|
ABPBH 2006: Dayang guna lagu Ryan
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Album terbaru penyanyi kelahiran Kuching dijangka menjengah pasaran Februari tahun depan
MELIHAT penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini membesar sebagai anak seni, pasti akur proses kematangan yang dilaluinya. Andai pada permulaan langkah Dayang Nurfaizah seperti keliru dalam menentukan arah yang ingin dituju namun semua itu sudah berubah.
Berbicara dengan Dayang hari ini menyerlahkan kedewasaan penyanyi yang sudah lebih tujuh mencipta nama di bidang seni itu. Pengalaman pahit, pernah tersungkur ketika nama mula memuncak namun hasil kesabaran cahaya kejayaan makin membias dalam karier seninya.
Dayang tahu apa yang diinginkan. Dan keinginan itu dapat dilihat dalam produksi album terbarunya yang akan menjengah pasangan Februari tahun depan. Hingga kini, empat lagu sudah dirakam dan kata Dayang, dia bersyukur kerana ditemukan dengan insan kreatif yang memahami aspirasi seninya.
Barangkali untuk mencapai kepuasan sepenuhnya menuntut masa yang lebih panjang. Namun penyanyi berusia 25 tahun itu album berkenaan membawa pembaharuan yang manis dalam karier nyanyiannya.
?etap Dayang percaya jika diberikan sedikit lagi masa, Dayang akan menemui apa yang diinginkan. Biar perlahan namun tempias pembaharuan itu sudah mula Dayang rasai,? katanya.
Proses pengumpulan material album itu dimulakan sejak kelahiran Dayang Sayang Kamu, lebih dua tahun lalu. Banyak lagu diterima tetapi ada di antaranya terpaksa ditolak kerana Dayang ingin memastikan album solo ketujuhnya itu lebih mantap berbanding album terdahulu.
Apatah lagi, selepas menyertai One In A Million, peminat menggantung harapan yang tinggi untuk melihat Dayang yang baru.
?ezanya kali ini Dayang lebih banyak mendapat banyak lagu rancak berbanding lagu balada. Itu yang memeningkan. Dayang memerlukan sentuhan balada yang betul-betul kuat kerana mahukan album ini seimbang dan memberi impak apabila keluar nanti,? katanya.
Dalam penerbitan terbarunya ini, Dayang bekerja dengan beberapa penerbit dan komposer terkenal antaranya Audi Mok, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Amer (Ruffedge) serta Mohariz Yaakup.
Dayang juga merakam semula lagu Inggeris popular, You To Me Are Everything yang ditulis liriknya dalam bahasa Melayu. Lebih istimewa, komposer Ryan Kyoto menghasilkan tiga lagu yang dicipta khusus untuknya.
Akui Dayang, dia tidak pernah mengenali pencipta lagu dan penyanyi bernama Mazlan Hamzah. Dia begitu menyukai lagu ciptaan Odie Agam, Aku Cinta Padamu yang pernah dinyanyikan Mazlan sebelum dipopularkan kembali Sheila Majid.
Namun, finalis Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 itu menyimpan harapan untuk bekerja dengan komposer yang pernah menghasilkan lagu nyanyian Sheila Majid.
Bertahun dia bersama pengurusnya, Shaliza Kadir Sultan berusaha untuk mendapatkan khidmat komposer ini. Tanpa disangka, pesanan telefon yang dibuat Shaliza mendapat reaksi positif daripada Mazlan.
?ami bertemu dan berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menghasilkan lagu buat Dayang. Juga sebuah lagu rancak tetapi ala disko 80-an yang diterbitkan Jenny Chin,? katanya teruja apabila mimpinya itu menjadi kenyataan.
Kembali ke Planet Hollywood:
SIRI Sunday Nite Live di Planet Hollywood Kuala Lumpur cukup sinonim dengan gadis yang memuncak namanya menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu. Januari ini, selama dua malam iaitu pada 14 dan 28 Januari, Dayang akan kembali menghiburkan peminatnya.
Apa kelainan yang cuba dijanjikan Dayang?
?ampir keseluruhan lagu yang bakal Dayang persembahkan untuk dua malam itu adalah pilihan peminat. Ramai yang meminta Dayang menyanyikan lagu itu dan ini, justeru Dayang cuba penuhi menerusi persembahan ini,? katanya.
Bakal menampilkan sembilan pemuzik diketuai Jenny Chin, Dayang yakin persembahan solo kelimanya di pusat hiburan itu bakal meninggalkan kenangan yang manis kepada penonton yang hadir.
Antara lagu yang akan dinyanyikannya termasuk Hurt (Christina Aguilera), Irreplaceable (Beyince Knwoles), Survivor (Destiny? Child), Buttonz (*****cat Dolls) selain lagu Melayu popular, Kenangan Terindah (Samsons).
Tidak melupakan lagu popularnya, Dayang turut mengalunkan lagu seperti Seadainya Masih Ada Cinta dan Erti Hidup yang diberi sentuhan baru oleh Jenny Chin.
?a menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan lagu terbaru Dayang selain tanda terima kasih Dayang kepada peminat. Selepas itu Dayang akan sibuk dengan siri promosi album, jadi sukar mencari masa yang sesuai untuk persembahan istimewa seperti itu,? katanya yang akan memperkenalkan lagu terbarunya, Inginku Miliki.
INFO: Dayang Nurfaizah
TERHARU kerana namanya kembali dicalonkan sebagai finalis Penyanyi Wanita Popular, ABPBH 2006. Biarpun tidak pernah mengungguli kategori, namun Dayang berbangga kerana peminat sentiasa meletak kepercayaan tinggi terhadap bakatnya.
UNTUK kategori itu, Dayang terpaksa bersaing dengan nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Misha Omar dan Jaclyn Victor. Untuk ABPBH 2006, Dayang bersedia mengikuti beberapa siri promosi jelajah sebagai tanda terima kasih kepada peminat.
PENANGGUHAN penggambaran filem Luka yang akan bermula Mac atau April 2007 membuka rahmat kepadanya.Dayang mempunyai banyak masa untuk mempromosikan album terbarunya. Paling membuatkan Dayang terharu apabila syarikat produksi itu sedia mengikuti jadual kariernya.
DAYANG juga bakal menjayakan persembahan sempena Hari Memperingati Kekasih di sebuah restoran eksklusif pada 14 Februari 2007. Dayang akan menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu bertemakan cinta diiringi petikan piano daripada Aubrey Suwito.
MENYIMPAN impian untuk belajar bermain piano tahun depan. Kata Dayang, dalam keluarga hanya kakak dan abangnya yang sempat mengikuti kelas piano ketika zaman kanak-kanak. Kerana itu, Dayang ingin mengikuti kelas berkenaan untuk melengkapkan lagi pengetahuannya dalam bidang muzik.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 18/12/2006 |
|
|
|
|
|
|
|
pergh...so her album really soon!!!cant wait!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
best.. best.. nak p kelas piano dgn dyg la tahun depan... |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya artikel ni..
sape Ryan Kyoto..? anybody knows..?
bestnya pilihan lagu2 utk SNL nanti..!! x sbr nk dgr dayang nynyi lagu Hurt, Irreplaceable, Buttons.. & semestinya Kenangan Terindah..!!
x sbrnya nak dgr lagu baru yg Audi Mok cipta tu..!! Audi Mok is da bomb..!!
God, i'm anxiously waiting for the album..! |
|
|
|
|
|
|
|
masing2 x sabar nak tunggu album baru dayang. excited sangat kannn... :ah::ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Album terbaru penyanyi kelahiran Kuching dijangka menjengah pasaran Februari tahun depan
betul ke ni??? :hmm:...aritu ckp March @ April...:hmm:...ok gak tu kalau Feb...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burung_pungguk at 18-12-2006 01:33 PM
Album terbaru penyanyi kelahiran Kuching dijangka menjengah pasaran Februari tahun depan
betul ke ni??? :hmm:...aritu ckp March @ April...:hmm:...ok gak tu kalau Feb...heheh
makin x sabar kita menghitung hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mr-judd at 18-12-2006 12:07 PM
Bestnya artikel ni..
sape Ryan Kyoto..? anybody knows..?
bestnya pilihan lagu2 utk SNL nanti..!! x sbr nk dgr dayang nynyi lagu Hurt, Irreplaceable, Buttons.. & semestinya Kenangan Teri ...
xsilap aku ryan kyoto nih pencipte lagu kasih kan...kalo salah sori... |
|
|
|
|
|
|
|
dayang mmg suka betul ya lagu you to me are everthing.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu omputih tuh kan memamg best.... aku pon suka.. kesimpulan, aku dan dayang sama taste... hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
nk kata ko sehati sejiwa dgn dayang la ek
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syafali at 18-12-2006 12:03 PM
pergh...so her album really soon!!!cant wait!!!!
tak sabau2 kau ni faly...gi la jumpa dyg tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burung_pungguk at 18-12-2006 01:33 PM
Album terbaru penyanyi kelahiran Kuching dijangka menjengah pasaran Februari tahun depan
betul ke ni??? :hmm:...aritu ckp March @ April...:hmm:...ok gak tu kalau Feb...heheh
salah satu bulan kau sebut tu lar kot...jgn tahun 2008 sudah lar he he :-) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karlreef at 19-12-2006 02:53 AM
perghh dyg nak nyanyi lagu hurt....besttttttt nyewwwwwww....
best pun, ko x dpt nak dgr kann... :pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bintang^hati at 19-12-2006 06:02 PM
best pun, ko x dpt nak dgr kann... :pmuka:
ahaahahahahahah
siot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri-jelmaan at 18-12-2006 11:23 PM
dayang mmg suka betul ya lagu you to me are everthing..
aku pun sukeee lagu ni. macam manalah agaknye lagu tu, di melayukan yek. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat lagi la nak tengok dyg berlakon...isk..isk...jgn Dian pulak tak dpt berlakon sbb asyik tunda ajer sudah lah... |
|
|
|
|
|
|
|
hhmmm
kang terus terluka gitu
kan |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah lah.
aku pun x sabar nak tgk dyg berlakon.
janganlah tunda lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|