CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4582|Reply: 4

PENCEMARAN SUNGAI

[Copy link]
Post time 19-9-2006 07:01 AM | Show all posts |Read mode
Mengapa pencemaran sungai masih berlaku?

Isu pencemaran sungai masih diperkatakan. Selepas isu pencemaran ammonia daripada air resapan kumbahan (leachate) kawasan tapak pelupusan sampah yang terletak berhampiran Sungai Langat, timbul pula isu pencemaran Sungai Kelantan akibat daripada aktiviti pembalakan serta pembangunan yang tidak terkawal.

Sungai yang pada suatu ketika dulu kaya dengan kehidupan akuatik serta menjadi sumber rezeki manusia, tempat rekreasi mahupun sebagai sumber bekalan air, kemungkinan menjadi sebaliknya sekiranya pihak-pihak yang terlibat tidak mempunyai komitmen langsung terhadap kepentingan anugerah Ilahi ini.

Sehubungan itu, satu sistem yang menyeluruh untuk mengurus alam sekitar khususnya sungai adalah sangat diperlukan oleh pihak-pihak yang terlibat dengan aktiviti pembangunan, pembalakan, pertanian mahu pun perindustrian.

Walaupun Perdana Menteri telah menyuarakan kepentingan sungai ditekankan dalam misi nasional dan peruntukan untuk mengatasi pencemaran sungai turut disediakan dalam bajet RMK-9, namun inisiatif yang disediakan kemungkinan tidak meninggalkan sebarang kesan sekiranya sistem pengurusan alam sekitar yang menyeluruh tidak disediakan.

Ini ialah kerana kerja pembersihan sungai akan dijalankan di sungai-sungai yang tercemar dan bukannya di punca di mana pencemaran itu berlaku.

Sebagai contoh, sekiranya aktiviti pertanian dan pembalakan tidak menyediakan langkah-langkah tebatan untuk mengawal hakisan tanah seperti penyediaan kolam- kolam perangkap mendap, penyediaan zon penampan dan sebagainya, maka jumlah pepejal terampai yang menyebabkan kekeruhan air dan bahan toksid buangan aktiviti pertanian akan meningkat, justeru mengakibatkan pencemaran.

Sekalipun ada di antara penggerak projek yang menyediakan langkah-langkah kawalan yang diperlukan, namun pencemaran tetap boleh berlaku sekiranya penggerak-penggerak projek lain tidak memberi perhatian yang serupa di peringkat masing-masing, apatah lagi kalau aktiviti mereka berada di sebelah hulu sungai.

Dalam hal ini, komitmen penggerak projek yang bertanggungjawab akan menjadi sia-sia sahaja manakala peruntukan yang telah dilaburkan untuk mengawal pencemaran tidak memberi pulangan malah pembaziran belaka kerana sungai yang satu turut dicemari oleh banyak pihak.

Namun sebaliknya, jika kesemua penggerak projek mempunyai sistem pengurusan alam sekitar masing-masing, sudah tentu kualiti sungai menjadi lebih terjamin dan secara tidak langsung pemantauan dan penguatkuasaan daripada agensi-agensi yang berkaitan boleh dikurangkan.

Ini juga menguntungkan dalam jangka masa yang panjang kerana semua pihak telah memberi kerjasama dalam memelihara dan memulihara alam sekitar sejajar dengan komitmen dalam pelan-pelan rancangan kerajaan serta deklarasi negara di peringkat antarabangsa.

Memandangkan sikap sesetengah masyarakat kita yang susah untuk memberi kerjasama memelihara alam sekitar kecuali ia menjadi satu undang-undang, maka kerajaan disarankan untuk mewajibkan semua organisasi sama ada agensi awam mahupun swasta mewujudkan satu sistem pengurusan alam sekitar seperti MS ISO 14001 di peringkat masing-masing.

Sekiranya sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 boleh diwajibkan, maka sistem pengurusan kualiti alam sekitar MS ISO 14001 juga boleh dilaksanakan.

Sekiranya sistem sedemikian diwujudkan, bukan sahaja isu-isu alam sekitar seperti pencemaran sungai boleh dikawal, bahkan pencemaran yang melibatkan persempadanan seperti jerebu mampu diatasi secara kolektif sama ada dalam negara mahupun di peringkat global.

Sudah sampai masanya semua pihak memberi penekanan terhadap sistem pengurusan alam sekitar untuk meningkatkan lagi kualiti alam sekitar agar menjadi lebih kondusif untuk rakyat serta generasi yang akan datang.

Seperti ungkapan popular aktivis serta pencinta alam sekitar bahawa 搆ita tidak mewarisi dunia ini daripada kedua orang tua kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2006 04:23 PM | Show all posts
so...sama2 la kita menjaga kebersihan sungai kita....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2006 04:44 PM | Show all posts

Reply #2 dainese's post

masih ramai orang yang membuang
sampah sarap ke dalam sungai!! --
that is one of the major reasons --
sungai tercemar!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:07 AM | Show all posts
attee, wehh!!!

masalah ni timbul lantaran sikap manusia sendiri. antara pencemar terbesor adalah kilang2 yg buang efluen terus ke saliran. dema bukan tak tahu akibatbya tapi sikap pentingkan untung sendiri kelabukan mata dema pada masalah ni.

satu lagi punca utama adalah sampah sarap domestik, yakni sampah dari rumah kita sendiri. beg2 plastik, lampin2 pakai-buang, botol2 plastik dll bahan2 yg tak bio-degradable. bila berlaku maslaah, lebih suka tuding jari pada org lain. selain pencemaran, banjir kilat juga selalu di sungai2 kita terutama di bandar2. bila berlaku, salahkan pemaju buat itu-ini sampai sungai tersumbat tapi kalau kita tengok sungai tu balik, penuh dgn sampah sarap. dari mana dema datang? takkan dema berjalan sendiri ke sungai???

fikir-fikirkanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 06:15 AM | Show all posts
Yg aku paling bengang org yg selalu komplen sbb rumah kena banjir tu mmg tabiat dia buang dlm sungai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052243 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list