|
Hari Raya Korban..! 2 hari selepas hari wukuf !!
[Copy link]
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2-1-2007 12:07 PM
Persoalannya siapakah yang menetapkan hari wukuf tersebut? Apakah ada kesepakatan dari semua ulama-ulama diseluruh dunia tentang tarikh tersebut atau hanya ulama-ulama wahabi dan kerajaan Arab ...
pegangan yang kata kalau jatuh hari jumaat tu haji akhbar...dari mana bersumber...?
Pak penggali kubur tentu lebih arif apa yang dimaksudkan dengan Haji akhbar tu.... banyak riwayat sahabat yang menfasir tentang haji akhbar ni...!
Lagi pun tentu la Wahabi tak betul bagi kaum Syiah...
Tak heran kalau Saddam dihukum pada hari Jumaat... kerana KAUM SYIAH Iraq merayakan hari raya korban pada hari sabtu sama dengan malaysia ni... sedangkan golongan SUNNAH DI iraq menyambut pada hari jumaat...! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 2-1-2007 01:34 PM
Tak heran kalau Saddam dihukum pada hari Jumaat... kerana KAUM SYIAH Iraq merayakan hari raya korban pada hari sabtu sama dengan malaysia ni... sedangkan golongan SUNNAH DI iraq menyambut pada hari jumaat...!
pembetulan. Saddam digantung hari Sabtu 06:00 local time (03:00 GMT) 30 Disember 2006, hari SABTU.
penyelarasan perlukan sepakatan. tapi jangan lupa, walaupun berada pada garis longitude yang sama, kekadang bulan berada pada hemisfera selatan/utara. Contohnya pada bulan November, bulan berada di hemisfera selatan, menyebabkan yang berada di latitude selatan, amat mudah untuk mengesan bulan, berbanding dengan latitude di utara.
Peredaran bulan dan peredaran matahari juga perlu diambil kira. Bulan bergerak agak fleksibel berbanding bumi yang mengelilingi matahari pada kadar yang statik. Jadi, kekadang di Malaysia pukul 7:10 malam TIDAK kelihatan bulan, tetapi di Arab Saudi, anak bulan megah bersinar walaupun baru pukul 5:48 petang (maghrib makkah).
Kalau di Pakistan yang terletak agak "tinggi" di latitude utara, maka tahun ni Pakistan terlajak 2 hari daripada Arab Saudi. :nerd:
Semoga dapat keberkatan dari sedikit ilmu yang tidak khatam ni.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2-1-2007 12:07 PM
Persoalannya siapakah yang menetapkan hari wukuf tersebut? Apakah ada kesepakatan dari semua ulama-ulama diseluruh dunia tentang tarikh tersebut atau hanya ulama-ulama wahabi dan kerajaan Arab ...
:setuju:
Dalam tahun 2004, saya di sana. Menurut kiraan tahun 2004 tu adalah Haji Akhbar. Tetapi last minit Kerajaan Arab Saudi telah mengubahnya menjadinya pada hari Sabtu.
Ingat tak tahun 2004, banjir teruk di Mina dan mekah banjir. Masa banjir di Mina tu rasa takut yang amat sangat sebab kita tak pernah mengalami kilat sabung menyabung maca tu di malaysia. Waktu pada masa itu belum waktu asar, tetapi keadaannya gelap gelita seolah2 malam. Bekalan elektrik dikhemah-khemat terputus. Masa tulah terkenang anak-anak kat Malaysia. Berdetak dihati dapatkah berjumpa mereka lagi. Mana yang panik tu menangis memohon ampun kepada Allah melihat air mencurah-curah masuk kekhemah. Tilam, selimut dan bandar semua basah.
Khemah saya berhadapan dengan Jumrah. Takut sungguh melihat orang2 di Jamrah kelam kabut ditiup angin kencang.
Selepas huruhara ini selesai, keadaan terang kembali, masa itulah terdengar berita ramai jemaah dari negara lain meninggal. Dan jemaah-jemaah ada kata mungkin Allah marahkan Kerajaan Arab Saudi kerana mengubah waktu wukuf. Mereka cuba mengelak Haji Akhbar kerana bimbang semua orang arab dari seluruh pelusuk negara tersebut akan turun ke Mekah. Mekah akan penuh sesak. Dan mereka juga terpaksa membebaskan banduan-banduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 2-1-2007 06:28 PM
pembetulan. Saddam digantung hari Sabtu 06:00 local time (03:00 GMT) 30 Disember 2006, hari SABTU.
penyelarasan perlukan sepakatan. tapi jangan lupa, walaupun berada pada garis longitude yang ...
TQ untuk pembetulan....
Kaum Sunnah Iraq menyambut Hari raya Haji pada Hari Sabtu, Kaum Syiah hari Ahad sama dengan msia |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila tentang HARI WUKUF pun umat Islam tidak bersepakat sedangkan ini menyangkut soal RUKUN ISLAM... bagai pula tentang hal lain yang remeh temeh....!
Jadi tak hairan kalau musuh-musuh Islam boleh bermain-main dengan isu-isu ini... Sebab itu Amerika boleh menyuruh saddam di hukum pada hari sabtu kerana bagi kaum syiah iraq, hari itu bukan hari raya. Dan akhirnya permusuhan akan menjadi lebih runcing...!
Dulu msia , mengikut ketetapan Hari Wukuf yang ditetapkan saudi. Lalu di ubah kerana ada ketetapan dari MESYUARAT TAK RASMI MENTERI-MENTERI LUAR ASEAN ... untuk melihat anak bulan...!
aku pun wonder sapa menteri luar THAILAND, SINGAPURA, PHILIPINE,LAOS, CAMBODIA, VIETNAM ....yang hadir mesyuarat tu... Depa ni faham ker tentang HARI WUKUF?
IRONINYA umat Islam di Thailand pun raya pada Hari Sabtu....!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 3-1-2007 08:38 AM
Apabila tentang HARI WUKUF pun umat Islam tidak bersepakat sedangkan ini menyangkut soal RUKUN ISLAM... bagai pula tentang hal lain yang remeh temeh....!
Jadi tak hairan kalau musuh-musuh Islam ...
PENGENALAN
Persoalan pokok adalah penentuan masuknya AWAL BULAN itu sendiri.
Untuk makluman, Arab Saudi melihat anak bulan pada 20 Disember 2006, iaitu pada 29 Zul Qaedah 1427hijrah.
PENGUMPULAN MAKLUMAT
Berikut adalah data yang diperolehi dari US Navy.. Untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap barat, anda juga boleh menggunakan perisian melihat bulan oleh Dr. Monzur Ahmed di sini.
The following information is provided for Mekah(longitude E39.8, latitude N21.4):
Wednesday
20 December 2006 Universal Time + 3h
SUN
Begin civil twilight 06:29
Sunrise 06:53
Sun transit 12:18
Sunset 17:43
End civil twilight 18:07
MOON
Moonset 16:34 on preceding day
Moonrise 06:43
Moon transit 12:07
Moonset 17:30
Moonrise 07:41 on following day
New Moon on 20 December 2006 at 17:01 (Universal Time + 3h).
Merujuk kepada data di atas, membuktikan anak bulan telahpun tenggelam yakni lebih 13minit berbanding matahari (waktu maghrib di Mekah pada 5:43ptg).
Dan berdasarkan kepada data, anak bulan baru sahaja "lahir" dan hanya berusia 42+/- @ 43 +/- (MINIT).
PENGALAMAN LALU
Berikut pipi sertakan kekeliruan yang berlaku di Arab Saudi pada Ramadhan 1426hijrah.
[quote]
Saudi Astronomer Confirms That Wednesday 05 October is The First Day of Ramadan
Prediction of the Start of the Holy Month of Ramadhan 1426 H
The Calculations are done for the Longitude and Latitude of Makkah AlMukarramah Area and the times are for Local Time of Saudi Arabia
Makkah Al-Mukarramah: Latitude = 21:39 |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan kata lain, bayi yg baru lahir tu... masih ada tali pusat dan terus sahaja mahu melaksanakan majlis cukur jambul. Belum sempat anak bulan tu matang, dah isytihar bulan baru. Oleh kerana itulah, hari arafah jatuh pada Jumaat, 29 Disember lalu, yakni tidak sepatutnya pada hari tersebut.
Banyak negara menyambut hari raya Aidul Adha pada Hari Sabtu bersama-sama dengan Arab Saudi sebabnya mereka mengikut keputusan negara Saudi seperti Kuwait, Oman, Bahrain, Jordan, dan lelain. Negara-negara lain pula tidak ikut, kerana mereka JUGA memilki ahli astronomi, dan ulama yang pakar dalam bidang hilal, hisab dan rukyah. Maknanya, BUKAN HANYA arab saudi sahaja yang ada ahli astronomi, dan lelain. Itu juga yang berlaku kepada negara kita, Malaysia tercinta.
Maka dengan itu, apabila tarikh penentuannya bersifat ralat, maka tidak perlulah untuk menyalahkan negara Islam lain yang tidak sependapat dengan mereka.
sebarang perumpamaan yg ada. adalah dibuat secara rawak.
Wassalam
edit -> aidul fitri -> aidul adha
[ Last edited by pipi at 4-1-2007 08:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman aku semasa aku belajor kat UK dulu..
umat Islam lain mazhab.. buleh pulak raye lain2 hari walopon duduk sebelah menyebelah.. :gila:
tak ke pelik tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 2-1-2007 01:34 PM
pegangan yang kata kalau jatuh hari jumaat tu haji akhbar...dari mana bersumber...?
Pak penggali kubur tentu lebih arif apa yang dimaksudkan dengan Haji akhbar tu.... banyak riwayat sahabat yang menfasir tentang haji akhbar ni...!
Lagi pun tentu la Wahabi tak betul bagi kaum Syiah...
Pegangan yang mengatakan bahawa kalau wukuf itu jatuh pada hari jumaat adalah berpandukan dari ulama2 ASWJ, yang juga berpandukan hadis mengatakan fadilatnya melebihi 70 kali haji.
Pegangan ini ditentang oleh ulama2 wahabi berdasarkan pendapat ibnu Qayyim dan disetujui oleh sheikh besar mereka al-albani yang selalu mendaifkan hadis-hadis (sebab alasan dia selalu tak jumpa hadis2)
Satu yang menarik di sini ialh Syiah sependapat dengan wahabi yang mengatakan tidak ada haji akbar sebab bagi mereka mengerjakan ibadah haji itu pun satu amalan akbar. Setiap haji adalah haji akbar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 2-1-2007 07:05 PM
Ingat tak tahun 2004, banjir teruk di Mina dan mekah banjir. Masa banjir di Mina tu rasa takut yang amat sangat sebab kita tak pernah mengalami kilat sabung menyabung maca tu di malaysia. Waktu pada masa itu belum waktu asar, tetapi keadaannya gelap gelita seolah2 malam. Bekalan elektrik dikhemah-khemat terputus. Masa tulah terkenang anak-anak kat Malaysia. Berdetak dihati dapatkah berjumpa mereka lagi. Mana yang panik tu menangis memohon ampun kepada Allah melihat air mencurah-curah masuk kekhemah. Tilam, selimut dan bandar semua basah.
Amat menarik pengalaman Puan Haji ni. Peristiwa tersebut mungkin meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan puan yang diuji oleh Allah waktu melaksanakan ibadah tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 3-1-2007 10:33 AM
PENGENALAN
Persoalan pokok adalah penentuan masuknya AWAL BULAN itu sendiri.
Untuk makluman, Arab Saudi melihat anak bulan pada 20 Disember 2006, iaitu pada 29 Zul Qaedah 1427hijrah.
PE ...
TQ Pipi...jelas dan tepat. Teringin pulak nak belajar ilmu falak sekarang ni. Kat mana agaknya boleh belajar secara part-time ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by conan at 3-1-2007 10:19 PM
pengalaman aku semasa aku belajor kat UK dulu..
umat Islam lain mazhab.. buleh pulak raye lain2 hari walopon duduk sebelah menyebelah.. :gila:
tak ke pelik tuh..
Tak payah kat luar negara...di Malaysia pun banyak kali dah berlaku.
Tahun 1980an Jemaah Ittiba Us Sunnah yang wahabi di Kuala Pilah pernah sambut hari raya lebih awal sebab mereka ikut falak saja. Aku pernah sembahyang sekali dengan mereka di kawasan lapang. Bagi mereka sembahyang raya di padang lebih afdal dari di dalam masjid.
Suatu masa pun (lupa tahun) negeri Perak pernah merayakan sehari lebih awal dari negeri lain sebab dikatakan anak bulan dah kelihatan di laut.
Penyelarasan raya cuma baru saja dilaksanakan oleh kerajaan dan kononnya berpandukan kedua-dua falak dan rukyah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 3-1-2007 11:16 PM
TQ Pipi...jelas dan tepat. Teringin pulak nak belajar ilmu falak sekarang ni. Kat mana agaknya boleh belajar secara part-time ni?
Untuk belajar ilmu falak secara online, anda boleh ke
www.moonsighting.com
www.falak-online.net
----------------------------
Maka, selesai sudahkah kes ini? Ada apa-apa ulasan daripada tuan pembuka thread?
Persoalan lain.
1. Adakah kerajaan Saudi berijtihad mengubah hukum?
2. Adakah sah haji mereka jika pemerintah tercepat 1 hari? |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah negara arab banyak peperangan, Mereka ni tak bersatu....:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 4-1-2007 11:56 AM
Untuk belajar ilmu falak secara online, anda boleh ke
www.moonsighting.com
www.falak-online.net
----------------------------
Maka, selesai sudahkah kes ini? Ada apa-apa ulasan daripa ...
kalau mereka berijtihad untuk mencari keredhaan Allah,
jika salah ijtihad mereka, bagi mereka satu pahala
jika benar ijtihad mereka, bagi mereka dua pahala.
Persoalan tentang penetapan Hari Raya Puasa tidak timbul kerana ada hadis yang jelas menunjukan keperluan untuk melihat anak bulan . Dan juga atsar sahabah yang berpuasa menurut penampakan anak bulan mengikut wilayah.
1. Tetapi penetapan Hari Raya Haji ini perlukan satu ketetapan dan penyelarasan yang menyeluruh untuk dunia Islam. Kerana HAJI ini berkaitan dengan TEMPAT DAN JUGA WAKTUnya. Oleh itu penetapan HARI WUKUF ini mesti berdasarkan penampakan anak bulan di JAZIRAH ARABIA. Dan negeri-negeri lain perlu menyelarasankan Takwim Hijrah menurut PENETAPAN BULAN ZULHIJAH DI JAZIRAH ARABIA ini.
2. Kaedah mengenal anak bulan juga perlu diselaraskan.
Takut nanti satu waktu, anak bulan diistiytiharkan kelihatan di Malaysia tapi tidak kelihatan di Jazirah Arabia. Maka pada waktu itu, kita umat islam di malaysia akan Merayakan Hari Raya Haji pada HARI WUKUF. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 4-1-2007 12:35 PM
1. Tetapi penetapan Hari Raya Haji ini perlukan satu ketetapan dan penyelarasan yang menyeluruh untuk dunia Islam. Kerana HAJI ini berkaitan dengan TEMPAT DAN JUGA WAKTUnya. Oleh itu penetapan HARI WUKUF ini mesti berdasarkan penampakan anak bulan di JAZIRAH ARABIA. Dan negeri-negeri lain perlu menyelarasankan Takwim Hijrah menurut PENETAPAN BULAN ZULHIJAH DI JAZIRAH ARABIA ini.
2. Kaedah mengenal anak bulan juga perlu diselaraskan.
Takut nanti satu waktu, anak bulan diistiytiharkan kelihatan di Malaysia tapi tidak kelihatan di Jazirah Arabia. Maka pada waktu itu, kita umat islam di malaysia akan Merayakan Hari Raya Haji pada HARI WUKUF.
1. Ya, memang penetapan itu penting.
cuma...Oleh itu penetapan HARI WUKUF ini mesti berdasarkan penampakan anak bulan di JAZIRAH ARABIA.
Anak bulan nampak ke? :hmm:
Takut nanti satu waktu, anak bulan diistiytiharkan kelihatan di Malaysia tapi tidak kelihatan di Jazirah Arabia. Maka pada waktu itu, kita umat islam di malaysia akan Merayakan Hari Raya Haji pada HARI WUKUF
kesemua balai cerap di Arab Saudi tak nampak anak bulan!
wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|