View: 4391|Reply: 19
|
CIPTAAN ILAHI VS KAJIAN SAINTIFIK
[Copy link]
|
|
[ Last edited by 7276 at 13-7-2006 12:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar nie adalah batu yg dikatakan ingin mengikut Rasullah S.A.W dlm
peristiwa isra'& mikraj.. tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah
saw dan malaikat Jibrail. Dan sejak itu batu itu terus terapung
sehingga kini.....
Masyallah....
[ Last edited by alahai at 13-7-2006 02:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aikk sesuai dak ngan tajuk thread ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ANGIN PENYUBURAN
Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;
Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.
Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.
Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.
Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.
Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.
Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi. |
|
|
|
|
|
|
|
KETELAPAN AIR ANTARA LAUTAN
Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20.
Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.
Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan. |
|
|
|
|
|
|
|
KEGELAPAN DALAM LAUTAN DAN GELOMBANG INTERNAL
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)
Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.
Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.
Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.
Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.
Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 13-7-2006 02:05 PM
Gambar nie adalah batu yg dikatakan ingin mengikut Rasullah S.A.W dlm
peristiwa isra'& mikraj.. tetapi ianya ditahan oleh Bagin ...
this picture has been edited....
sb yg actualnya dlm bangunan..... penah tunjuk dlm jejak rasul...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gambiaq at 20-7-2006 01:42 PM
this picture has been edited....
sb yg actualnya dlm bangunan..... penah tunjuk dlm jejak rasul......
itu la yang kami tau batu yang nak ikut Rasululullah SAW tu dalam bangunan, yang ni kami dapat dari emel. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ kakak2 dengan info..suka haku baca...:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
nambot... yang pasai tangan tue..Masa haku sekolah lagik...ustaz dok habaq... Mekasih laa resfresh balik kenangan lalu...:tq: |
|
|
|
|
|
|
z4 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
dia kembang setiap malam ka ada time2 dia??
cth: malam bulan mengambang ka, malam 7 likur ka..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by 7276 at 20-7-2006 01:14 PM
(Bandingkan saiz bumi dengan planet-planet lainnya)
(Sekarang bandingkannya dengan Uranus & Neptun)
http://i45.photobucket ...
la ni kita hanya ada 8 planet saja, setelah pluto dikeluarkan!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by z4 at 27-8-2006 01:14 PM
Gambar Bunga Bakawali yang jarang dilihat,
hanya kembang tepat 12:00malam selama 3 jam
http://i94.photobucket.com/alb
bunga bakawali ni, ada nama lain dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alahai at 27-8-2006 02:58 PM
la ni kita hanya ada 8 planet saja, setelah pluto dikeluarkan!!
sapa cikgu dalam ni, la ni nak buat gena hah lepas pluto dah terkeluar sebagai planet pasai tak cukup piawai yang digariskan (depa nak kelaurkan pluto pun pakai sms, ingatkan AF saja:bgrin...buku sains mesti kena tukaq la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak imej dah hilang...
ruginya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|