|
Assalamualaikum semua. Saya ada satu masalah yang pada saya agak besar. Tapi saya tk tahu sama ada sesuai atau tidak utk ditempelkan di sini. Saya lebih suka untuk dibincangkan di sini dari board Personal Problem kerana di sini isunye lebih khusus dan serius.
Begini, saya ni bekerja dalam sebuah company bukan milik muslim. Rata2 pekerja di sini bukan beragama Islam. Tetapi masih ada sebilangan kecil kaum melayu dan semestinya beragama Islam di sini.
Walaupun ketika awal saya bekerja di sini, mereka (Non-Muslim) pernah mempertikaikan kenapa saya selalu keluar solat sedangkan sebelum ini pekerja melayu tidak pernah memberi alasan tersebut. Selain itu saya jarang menghadiri acara2 formal mahupun tak formal company yang buatkan saya rasa bersalah dengan hukum hakam Tuhan. Contoh : bersama2 menyambut persiapan dan meraikan Hari Krismas spt menghias pokok, bertukar2 hadiah, menyanyikan lagu Krismas. Ini sedikit sebanyak menjadi buah mulut kawan2 yang lain kerana saya seperti tidak open minded. Tapi kini mereka(Non Muslim) boleh menerima situasi tersebut kerana saya menunjukkan prestasi yang baik ketika bekerja.
Masalah saya ialah bukan berkenaan dengan mereka yang berlainan agama ini. Tetapi dengan rakan sekerja Melayu dan saya pasti agama kami sama iaitu agama suci Islam. Hubungan saya dengan mereka (Muslim) tiada masalah tetapi cara hidup mereka membuatkan saya seperti serba salah.
Disebabkan pekerja melayu sedikit, jadi kami lebih rapat terutanmanya dalam menjaga kebajikan kaum melayu. Walaupun hanya sebagai lunch partner(kerana kami lain bahagian), tetapi saya banyak tau perihal hidup mereka termasuk kawan2 melayu department lain. Saya berani menegaskan di sini bahawa saya seorang sajalah orang melayu di company ini yang pergi menunaikan solat.
Pada mulanya saya malas utk mengambil tahu urusan sosial mereka. Tetapi bila dah menjadi kawan rapat, banyak juga yang saya tahu tentang hidup mereka. Hukum haram dah menjadi sesuatu yang halal bagi mereka. Malah perkara wajib yang patut dibuat seperti suatu perkara kuno pula. Mula2 ada juga saya bagi hint2 utk mengatakan apa yang dilakukan itu dosa besar. Tapi saya pula diperlekehkan. Jadi saya mengambil keputusan utk tutup mulut sahaja, kerana mereka bukan tidak tahu yang mana halal, yang mana haram, yang mana disuruh dan yang mana dilarang. Niat saya cuma satu - untuk menjaga persahabatan itu sendiri.
Hubungan kami masih berjalan lancar selagi saya tidak mencampur adukkan tentang hukum agama. Setiap kali mereka bercerita tentang aktiviti mereka, saya cuma diam dan istighfar saja dalam hati. Saya berpendapat, lebih baik saya menjaga diri saya sendiri dari terpengaruh.
Cuma baru2 ini saya ada mendengar ceramah berkenaan dengan tanggungjawab khalifah Allah di bumi ini. Antaranya ialah sentiasa tegur menegur dan bertanggungjawab memperbetulkan yang tidak betul. Jika kita tahu, tapi membiarkannya sahaja, maka kita dikira bersubahat dan automatiknye kita jg mendapat dosa.
Betapa saya rasa besarnye tanggunggjawab saya dalam perkara ini. Sungguh saya tidak senang duduk memikirkan perkara ini. Sekarang langka saya ambil ialah saya tidak keluar makan lagi dengan mereka dengan memberi alasan yang munasabah. Dengan cara ini, saya tidak mendengar dan mengetahui apa2 tentang mereka. Tapi hubungan saya dengan kawan2 saya ini semakin jauh. Malah mereka juga mengatakan saya tidak lagi mahu berkawan dengan mereka.
Alternatif lain saya ialah mencari kerja lain. Tapi sampai skarang masih belum ada rezeki lagi. Saya tidak boleh terus berhenti saja semata2 sbb ini kerana banyak tanggungan. Tapi sampai bila saya nak lari dari mereka?
Apa yg saya patut buat? Bolehkah saya kembali seperti biasa. Tetapi hati saya pula yang tidak sedap. Macamana ni? Ada yg boleh bagi pendapat? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spy06 at 16-5-2007 02:22 PM
Assalamualaikum semua. Saya ada satu masalah yang pada saya agak besar. Tapi saya tk tahu sama ada sesuai atau tidak utk ditempelkan di sini. Saya lebih suka untuk dibincangkan di sini dari board ...
Assalamualaikum...
Inilah dugaan... Alhamdulillah spy06 ada kesedaran dan berusaha menghindari perkara mungkar. Berusahalah menyampaikan kebenaran walaupun dia agak menyakitkan. Tanggungjawab spy06 hanya menyampaikan, sedangkan hidayah dari Allah swt ... berdoalah agar mereka dibuka hati dan diberi hidayah... tapi sekiranya mereka masih tidak mahu menerima maka tiadalah menjadi tanggungjawab lagi kepada spy06... Kita hanya berusaha sedangkan Allah yang menentukan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum
Perbezaan Antara Memberi Nasihat Dengan Menjelekkan Orang Lain
Tak ada gading yang tak retak, tak ada manusia yang sempurna, selalu ada kelemahan dan kekurangannya. Setiap manusia mesti mempunyai kesalahan dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat kepada Allah, menyedari akan kesalahannya, lalu menyesal dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.
Oleh kerana itu nasihat menasihati menuju kebenaran harus digalakkan, bagi yang dinasihati seharusnya ia berterima kasih kepada orang yang telah menunjukkan kekurangan dan kesalahannya, hanya saja hal ini jarang terjadi, pada umumnya manusia tidak suka disalahkan apalagi kalau teguran itu disampaikan kepadanya dengan cara yang tidak baik.
Maka seorang pemberi nasihat haruslah mengetahui cara yang baik agar nasihatnya dapat diterima oleh orang lain. Di antara cara nasihat yang baik adalah memberi nasihat kepada orang lain secara rahsia tanpa diketahui oleh orang lain. Dalam kesempatan ini akan kami nukilkan penjelasan para ulama tentang adab yang satu ini.
Nasihat para ulama tentang menasihati secara rahasia
Imam Ibnu Hibban (wafat tahun 534 H) berkata yang artinya, 揘asihat itu merupakan kewajiban manusia semuanya, sebagaimana telah kami sebutkan sebelum ini, tetapi dalam teknik penyampaiannya haruslah dengan cara rahsia, tidak boleh tidak, kerana barangsiapa yang menasihati saudaranya dihadapan orang lain maka bererti dia telah mencelanya, dan barangsiapa yang menasihatinya secara rahsia maka dia telah memperbaikinya. Sesungguhnya menyampaikan dengan penuh perhatian kepada saudaranya sesama muslim adalah kritik yang membangun, lebih besar kemungkinannya untuk diterima dibandingkan menyampaikan dengan maksud mencelanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ct_og's post
ya...ya...betol tu...
biasanya bila nasihat orang ni risikonya ialah org akan terasa dan akan bengang ngan kita....menyebabkan kita pun terkilan....
so apa yg saudara perlu buat jikalau ingin menasihati mereka ialah bersedia untuk dibenci tetapi janganlah sesekali dibalas kebencian itu....
jumpa buat cam besa je...
biarlah diiberi tuba dibalas susu...
kerana perbuatan itu banyak hikmahnya...
kalau tak mampu, cukuplah saudara tunjukkanlah contoh yg baik pun sudah dikira bagus...
smoga ceria2 selalu saudara spy06...
[ Last edited by ussopp at 16-5-2007 04:25 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takpa...
depa marah kat awk, awk tak yah marah kat depa...
tak pun cakap elok2 sebagai kawan rapat, say sorry pastu minta depa faham yg awk takut terlepas smayang...
cakap baik2...lagi baik awk cakap lagi depa terasa
kalo depa kata awk kuno, cakap ye saye kuno... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab depa baik ngan awk, jgn la bagi alasan yg berkias...nanti depa rasa awk mcm berahsia pulok ngan depa...mestilah jauh hati...
tapi cakap benar, yg sebenarnya awk serba salah....awk nak ikut tapi awk kena smayang...so cakap elok2 buat la manja2 sket...
kata kawan baik...
takkanlah diorg tak faham...awk kena buat sekali, iaitu cakap terus terang...
sebab kalau diorg prihatin kat awk, lepas diorang tahu yg awk utamakan solat, lain kali mungkin diorg akan adjust masa supaya tak ganggu waktu smayang awk...
jgn berkias or buat alasan lain...nanti org terasa jauh hati plak...
tapi sy akui, sy cakap je senang...awk yg susah nak buat...
namun sy harap ini membantu tak banyak, sikit pun jadilaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 16-5-2007 05:47 PM
sebab depa baik ngan awk, jgn la bagi alasan yg berkias...nanti depa rasa awk mcm berahsia pulok ngan depa...mestilah jauh hati...
tapi cakap benar, yg sebenarnya awk serba salah....awk nak ik ...
:setuju: :setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spy06 at 16-5-2007 05:40 PM
harap2 apa yg saya buat ni betul...sedih je rasa sbb diorang ni baik dengan saya.
awak kene kuatkan semangat & yakin dgn apa yg awak buat. sori to say but sy nmpak kat sini cam awk kurang konfiden, mcm more to jaga hati + perasaan kawan2. kadang2 ramai org macam tu including myself, xmo kawan2 kecik ati tp berlatihla tetapkan pendirian. maybe for the first time diorang akan tunjuk mcm2 reaksi, menjauhi, mencebik, etc. but from time to time derang akan mula accept (personal experience). yg penting jgn sbb sekali dua derang mcm menyisihkan, kita terus rasa bersalah. kita kena yakin dgn apa yg kita buat & yakin itu adalah ujian dr Allah utk menguji adakah kita benar2 'khalifah'-Nya.
tugas khalifah yg utama, harus diingat tidak semestinya memperbetul keadaan luaran tp dalaman terlebih dahulu. sebagaimana kata Imam Hassan al-Hudhaibiy "tegakkan Islam di hatimu maka ia akan tegak di bumimu". teguhkan pendirian awak terhadap istiqamahnya amalan, & yakinlah bahawa adanya perangkap2 syaitan di mana2 jadi harusla sentiasa hati2 & jgn mengalah.
gambatte! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam...
sebenarnya Allah sedang uji kita.... tapi kita tak sedar.....
banyakkanlah berdoa kepada-Nya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sitilina at 16-5-2007 11:00 PM
tugas khalifah yg utama, harus diingat tidak semestinya memperbetul keadaan luaran tp dalaman terlebih dahulu. sebagaimana kata Imam Hassan al-Hudhaibiy "tegakkan Islam di hatimu maka ia akan tegak di bumimu"
itulah yg saya buat selama ni. saya tak masuk campur hal orang lain. saya taknak ambil tahu apa yg mereka buat. apa yg saya tahu, saya cuma jalankan kewajipan saya yang wajib khususnya. selama ni, saya cuma biarkan mereka tahu dengan sendiri dan bukan secara direct yang saya ni patuh 'suruhan agama'. Contohnya :
- lepas makan tengahari bersama, saya akan cakap dengan dorang utk ke surau sementara dorang semua naik terus ke office. Saya tak pernah mengajak atau menyuruh mereka menunaikan solat bersama.
- kalau ada event yg ada minuman haram tu atau apa2 aja majlis yg saya rasa tak sesuai utk orang islam menyambutnya, saya beri alasan yang logik utk tidak menghadirinya walaupun terpaksa menipu. Saya tak pun cakap atau menerangkan macam ala2 ustazah bercakap sebab2 kenapa kita tak digalakkan utk menyertainya malahan mungkin hukum dia berdosa.
Waktu tu dan selama ni, saya fikir, lebih baik saya jaga kebajikan diri saya sendiri. Sbb saya fikir, pada masa yang sibuk ni, susah utk saya menlipatgandakan pahala, jadi lebih baik saya kurangkan buat dosa dan jauhkan dari bende2 yg boleh mengurangkan pahala saya.
Cuma, itulah, lepas saya dengar satu ceramah di radio, kalau saya tahu perkara2 tersebut dosa tetapi berdiam diri sahaja, maka saya dah dikira bersubahat. Maka saya juga akan mendapat dosa. Itu yang buat hati saya tak tenteram sejak kebelakangan ni.
Nak menyampaikan ilmu agama ni, perlukan kekuatan bukan mental sahaja tapi cukup ilmu di dada, sedangkan saya ni basic2 sahaja. Tak ada alasan dan bukti yg kukuh kat kepala nak menerangkan kat depa. Yang mana saya tahu berdosa, saya jauhkan, yang mana yang wajib, saya cuba tunaikan.
Bersubahatkah saya kalau dok diam je? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 spy06's post
I cadangkan u mula dengan tunjukkan budi pekerti muslim sejati...bukan dengan niat utk menunjuk-nunjuk, tapi dengan niat agar mereka juag tergerak nak follow camne u buat.
Elakkan perli2, sindir2 and absolutely no sarcasm...sebab semua tuh akan buat mereka lebih jauh dari u.
Guna pendekatan halus dalam menangani hal kawan2 u tuh...yelah diorang maybe jadi leka sebab keja dengan majikan non-muslim....I tau sebab I pun penah alami juga satu mase dulu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 spy06's post
pengalaman sy la...
ada sorang kawan sy mmg jenis sosial gila, seksi, etc. solat toksah ckp la mmg asik uzur je.
dia mmg kawan baik sy & sy xpenah sound dia suh solat or tutup aurat or etc. cuma bila masuk waktu, sy solat, bila kuar, sy tutup aurat, bila dia ckp pasal clubbing sy ckp sy xsuka. sy bawa dia jumpa famili saya, beraktiviti bersama, etc. tp xpenah sekali pn saya sound dia. kadang cuma ckp ayat2 macam "eh dah masuk waktula. solat dulu" or "tudung aku ni nipis sgt la, igt nk cari yg tebal sket". etc.
hidayah tu dtg dr Allah, tiba2 dia bertudung & minta sy temankan beli telekung solat serta al-Quran. bila sy tanya kenapa tiba2 berubah, dia ckp dia tengok hidup saya tenang & bahagia & nak jadi mcm sy. Alhamdulillah, walaupun saya xsebaik mana tp semua tu Allah yg salurkan pada dia.
jgnlah risau kalo xmampu menegur, selemah2 iman itu adalah menentang dgn hati. tetapkan pendirian & doakan kawan2 anda. mendoakan sahabat itu satu kebajikan juga. malah antara doa yg dimakbulkan ialah doa seorang sahabat yg tidak diketahui oleh org yg didoakan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sitilina at 17-5-2007 07:00 PM
pengalaman sy la...
ada sorang kawan sy mmg jenis sosial gila, seksi, etc. solat toksah ckp la mmg asik uzur je.
dia mmg kawan baik sy & sy xpenah sound dia suh solat or tutup aurat or ...
aaaaa....buat camni.....
takyah paksa diorang...tapi tunjuk contoh....
contoh apa???
contoh yg baik2.... |
|
|
|
|
|
|
benny_07 This user has been deleted
|
beginilah situasi yang kita akan alami bila berkerja di Company non muslim...kita kene kuat....doalah selalu agar kita diberi hidayah dan petunjuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika kita tak dapat mengubah kemungkaran dengan tangan, maka kita ubah dengan mulut, jika tak dapat dengan mulut maka dengan hati... dan inilah selemah-lemah iman... Allah tidak akan memikulkan tanggungjawab itu melebihi kesanggupan seseorang... bersabarlah semoga kita sentiasa beroleh petunjuk dan tetap berada di jalan kebenaran... |
|
|
|
|
|
|
| |
|