CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: yassin_yahya

Syaitan dan Jin dirantai ketika bulan Ramadhan

[Copy link]
Post time 6-10-2006 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by azliza at 6-10-2006 07:21 PM
kalau tkda jin/hantu ..caamna dlm bln poosa ada student kt sini kena histeria.... ??/


actually..histeria ni sbnrnya selain gangguan jin syetan..ia disbbkn oleh bdn kita yg lemah..
bila bdn lemah, otak pn lemah..sbb tu jd terbawak2..pk mcm2..then dia akn nmpk mende2 pelik tu..imaginasi dia ke lain..
klu terjd kt student biasa laa..they all mudah tension..(so am i)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by eldorado at 5-10-2006 11:17 PM
kita kena percaya dua dua..Al Quran Dan Hadis..tapi pastikan Hadis tue adalah Hadis Sahih bukan Hadis Palsu..nak explain lebih lebih aku tak berani..kang aku berdosa plak kalau salah..sape ustaz ka ...

Dalam   rukun    iman   ....   ada   suruh   percayakan   Hadis  ker?  :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 7-10-2006 10:16 PM

Dalam   rukun    iman   ....   ada   suruh   percayakan   Hadis  ker?  :hmm:



beriman kpd rasul
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 11:06 PM | Show all posts
kan jin tu ada yang islam dan ada yang non muslim...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by azliza at 6-10-2006 07:21 PM
kalau tkda jin/hantu ..caamna dlm bln poosa ada student kt sini kena histeria.... ??/


ni yang ramai orang silap faham...aku pernah dengar ceramah Ustaz Zawawi dalam radio IKIM.fm bahawa syaitan yang dirantai ialah syaitan yang tugasnya hanya meyesatkan manusia (syaitan paling durjana)...yakni syaitan yang paling 'tinggi darjat'nya....bukan syaitan yang usik orang bagi histeria tu!!tu syaiatan pangkat kopral je!!!:nerd:...ustaz kata syaitan tu masih ada dan ia tidak mampu melakukan tugas sebagaimana syaitan yang diikat!!sekian....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 6-10-2006 04:53 PM
Tak suma benda yg ade pada hadis ade pada quran, dan tak suma benda pada quran ada pada hadis. mcm solat, mana ade dlm quran suh solat asar 4 rakaat. dan korang jngn la konpius plak sampai xmo sola ...


:setuju::setuju::setuju::pray::pray::pray:
ada perintah dalam ugama yang kita tak akan dapat singkap dengan akal fikiran kita.Ada yang dicerita dalam Quran, Hadith atau amalan Nabi dan Sahabat Rad.Hum!!

Baik....kalau kita nak soal sangat (yang mungkin menjauhkan kita dari agama) ...setakat bagi contoh ye!!:-

1)Mengapa dalam sistem pembahagian harta dalam Islam...anak lelaki dapat bahagian yang lebih dari anak perempuan.Adakah ini adil sedangkan perempuan kaum yang lemah dan mereka yang sepatutnya diutamakan!!

2)Dalam Islam Solah fardhu adalah rukun yang utama dimana ianya diikuti puasa bulan Ramadhan.Jika persoalan Solah kita gagal maka 'tertolaklah' amaln lain disisi Allah!Kenapa bila perempuan period (datang bulan) , Solah tidak perlu qadha' sedangkan puasa wajib qadha'?

3)Mengapa dalam Islam wajib keluar zakat...sedangkan mengikut fahaman dangkal kita pastilah menabung (menyimpan) adalah terlebih baik dari memberi kepada orang lain??

sekian....:pray:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2006 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 6-10-2006 04:19 PM
ada kemungkinankah maksud dirantai tu suatu perumpamaan..???

mungkinkah maksud tu setan susah nak kacau manusia sebab sumber nafsu(perut) tidak di"charge"..???

hanya bertanya...


ada 2 pendapat ulama berhubung 'kena ikat' ni.Ada yang kata dikat secara fizikal (macam polis ikat dan gari pencuri) dan ada yang kata dikat (ditarik kekuatannya oleh Allah hingga tak mampu menghasut manusia).....tak menjadi kesalahan untuk mempercayai kedua2nya atau salah satu darinya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by haliem at 7-10-2006 11:27 PM


ada 2 pendapat ulama berhubung 'kena ikat' ni.Ada yang kata dikat secara fizikal (macam polis ikat dan gari pencuri) dan ada yang kata dikat (ditarik kekuatannya oleh Allah hingga tak mampu men ...



yep... yang penting hadis tu suruh ambil kesempatan di bulan Ramadan sebab setan 'disusahkan' dalam bulan ni....

:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2007 02:40 PM | Show all posts
jawab soalan ni...
kenapa dalam hari biasa, tanpa membaca bismillah, kita banyak pelahap makan sampai perut pun jd kembung...
tapi dalam bulan puasa, tanpa membaca bismillah, kita kenyang ngan cepatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 06:38 AM | Show all posts
Dikatakan bahawa yang diikat itu bukan Jin, tetapi Syaitan. Kenyataan ini ramai orang terkeliru, termasuk saya dulu. Tetapi apabila difikirkan, Jin2 itu ialah makhluk yang dijadikan Tuhan untuk menetap di muka bumi ini sama seperti manusia, sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran, tidak dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk menyembah Allah s.w.t sahaja. Mereka ( Jin ) juga hidup macam biasa seperti kita, makan, minum, hidup bermasyarakat dan beragama, Takkan Allah hendak mengikat Jin2 yang beragama Islam ini pula? Mereka juga seperti kita, kehidupan mereka akan dinilai di dunia ini dan akan dihisab semasa hari perhitumgan nanti. Jadi jaga-jagalah kalau bulan puasa, bukannya mereka itu tidak ada, tetapi tidak berapa aktif.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:32 PM | Show all posts
In pun cm tuan umah gak....


kenyataannya xde dlm nas... pastu asyik duk dgr n tgok geng2 histeria, kena sihir n maksiat tetap bleluasa gak bulan pose..

ada beberapa kes khalwat dilaporkan n yg xdilaporkan xtau ar... wat hapen ek..

yg jelas pose leh ngekang hawa nafsu {termasuk belenggu syaitan} namun xde non stop moon or day buat syaitan ni bermaharajalela kt muka bumi ni ntuk kaco anak adam....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 20-8-2007 12:32 PM
In pun cm tuan umah gak....


kenyataannya xde dlm nas... pastu asyik duk dgr n tgok geng2 histeria, kena sihir n maksiat tetap bleluasa gak bulan pose..

ada beberapa kes khalwat dilaporkan ...


Mestilah bulan puasa boleh mengekang nafsu sebab Allah dah mengikat Syaitan2 ini yang kerjanya menghasut kita untuk menuruti nafsu kita. Bab-bab histeria tu biasanya kena kacau oleh para jin pula. Sebilangan besarnya Jin kafir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 04:01 PM | Show all posts

Reply #32 shirayuki's post

pose mmg dpt mengekang nafsu, menjadi sabar etc..

tdk tertakluk pd bulan ramadhan jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 04:34 PM | Show all posts

Reply #11 yassin_yahya's post

ada ajar buat tol ke dlm quran? gitulah jawapnnya berkenaan dgn hantu kena rantai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 04:55 PM | Show all posts
setahu aku syaitan mmg di rantai...;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 07:51 PM | Show all posts
Iblis dan Syaitan adalah dari keturunan Jin... Syaitan adalah dari Jin yang kafir dan jin terbahagi kepada Jin Islam dan Jin tak Islam.

Jin tak Islam yang suka kacau Jin lain, dan juga manusia ialah syaitan. Kalau manusia suka kacau manusia, dia pun dikatakan perangai macam syaitan

Bulan puasa memang benar Jin/syaitan diikat, tapi yang degil dan yang banyak membuat kerosakan sahaja diikat.

Manusia masih ada satu lagi musuh yang kuat iaitu nafsu. Walaupun syaitan diikat, jika nafsu telah ikut syaitan selama 11 bulan maka satu bulan yang syaitan diikat tu nafsu pula main peranan suruh manusia buat jahat. Jadi tak hairanlah kalau syaitan diikat pun masih manusia buat maksiat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 06:11 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 20-8-2007 07:51 PM
Iblis dan Syaitan adalah dari keturunan Jin... Syaitan adalah dari Jin yang kafir dan jin terbahagi kepada Jin Islam dan Jin tak Islam.

Jin tak Islam yang suka kacau Jin lain, dan juga manusia ...


setuju,
nafsu sebenarnya musuh kita yang utama. Oleh kita hendaklah bermusabah dalam mengekang nafsu kita yang kuat seboleh yang mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 04:40 PM | Show all posts

PERIHAL JIN

Jin memang wujud. Orang Islam wajib percaya akan wujudnya makhluk jin karena ia disebut di dalam Al Quran. Firman Allah:
Maksudnya; "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku". (Az-Zaariat:56)
Tuhan ada berfirman bahwa alam yang diciptaNya ada dua bentuk. Ada alam ghaib dan ada alam nyata atau alam syahadah. Alam nyata ialah alam yang mata lahir dapat nampak. Alam ghaib, mata lahir tidak dapat nampak tetapi dapat dirasakan oleh hati.

Merasakan wujudnya alam ghaib dengan hati ada dua peringkat. Pertama, terasa akan adanya alam ghaib itu. Yaitu yakin dan percaya tentang alam ghaib semata-mata berdasarkan rasa saja. Tidaklah sampai dapat melihat seperti mata lahir . Peringkat kedua ialah hati dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Bukan sebatas rasa saja tetapi mata bathin dapat melihat seperti mana mata lahir melihat. Yakni betul-betul nampak.

Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan. Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukan alam. Tuhan itu tersendiri. Maha Suci Tuhan dari menyerupai alam. Alam adalah apa saja selain Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk. Tuhan itu Pencipta atau Khaliq. Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam.

Alam ghaib ini ada beberapa kategori. Yang tertinggi ialah alam malaikat. Kedua alam jin dan ketiga alam ruh muqaddasah. Malaikat diceritakan dalam Quran dan Hadis. Malaikat lebih dahulu diciptakan dari jin. Ia dijadikan dari cahaya manakala jin dicipta dari api. Oleh itu malaikat lebih ringan ciptaannya dari jin karena cahaya lebih ringan dari api. Sebab itu juga bilangan malaikat lebih ramai dari jin. Nisbahnya pada setiap sepuluh malaikat satu jin. Juga disebabkan malaikat dicipta dari cahaya, perjalanannya lebih cepat dari jin.

Jin pula lebih dahulu dicipta dari manusia. Kalau jin dijadikan daripada api, manusia dijadikan daripada tanah. Sebab itu manusia berbentuk jisim yang pejal, lebih lambat pergerakannya. Sebab itu juga jin lebih ramai bilangannya daripada manusia. Nisbahnya setiap sepuluh jin satu manusia. Malaikat lebih ramai dari jin dan jin pula lebih ramai dari manusia dengan nisbah 10:1 .
Ruh muqaddasah pula sebenarnya adalah manusia. Muqaddasah itu maksudnya suci. Roh muqaddasah ialah ruh yang suci. Ruh muqaddasah atau ruh yang suci ini peranannya lebih kuat dari peranan jasad. Ruh muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari fisiknya.

Ruh muqaddasah ini pula, ada ruh orang yang masih hidup dan ada ruh orang yang sudah mati. Sebab itu, tidak heran orang yang kasyaf kadang-kadang dapat melihat orang yang masih hidup di suatu tempat sedangkan fisiknya yang sesungguhnya berada di tempat lain. Ada juga orang kasyaf yang melihat ruh muqaddasah orang yang sudah mati. Oleh karena umumnya ruh muqaddasah tidak dapat dilihat oleh mata kasar, maka ia dikatakan ghaib juga.

Jadi , ruh muqaddasah ini, walaupun fisik hidup atau mati, ruhnya sangat berperanan. Namun , ruh muqaddasah orang yang sudah mati lebih berperanan dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup. Ini karena orang yang masih hidup masih terikat dengan jasad lahir. Kalaupun ruhnya dapat keluar secara halus, secara mata tidak dapat lihat, dia tetap masih terhubung dengan jasad lahirnya. Ini tidak berlaku kepada ruh orang yang sudah mati. Itu sebab ruh muqaddasah orang yang sudah mati lebih laju dan lebih aktif dari ruh muqaddasah orang yang masih hidup.. Contohnya, kalau ada dua orang wali, yang kedua-duanya sudah menjadi ruh muqaddasah, kalau seorang masih hidup dan seorang lagi sudah mati, ruh wali yang sudah mati itu akan lebih berperanan, lebih aktif dan lebih laju bekerja dari ruh wali yang masih hidup.

Berbalik kepada kisah jin, dia ada dua peringkat. Ada jin Islam dan ada jin kafir. Jin ini pula macam manusia juga. Dia ada bermacam-macam jenis, bangsa dan etnik. Tabiat bangsa dan etnik jin inipun tidak sama di antara satu dengan lain.

Seperti juga manusia yang banyak bangsa dan etnik, tabiat dan ragam asli antara etnik tidak sama. Bangsa Cina dan Melayu ada watak-wataknya yang tersendiri. Orang Putih (Barat) ada wataknya yang tersendiri pula. Bahkan etnik dalam satu rumpun bangsa pun wataknya tidak sama. Orang Banjar dan orang Jawa, wataknya berbeza. Malahan orang Melayu yang berlainan kawasan pun berbeda wataknya. Orang Melayu Johor dan Melayu Kelantan lain. Mereka ini sedikit-sedikit ada perbedaan watak. Begitu juga jin. Ada yang kasar dan ada yang lembut sedikit. Ada yang garang dan ada yang sederhana.

Jin itu watak asalnya jahat. Betapalah jenis yang kasar, dia lagi jahat. Sebab itu dikatakan, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kalau kita pilih seorang manusia yang paling jahat, kalau dia jin, dia adalah yang paling baik.

Namun demikian, jahatnya jin itu ada juga batasnya. Tidak ada jin yang sebegitu jahat sampai mengaku dirinya Tuhan seperti Firaun dan Namrud. Tidak ada pula jin yang sebegitu baik sampai mengatasi baiknya Rasulullah dan para Nabi. Para Nabi dan Rasul tidak diangkat dari kalangan jin. Umumnya jin lebih jahat dari manusia tetapi tidak ada yang ekstrem jahatnya seperti Firaun dan Namrud dan tidak ada yang ekstrem baiknya seperti Rasulullah SAW. Hanya manusia yang ada baiknya secara ekstrem dan jahat secara ekstrem.

Jin ini melihat Iblis dan bergaul bersama-samanya di alam ghaib. Jin Islam bergaul dengan jin kafir. Mereka makan bersama, bekerja bersama, berniaga bersama, ada yang menikah antara satu sama lain, sama-sama duduk dalam satu kantor, sama-sama jadi kerani (clerk) dan sebaginya. Sebab itu jin Islam lebih banyak dirusakkan oleh jin-jin kafir. Sebab mereka bergaul bersama dan mereka sama jenis. Mereka mudah terpengaruh.

Macam kita manusia juga, kalau bergaul dengan bangsa jahat seperti orang Barat dan Yahudi, habislah kita jadi Barat dan Yahudi. Semuanya dapat bertukar jadi Barat dan Yahudi. Yang tidak dapat bertukar hanyalah warna kulit dan bentuk hidung. Ini musti buat operasi pelastik.
Jin kurang berhasil dalam usaha merosakkan iman manusia berbanding iman sesama jin. Ini karena manusia dan jin berlainan jenis, dan manusia tidak dapat nampak dan tidak dapat bergaul dengan mereka. Itupun banyak manusia yang kafir, banyak yang zalim dan yang fasik. Betapalah kalau jin dan manusia sama-sama dapat bergaul.
Bila jin menjadi kafir, dia dipanggil syaitan. Syaitan itu maksudnya merasuk. Kerja jin kafir atau syaitan ialah merasuk dan menyesatkan orang. Jin Islam tidak dapat dikatakan syaitan.
Kehidupan jin betul-betul macam manusia. Ada kerajaannya, ada masyarakat, ada kantornya, ada mahkamahnya, ada nikah kahwin. Tempat tinggal jin ajaib dan aneh. Ada yang tinggal di gunung-gunung, hutan-hutan, laut, kawasan sungai dan hulu-hulu sungai. Ada juga jenis jin yang bergaul dengan manusia.
Jin yang tinggal di suatu negara, biasanya ikut bahasa manusia setempat. Kalau di Tanah Arab, jin berbahasa Arab, kalau di Tanah Melayu, jin berbahasa Melayu. Dia tidak tahu bahasa Arab. Kalau jin yang duduk di Negara Cina maka bahasanya bahasa Cinalah. Mereka pun belajar dan berguru dengan manusia.
Rupa asal jin sangat hodoh (jelek) dan buruk. Ia menakutkan. Kalau manusia terlihat jin ini hidupnya jadi huru hara dan ketakutan. Manusia tidak akan aman. Dengan rahmat Tuhan, alam jin dihijab (ditutup) dari pandangan manusia. Tetapi alam manusia tidak dihijab dari pandangan jin. Sehodoh-hodoh manusia adalah secantik-cantik jin.
Walaupun rupa asal jin itu jelek tapi dia dapat menyerupai berbagai rupa. Dia dapat merupa benda seperti kain, tas, batang kayu, binatang dan juga manusia, tetapi paling banyak dia menyerupai binatang. Ini termasuklah ular, kala jengking, lipan dan jenis-jenis binatang lain yang berbisa. Kalau dia menyerupai binatang seperti ini, rupanya lebih aneh dan lebih hebat dari yang biasa. Kalau dia dibunuh ketika dia sedang menyerupai binatang , dia akan mati.

Sebab itu Tuhan ajar kita, kalau jumpa binatang berbisa di tengah jalan atau di dalam rumah, musti berhati-hati. Jangan langsung bunuh walaupun dalam Islam hukumnya sunat. Usir dua tiga kali dahulu. Kalau dia tidak lari baru dibunuh. Takut-takut dia adalah jin yang sedang berubah bentuk. Kalau kita terus bunuh dan dia sebenarnya jin yang sedang merupa, mungkin keluarganya akan marah dan akan bertindak terhadap kita. Banyak orang yang dirasuk dan diganggu oleh jin disebabkan mereka ada buat silap dengan jin. Kalau setelah dihalau dua tiga kali tetap juga tidak pergi maka jelas itu bukan jin. Dapat kita bunuh.

Ada cerita dalam kitab, seorang soleh telah membunuh seekor ular. Maka pada malamnya, dia ditangkap dan dibawa oleh jin ke negeri jin. Di negeri jin itu berjalan hukum Islam. Hakim jin itu pun Islam. Maka orang soleh dan keluarga jin yang dibunuh oleh orang soleh tadi dibawa ke mahkamah. Bila perbicaraan bermula maka menangislah keluarga jin sambil berkata kenapa ahli keluarga mereka dibunuh. Bila hakim jin bertanya kepada orang soleh tersebut mengapa dia bunuh ular itu, dia menjawab karena dalam ajaran Islam, sunat hukumnya saya membunuh ular dan binatang-binatang yang berbisa. Saya buat atas arahan Tuhan dan saya dapat pahala. Yang salah adalah orang Tuan. Kenapa dia merupa ular. Salah dialah. Saya musti bunuh ular karena itu sunat hukumnya.

Hakim jin menghukum bahwa yang salah dalam kes (kasus) ini bukan manusia tetapi pihak jin. Dia batalkan tuduhan. Hakim arahkan polisi jin supaya mengembalikan orang soleh itu kembali ke alam manusia. Kalau dia bukan orang soleh dan tidak dapat menjawab sudah tentu dia kena hukum. Orang soleh itulah yang menulis kisah ini dalam kitab. Hujah ini hujah yang kuat.
Umur jin sangat lama berbanding umur manusia yang lebih kurang 63 tahun. Jin dapat hidup sampai 1500 tahun hingga 2000 tahun. Ada jin yang hidup di zaman Rasulullah SAW yang masih hidup pada hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 04:41 PM | Show all posts
Makanan jin adalah wap (uap) dari tulang dan tulang sum-sum binatang. Itu sebab dalam syariat Islam makruh kita memakan tulang dan tulang som-som. Ada lagi cerita tentang jin dalam kitab. Sesetengah orang soleh dapat menundukkan jin, mengguna dan memperalatkan mereka. Kita tahu, dalam sejarah, ada sahabat yang hilang unta di padang pasir. Di padang pasir banyak rijalul ghaib. Mereka berkata; Ya Rijalul ghaib, kembalikan untaku yang hilang. Maka unta itu dikembalikan. Ini tawassul namanya.

Pernah Rasulullah SAW berjalan-jalan dengan beberapa orang sahabat dan singgah di suatu kampung jin. Rasulullah beritahu para sahabat supaya tunggu dan jangan ikut, sebab dia mahu masuk ke kampung jin untuk mengajar . Cerita ini masyhur dalam sejarah. Para sahabat hanya melihat asap. Sebab adakalanya jin menyerupai asap karena dia berasal dari api. Tetapi Rasulullah melihat betul-betul jin itu dan mengajar mereka pula.

Ada cerita tentang Nabi Sulaiman di dalam Quran yang hendak membawa istana Balqis dari Yaman ke Palestin yang jauhnya beribu-ribu mil. Antara mukjizat Nabi Sulaiman diperintahnya jin untuk membawa istana tersebut. Jin pun bari tahu dia akan bawa istana itu kepada Nabi Sulaiman selama mana Nabi Sulaiman berubah tempat. Tidakkah itu hebat.

Namun ada lagi yang lebih hebat. Seorang wali Allah yang bernama Asif Barhaya yang turut berada dalam majlis itu berkata saya dapat pindahkan istana Balqis ke hadapan tuan dalam sekelip mata. Maka tertantang jin. Dia hendak ambil hati Nabi Sulaiman dan hendak tunjuk bahwa dia gagah. Tetapi ada manusia bertaraf wali yang menantang dia.

Rupanya di sini kalau ruh muqaddasah bekerja, jin pun dapat kalah. Rasulullah dapat tundukkan jin. Para wali juga dengan karomah mereka dapat menundukkan jin dengan kekuatan diri mereka sendiri. Tetapi kalau ada murid yang dapat nampak jin atau dapat gunakan jin, dan merasakan itu adalah karena berkat gurunya, maka dia akan selamat. Yang tidak selamat biasanya orang yang kasyaf, nampak jin dan dapat guna jin tapi tidak ada guru atau ada guru tetapi hatinya telah berubah. Dia rasa bukan berkat gurunya lagi tetapi dia rasa dirinya sudah jadi wali, sudah ada karomah sendiri. Itu yang rosak. Orang yang dapat arahkan jin dan nampak jin dengan berkat gurunya, kalau dia berhadapan dengan jin yang garang sangat atau degil sangat, maka biasanya ruh muqaddasah gurunya turut hadir atau dia jual nama gurunya.

Begitulah rahsia jin. Jin ada disebut dalam Quran dan dalam hadis. Siapa menolak kewujudan jin ertinya dia menolak Quran dan Hadis. Jin macam malaikat juga. Quran kata ada, adalah. Tetapi aneh, tentang malaikat banyak orang terima tetapi tentang jin banyak orang tolak. Yang dikatakan orang Bunian, Kuntilanak, Pelesit, Tuyul, Polong, Langsui, Hantu Raya dan berbagai-bagai lagi itu asalnya ialah jin. Oleh karena sukunya dan perangainya tidak sama maka orang bedakan dengan nama-nama yang berlainan.

Adapun orang yang berhubung dengan jin atas dasar mukjizat dan karomah, maka dia kuat. Jin pun takut dan hormat pada dia. Orang yang dapat berhubung dengan jin atas dasar berkat tuan guru, dia tidak dapat sekali-kali terputus dengan gurunya. Orang yang berusaha untuk berhubung dengan jin, itu dinamakan amalan atau ilmu khadam. Bahaya ilmu dan amalan khadam ini, dia terpaksa tunduk dengan jin. Jin akan bagi syarat buat begitu dan buat begini. Kadang-kadang arahan jin itu bertentangan dengan syariat. Ini yang rusak.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.602747 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list