CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3465|Reply: 12

1/1/0001 Hijrah

[Copy link]
Post time 16-5-2007 10:07 PM | Show all posts |Read mode
Salam..........

Jom pakat bincang sama-sama.

Dikatakan 1/1/0001 Hijrah bersamaan dengan 16 Julai 622M.  Ok.

Tetapi kenapakah 1/1/0001 Hijrah itu tidak dinamakan AL-AHAD atau Ahad, bukankah itulah hari yang pertama bermulanya takwim Islam?  2/1/0001 Hijrah tidak menjadi ITHNAIN(Isnin), 3/1/0001 Hijrah bukannya AL-SALASA(Selasa) dan seterusnya...........

Tetapi kenapa pula kita selaraskan Ahad kita dengan Sunday, Isnin kita dengan Monday dan seterusnya.........  Tak bolehkah Ahad kita bermula dengan Friday mereka, Isnin kita dengan Saturday Masihi..........

Atau......kenapa ya?

[ Last edited by  ayyohpeen at 17-5-2007 06:02 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 11:43 PM | Show all posts

Reply #1 ayyohpeen's post

Tak silap saya Nabi Adam diturunkan ke bumi hari Jumaat. Jadi kiraan hari ni dah dari dulu sebelum Hijrah, dari sebelum zaman Nabi Muhammad, sebelum Nabi Isa dan Nabi Musa dan nabi2 lain semuanya sama.

Cuma Taqwim saja yang berbeza-beza, berdasarkan sebab2 tertentu.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 09:50 AM | Show all posts
Saya rasa 1/1/0000 Hijrah tak wujud, bukan kah ia bermula dgn 1/1/0001 Hijrah???
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 10:02 AM | Show all posts
Interesting.

Hijrah itu definasi untuk tahun, bukan untuk minggu atau bulan atau nama hari.

Orang arab memang dah ada kalendar sebelum Islam, yang ada penentuan hari, nama hari, bulan dsbgnya..cuma tak ada penentuan tahun.  Hari Jumaat dan solat Jumaat dah ada sebelum  Khalifah Umar Al Khattab  memulakan mengira tahun kalendar kerajaan Islam (tahun Hijrah) secara rasmi pada 638M, yang mana  dia mengambil tahun Nabi berhijrah (622M) sebagai reference asas permulaan tahun pertama Hijrah. Jadi kalau nak nak adjust pasti akan menyusahkan and outright wrong, sbb solat jumaat dah kena dibuat hari lain pulak!


PS:
16 Julai 622M itu adalah "loosely" bersamaan 1 Muharram 1 H bukan 0 Hijrah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 04:16 PM | Show all posts

Reply #4 always_typo's post

Betul tu.

Hijrah ditahunkan semasa Khalifah Umar.

Ahad dengan Sunday dah terselaras sebelum zaman entah bila entah.

Tak kira kalau Hijrah mula 0001 atau 0000.  Point ayyohpeen is kenapa tak selaraskan hari pertama sebagai Ahad.  Persoalannya, kenapa nak pinda?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 06:01 PM | Show all posts

Reply #3 sedondon's post

Salam................

Ya...........Ya..........

Saya dah tukar tajuknya.......... TQ...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2007 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 16-5-2007 11:43 PM
Tak silap saya Nabi Adam diturunkan ke bumi hari Jumaat. Jadi kiraan hari ni dah dari dulu sebelum Hijrah, dari sebelum zaman Nabi Muhammad, sebelum Nabi Isa dan Nabi Musa dan nabi2 lain semuanya ...



Apakah itu hanya sekadar satu cerita atau agak-agak?  Bagaimana kesahihannya? Bagaimana pula dengan penjelasan dari mereka yang tahu atau pakar mengenai tahun masihi?  Apakah hari pertama tahun masihi jatuh pada hari 'Sunday'? atau bagaimana................
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 09:12 AM | Show all posts

Reply #7 ayyohpeen's post

kalo dilihat pada sirah & kajian pakar2 dlm bidang ni, nama2 hari & bulan dlm tahun hijrah dah mmg ada sebelum bermula hijrah. contohnya Rasulullah berkhulwat di Gua Hira' pada bulan Ramadhan sedangkan sebelum itu sebelum hijrah malah sebelum kenabian lg. malah pada hari Rasulullah tibe di Madinah (hari pertama hijrah), baginda bersolat jumaat di sana kerna hari itu jatuh pd hari Jumaat.

malah Rasulullah sdr dilahirkan pada hari Isnin, 12 RabiulAwal tahun Gajah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2007 09:28 AM | Show all posts
Salam

Takwim hijrah merujuk kepada peredaran bulan
Tahun masihi pula merujuk kepada peredaran matahari.

Penggenapan tahun hijrah berbeza dengan penggenapan setahun mengikut kalendar masihi..............
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 18-5-2007 09:28 AM
Salam

Takwim hijrah merujuk kepada peredaran bulan
Tahun masihi pula merujuk kepada peredaran matahari.

Penggenapan tahun hijrah berbeza dengan penggenapan setahun mengikut kalendar masihi ...


Tahun arab dahulunya macam tahun orang cina, moon based tapi adjusted dengan solar. Sebab tu sebelum Islam, Ramadhan was always associated
dengan "kepanasan" dan berlaku pada musim panas. Cara depa adjust  adalah dengan cara menambah bulan selepas beberapa tahun (mcm bulan lompat laa) , dipanggil
intercalary month .

Tetapi selepas turun Al Quran 9-36, this tradition was stopped. So jadilah sekarang sistem calendar Islam macam sekarang, purely qamariah. Bulan Ramadhan (puasa)
dan bulan Zulhijjah (haji) boleh berlaku pada pelbagai musim pada tahun yang berlainan, sejuk dan panas.

Tengok lagi detail kat sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_calendar

Ada juga mention pasal usul asal hari dalam Arab yang based on Jewish tradition.

Nak tahu lebih detail kena lah sembang dengan pakar2 ilmu falaq, sure lebih banyak ilmu yang boleh ditimba ....

[ Last edited by  always_typo at 18-5-2007 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 17-5-2007 06:06 PM



Apakah itu hanya sekadar satu cerita atau agak-agak?  Bagaimana kesahihannya? Bagaimana pula dengan penjelasan dari mereka yang tahu atau pakar mengenai tahun masihi?  Apakah hari pertama  ...



tahun masihi tu pun ditahunkan beberapa ratus tahun lepas nabi isa a.s.  kemudian yg sebelum nabi isa a.s. tu kira macam negative tapi kita sebut sebelum masihi.

Sunday tu asalnya adalah hari matahari atau hari suci Holyday.  Sekarang orang eja holiday.  sebab sunday ni orang-orang penyembah matahari pi tokong-tokong tuhan-tuhan matahari dia orang.  dia orang pun tak kira tahun-tahun ni sama macam orang arab jugak.  orang yahudi pun ada juga kalendar dia orang, tapi siapa tahu bila dia orang start tahunkan kalendar dia orang.  hari-hari dlm kalendar yahudi pun 7 hari jugak cuma sabtu sebagai holyday.  

yang kita semua tahu, tahun dan bulan semua tu dah wujud sebelum tahun-tahun ditahunkan.  dulu eropah pakai kalendar julian pastu dia tukar januari sebagai bulan pertama jadi dinamakan tahun gregorian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 17-5-2007 06:06 PM



Apakah itu hanya sekadar satu cerita atau agak-agak?  Bagaimana kesahihannya? Bagaimana pula dengan penjelasan dari mereka yang tahu atau pakar mengenai tahun masihi?  Apakah hari pertama  ...


Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The best day on which the sun has risen is Friday; on it Adam was created, on it he was made to enter Paradise, on it he was expelled from it.

(Sahih Muslim, Kitab As-Salat)


Abu Haraira reported that Allah's Messenger (may peace be upon him)took hold of my hands and said: Allah, the Exalted and Glorious, created the clay on Saturday and He created the mountains on Sunday and He created the trees on Monday and He created the things entailing labour on Tuesday and created light on Wednesday and lie caused the animals to spread on Thursday and created Adam (peace be upon him) after 'Asr on Friday; the last creation at the last hour of the hours of Friday, i. e. between afternoon and night.

(Sahih Muslim, Kitab Sifat Al-Qiyamah wa'l Janna wa'n-Nar)

Jadi dah termaklum nama-nama hari dan bilangannya, cuma beza pada bahasa saja
Ahad = Sunday
Isnain = Monday
.....

[ Last edited by  mnm77 at 18-5-2007 06:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 09:28 PM | Show all posts
lagi pun hari pertama dalam mana-mana kalendar sentiasa berubah mengikut tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.081661 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list