|
Antara 'aura' Mawi dan 'taksub' peminat
Oleh Bayan Budiman
Apalah yang hebat sangat dengan Mawi tu? Sampaikan tiap-tiap minggu ada saja cerita yang ditulis pasal Mawi. Tak boleh salahkan wartawan, dah orang suka Mawi, kenalah tulis pasal Mawi.
Pada Bayan, niat wartawan pada mulanya nak promosikan Mawi sebagai "underdog" bila Mawi dengan lagu nasyidnya Intifada terkeluar dari pusingan pertama Akademi Fantasia 3. Masa tu, semua orang sibuk bercakap pasal "aura" Mawi.
Tiba-tiba dalam keghairahan "aura" Mawi itu, kegilaan orang ramai menjadi-jadi pulak, tambahan dengan promosi berlebihan pihak Astro dan pengacara peramah seperti Aznil Nawawi.?
Orang kata Mawi jujur, lurus bendul dan nampak keikhlasan di
wajahnya. Mawi hebat sebab anak kelahiran Felda Taib Andak ini berpaksi pada agama. Sampaikan ulama kita pun turut sama mengupas "isu Mawi".
Biasalah orang?ita, apa saja yang menyentuh bab agama, jati diri atau budaya, mulalah sensitif. Sensitif yang teramat sangat sampai terlupa kadang-kadang kita terlebih dan terlanjur dalam memberi "pengiktirafan." Dalam kata lain, "taksub".
Satu Malaysia "gilakan" Mawi, tak kira kanak-kanak, perempuan, pelajar, orang dewasa atau orang tua. Orang kampung, orang bandar, orang politik dan orang agama, rata-rata semuanya dah pernah dengar nama Mawi.
Meriahnya industri hiburan kita dek kerana insan bernama Mawi.
Apa saja yang disentuh, ditutur atau dikaitkan dengan Mawi baik dari baju Melayu "Satin Raya", tudung "Mawi", lagu "Aduh Saliha" dan entah apa-apa lagi, semuanya laku. Itu tak masuk lagi resepi Jaafar Onn, pun pakai nama Mawi jugak.
Bak kata Aznil lah, alih-alih ramai orang mengaku Jawa, mengaku asal dari Felda dan botakkan kepala "ala-ala" Mawi. Negeri serambi Mekah "Kelantan" pun jemput Mawi nyanyi.
Yang peliknya, orang-orang PAS bukan semua setuju tapi nak buat macam mana, Nik Aziz dah berkenan imej Islam Mawi.
Apa saja yang dibuat Mawi akan mendapat liputan atau setidak-tidaknya jadi topik bualan.
Entah berapa kali Mawi dah pesan "Jangan taksub dengan saya"...."Saya ada penyokong BUKAN peminat."
Kesian Mawi, pesanlah apa saja, bukan ada yang dengar. Buat-buat tak faham lagi. Malah bertambah hebat lagi sanjungan yang diberi.
Bayan tertarik dengan teori sifu teater kita Normah Nordin.
"Aku rasa orang Melayu kita ni takde hero sebab tu bila orang macam Mawi muncul, dia orang suka," ujar Normah.
Normah rasa ini semua "make-believe". Macam rancangan realiti TV.
"Mawi tu belum bersedia lagi, kesian dia. Substance dia kurang. Cubalah fikir, kalau takde support system macam sekarang ni, publisiti dan sebagainya, apa jadi pada Mawi?," ujar Normah.
Komposer "no nonsense" macam Ramli M.S dan penggiat teater/pelakon Adlin Aman Ramlie pun cakap Mawi ada ciri-ciri Melayu kental dan dapat mengisi kekosongan jiwa orang-orang Melayu.
Betul jugak cakap Normah tu, memang orang Melayu terlalu inginkan satu "figure" wira Melayu. Siapa saja yang menepati cita rasa orang-orang Melayu, orang itulah yang yang diangkat jadi hero. Mungkin sebab itulah ramai yang fanatik pada Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.
Tapi apapun teori yang diberi, Mawi tetap unggul dengan keperibadian tersendiri. Cakap-cakap negatif tentang Mawi pun semuanya macam air lalu. Langsung tak ada kesan. Betul punya taksub.
Mawi dah bertunang, Mawi minum air guna tangan kiri, Mawi bergambar diapit oleh artis-artis wanita, Mawi lupa lirik, Pitching Mawi lari, Suara Mawi sumbang, Mawi tidak boleh nyanyi "Aduh Saliha" secara betul sampai sekarang dan Mawi "blur". Bukannya peminat peduli.
Begitu hebatnya Mawi sehinggakan orang kuat Maestro talent, Freddie Fernandez pun bingung dibuatnya. Mana taknya. Tak pasal-pasal Freddie kena belajar istilah marhaban, berzanji, qasidah dan tazkirah. Ini kerana Mawi dapat undangan untuk turut serta dalam rancangan agama seperti di atas. Freddie kena tau jugak majlis agama macam mana anak buah dia turut serta.
Dahlah tu, Freddie kena siapkan sehelai dua baju Melayu untuk turut serta menemankan Mawi dalam acara-acara di atas.
Bayan?rut dada tengok keghairahan dan kegilaan orang-orang yang sukakan Mawi. Agaknya itulah kelebihan lagu Intifada (Kebangkitan) yang Mawi nyanyi. Betul-betul menjadi titik kebangkitan Mawi.
Bayan tumpang suka tengok anak muda macam Mawi yang pernah miskin dulu, dinobatkan sebegitu rupa. Tapi yang?ayan?aling tak suka, mana perginya jati diri kita. Adat-adatlah minat orang, janganlah sampai taksub sangat buat patung, pasang pin-up kalendar. Buat apa-apapun biar betul. |
|