CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9802|Reply: 15

Permasalahan berkaitan Imsak & Sahur

[Copy link]
Post time 29-9-2006 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Saya   dari  website   ni  
http://e-hadith.info/home/module ... article&sid=142

Petikan: "Entah bermula dari tahun berapa, umat Islam di negara kita telah mengenali erti imsak sebelum masuknya waktu subuh selama lebih kurang 10 minit.  Tetapi ketetapan imsak dengan erti seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lainnya.  Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba  bertanya tentang asal usul imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya.  Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diperkenalkan tanpa usul periksa."


KETETAPAN IMSAK SEBELUM SUBUH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata抋la, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya.

Entah bermula dari tahun berapa, umat Islam di negara kita telah mengenali erti imsak sebelum masuknya waktu subuh selama lebih kurang 10 minit.  Tetapi ketetapan imsak dengan erti seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lainnya.  Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba  bertanya tentang asal usul imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya.  Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diperkenalkan tanpa usul periksa.

Yang menghairankan ialah institusi-institusi agama di negara kita juga seolah-olah mengesahkannya, justeru ia disebarkan melalui media massa, risalah-risalah, poster-poster, iklan-iklan  dan sebagainya dengan begitu meluas sekali.  Semuanya menyatakan 搘aktu berbuka puasa dan imsak atau imsakiah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 09:48 AM | Show all posts
posting dari Ustaz On-line, Ust zayed - Kampung IG

imsak biasanya 10 minit sblm waktu subuh.

siapa yang mengatakan bahawa setelah masuk waktu imsak tak leh makan, dia telah membuat suatu hukum baru. (yusuf alqaradawi: fiqhus siyyam)

yang benarnya spt yg disebut dlm hadith, "makanlah sehingga kamu dengar ibn makhtum azan (azan subuh)". (mafhum hadith sahih)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:49 AM | Show all posts

Bersahur cara Rasulullah

Bersahur cara Rasulullah
Oleh: MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS

Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)

Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.

Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)

Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.

Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.

Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)

Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa抋d r.a. berkata, 揂ku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-9-2006 09:48 AM
posting dari Ustaz On-line, Ust zayed - Kampung IG



seingat saya belajar di sekolah dulu, waktu imsak bukan waktu habis sahur yang absolute,
tapi ianya masa terbaik untuk berhenti makan, dan memberi masa untuk berus gigi, mandi (tanpa
perlu risau air masuk dalam lubang dngn tak sengaja) dan ambil wudhuk bersedia
untuk solat subuh.

Another reason untuk waktu imsak ini adalah mungkin untuk cater for errors bagi pengiraan waktu mengikut
kaedah falak yang selalu buat "rounding off" bagi waktu solat (to be on the safe side). Ini kerana kiraan
waktu2 solat ini banyak dibuat penyeragaman antara kawasan2 yang menyebabkan waktu akhir solat
bukan semestinya exactly waktu bermula solat yang seterusnya. Anda harus ingat waktu habis isyak adalah
5 minit sebelum waktu subuh bermula (ini diberitahu dalam kebanyakkan kalendar takwim majlis ugama).
Kena tanya yang ahli dalam ilmu ini untuk menerang sebabnya, ini cuma spekulasi saya tentang kenapa waktu
'imsak' ini dikekalkan.

IMHO, perkara fundamental2 sebegini perlu diperhati betul-betul sebelum dengan mudah menuduh orang (majlis ugama atau
pemimpin ugama atau masyarakat) jahil. It reflects on our attitude and adab...ada cara lain  nak menegur cara lebih berhikmah
tanpa memperlekehkan  orang atau masyarakat.

Yang TERBAIK, pi tengok sendiri ada fajar sidiq ka tidak kat luar rumah..kalau dah naik, janganlah dok makan.
Nanti puasa jadi sia-sia.

Wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 10:56 AM | Show all posts
Good Info.

thanks bro Syd
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 12:21 PM | Show all posts
Apa yang saya faham pun waktu imsak adalah waktu utk kita berjaga2 dr makan n minum sebelum masuk waktu subuh kan..

Sesiapa yg arif mungkin boleh terangkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-9-2006 09:49 AM
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).


Inilah keutamaan bersahur. Yang lain tu hanya khilaf. Sahur jangan tak sahur!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 29-9-2006 10:38 AM


seingat saya belajar di sekolah dulu, waktu imsak bukan waktu habis sahur yang absolute,
tapi ianya masa terbaik untuk berhenti makan, dan memberi masa untuk berus gigi, mandi (tanpa
perlu  ...


Wa setuju ngan lu. Makasih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 02:46 PM | Show all posts
Imsak ni macam peringatan je...bukan bererti kene stop makan serta-merta.
waktu bebetul start puasa adalah bila masuk waktu subuh i.e. azan subuh berkumandang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:58 PM | Show all posts
pasal waktu sahur tahu pulak nak ikut Rasululllah sampai kata org bid'ah.. tapi cuba makan apa yg dimakan oleh Rasulullah semasa sahur.. cuba sahur kurma+air kosong.. tapi kalau makan nasi+ 3-4 jenis lauk+kuih buka semalam yg tak abis+air milo+buah tembikai, 10 minit tu dah kira cukup2 la utk bersihkan sisa2 makanan tu dr mulut..

揓anganlah menahan kamu dari makan dan minum oleh azannya Bilal, tetapi terus makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azannya (Riwayat Bukhari dan Muslim).

ini satu lagi, pasal makan nak ikut, tapi pasal azan 2 kali waktu subuh jarang orang nak buat, entah2 tak pernah tahu pon..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 06:18 AM | Show all posts
waktu imsak ni bukan ke waktu utk kita solat isyak dah tamat...
dulu ada belajar bila waktu isyak mula dan bila tamatnya..dan waktu tamat isyak ni la dipanggil imsak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 07:58 AM | Show all posts
imsak ialah tempoh bacaan satu surah yang pendek (bukan terlalu pendek macam alikhlas).  ulamak bersetuju tempohnya 10 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 10:13 PM | Show all posts
Imsak is just a warning that there is 10 minutes left before Subuh. The system was applied so that we will not be caught offguard drinking etc when suddenly the Azan is called out. It does not mean you can't still eat after the time of Imsak. To me it is a good pre-warn system.

TQ and happy foruming.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 02:12 AM | Show all posts
scientifically, makan pagi is good for you.. it will help burn your fat and give u energy to start the morning.. Apa yang Allah tetapkan pada manusia itu, adalah sebaik-baik.. Selamat Berpuasa everyone
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 03:44 AM | Show all posts
Originally posted by bluesyworms at 30-9-2006 10:13 PM
Imsak is just a warning that there is 10 minutes left before Subuh. The system was applied so that we will not be caught offguard drinking etc when suddenly the Azan is called out. It does not mean ...

[align=justify]Betul tu!! :setuju:

So maksudnya, memang sudah jelas di sini kan.. bahawa IMSAK BUKANLAH WAKTU UNTUK SEMUA BERHENTI MAKAN!

Ianya cuma sebagai WAKTU AMARAN, 10 minit SEBELUM SUBUH!! :setuju: :setuju:





Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 05:59 AM | Show all posts
Actually I'm quite surprise that this Imsak  is still an issue. I believe every year since i join this forum, there is always at least one question concerning this matter. Well, new generations may not know while the old ones tend to forget. Even i forget sometimes, signs that i'm getting old.  

Anyway, just to re-affirm any doubts, here is a Q&A from IslamOnline;

When to Stop Eating Sahur (Imsak)

Question:
Respected scholars, As-salamu `alaykum. I am from Turkey and currently living in Detroit, USA. I am very confused about imsak (the time to stop eating sahur) and fajr. In Turkey, Muslims finish sahur 15 minutes before fajr. Prayer times I downloaded from the Internet do not have imsak. Muslims here finish sahur at fajr. Which one is right? Jazakum Allahu khayran.

Answer:

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear brother in Islam, thanks a lot for your question, which reflects your care to have a clear view of the teachings of Islam. Allah commands Muslims to refer to people of knowledge to become well acquainted with the teachings of Islam in all aspects of life.

First of all, bear in mind that Allah has permitted the fasting person to eat and drink until dawn comes. He, Most High, says: (and eat and drink until the white thread becometh distinct to you from the black thread of the dawn) (Al-Baqarah 2:187).

The exact cut-off time for imsak (abstaining from food, drink, etc.) is the time of fajr (dawn); so if you ate until that time you did not incur any sin. Most of the time people confuse between the preferred time and the permissible one; the preferred time for imsak, according to scholars, is to finish sahur ten minutes before fajr.

In his response to your question, Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, states the following:

    You need not be overly confused about this issue, for it is merely a difference of opinion based on the distinction between what is preferred and what is merely permissible. There is no doubt that the cut-off point for consuming sahur is the arrival of dawn (i.e., fajr time). However, the preferred time for abstention is 10 or 15 minutes earlier than that.

    The basis for establishing the preferred time of abstention (imsak ) is an authentic tradition from the Prophet (peace and blessings be upon him). One of his Companions narrated the story of taking sahur with the Prophet (peace and blessings be upon him). Upon hearing it, someone asked him, "What was the time gap between your sahur and fajr salah?" He replied, "The time required to read fifty verses of the Qur'an." It is estimated that this time can be 10 or 15 minutes and not more.

    This, therefore, is the basis for the imsak time you are used to in Turkey. However, it must be pointed out that the above mentioned hadith does not state that it is not permissible to consume sahur later than that, for it only states that it was the sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him). As for the permissibility of consuming sahur until the arrival of dawn, it has been established by the clear text of the Qur'an: (Eat and drink until the white thread of dawn becomes distinct from the black thread of night) (Al-Baqarah 2:187).

Excerpted, with slight modifications, from: www.islam.ca.
Allah Almighty knows best.

[url=http://66.102.7.104/search?q=cache:YRacBTIAvEsJ:www.islamonline.net/servlet/Sate ... mp;ct=clnk&cd=3]Click Here For The Link[/url]

TQ and Happy Foruming.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.142076 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list