|
M Nasir ubah sikap, Siti bangga
sumbar Harian Metro
24 Mei 2007
KOMPOSER dan penyanyi M Nasir pernah mengejutkan penonton apabila menari gemalai mengikut penari ketika majlis Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13), bulan lalu. Baru-baru ini, ketika menjayakan persembahan Hari Ibu, sekali lagi M Nasir kelihatan begitu mesra dengan penonton apabila turun pentas bersalam dan menyanyi bersama mereka.
Ia agak berbeza dengan personaliti M Nasir yang dikenali dengan perwatakan serius sebelum ini. Mungkin itulah penangan daripada album terbarunya, Juwita...Citra Terindah yang memuatkan lagu popular, Sang Pencinta dan Juwita...Citra Terindah. Album ini disifatkan mudah menangkap telinga kerana memuatkan lagu-lagu segar dan ceria.
Kehadiran isteri, Marlia Musa yang menjadi ibu kepada enam anaknya, mungkin satu lagi faktor memberi semangat kepada M Nasir sepanjang menjayakan persembahan sempena Hari Ibu dengan tema Ibu Ratu Hatiku di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak anjuran Mahir Entertainment & Production (MEP).
揟erima kasih kerana membawa saya ke pentas ini meraikan ibu-ibu sempena Hari Ibu. Bagi saya, Hari Ibu satu tanda bahawa kepentingan ibu tidak dapat dinafikan oleh kita semua. Sama ada ia dipanggil ibu, bonda, mama atau apa saja, sememangnya tumpuan anak-anak lebih kepada ibu, |
|