CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: dexa

MAWI DI PROGRAM TITIAN BUDAYA DI JAKARTA

[Copy link]
 Author| Post time 19-12-2006 02:52 PM | Show all posts
Delegasi Titian Budaya membawa sejuta harapan?

Mungkinkah delegasi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) ke Jakarta baru-baru ini dapat memulihkan hubungan dua hala yang senantiasa kita impikan itu?

Memang hebat delegasi kita pada kali ini. Barisan delegasinya saja 250 orang dari pegawai, urusetia dan artis budaya yang diketuai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Pendek kata, wakil dari semua agensi KEKKWA iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Perbadanan Kraftangan Malaysia, Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara turut serta.

Dimeriahkan lagi dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan artis popular Mawi yang membuat persembahan dalam program Titian Budaya Malaysia-Indonesia itu.

Malah ramai lagi artis lain yang turut serta seperti Haziq AF4, Datuk Yusni Hamid, Andre Goh, Banumitha dan Mohd Edrie Nadzrin Hamzah (pemenang Bintang Asli Remaja Kebangsaan).

Setidak-tidaknya, program lawatan yang membawa seribu makna dan harapan apabila Datuk Seri Rais Yatim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, sepatutnya ada reaksi positif dari pihak sana.

Isu lama perlu diselesaikan segera

Kakak Tua yang sesekali suka muncul di jendela, amat berharap akan wujud laluan mudah menyelesaikan isu-isu yang sudah terlalu lama berlarutan. Banyak isu yang perlu dikupas seperti tenaga kerja Indonesia dan tuntutan bertindih di Laut Sulawesi.

Begitu juga isu hiburan dimana hubungan sehala meninggalkan ketidakpuasan hati pihak karyawan kita. Artis Indonesia senantiasa disanjung apabila datang ke sini. Selalu sangat penyanyi Indonesia Kris Dayanti mahupun Hetty berkata..."Malaysia bagaikan rumah kedua saya. Orangnya baik-baik..." Justeru memang banyak kebenaran cakap mereka.

Tapi artis kita langsung tidak dapat mengeluarkan kata-kata sedemikian kerana mereka rasa tersisih apabila ke sana. Hanya beberapa orang artis kita sahaja yang dikenali dan dilayan dengan baik seperti Datuk Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan Amy Search.

Namun hubungan kedua negara yang sering dilihat tidak seiring dan sejalan ini tidak pernah membuat Malaysia kecil hati. Kita tetap menyalurkan bantuan kebendaan dan tenaga sukarela ketika tragedi tsunami di Aceh dan gempa bumi di Pulau Nias.

Perhubungan mesra dan akrab kedua negara ini yang seumpama 'gigi dan lidah' ini kerapkali tergeser juga apabila layanan bias dan tidak adil diberikan pada pihak kita.Dan dengan mudah saja, ianya meninggalkan calar di tempat yang sudah sekian lama berparut.

Meskipun sering dilaung "kita serumpun" tetapi kekadang kala tidak sama kewarasan kita bertindak.

Sama tapi tak serupa

Tanggapan salah hubungan kebudayaan dua negara juga sering disalah tafsir. Tidak pernah sempurna hubungan ini kerana walaupun serumpun dalam budaya, agama, perdagangan dan pelancongan, layanan yang berat sebelah tetap membakar hati.

Justeru, Rais mengharapkan program Titian Budaya menjadi titik tolak kepada puluhan program yang sedang diatur. Katanya, penulis Malaysia harus diberi peluang melebarkan karya mereka ke peringkat Nusantara.


Kesungguhan pihak kita membuat hubungan diplomatik dengan entourage yang begitu ramai, amat mengesankan kerana kalau dilihat dari segi persediaan dan bilangan rombongan sahaja, kita memang nampak hebat dan serius.

Cuma Kakak Tua takut, harapan hanya tinggal harapan saja. Kunjungan yang diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata (Pelancongan) melalui pertukaran kebudayaan, kesenian dan warisan, Minggu Filem Malaysia, pertunjukkan fesyen kontemporari oleh pereka Malaysia dan pameran buku, hanya tinggal memori indah sarat dengan kerugian mental dan wang ringgit.

Tidak perlu kita ucapkan bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai persamaan dari segi sosio-budaya yang tergolong dalam rumpun yang sama iaitu Melayu. Orang yang tak pergi sekolahpun sudah tahu hakikat ini.

Harapan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Indonesia Jero Wacik bahawa kedua-dua negara akan bersepakat dan saling menghormati memelihara hak cipta sangat dialu-alukan.

"Saya harap jangan ada ciptaan orang Malaysia ditiru rakyat Indonesia tanpa menyebut sumbernya. Begitu juga penciptaan di Indonesia yang mahu ditiru di Malaysia, sewajarnya disebut sumbernya," katanya.

Sementara itu, Staf Ahli Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Indonesia untuk sektor Institusi Sosial, Mukhlis Paeni pula berkata,"Tidak ada negara di dunia ini yang mempunyai hubungan yang sangat dekat baik fisik maupun emosional dengan Malaysia dan begitu juga sebaliknya."

Beliau seterusnya memberi contoh tentang kebudayaan Sumatera Barat yang memilikki persamaan kebudayaan negeri Johor sementara kebudayaan Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) pula hampir sama dengan Perak.

Seperti Rais dan Jero, Mukhlis turut mengharap agar program kerja Titian Budaya itu dapat mencairkan ketegangan-ketegangan yang pernah terjadi antara Indonesia dan Malaysia dengan penuh rasa persaudaraan.

Jangan janji tinggal janji

Seperti kebiasaannya, janji akan tinggal janji selepas sesuatu program berlangsung. Kakak Tua harap projek Titian Budaya ini akan mengotakan segala janji yang diberi.

Jangan pandai memberi harapan kalau niat di hati hanya sekadar menanam tebu di bibir mulut. Berpuluh tahun, Malaysia mendambakan satu perhubungan yang adil dengan saudara serumpunnya di Indonesia.

Bagi Kakak Tua, kasihan ada, marah pun ada apabila apa saja yang dirancang tidak sampai penghujungnya.

Mungkinkah ada Pateh Karma Wijaya yang menjadi dalang perhubungan harmonis yang sepatutnya terjalin berpuluh tahun yang lalu? Ye lah Malaysia ini ibarat Laksamana Hang Tuah, lurus bendul lagi amat setia.  

Hairan sungguh apabila setiap kali kita merintis jalan titian muhibbah mahupun menawarkan jambatan emas, ianya tidak mendapat balasan yang setimpal.

Itulah yang selalu terjadi. Manis mulut menabur janji tapi hakikatnya jauh panggang dari api dan indah khabar dari rupa. Maka yang akan kedengaran hanya deraian ketawa Nenek Bertha (Bawang Merah Bawang Putih) di sinetron TV3 dan karya kita masih lagi dipinggiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 11:38 AM | Show all posts
Apa nak di kata kita saje yg tersua sua.:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.890665 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list