CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2379|Reply: 8

Kisah Penjual Tempe

[Copy link]
Post time 1-3-2007 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Penjual Tempe
>
>bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
>menandingi kekuasaan Allas swt..amin
>
>Bacalah....moga menjadi iktibar.
>
>Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan
>tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
>menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
>pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
>yang dibuatnya sendiri.
>
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
>pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat
>daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
>jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
>beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
>
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi
>pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
>suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan
>firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara
>ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
>mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
> "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe .
>Amin"
>
>Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat
>yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua
>itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun
>membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
>menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap
>kacang soya.
>
>Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas
>didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
>berdoa lagi.
>
> "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku
>supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku
>mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".
>
>Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
>bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya
>masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu
>pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya
>yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi
>dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar
>sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
>masak.
>
>Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke
>pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
>untuk berdoa.
>
> "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku
>berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
>jadikanlah tempe ini. Amin".
>
> Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa
>membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia
>meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya
>sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka
>bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
>
>Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
>Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
>lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
>kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia
>berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya
>punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
>duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
>tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu
>hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula
>kurang.
>
>Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah
>hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan
>bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di
>sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan
>menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat
>pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
> "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum
>menjadi ini."
>
>Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya
>ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi
>saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum
>berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut
>sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun
>pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan
>wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
> "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe
>ini seperti semula, Amin".
>
>Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
>penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya
>masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada
>Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi
>itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
>hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn
>ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan
>tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe
>yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi
>tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di
>sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
>Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun
>dimakbulkan oleh Tuhan...
>
>Moral:
>
>Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa,
>padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa
>yang terbaik untuk diri kita.
>
>Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai
>hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
>dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan
>rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
>
>Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sapi This user has been deleted
Post time 1-3-2007 10:09 AM | Show all posts

Reply #1 hafieza's post

betul tu..bagus sekali cerita ini
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 10:17 AM | Show all posts
Tempe goreng ngan tepung.... fuhhhhh enak banget!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 06:49 PM | Show all posts
menarik betul crita ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 06:56 PM | Show all posts

Reply #1 hafieza's post

bagus cerita ini utk dijadikan ikhtibar apabila kita menghadapi jalan buntu, tentu ada hikmahnya apablia doa kita masih belum dimakbulkan. Mungkin Allah ada perancanagan yg lebih baik ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 10:25 PM | Show all posts
tempe goreng bersambal yummy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2007 08:05 PM | Show all posts
cerita yg penuh pengajaran..............
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 1-3-2007 10:17 AM
Tempe goreng ngan tepung.... fuhhhhh enak banget!!!!!

masak sambal lagik best.......... slurrrppp..........!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 02:45 PM | Show all posts
menarik citer ni...masih terasa lagi masakan tempe di Indon baru2 ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.400896 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list