|
Wujudkan pusat jagaan khas (isu buang bayi)
[Copy link]
|
|
KPJ-ISH wujudkan pusat perlindungan bayi pertama di hospital
2010/12/27
IPOH: KPJ Ipoh Specialist Hospital (KPJ-ISH) di sini mewujudkan sebuah pusat perlindungan bayi, yang pertama seumpamanya diwujudkan di hospital di negara ini, bagi membendung gejala pembuangan bayi di samping mengurangkan risiko kematian bayi yang baru lahir.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Nasirruddin Harun, berkata pusat itu ditubuhkan bagi menyediakan tempat jagaan terbaik kepada bayi malang serta yang tidak diingini oleh keluarga mereka.
"Ia ditubuhkan atas rasa tanggungjawab sosial KPJ-ISH bagi membendung gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini. Pusat ini hanya mahu menyelamatkan nyawa bayi serta memberi perlindungan sebaik-baiknya kepada mereka," katanya selepas pelancaran pusat berkenaan di KPJ-ISH di sini, hari ini.
Beliau berkata, pusat itu dibuka 24 jam bagi membolehkan mereka yang tidak menginginkan bayi yang dilahirkan boleh meletakkannya di tempat yang disediakan dan akan dikendalikan oleh sekumpulan tenaga mahir serta perunding.
Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman turut dihadiri Pengarah Perubatan KPJ ISH, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.
Ahmad Nasirruddin berkata, KPJ-ISH tidak mempunyai kepentingan untuk mengetahui identiti ibu atau individu yang menghantar bayi ke pusat berkenaan.
Sementara itu, Hamidah berkata, kerajaan negeri menyokong penuh program yang dijalankan KPJ ISH kerana ia membantu menangani masalah pembuangan bayi di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, kewujudan pusat itu bukan penyelesaian kepada masalah pembuangan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kesedaran di kalangan pihak berkaitan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.
"Sebelum ini ada beberapa kes membabitkan kematian bayi berikutan dibuang di tempat berbahaya. Jadi kewujudan pusat perlindungan itu dapat dijadikan satu alternatif bagi menangani masalah itu," katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang dah makin menjadi2 semula kes2 pembuangan bayi nih. mungkin ini semua benih2 14 feb ari tu.. tapi kesian jugak kat ibu2 muda nih. depa tak tau nak ngadu kemana gak nya.
aku cadang kan pihak2 NGO cam kewaja nih, gi la wat ceramah2 kat skolah2 menengah nih, bagi pengajaran kat bebudak pompuan n lelaki nih skalin tayang gambar baby2 tu. pastu bagi nombo talipon kat remaja2 perempuan. at least dia tidak menjadi pempunuh.
bukan untuk menggalak kan zina, cuma kalau dah terjebak camnih, depa takde hala tuju.. sedih tengok berita hari2 mengenai bayi2 nih.
yang yantan nya pulak, haaaa tangkap charge as perogol. DNA pun boleh amik dah masa nih, sumbat dalam penjara n rotan skali.
hadehhhh akak plak emosional nihhhhh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kita nak branak pnyer lah susah..diorg dah branak senang2 jer buang sepah2 macam anak kucing jerr..:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|