|
Berjudi memang haram ... tetapi berdasarkan situasi negara Malaysia tu ... wujud pusat2 perjudian tu atas permintaan dari golongan non-muslim.... tentang penguatkuasaan lemah tu ... ia bukan lemah sebenarnya ..opearsi tangkap penjudi2 muslin tetap ada ... cuma bilangan kakitangan penguatkuasa tu terhad |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku bersyukur, kerana Malaysia ni memang sebuah negara Islam.
Malaysia pada prinsipnya sebuah negara Islam, tapi dari segi perlaksanaannya adalah sekular.
Sebuah negara Islam yg berdaulat adalah WAJIB untuk melaksanakan undang2 syariah sebgmana ug digariskan Al-Quran & Sunnah.
Malaysia pula undang2nya caca merba (campur umpama rojak) dimana undang2 syariah diasingkan sepenuhnya & hanya menjadi bidang kuasa kerajaan negeri. Ini melanggar konsep 'Ad-Din' bahawa Islam itu seharunya menyeluruh dalam kehidupan umatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robotech at 3-1-2007 12:32 PM
Malaysia pada prinsipnya sebuah negara Islam, tapi dari segi perlaksanaannya adalah sekular.
Sebuah negara Islam yg berdaulat adalah WAJIB untuk melaksanakan undang2 syariah sebgmana ug diga ...
Kawan .... teringat ... ketika parti islam HAMAS menang ketika pilihanraya ....
Hamas menghantar wakil ... utk bercakap kepada wakil pemberita dunia islam ...
pemberita bertanya ..apakah HAMAS akan melaksanakan hukum hudud menurut al-Quran dan as-sunah ...
wakil Hamas jawab ..tak ... macam mana nak melaksanakan hudud sedangkan rakyat Palestin makan pun tak cukup ...
Dunia islam sebenarnya mempunyai pelbagai masalah dlm menadbir negara .... kita tahu dunia sering dikaitkan masalah kebuluran, kemiskinan, peperangan, pemberontakan, tak aman..... negara kita mempunyai campuran pelbagai kaum dan agama ... ni suatu kesukaran nak melaksanakan hukum islam ...kerana tak cukup majoriti ....lagi pun negara kita dibentuk berdasarkan perlembagaan mengikut kaum melayu, cina, india dan dll ....lain ler jika negara kita milik mutlak melayu islam aje ....
Itu sebab ada pusat perjudian dan sebagainya |
|
|
|
|
|
|
|
negara kita mempunyai campuran pelbagai kaum dan agama ... ni suatu kesukaran nak melaksanakan hukum islam ...kerana tak cukup majoriti ....lagi pun negara kita dibentuk berdasarkan perlembagaan mengikut kaum melayu, cina, india dan dll ....lain ler jika negara kita milik mutlak melayu islam aje ....
Kita hanya perlu rujuk kembali sejarah, dimana negara Islam Khulafak Umayyah Cordoba di Sepanyol dgn rata2 penduduknya majoriti Kristian ditadbir oleh org Islam mampu melaksanakan hukum Allah SWT. Aataupun sebagaimana Empayar Uthmaniyyah yg mempunyai wilayah di Balkan & sebahagian Eropah yg mana majoriti penduduknya Kristan Ortodoks, Katolik & Protestan tapi Pasha / Emir (Gabenor) yang dilantik masih mampu melaksanakan hukum Allah.
Di Malaysia, perlaksanaan Syariah hanyalah yg kedua setelah perundangan sekular. Malah, kdgkala ia diperlecehkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robotech at 3-1-2007 01:49 PM
Kita hanya perlu rujuk kembali sejarah, dimana negara Islam Khulafak Umayyah Cordoba di Sepanyol dgn rata2 penduduknya majoriti Kristian ditadbir oleh org Islam mampu melaksanakan hukum Allah S ...
:setuju::setuju::setuju:
tp kalau PEMIMPIN nya sendiri x berani buat.....jawapannya.....:blah: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Robotech at 3-1-2007 12:49 PM
Kita hanya perlu rujuk kembali sejarah, dimana negara Islam Khulafak Umayyah Cordoba di Sepanyol dgn rata2 penduduknya majoriti Kristian ditadbir oleh org Islam mampu melaksanakan hukum Allah S ...
Kerajaan islam yg ko sebut ... dikuasai oleh Khalifah atau sultan secara mutlak ... bukannya macam negara kita ..dibentuk oleh sistem demokrasi yg kena menurut perlembagaan .... kalo nak ubah perlembagaan kena ada kuasa multak dulu .... nak sistem islam kena ada majoriti islam ... iaitu melebihi 75 % ... iaitu pihak yg menguasai parlimen negara ..... baru boleh mengubah perlembagaan .....
Satu cara aje ... nak ubah perlembagaan jika gagal kuasai parlimen negara ....iaitu pemberontakan bersenjata guling kerajaan sedia ada ... |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn sempitkan pemikiran saudara. Apakah kita kekurangan cerdik pandai Islam? Apakah kita tiada hak politik di negara kita sendiri?
Saya tak mahu topik ini jd sembang politik. Oleh itu, mari kita persoalkan dlm konteks perundangan negara. Undang2 Syariah mengharamkan judi dah ada, kenapa penguatkuasaan dari pihak berwajib masih lemah?
Sebab diaorg tak buat kerja ... ataupun buat sambil lewa, ataupun kurang kakitangan, ataupun tiada pemantauan dari pihak atasan ...
Yg mana semuanya boleh di atasi.
Kalau tidak, Islam Hadhari hanya tinggal 1 propaganda ataupun fantasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 Robotech's post
Tak nafikan dalam mane-mane masalah perundangan, penguatkuasaan yang selalu jadi isu...yelah..sape nak jadik watcher untuk memerhatikan samada orang yang gi masuk kedai TOTO tuh Islam atau bukan Islam..jenuh beb, bayangkan kalau keja seorang pegawai penguatkuasaan cuma duduk depan kedai judi dan verify samada si penjudi tuh Muslim atau bukan.
Kita tak leh nak nafikan hak non-muslim untuk berjudi, cuma untuk Muslim nie aku rasa pendidikan lebih utama dari penguatkuasaan sebab camner kita nak halang seseorang Muslim dari berjudi sedangkan si polan tuh dah memang taik judi, walau ape terjadi pun die akan tetap carik port berjudi...maka aku rasa kerajaan dah melaksanakan ape yang termampu olehnya depan meletakkan notis, menggubal undang-undang etc, tetapi aku rase penguatkuasaan paling ampuh adalah terletak dalam diri setiap Muslim untuk menilai setiap perbuatan dan tindak-tanduknya.
Takkan la kita semua nak jadik cam budak-budak sedangkan semua dah beranak-pinak bila diadili depan Allah SWT kita nak cakap, "Ya Allah, nie semua salah pemimpin sebab tak menghalang aku.."
Pastuh bila Allah SWT tanya pemimpin, pemimpin tu lak jawab, "Ya Allah, aku dah buat ape yang aku terdaya untuk memdidik si polan agar menjadi Muslim yang baik dengan menyediakan sekolah agama, rancangan info agama di TV, papan notis larangan di kedai judi, menggubal undang-undang etc etc...namun si polan itu tak mahu mengikuti ajaranmu Ya Allah..."
Ape si penjudi nak jawab mase tuh? Sendiri buat sendiri tanggung laa...ikut terjun masuk neraka sama dengan taik-taik judi yang main judi sama-sama mase kat dunia dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 3-1-2007 01:29 PM
Berjudi memang haram ... tetapi berdasarkan situasi negara Malaysia tu ... wujud pusat2 perjudian tu atas permintaan dari golongan non-muslim.... tentang penguatkuasaan l ...
maksud tangkap penjudi tu, tangkap yg kat kasino kasino besar atau yg kat kedai 4D ngan toto yg bersepah di serata daerah ? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenar, tanggungjawab seorg pemerintah itu amat besar ke atas kepentingan rakyatnya, terutama yg beragama Islam.
Ini krn, sekiranya beliau disoal Allah SWT kelak, pastinya beliau adalah seorg pemimpin yg gagal melaksanakan hukum Allah dgn tegas dlm menegah, mencegah & memerangi maksiat / judi dikalangan rakyatnya.
Ini adalah tanggungjawab pemimpin negara islam.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|