CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4731|Reply: 13

Betulkah Peribahasa adakala melemahkan bangsa.

[Copy link]
Robotic This user has been deleted
Post time 21-5-2006 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Ada orang kata peribahasa melayu ni melemahkan bangsa...
Contoh.."Rezeki secupak tak akan jadi segantang", jadi sebab tu le bangsa kita malas...
"Kail sejengkal jangan laut dalam nak diduga" pasal tu le bangsa kita penakut..

So kalau benar benda ni tak elok dari segi ilmu..kenapa diterima pakai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2006 01:29 PM | Show all posts
Peribahasa camni sebenarnya merupakan peribahasa untuk menyedarkan atau memberi pengajaran...spt  揜ezeki secupak tak akan jadi segantang", jadi sebab tu le bangsa kita malas...sebenarnya menyedarkan supaya tidak menjadi malas bukan menggalakkan sifat malas...kadang2 benda camni terpulang pada pemikiran kita...kalau negatif...nampaklah negatifnya...kalau positif...nampaklah kebaikannya...

"Kail sejengkal jangan laut dalam nak diduga" pasal tu le bangsa kita penakut...yg ni plak...konotasinya...jika hendak melakukan sesuatu hendaklah lengkap preparasinya...bukan main tangkap muat jer...tak cukup ilmu atau persediaanya, sudah tentulah kita akan gagal...kena baca betul2 apa yg tersirat di sebalik yang tersurat tu ek....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 11:05 PM | Show all posts
Hmmm...I bersetuju:hatdown:

Membaca makna yang tersirat - lebih dari apa yang tersirat memerlukan keamatan dan ketajaman fikiran. Kalau dilihat sekali pandang, memanglah peribahasa sedemikian mudah dimengertikan dengan komotasi yang negatif.

Pada asalnya I begitu. Contoh seperti " Biar mati anak, jangan mati adat " - membacanya pada mula membuatkan I terasa jengkel. Kalau matilah sang anak, siapa nanti yang akan mewarisi adat? Tapi setelah diamati dengan teliti, baru I menghargai maksud sebenarnya. Mewarisii sesuatu yang telah diamalkan turun-temurun harus dipikul oleh individu yang sangat bertanggung-jawab. Ia bukanlah satu tugas yang mudah - membawa dan mengekalkan sesuatu dalam bentuknya yang asli melalui peredaran dan perubahan drastik masa.

Lebih dari itu, mengembangkan ia dari satu generasi ke satu generasi agar ianya dihargai dari masa ke semasa. Dan, agar warisan tadi terus segar - pewarisnya harus terusan aktif dan membawanya tanpa mengenal penat dan lelah, sambil minat mendalam dan ketekunan yang ditunjukkan ( passion ).

Melihat dari hakikat ini sahaja, bolehlah kita membuat kesimpulan - agar adat ini terus relevan dan kekal dari generasi ke generasi, bakal pewarisnya (anak) harus dilatih untuk mencintai jati dirinya dahulu. Kekal dan kukuh dalam sanubari mereka. Lagipun, apa gunanya seorang insan pada masyarakatnya jika ia tidak belajar menghargai asal-usulnya...

Lihat sahaja keadaan hari ini didalam negara kita. Ya, umat kita semakin ramai tetapi jumlah yang besar tidak menjamin kualiiti pada bangsa. agama dan negara. Sebabnya - kerana jati diri kta sudah berkecamuk kerana ghairah memenuhi tuntutan yang tidak penting. Kita cuba menjadi orang lain kerana tidak yakin dengan kemampuan sendiri.

Menyedihkan. Wo bu gao xing - malai xia ren tamen de dao bu hao le...

tangtut1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 02:35 AM | Show all posts
peribahasa nih kena pandang positif..
sgala yg org tua ckp mmg berguna..
mencabar kebolehan diri..
supaya jgn memandang enteng dlm apa saja yg kita buat..:ah:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 09:57 AM | Show all posts
"Rezeki secupak tak akan jadi segantang"- kalau kita pemalas camner rezeki tu nak jadik segantang?So kena usaha lebihla...
"Kail sejengkal jangan laut dalam nak diduga"- kita kena fikir jalan untuk membolehkan kita 'menduga' laut yg dalam tu.Di sini memerlukan pemikiran yg kreatif utk mencapai sasaran kita.

Takde salahnya pun peribahasa dolu2.Cuma kita kena sesuaikan ikut zaman la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 01:03 PM | Show all posts
Intan setuju sangat dengan pendapat seribulan, tangtut , evita dan nara
cara pertibahasa itu dibuat berdasarkan pengamatan yang halus dan tajam, penuh nasihat panduan secara kiasan dan lembut.
namun itu bagi generasi zaman kita yg straight-forward ni terlalu lurus menterjemahkan maksud sesuatu peribahasa itu.
seni kiasan dan bahasa kita dah semakin hilang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2006 02:29 PM | Show all posts
Peribahasa kita banyak dilahirkan masyarakat dulu-dulu yang kaya dengan kiasannya. Jiwa mereka masih lagi kuat dan penuh dengan nilai dan seni, kelembutan, suka bermain dengan bahasa dan metafora. Menyampaikan nasihat pun secara berkias, berbidal... berbeza dengan masyarakat kita sekarang. Modernisasi banyak menukar cara masyarakat kita berfikir. Semuanya ingin bergerak pantas.

Peribahasa melayu lama tak boleh ditafsirkan secara terus.... hayati maksudnya yang tersirat. Ada unsur2 sarcasm yang perlu kita fikir2 dan fahamkan.. Ada nilai pendidikan didalamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 08:14 PM | Show all posts
Peribahasa melayu itu lambang sifat dan budaya melayu.  Dalam alam melayu pandangan dunia mereka diolah menjadi peribahasa yang pelbagai.

Maksud dan erti setiap peribahasa itu perlu dilihat dalam konteks yang berkaitan.  Menggunakan peribahasa dalam konteks yang salah akan mengundang pengertian yang salah, malah menunjukkan betapa kita tidak mengenal kehalusan budaya dan bahasa sendiri.

Allahyarham Pak Sako adalah antara tokoh yang paling Zam kagumi bila mengupas peribahasa yang amat halus dan dalam maksudnya.

Amat malang jika peranan peribahasa dicemarkan dengan pengertian baru.  Atau atas alasan kemajuan peribahasa moden dibuat yang rata2 lebih bersifat jenaka dari mengajar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2006 11:06 PM | Show all posts
seni kiasan peribahasa melayu diambil daripada persekitaran.
orang2 tua kita tidak dicemari dengan unsur2 kemodenan jadi adakalanya kita tak bleh nak relate the peribahasa dgn pemahaman mereka pada zaman yg mereka lalui.
ia diibaratkan kena buat tima warp untuk menyelami kehidupan orang2 melayu zaman2 dulu, confirm xleh nak relate dgn zaman kita sekarang nih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by redsinner at 28-5-2006 11:06 PM
seni kiasan peribahasa melayu diambil daripada persekitaran.
orang2 tua kita tidak dicemari dengan unsur2 kemodenan jadi adakalanya kita tak bleh nak relate the peribahasa dgn pemahaman mereka pa ...



maybe the form jek berlainan or sesuai masa tu but THE SUBSTANCE maintain through life i think laaa.


another thing is saya pun nak tau macam mana ORANG MODEN SEKARANG applied pemerhatian mereka ? especially zaman masa lapang banyak, zaman photo cantik2 ada so macam mana agakknya oang moden observed and tulis pendapat mereka precisely depicting same substance thorough out  humanity...misal soal cinta ( blogging???)


satu pekara paling penting kita zaman moden kene ingat, oang dulu2 VERY RESPECTUL towards alam sekitar, natures sekeliling mereka dan kita nampak hubungan baik manusia dan alam dari tulisan2 mereka kan?

but us? u bukak paper ada cite banjir kilat..aa dia ni marah dia tu, jabatan ni blame jabatan tu..lama2 senyap pasal Mawi naik pentass dahhh hihihihi

history always repeats, it does repeat but the evil deeds lah pada saya..is was so true.

[ Last edited by  ajinomotonosuga at 29-5-2006 09:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 06:58 PM | Show all posts
Jika kita pandang bahasa sebagai satu organisma hidup, maka perkembangannya akan menjangkau liputan masa.  Tidaklah bahasa itu terperap tidak berkembang, malah turut juga menyumbang kepada kemajuan.

Bukankah bahasa itu juga menunjukkan jangkauan kerangka pemikiran alam bagi penuturnya?  Maka jika penuturnya semakin "maju,"  bahasa juga akan turut mengalami perkembangan yang sejajar.  Apabila bahasa mula berkembang, idea2 yang baru juga dapat diperjelaskan selari dengan perkembangan itu.

Berbalik kepada peribahasa, dalam semua peringkat perkembangan bahasa itu, inti pati atau isi sesuatu pengajaran daripada peribahasa itu kekal, cuma olahan mungkin berbeza atau bentuk tidak sama tetapi pemahaman pengajarannya tetap sama.  Peribahasa yang pelbagai itu mempunyai satu unsur yang utama, iaitu untuk mengajar.

Namun tidak dapat dinafikan ada peribahasa yang terkongkong dalam kepompong masanya yang amat tersendiri.  Peribahasa2 yang sebegini adalah lebih bersifat catatan pemahaman orang2 dulu, rujukan kehidupan mereka, dan luahan harapan mereka.  Itu semua merupakan khazanah bangsa yang wajar diberi perhatian dan dipelihara.

Wajarkah peribahasa2 sebegini terus digunakan? Mungkin.  Wajarkah dilupakan?  Sudah tentu tidak.

Janganlah kerana itu maka peribahasa2 ini dikatakan melemahkan bangsa, atau membekukan minda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2006 03:13 AM | Show all posts
ader satu peribahase yang mesti dihapuskan la pada pendapat aku..

biar mati anak ,jangan mati adat ...

sebab? pikir sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2006 05:51 AM | Show all posts
Generasi lama kaya dengan kesopanan. Sopan dalam pergaulan, tutur kata yang manis dan juga perbuatan mencerminkan keperibadian seseorang. Maka tak hairan jika pertuturan seharian generasi lama agak "berlapik" demi menjaga kesopanan. Peribahasa lahir dari kiasan bahasa generasi lama, penerimaan peribahasa dengan minda kosong akan memberikan makna yang kurang enak tapi bila dihayati dan diperhalusi, maksud yang tersirat amat mendalam sekali.

Seperti contoh yang diberi oleh pembuka thread, "Rezeki secupak tak akan jadi segantang"...sekali dengar seolah menyatakan kita tak perlu berusaha untuk mendapat yang lebih dari termampu tetapi bile diperhalusi maksud tersirat ia memberi kita maksud yang positif; tanpa usaha, rezeki yang secupak tak mungkin jadi segantang.

Tak wajar kita mengenepikan peribahasa, ia adalah warisan ilmu dari generasi lama dan sebagai generasi baru, jangan kita sekali menganggap peribahasa melemahkan bangsa...Buka dan perluaskan minda kita.

my 10cents opinion, heh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 02:13 AM | Show all posts
Originally posted by Robotic at 21-5-2006 12:23 AM
Ada orang kata peribahasa melayu ni melemahkan bangsa...
Contoh.."Rezeki secupak tak akan jadi segantang", jadi sebab tu le bangsa kita malas...
"Kail sejengkal jangan laut dalam n ...
卥alau otak korang lemah...lemahlah jadinya...

...take for instance sorang mamat yang malas nak bekerja..bila mak dia suruh dia carik kerja dia jawab..."...ala mak...relak arr...sedangkan ulat dalam batu bley hidup"...ekekekeke...

...walhal..maksud peribahasa tadi ialah...orang yang rajin usaha takkan mati kelaparan...tapi...kalau dah dia fikir seperti di atas...then...itu hanya akan melemahkan diri dia sendiri...

....lagik satu senario...mamat yang sama melambat2kan pekerjaannya...bila members sound suruh cepat sikit...mamat nie jawab..."lermmmakkkk...pelan2lah...sehari selembar benang lama2 menjadi sehelai kain"...huhuhu...kesian aku ngan member2 sekerja dia...ekekekeke...

...another senario...mamat sorang nie bigtime playboy..suka main2kan hati dan perasaan anak2 dara kat tempat kerja...membuat anak2 dara kat sana semua tak suka ngan mamat nie dan ngan member2 yang hang around ngan mamat nie...sebab apa??...sebab anak2 dara nie semua beranggapan yang member2 mamat nie pon sama macam mamat nie...bak kata peribahasa...seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit...fair to the other boys???..not fair???...heh...korang pk2 lah sendiri...

...eerr...ada ubi ada batas ada hari boleh balas...eerr...slalu kalau kita tak happy ngan member kita akan ucapkan peribahasa nie...sometimes...ianya hanya sekadar ucapan semasa kita tengah panas...but...most of the time...akan terbit dan tersimpanlah perasaan dendam kat member yang buat kita hot...heh..

...jugak...kalau kita base on this peribahasa...alang berjawab tepuk berbalas...meaning...baik dibalas ngan baik...jahat dibalas ngan jahat...kalau interpretasi kita just that...then...apa agaknya akan terjadi??...heh...

...bottomline...i do agree ngan korang yang peribahasa nie bukan saja kena kita fahami tafsiran sebenarnya...tetapi...kita kenalah have the rite mind untuk menafsirkannya...baru persepsi kita tak meleset...

...alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...peribahasa nie sebenarnya mempunyai maksud kalau sudah terlanjur berbuat jahat biarlah diperolehi hasil daripadanya...which sounds very negative rite??...tapi...some pple use it in a positive context...seperti...memberi rangsangan kat murid2 yang nak give up half way thru...alang2 membuat sesuatu pekerjaan...biarlah sampai mendapat hasilnya...think this sounds better...heh...

...eeerrr...like real jer aku nie...ekekekeke...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.619009 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list