View: 6581|Reply: 9
|
Sewa rumah kepada bukan muslim
[Copy link]
|
|
Saya ada baca artikel dalam sebuah website mengatakan ia haram .....
haram bagi muslim memberi sewa rumah kepada bukan muslim atas alasan ...
bukan muslim tersebut melakukan kerja-kerja syirik seperti meletak patung sembahan
saya cari semula ... dah tak jumpa artikel tersebut ....
Betul ker haram ? saya cuma nak mengetahui jawapan dan pendapat anda
Sekian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mahathirGX's post
Ayat ini >>" Kamu dengan ugama kamu, aku dengan ugama aku."
Rasanya tiada masalah dan Islam tidak diturunkan untuk menyusahkan umatnya.Dan agama islam juga agama yg. sejahtera .
So, islam tak akan global kalau dihadkan urusan kepada sesama muslim shj.
So sbg muslim kita patut menimbangkan mana yg patut dan tidak.
Bottom line ada pada ayat yg. telah Allah turunkan di atas.
..This is my personal opinion.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aabu at 23-9-2006 07:46 AM
Ayat ini >>" Kamu dengan ugama kamu, aku dengan ugama aku."
Rasanya tiada masalah dan Islam tidak diturunkan untuk menyusahkan umatnya.Dan agama islam juga agama yg. sejahter ...
Memang kalo ikut hukum berdasarkan Al-Quran .......tadak ape
tetapi macam mana dgn hukum fekah yg agak ketat sikit ....
terutama percampuran di antara bukan muslim dan muslim ni ...
sapa2 belajar fekah ...boleh menyatakan pendapat dia .... |
|
|
|
|
|
|
|
for my opinion ler..kalo sesuatu benda tuu dah ader dlm Al-Quran..buat per nak rujuk kat tempat lain...:cak:
kalo pendapat saya nie salah..tlg betulkan erk..:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Ini ler jawapan yg saya jumpa kat website al-ahkam
http://www.al-ahkam.net/home/ind ... e48991b70445c41fd0e
semutapi
Martabat 4
Martabat 4
Joined: Dec 17, 2002
Posts: 78
Location: Working in Perak
Post Posted: Sep 09, 2003 - 02:10 AM Reply with quote Back to top
Post subject: Re: Menyewakan rumah kpd non muslim
Salam
Alhamdulillah, kedudukan seseorang yg non-muslim itu sendiri adalah melebihi segala kesalahan yg lain. Dosa2 mereka yg lain telah di'cover' oleh ketidak islaman mereka itu.
Anda tidak dibebankan oleh dosa yg dilakukan mereka.
Kalaupun mereka itu berkahwin adakah perkahwinan mereka sah? Sudah tentu tidak. Samada mereka berkahwin atau tidak segala perbuatan mereka adalah sama saja.
Wallahualam, tunggulah jawapan yg lebih benar dan tepat berserta dalil dari Al Fadhil ustaz kita.
Wassalam
thtl
Panel Feqh
Panel Feqh
Joined: Aug 22, 2001
Posts: 5102
Location: KL/WP/Mal
Post Posted: Sep 10, 2003 - 07:30 PM Reply with quote Back to top
Post subject: Re: SJ - 2905: Menyewakan rumah kpd non muslim
Wassalam
Jawab:
Umat Islam adalah umat dakwah dan mereka menjadi standard bagi moral manusia. Dalilnya," kamu adalah sebaik-baik umat yg dilahirkan utk manusia, menyuruh kpd yg ma'ruf dan mencegah kpda yg mungkar.." AQ 3:110
Bersekedudukan itu dosa besar dalam Islam dan juga bercanggah dgn susila semua peradaban dan agama. Maka sebagai pemilik rumah, maka kita tidak boleh mengutamakan bisnes dan keuntungan sahaja. Kita juga ada obligasi moral pada manusia. Saranan kami: tolaklah pasangan itu dgn baik. Carilah tenant (penyewa yg baik-baik) samada dari muslim atau non-muslim. WA |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Beberapa rujukan berkaitan...
Firman Allah swt,
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.
[An Nisaa': 140]
Firman Allah swt,
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.
[Ali 'Imran; 28]
Sabda Nabi saw,
sesiapa (di kalangan org2 islam) yg bergaul dgn seorg musyrik dan tinggal bersama2 dgnnya, maka org itu adalah sepertinya (iaitu menjadi spt org musyrik itu)
(HR Abu Daud)
Sabda Nabi saw,
Seseorg itu adalah mengikut (terpengaruh) dgn agama rakannya, maka sesiapa shj di atr kamu hendaklah berhati2 dgn sesiapa yg dijadikan rakannya.
[HR Abu Daud, Al Tarmidhi, al Tayalisi, al Baihaqi, al Quda'i & al Ash'ari]
Firman Allah swt,
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[al Mumtahanah; 8]
wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi sesiapa nak beri pendapat lain tak? |
|
|
|
|
|
|
|
islam tidak melarang berurusniaga dengan non muslim selagi urusan perniagaan itu tidak melibatkan perkara yang diharamkan
penyewaan rumah kepada non muslim tidak melibatkan perkara yang diharamkan . . . mereka boleh saja menjalankan adat dan agama mereka di rumah mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 26-10-2007 08:57 PM
islam tidak melarang berurusniaga dengan non muslim selagi urusan perniagaan itu tidak melibatkan perkara yang diharamkan
penyewaan rumah kepada non muslim tidak melibatkan perkara yangdiharamkan . . . mereka boleh saja menjalankan adat dan agama mereka dirumah mereka
Contoh lain ... kalo ko ada tanah ler .... sanggup ker bagi sewa utk org wat tokong atau kuil ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 mahathirGX's post
situasi berbeza tentu jawaban berbeza |
|
|
|
|
|
|
| |
|