CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1934|Reply: 3

Hukum Tuhan Tidak Relevan Lagi?

[Copy link]
Post time 1-6-2007 11:59 AM | Show all posts |Read mode
HUKUM TUHAN TIDAK RELEVAN LAGI?

Dr .Ma#ah memang terkenal. Idea-ideanya banyak yang baik, ada juga yang tidak sesuai. Yang baik kita sokong, yang tidak sesuai kita tolak. Seperti juga Dr. Asri, idea-idea mereka yang tidak sesuai mendatangkan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Mereka seolah-olah berpasangan dalam memundurkan umat Islam ke belakang melalui idea-idea mereka yang tidak sesuai. Begitulah penangan dua orang Dr.

Dulu Dr. Ma#ah menimbulkan kontroversi apabila menghukum halal pekerjaan melacur sekiranya darurat. Dikatanya boleh pula wanita bercukur kening. Kini timbul pula isu hudud. Tamat cerita Dr. Ma#ah.

Memang ada pihak yang pertikaikan hukum Tuhan. Seluas manalah agaknya ilmu mereaka hendak pertikaikan keputusan Tuan Punya Ilmu yang ilmunya luas tidak bertepi meliputi seluruh penjuru langit? Padahal si tukang pertikai itu, ilmu tentang kulit badannya sendiripun tidak sampai ke mana. Kalau ditanya hal ehwal biji matanya, sehelai rambutnya ataupun sebatang giginya pun dia tidak mampu untuk menceritakan kesemuanya. Doktor telinga sendiri tidak tahu 100% tentang telinga manusia.

Dalam salah satu program dakwah, saya menyampaikan satu slot bertajuk REMAJA: CABARAN & PENYELESAIANNYA http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=69&mode=&order=0&thold=0 . Saya petik satu bahagian yang berkaitan dengan hal yang sedang kita renungkan ini.

MULA PETIKAN
Allah SWT sangat hebat, Maha Hebat. Ketika ini ... Allah sajalah yang tahu daun-daun manakah yang sedang gugur di seluruh pelusuk dunia ini dan berapa jumlahnya. Allah sajalah yang tahu air sungai manakah ketika ini sedang berlanggar dengan batu lalu terpercik bersama jumlah titis air yang terpercik itu, di seluruh dunia. Ketika ini... hanya Allah sajalah yang tahu batu-batu manakah di dasar lautan sana yang sedang bergeseran sesama sendiri beserta dengan jumlahnya sekali. Ketika ini ... Allah sajalah yang tahu bintang manakah di langit sana yang sedang meletus hancur musnah, dan bintang-bintang manakah pula yang baru muncul bersama dengan jumlahnya sekali.
Begitulah Maha Hebatnya ilmu pengetahuan Allah. Sehebat mana pula ilmu kita? Sama-sama kita nilaikan sekarang.

Alam semesta ini sangat luas. Sudahlah luas, semakin hari semakin berkembang, macam belon yang ditiup- semakin lama semakin membesar dan tidak ada tepinya. Di manakah bumi? Bumi hanyalah satu titik atau satu habuk yang terapung-apung di alam semesta ini. Itulah nilai bumi, hanya habuk kepada kerajaan Allah.
Di manakah kita? Cuba bandingkan diri kita dengan bumi. Di manakah kita berbanding bumi? Kita hanyalah satu titik atau sebutir habuk saja di tengah-tengah bumi ini. Itulah nilai kita.
Kalau bumi dibandingkan dengan alam semesta maka bumi hanya sebesar habuk, kita pula kalau dibandingkan dengan bumi maka kita hanya sebesar habuk, maka bandingan kita kepada alam semesta hanyalah habuk kepada habuk sahaja. Yang di depan saya sekarang ini adalah habuk-habuk belaka.
Itulah nilai kita, tak ada apa-apa nilai sangatpun di sisi Tuhan. Dalam keadaan begitupun, masih banyak manusia yang menentang hukum-hukum Tuhan.
TAMAT PETIKAN

Begitulah… ada “habuk-habuk kepada habuk” yang merasakan keputusannya lebih bijak daripada keputusan Tuan Punya Alam Semesta.

Dalam satu program lain, slot saya bertajuk MENCINTAI NABI.
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=8&mode=&order=0&thold=0
Saya petik sedikit:

MULA PETIKAN
Benarkah kita mencintai Nabi? Bagaimana cara untuk melahirkan kecintaan kepada baginda? Apa buktinya kita cinta akan dia? Antaranya kita mestilah mencintai:
1. Al Quran
2. Hukum-hukum yang dibawa olehnya
3. Sunnah-sunnahnya
4. Para ulama iaitu pewaris-pewarisnya
5. Bahasa Arab- bahasa pertuturannya
6. Jihad- jalan yang dirintisnya

Banyak lagi, cuma pada hari ini cukuplah sekadar ini yang kita tampilkan sesuai dengan masa yang kita ada.

Bagaimanakah cara kita mencintai Al Quran? Tak lain ialah dengan cara mempelajarinya, selalu membaca dan menelitinya… dan kalau mampu kita menghafaznya. Dan kalau mampu lagi, kita ajarkan pula kepada orang lain.

Mencintai hukum-hukum yang dibawanya. Apabila seseorang itu mencuri, dan sabit kesalahan, cukup syarat-syaratnya maka tangannya hendaklah dipotong. Kita faham, bukanlah mudah-mudah untuk pihak berkuasa memotong tangan orang yang mencuri, banyak sekali syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Tapi apabila pencuri-pencuri lain atau bakal-bakal pencuri melihat atau mengetahui yang tangan seorang pencuri telah dipotong, adakah mereka akan mencuri? Sebahagian besarnya pasti akan membatalkan niat mereka untuk mencuri. Inilah cara Islam menjaga manusia.

Tapi kita lihat hari ini, seorang pencuri atau perompak besar yang berjaya mencuri jutaan ringgit, disimpannya di tempat tersorok atau di bank negara-negara tertentu. Walaupun mereka ditangkap dan dipenjarakan, namun wang curian mereka masih ada. Tamat tempoh hukuman penjara, mereka akan keluar sebagai jutawan. Manusia tidak takut untuk mencuri.
Begitu juga dengan kes zina. Orang yang ditangkap berzina hanya perlu membayar sejumlah kecil wang yang boleh dibayar pada bila-bila masa. Dapatkah hukuman sebegini mengurangkan jenayah zina? Cuba kita jalankan hukuman sebat. Sudah tentu bnayak para penzina atau mereka yang berniat untuk berzina membatalkan hasrat buruk mereka.
Tuhan adalah pencipta manusia. Jadi Tuhan lebih tahu apa yang paling sesuai untuk manusia. Tuhan lebih tahu apa hukuman yang paling baik untuk manusia. Maka siapa kita untuk mengatakan hukum-hukum Tuhan ini tidak sesuai, hukum-hukum fikiran kita yang lebih sesuai?
Kita membuat bangku, maka kita tahu apa keupayaan bangku dan hukum yang sesuai untuknya. Bangku tempat untuk manusia duduk. Tapi kalau diletakkan gajah di atas bangku, maka bangku akan pecah. Maka kita tetapkan hukum bahawa bangku hanya untuk kegunaan makhluk-makhluk yang ringan sahaja.
Kita mencipta steamroll, maka kita tetapkan hukum- ia digunakan untuk apa. Steamroll digunakan untuk meratakan jalan. Oleh itu ia tidak sesuai untuk dibuat pergi hantar utusan meminang. Takkan nak naik steamroll pergi ke rumah tok besan, kena pula yang duduk jauh.
Yakinlah kita bahawa Tuhan yang menciptakan kita itu lebih tahu hukum-hukum apakah yang paling relevan dengan kita.
TAMAT PETIKAN

Isi kandungan petikan-petikan di atas pastinya para pembaca lebih maklum.

Kita terus kepada hujah pihak yang membangkang. Katanya kalau tangan pencuri dipotong, umat Islam akan kerugian besar. Lebih baiklah tangan-tangan itu digunakan untuk bekerja di kilang. Lebih baik tangan-tangan itu digunakan untuk memajukan umat Islam.

Pelik juga. Kalau kita gunakan formula ini, mengapa kaki pukul dipenjarakan? Bukankah bakat lasak dan berani mereka lebih baik diserapkan dalam perkhidmatan polis, FRU ataupun tentera?
Mengapa pembunuh dihukum bunuh? Bukankah lebih baik kemahiran membunuh mereka diserapkan ke dalam pasukan komando?
Mengapa pengedar pil khayal dan dadah dihukum gantung sampai mati? Bukankah bakat keberanian mereka berniaga dan mencari peluang boleh digunakan untuk memajukan perniagaan umat Islam?
Mengapa penjual dadah dihukum penjara dan hukum mati, tetapi pengedar arak diberi lesen?
Mengapa anggota al-Maunah dihukum mati ataupun dipenjarakan? Bukankah bakat rawatan tradisional mereka boleh disalurkan untuk berkhidmat kepada orang ramai?
Mengapakah para perogol dihukum sebat, yang memungkinkan mereka mati pucuk? Bukankah sepatutnya “bakat” mereka disalurkan untuk meramaikan umat Islam dan mengatasi masalah ibu-ibu tunggal?

Nampak macam ada “double-standard” pula. Pihak-pihak ini menggunakan akal fikiran tanpa berpaksikan sumber-sumber sahih. Saya khuatir juga, benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan inilah “muktazilah”!?

Wallahulam.

&#8220ADANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

Alexanderwathern
17 MEI 2007
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=158&mode=&order=0&thold=0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2007 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by pasarmalam at 1-6-2007 11:59 AM
HUKUM TUHAN TIDAK RELEVAN LAGI?

...Di manakah kita? Cuba bandingkan diri kita dengan bumi. Di manakah kitaberbanding bumi? Kita hanyalah satu titik atau sebutir habuk saja ditengah-tengah bumi ini. Itulah nilai kita.
Kalau bumi dibandingkan dengan alam semesta maka bumi hanya sebesarhabuk, kita pula kalau dibandingkan dengan bumi maka kita hanya sebesarhabuk, maka bandingan kita kepada alam semesta hanyalah habuk kepadahabuk sahaja. Yang di depan saya sekarang ini adalah habuk-habukbelaka.
Itulah nilai kita, tak ada apa-apa nilai sangatpun di sisi Tuhan.


... Kita (org2 yang beriman) adalah sebaik2 makhluk yang ALLAH jadikan berbanding makhluk yang melata di bumi ini hatta malaikat sekali pun....

dan sebaik2 makhluk itu tentulah bernilai di sisi ALLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 11:57 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

biasa la manusia..

Lupa diri dilahirkan dari air mani yang hina, tanpa berpakaian, tanpa daya upaya lagi bodoh. Setelah dewasa, setelah berpangkat, berpengaruh, berharta dan segala jenis kesenangan dunia ni, dan berakal, terus jadi sombong...

Camner ya manusia boleh jadi sombong begini??

Bila dia fikir dia dah boleh beli pakaian sendiri...
Bila dia fikir dia dah boleh buat itu ini tanpa dibantu..
Bila dia fikir segala ideanya akan diterima orang ramai.. (ya la, saper yang berani menentangnya...)
Bila dia fikir dia boleh memerintah dimana2 saja yang dia kehendaki.. (tiada siapa yang berani nak halang dia ni..)


Maka sombonglah dia di atas mukabumi Tuhan ni....!

Maka dari saat ini hanya hukum dia saja yang terpakai disisinya..

Hukum Tuhan???

Tuhan?

Siapa tu? Ek? Apa tu?

Entah... Ternyata dia sudah tidak lagi mengenali Pemeliharanya....


Abis....

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 02:07 AM | Show all posts
hukum tuhan jgn dipinda...berdosa tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.043324 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list