Anuar yang masih kebingungan itu. Last edited by winter on 29-1-2013 10:29 AM
|