|
Kala sendirian dipesisir pantai
Melihat pohon nyiur melambai
Menikmati halusnya desiran ombak memukul pasir
Setiap pukulan itu
Mengingatkan aku kepada kau...
Di sini suatu waktu dulu
Sepasang insan duduk berdua-duaan
Menikmati bersama nyanyian ombak
Kau bertanya..."kiranya akulah air laut?...Kau sanggup menjadi pantainya?"
Kata ku..."siapa lagi yang sanggup menjadi teman air laut kalau bukan pantai.."
Di sini suatu waktu dulu
Sepasang insan duduk berdua-duaan
Melihat nelayan pulang bersama hasilnya
Kau bertanya..."kiranya akulah air laut...bisakah aku berlabuh di pantai lain?
Kata ku..."kira itu kemahuanmu...aku akan tetap disini"
Di sini suatu waktu dulu
Sepasang insan duduk berdua-duaan
Berjalan seiringan sambil mengutip kelongsong-kelongsong kerangan
Ku bertanya..."dapatkah kau bayangkan jika dirimu senasib kelongsong ini?
Soalan kau kembalikan..."sekiranya diriku dianggap beban apa perlunya lagi ku diusung?
"dimana bebannya kerana kau sebagai pelindung?"...
ku masih perlu jawapan
"kerana dia punya pilihan"
Disini diwaktu ini
Masih tertanam soalan-soalanmu itu
Masih segar menghijau kata-katamu
Betapa kau tegar
Kau membuatkan aku tidak punya pilihan
Kau meminta setiaku
Tapi kau sisakan pengorbananku
Kau benihkan cita-citamu
Kau mengotakan janjimu menjadi air laut
Mengubah pantai seperti mahumu
Kau anggap diriku kelongsong kerang
Datang dan pergi semahumu
Menukar ganti semahumu....
Chupa-chups
18 Okt 2006
22.36pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|