|
ALBUM:KLASIK
ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza
GENRE: Pop Tradisional
SUDAHlima tahun penyanyi bersuara lunak ini tidak merakamkan album poptradisional. Selepas penghasilan album pop terbarunya, Transkripsi,terdengar perancangan Siti untuk kembali merakamkan album poptradisional.
Namun, Klasik bukan album yang dimaksudkan.Sebaliknya, ia adalah kompilasi lagu irama klasik yang pernahdirakamkan penyanyi ini sedikit masa lalu. Meneliti pengisian albumini, daripada trek pertama hingga terakhir dapat disimpulkan betapapenyanyi ini berusaha keras dalam memartabatkan lagu asli.
Biarpunia bukan penghasilan terbaru, namun judul terbaik yang disenaraikanbakal menjanjikan kepuasan maksimum kepada pencinta irama Melayu.Khazanah yang tidak wajar dilupakan meskipun tidak banyak penghasilanalbum tradisional dilakukan ketika ini.
Bersesuaian dengan TahunMelawat Malaysia, kompilasi ini barangkali menjadi buah tangan berhargakepada pencinta seni untuk menghayati keindahan muzik Melayu.Barangkali kempen yang agresif akan membantu merealisasikan impian ini.
Klasikmemuatkan 14 lagu, 12 daripadanya dipetik daripada empat album pop yangpernah dilahirkannya iaitu Cindai, Seri Balas, Sahmura dan SanggarMustika. Manakala dua lagu baru, Jangan Ditanya dan Sirih Pinangdimuatkan sebagai kenangan untuk mereka yang merindui suara lunak Sitimenyanyikan lagu irama tradisional.
Antara lagu lain yang dimuatkan adalah Seri Sarawak, Damak, Syair Kamelia, Seri Mersing, Bunga Melur, Lela Manja dan Es Lilin.
Kata Hip:
USAHAmurni Siti dan syarikat rakamannya terdahulu, SRC untuk menjunjungirama Melayu tradisional ini wajar diberi pujian. Lunak suara Sitimengalunkan lagu irama tradisi membuatkan pendengar tidak jemu dengankeasyikan nyanyiannya.
[ Last edited by JAY-Z at 28-6-2007 10:04 AM ] |
|