View: 2038|Reply: 13
|
adakah kad ahli shopping complex mengandungi unsur riba
[Copy link]
|
|
Assalamu'alaikum..
warda ingin bertanya, persoalan ini kerna telah di beritahu oleh seorang rakan mengenai sekiranya kita memegang kad ahli sesebuah shopping complex sebenarnya melibatkan riba...
argument nya... utk jadi ahli... kita perlu bayar sejumlah amount, ie RM 5 atau RM 10 (bukan percuma) dan apabila kita membuat pembelian, kita akan diberikan satu point atas setiap nilai RM1 yang diberi...
tetapi jumlah mata/point yang kita claim tu untuk ditukarkan dengan mana mana barangan adalah tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan, contohnya utk point 5000 hanya dapat 2 pek mr potato..
adakah ianya benar? |
|
|
|
|
|
|
|
5000 point = RM5000 yang dibelanjakan.
Mr. Potatao tu kira okay la. Takkan nak minta barang free yang harganya RM5000.00. Kalau nak macam tu tokeh minyak petrol pun bankrap!! |
|
|
|
|
|
|
ummi_nuur This user has been deleted
|
kat mana yang riba tuu..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 ummi_nuur's post
tu la yang warda tak tau...
sebab tu tanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 wardatulhamra's post
tak faham dgn argument tersebut.
1. apa hal dgn bayaran RM5/RM10? bukan wajib utk semua pengguna. it happen kalo kita nak. kalo taknak, jgn amik. sama mcm kita jd ahli sesuatu kelab, kena bayar yuran jugak. this is, kita jadi ahli pengguna supemarket tu.
2. okeyla tu. takkan nak kasik brg RM5000 utk 5000 point. bangkrap la tokei
sy rasa ada saudara2 yg bole memberi definisi riba dgn jelas supaya kita tak terkeliru dgn perkataan RIBA ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 wardatulhamra's post
walaupun kita bayar yuran, tapi biasanye dia ade bagi majalah percuma kan? Kiranye tu utk kos majalahla dan kos pengurusan. Pendapat aku jelah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by wardatulhamra at 29-4-2007 12:11 PM
Assalamu'alaikum..
warda ingin bertanya, persoalan ini kerna telah di beritahu oleh seorang rakan mengenai sekiranya kita memegang kad ahli sesebuah shopping complex sebenarnya melibatkan riba ...
Harap pembuka thread faham apakah itu maksud riba .....
Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.
Riba hanya melibatkan pinjaman
Mungkin pembuka thread terbayang pihak shopping complex hendakkan pengguna berbelanja lebih supaya dapat point kot .... hasil dari point tersebut pengguna dapat faedah utk ditukarkan kepada barangan lain .....
[ Last edited by mahathirGX at 30-4-2007 08:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ye, saya faham maksud riba...
tu yang saya tanya kat sini... sbb kawan saya yang cakap
dan menda ni first time saya dengar
telah di beritahu oleh seorang rakan mengenai sekiranya kita memegang kad ahli sesebuah shopping complex sebenarnya melibatkan riba...
bila warda ty apa maksud nya..dia pun tatau nak explain..
mcm cc pun kita dapat point, tapi tak bayar..point kita dapat sbb gunakan cc tu..
so mcm rewards
tp bila guna kad keahlian ni.. kalo yang dapat majalah bulanan tu ok la.. ada gak yang tak dapat.. bila jadi ahli..bayar..dan dapat point.. tu lah...
tu yang warda tanya nak dapat kepastian... adakah dengan adanya shopiing card ni, bermakna shopping complex ni menindas dan pengguna tertindas?
tu yang nak tahu tuu,...
kalo tiada unsur unsur tu bagus la... sekadar bertanya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 30-4-2007 09:26 AM
Harap pembuka thread faham apakah itu maksud riba .....
Riba hanya melibatkan pinjaman
Mungkin pembuka terbayang pihak shopping complex hendakkan pengg ...
Riba sebenarnya bukan hanya melibatkan pinjaman tapi lebih dari itu...
Kalau tak salah aku Imam Malik ada memberi contoh beberapa jenis riba dalam kitabnya ( aku tak pasti kitab apa) .. dulu aku nak wat study pasal riba tapi tak cukup bahan....
Antara contoh jenis "riba"
1. Tambang bas 90 sen. Kita bayar RM1 tapi syarikat bas tak pulangkan 10sen tu. Ini riba kerana sykt. tersebut ambil wang kita dengan cara yang tidak sah.
2. Booking keta, bayar RM3,000. Lepas tu kita kensel, tapi sykt keta tak pulangkan deposit kita sedangkan dia tak alami kerugian apa-apa. Ini amik wang dengan cara yang tidak benar...
dari 2 contoh ni... korang boleh kaitkan banyak lagi tu..............! |
|
|
|
|
|
|
|
Pnya brlmbk bnda2 lain yg riba , ko buat x peduli pun |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 30-4-2007 09:26 AM
Harap pembuka thread faham apakah itu maksud riba .....
Riba hanya melibatkan pinjaman
Mungkin pembuka thread terbayang pihak shopping complex hendakkan ...
Salam........
4:161. Dan kerana pengambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan memakan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih
30:39. Dan apa yang kamu memberikan dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu memberikan dengan murni, dengan menghendaki Wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakkan
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang bersalah
3:130. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
Kalau dilihat antara ayat-ayat Allah mengenai Riba, ia bukanlah sahaja dalam bentuk pinjaman, tetapi adalah dalam perniagaan secara amnya. Membeli benda dan kemudiannya menjualkan benda tersebut duakali ganda atau berganda-ganda dalam masa yang singkat adalah riba. Memberi pinjaman dengan bayaran balik oleh peminjam dengan kadar duakali ganda atau berganda-ganda adalah juga riba......
Maafkan saya, saya hanya merujuk dari Al-Quran tentang apa itu riba.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 30-4-2007 08:39 AM
Riba sebenarnya bukan hanya melibatkan pinjaman tapi lebih dari itu...
Kalau tak salah aku Imam Malik ada memberi contoh beberapa jenis riba dalam kitabnya ( aku tak pasti kitab apa) .. dulu ...
Yang saya nampak ler .... Kad Shopping Complex ni menguntungkan pengguna dan tak nampak ia memutarbelit pengguna ...ia dibuat supaya pengguna akan setia membeli kat Shopping Complex tersebut aje .... lain ler jika pengguna tersebut terpaksa membeli dgn harga mahal dari biasa .......
tak nampak lak di mana salahnya penggunaan kad shopping complex ni ....
[ Last edited by mahathirGX at 1-5-2007 09:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Hang's post
pasal booking keter/ wang muka ni ada mazhab yg membenarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 mahathirGX's post
lebih kepada konsep redha antara pemgguna dan pihak shopping komplex tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|