|
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya
Sebut ini boleh tatkala sendirian atau dikhalayak ramai...
Tetapi jika tidak dapat menahan hati dari merasa diri istimewa sewaktu menyebutnya di khalayak ramai kerana ia agak peribadi, maka eloklah kot sebut dan ucapkan kesyukuran kat depan Tuhan jer.....
ni pendpat aku ler, sebb aku nih kuat sgt penyakit mazmumahnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kepada orang mukmin dan bertakwa, tidak ada persoalan kepada mereka, mengapa mereka diuji?...
tetapi yg menjadi persoalan kepada mereka, jika setiap muhasabah yg dilakukan mereka setiap hari itu, mendapati tidak ada ujian/dugaan utk mereka di hari itu,...
mereka melihat rahmat Allah SWT itu turun mencurah-curah kepada mereka sehingga mereka lemas dan takut2 nikmat itu akan menjadikan mereka lupa pada Allah SWT, maka penghibur mereka adalah ujian/dugaan daripada Allah SWT...
alangkah ganjil dan gharibnya hati-hati orang mukmin.....
[ Last edited by rainbows at 3-2-2007 07:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 chemist_UTM's post
thnks....bg semangat buat hmba ALLAH yg sedang di uji....termasuk aku... |
|
|
|
|
|
|
|
artikel MOTIVASI
MENCUNGKIL HIKMAH DARI PERBUATAN TUHAN
Kita harus yakin bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku di mayapada ini yang Tuhan tidak tahu. Tidak akan berlaku sesuatu kalau Tuhan tidak izinkan dan tidak kehendaki. Apa sahaja yang berlaku tidak terkeluar dari rencana, rancangan dan jadual Tuhan. Dia pentadbir sekelian alam.
Gugurnya sehelai daun kering di hutan belantara, Tuhan tahu. Menetasnya seekor anak ikan di lautan yang dalam, Tuhan tahu. Matinya seekor hama di celah-celah rumput, Tuhan tahu. Sebutir pasir menjadi batu di perut bumi pun Tuhan tahu. Bahkan bukan setakat tahu. Dia yang berkehendakkan ianya jadi begitu.
Di samping itu, segala apa yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia-sia. Tuhan tidak membuat sesuatu dengan sia-sia. Apa sahaja yang berlaku, ada tujuan dan hikmahnya. Perkara yang berlaku itu akan membawa kepada perkara yang lain. Akan mencetuskan kesan yang lain. Akan memberi implikasi kepada pihak yang lain. Ia sambung-menyambung, kait-berkait, dan bermata-rantai dengan benda-benda yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan itu berperanan dalam segala hal. Tidak ada perkara yang Tuhan tidak masuk campur. Dunia ini ibarat pentas. Tuhan itu pengarahnya. Kita ini pelakon-pelakonNya. Apa sahaja yang dilakonkan di pentas dunia ini adalah mengikut arahan pengarahnya. Boleh juga diibaratkan dunia ini seperti papan catur. Kita dan segala apa yang ada di dalam dunia ini ialah buah-buah catur. Tuhan itu pencaturnya. Kita sebagai buah catur, tidak akan dapat bergerak kalau kita tidak digerakkan. Kalau kita tidak digerakkan maka akan diam membatulah kita.
Oleh itu segala apa yang berlaku, kembali kepada Tuhan. Tuhanlah puncanya. Tuhanlah pencetusnya.
Mengetahui hakikat ini, maka kita harus pandai menilai dan membaca segala perbuatan Tuhan. Kita perlu sentiasa mencari hikmah di dalam segala perbuatanNya samada yang berlaku pada orang lain, yang berlaku di dalam negara kita, yang berlaku di negara lain, lebih-lebih lagilah terhadap apa yang berlaku pada diri atau kumpulan kita sendiri. Pada setiap yang berlaku itu ada berita, tanda, isyarat dan pengajaran yang dapat kita cungkil |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 rainbows's post
hrmmm....aku kebetulan hari ini dihubungi kawan lama....dekat sejam aku melayan panggilan telefonnya menceritakan kisah hidupnya yg penuh dgn ujian....demi....ujian....
Hidup yg cukup konflik......sehingga pada satu ketika dia merasakan dia berkonfrantasi dgn Tuhan.....kalau org mendengarnya, org yg akan menyalahkan dia kerana berkata begitu....tetapi kita tdk merasa apa yg dia rasakan....apa yg telah ditempuhinya....i
Aku kenal dia sejak zaman sekolah lagi, semasa itupun dia sudah mempunyai masalah2 lain....tapi aku tak tahu rupanyer hidup dia ditimpa ujian demi ujian yg berbeza dan dan sgt pelik....
aku hanya dpt menjadi pendengar setia..itu sahaja yg aku dpt buat....dan mendoakan agar suatu masa nanti, dia dpt melihat hikmah disebalik setiap ujian yg dia hadapi...
kisah hidupnnya menjadikan aku mendapat byk iktibar, panduan, menjadikan aku rasa aku beruntung kerana tdk ditimpa ujian yg sebegitu getir, membuat aku malu kerana aku tdk cukup pandai bersyukur dgn apa yg Tuhan telah kurniakan kepadaku, 1001 hikmah yg terkandung walaupun apa yg dialaminya bukanlah sst yg positif utk diikuti...
[ Last edited by rainbows at 3-2-2007 12:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
thanks untuk semua post2 yang membina dalam thread ni...ALHAMDULILLAH...
pernah dengar hadis lebih kurang bunyi macam ni(sapa2 tau yg ori silalah post...)
Sungguh baik sekali keadaan orang beriman. bila diberi rahmat mereka bersyukur.bila ditimpa kesusahan mereka redha... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 3-2-2007 04:35 PM
thanks untuk semua post2 yang membina dalam thread ni...ALHAMDULILLAH...
pernah dengar hadis lebih kurang bunyi macam ni(sapa2 tau yg ori silalah post...)
Sungguh baik sekali keadaan o ...
Itulah yg dimaksudkan dengan :
Oleh itu segala apa yang berlaku ke atas kita, kembalilah kepada Tuhan.
NikmatNya kita harus syukuri
UjianNya kita harus sabar dan redhai.
Bersangkabaik dgn Tuhan atas apa saja yg menimpa kita; kalau di saat kita tidak mampu lagi untuk melakukan apa-apa kerana buntu atas ujian yang menimpa, janganlah berkeluhkesah dan mengadu ke sana dan ke sini, tetapi kembalilah kepada Tuhan, mengadulah kepadaNya.....
Di keheningan malam yg dingin, sujud dan merintihlah padaNya, insyaAllah, Dia akan mendengar rintihan kita itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan
Originally posted by rainbows at 3-2-2007 07:37 AM
Tuhan itu berperanan dalam segala hal. Tidak ada perkara yang Tuhan tidak masuk campur. Dunia ini ibarat pentas. Tuhan itu pengarahnya. Kita ini pelakon-pelakonNya. Apa sahaja yang dilakonkan di ...
Apabila berlaku sesuatu, kita perlu bertanya.
Mengapakah ia berlaku?
Apakah sebab ia berlaku?
Apa puncanya?
Apa kaitannya perkara itu dengan perkara lain?
Apa akan jadi seterusnya?
Siapa yang terkesan dengannya?
Apakah bentuk kesannya?
Siapa yang untung?
Siapa yang rugi?
Selepas berlaku perkara itu, akan ada atau tidak perubahan.
Apa yang akan berubah?
Siapa yang akan berubah?
Apakah kesan daripada perubahan-perubahan itu?
Apakah kehendak Tuhan dalam kejadian ini?
Adakah kejadian ini berasingan atau bersabit dan bersambung dengan kejadian lain?
Apakah rancangan Tuhan?
Apakah pengajaran yang Tuhan mahu kita ambil?
Apakah sikap kita selepas ini?
Apa perubahan yang perlu kita buat?
Adakah ini bala? Adakah ini ujian?
Adakah ini hukuman kepada kesalahan kita yang lepas?
Adakah ia balasan untuk kebaikan kita yang lepas?
Apakah maksudnya dan kesannya pada diri dan perjuangan kita?
Dan berbagai-bagai bentuk pertanyaan lagi.
Memang kita tidak akan dapat menjawab kesemua soalan ini. Orang yang kuat akal mungkin akan dapat menjawab sebahagian daripadanya. Orang yang terang mata hati mungkin akan dapat menjawab lebih lagi. Orang yang ada firasat dan pandang tembus mungkin akan lebih faham lagi tentang apa yang berlaku. Orang yang kasyaf mungkin sudah tahu lebih awal lagi perkara ini akan berlakuk dan tahu pula segala hikmah dan rahsiaNya.
Disebabkan segala sesuatu yang berlaku itu berpunca dari Tuhan dan Dialah yang mencetuskannya, maka kalau kita cungkil hikmah dalam apa juga hal dan kejadian, maka ia akan membawa kita kembali kepada Tuhan. Kita akan dapat lihat peranan dan 搕angan擺/i] Tuhan. Kita akan lebih memahami iradah dan kehendak Tuhan. Kita akan lebih tahu cara Tuhan membuat sesuatu. Kita akan faham kenapa Tuhan membuat sesuatu itu. Kita akan dapat membaca jadual dan perancangan Tuhan. Kita akan tahu ke arah mana Tuhan mendorong kita.
Bila kita faham semua ini, maka segala kejadian dan perkara yang berlaku itu jadi kecil. Nikmat jadi kecil. Ujian jadi kecil. Halangan jadi kecil. Kesusahan jadi kecil. Musuh jadi kecil. Segala-galanya akan menjadi kecil. Yang kita rasa besar ialah Tuhan; yang menyebabkan perkara itu berlaku. Justeru itu kita akan jadi tenang. Kita tidak takut. Kita tidak gentar. Kita tidak risau. Kita tidak bimbang. Semuanya, termasuk diri kita sendiri, adalah di dalam genggaman dan kawalan Tuhan. Mudah sahaja kita menerima apapun yang berlaku. Kita mudah sabar, mudah redha dan mudah kembali kepada Tuhan.
Tambahan pada itu, apabila kita faham dan sedar bahawa Tuhan ada peranan dalam hidup kita dan dalam apa sahaja yang berlaku pada diri kita dan diri orang lain, maka hati kita akan mudah terhubung dengan Tuhan. Kita akan dapat merasakan Tuhan sentiasa bersama kita. Tuhan itu sentiasa wujud dan berperanan dalam hidup kita. Ini akan menimbulkan berbagai-bagai rasa dalam hati kita. Rasa hebatnya Tuhan. Rasa gagahNya, perkasaNya, pengasihNya, pemurahNya dan berbagai-bagai lagi. Berikutan itu, kita akan turut rasa bersyukur denganNya, rasa malu, takut, cinta dan berterima kasih kepadaNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 rainbows's post
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
setuju...
InsyaAllah , kembali pada Dia , semua akan okey... |
|
|
|
|
|
|
|
Kadangkala aku ingin mengucapkan terima kasih
kepada manusia yg sudi melihat kesengsaraanku
lalu dia mentertawakan kepayahanku |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by pinKy180 at 7-2-2007 04:04 PM
Kadangkala aku ingin mengucapkan terima kasih
kepada manusia yg sudi melihat kesengsaraanku
lalu dia mentertawakan kepayahanku |
|
|
|
|
|
|
|
Allah memberi kesusahan... sbb dgn cara tu kita akan berdoa selalu pd Dia.
kalo Allah kasik senang, bukan selalu kita nak bersyukur... |
|
|
|
|
|
|
|
semua org akan diuji. Org kaya diuji dgn harta dan wang ringgitnya. org miskin diuji dgn kesusahannya. org alim diuji dgn ilmunya. org berjawatan tinggi diuji dgn pangkat dan kedudukannya. pemimpin diuji dgn pengikutnya.
..tiada yg dpt lari dr diuji..
org beriman diuji, yg x beriman juga diuji..
bukankah lebih baik menjadi org beriman yg diuji dr menjadi org x beriman yg tetap diuji juga?
..jadikan ujian itu sbg wadah utk membawa kita kpd Allah Maha Pencipta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Maisarah at 8-2-2007 10:10 AM
semua org akan diuji. Org kaya diuji dgn harta dan wang ringgitnya. org miskin diuji dgn kesusahannya. org alim diuji dgn ilmunya. org berjawatan tinggi diuji dgn pangkat dan kedudukannya. pemimpin diuji dgn pengikutnya.
..tiada yg dpt lari dr diuji..
org beriman diuji, yg x beriman juga diuji..
bukankah lebih baik menjadi org beriman yg diuji dr menjadi org x beriman yg tetap diuji juga?
..jadikan ujian itu sbg wadah utk membawa kita kpd Allah Maha Pencipta..
|
|
betoi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 6-2-2007 08:43 PM
rainbows appear after mighty storms when things look their very worst.
setuju...
InsyaAllah , kembali pada Dia , semua akan okey...
rainbows = pelangi
kau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini
seharian waktu bersamamu
tk terasa saat yg berlalu
bagai pelangi petang
kau kan pergi jua...
bait lagu dari Sudirman, pelangi petang.....
aku pun bagai pelangi petang, kan tiba masa aku kan pergi jua.....kembali pada Dia....
[ Last edited by rainbows at 8-2-2007 11:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Memikirkan HIKMAH disebalik setiap ujian yg menimpa, sebenarnya kerja orang-orang Rohaniah dan orang-orang sufi. Mereka sentiasa mencari-cari hikmah di dalam segala perbuatan Tuhan. Mereka sentiasa meninjau-ninjau dan mencungkil-cungkil rahsia di sebalik segala perbuatan Tuhan. Mereka mencari Tuhan melalui hikmah dan rahsia yang terkandung di sebalik fe抏l atau perbuatanNya. Dengan cara itu, tidak lekang hati-hati mereka daripada berzikir dan merasa bertuhan. Inilah sumber ketenangan dan kekuatan mereka. Inilah sumber ilmu mereka. Inilah sumber kepimpinan mereka.
Inilah kerja yang patut kita lakukan.
Akal mesti bekerja.
Hati juga mesti bekerja.
Akal perlu berfikir dan bertafakur manakala hati perlu berzikir dan merasa-rasakan tentang segala hikmah dan rahsia di dalam perbuatan Tuhan.
Ini lebih baik dari bersembahyang sunat seribu rakaat yang tidak khusyuk. Ini lebih berkesan untuk membuatkan kita rasa insaf tentang kedhaifan, kelemahan dan kekerdilan diri kita. Kita akan rasa terlalu kecil dan lemah di hadapan Tuhan. Ini akan mendorong kita mencari perlindungan dan bergantung harap dengan Tuhan.
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
| |
|