CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: minaq_jinggo

Fotos - Konsert Fenomena CT & Saiful Apek

 Close [Copy link]
Post time 27-7-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 27-7-2006 11:38 AM
woip.. korang bg tau la ct nyanyi lgu ape mlm 2?

byk gak lagu CT nyanyi  tak silap aku antaranya lagu destinasi cinta, biarlah rahsia dan nazam lebaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by eddysheddy at 27-7-2006 12:06 PM

byk gak lagu CT nyanyi  tak silap aku antaranya lagu destinasi cinta, biarlah rahsia dan nazam lebaran


ye ke??? best nyer... eddy gi ker mlm tuh nengok :jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by lela_manje at 27-7-2006 12:10 PM


ye ke??? best nyer... eddy gi ker mlm tuh nengok :jeling:

tak gi..eddy baca paper je
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:23 PM | Show all posts
SITI, APEK BUAT GAMAT (harian metro 24/7/06)
ISNIN lalu, penyanyi Siti Nurhaliza mengumumkan tarikh perkahwinannya
yang akan berlangsung bulan depan. Tiga hari kemudian, Siti menjayakan
rakaman Konsert Fenomena di Auditorium Perdana, Angkasapuri untuk program
khas raya.
  Apabila penonton menyaksikannya menerusi Radio Televisyen Malaysia
(RTM) pada Oktober nanti, ketika itu Siti mungkin sudah menjadi isteri
usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, sekali gus bergelar
Datin.
  Malah rakaman bagi program yang diterbitkan Norkhuzaimah Abdul Aziz itu
diadakan lebih awal kerana mahu mencuri masa lapang Siti sebelum sibuk
dengan persiapan kahwin dan juga berehat selepas bergelar pengantin baru.
  Siti sendiri mengakui banyak kerja perlu dibereskan sebelum tiba hari
bahagianya pada 21 dan 28 Ogos nanti.
  Siti juga menjayakan beberapa program dengan stesen lain selain
undangan menjayakan persembahan tetapi akan memberhentikan kegiatan
seninya dua minggu sebelum nikah.
  Konsert Fenomena ini menyaksikan gandingan Siti bersama Saiful Apek.
Mungkin selama ini penonton lebih mengenali Apek sebagai pelawak, tetapi
Apek juga mula menunjukkan kemampuannya menyanyi ketika menjayakan
persembahan Anugerah Planet Muzik di Singapura, tahun lalu.
  Siti juga pernah berganding suara dengan Apek ketika menjayakan Minggu
Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby, April lalu.
  Malah, Siti dan Apek menyanyikan semula segmen yang pernah mereka
persembahkan ketika itu iaitu medley lagu popular Indonesia, Teman Tapi
Mesra (Ratu), Pupus (Dewa), Pudar (Rossa) dan Jujur (Rajda). Bezanya,
kali ini tanpa kehadiran Yassin.
  Ternyata kehadiran Apek berjaya menghidupkan suasana bukan saja untuk
program itu malah sepanjang empat jam rakaman dijalankan.
  Apabila rakaman perlu diulang kerana masalah teknikal atau penyanyi
lupa lirik, Apek menghiburkan penonton yang memenuhi auditorium dengan
jenaka spontannya.
  Dari awal lagi Siti mengingatkan penonton supaya bersabar kerana
rakaman mungkin mengambil masa yang lama dan berulang-ulang.
  "Saya harap semua bersabar kerana rakaman memang beginilah, perlu
diulang-ulang. Terima kasih atas kesabaran anda semua," katanya.
  Rakaman yang bermula jam 9 malam diiringi pemuzik yang diketuai Aubrey
Suwito itu dimulakan dengan gandingan Siti dan Apek menyampaikan lagu
Apek Dan Marjinah dari filem Ali Baba Bujang Lapok. Untuk lagu ini
rakaman dilakukan sampai tiga kali.
  Gandingan lain ialah lagu duet Hail Amir dan Uji Rashid, Antara Matamu
Dan Mataku kemudian Apek menunjukkan kemampuannya menyanyi solo menerusi
lagu Dewa, Sedang Ingin Bercinta, sekali gus mengakhiri segmen pertama.
  Untuk segmen kedua, Siti memilih baju ungu untuk lagu rancak, Destinasi
Cinta yang terpaksa dilakukan dua kali. Siti juga menyampaikan lagu yang
mula menaikkan namanya menerusi album sulung, Jerat Percintaan, diikuti
dua lagu popular dalam album kedua, Purnama Merindu dan Aku Cinta Padamu.
  Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan yang menang Lagu Terbaik dan juga
Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1995 itu agak jarang
dinyanyikan Siti sebelum ini.
  Kemudian Apek kembali dengan jaket kulit dan seluar kulit hitam bersama
lagu pilihannya, Pangiran Cinta (Dewa).
  Segmen ketiga pula, Siti memilih gaun ungu berkilat menyampaikan lagu
popularnya, Biarlah Rahsia. Sesekali kedengaran usikan peminat pada Siti
mengatakan Datuk K kirim salam dan Siti membalasnya dengan senyuman.
  Ternyata Apek punya cita rasa yang tinggi dalam memilih lagu kerana
kebanyakannya lagu penyanyi Indonesia seperti Dewa dan juga Maman
Teacher's Pet dari Singapura untuk lagu Kasih Ku Pinjam Wajahmu.
  Daripada senarai lagu yang dipilih, memang tidak nampak ia program
khusus untuk siaran raya, cuma sesekali perbualan Siti dan Apek ada
menyentuh mengenai raya. Bagaimanapun, segmen akhir adalah khusus untuk
lagu raya.
  Kali ini Siti memilih kurung moden pendek merah jambu dipadankan batik
corak sedondon dengan baju manakala Apek memilih baju Melayu hijau pucuk
pisang.
  Apek tampil dengan lagu Balik Kampung manakala Siti menyanyikan lagu
raya popularnya, Nazam Lebaran dan Sesuci Lebaran diikuti lagu duet Siti
dan Apek. Sekali lagi mereka memilih lagu Hail dan Uji, Seloka Hari Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 01:01 PM | Show all posts
thanx for the info eddy :tq:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.193224 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list