rienafaiz posted on 28-8-2012 02:53 PM
haa yaya..Caremal sangat cantik.Nak minta kongsi resipi boleh ?
riena / veriton : as requested
A. Caramel
2 senduk gula - masak dengan api perlahan sehingga berwarna perang. kemudian masukkan 2 camb
air sejuk. masukkan air perlahan-lahan. (takut nanti air gula terpercik). didihkan 2-3 minit. kemudian terus tuang dalam acuan.
B Custard
1 bungkus serbuk agar2 (packet kuning)
4 cawan air
2 camb tepung jagung
1 tin susu cair / susu segar
1/4 cawan susu pekat (ikut manis yang disukai)
1 camca besar vanila
1. masukkan serbuk agar-agar + tepung jagung + air ke dalam periuk. didihkan. (guna api perlahan). sentiasa kacau supaya tiada tepung jagung berbintil.
2. masukkan susu cair + susu pekat. kacau.
3. didihkan dalam 3-5 minit.
4. tuangkan ke dalam acuan. sejukkan.