CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 8

Haji yg Murtad

[Copy link]
Post time 29-6-2007 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Maza menerima sebuah perkhabaran yg memang tidak enak. Iaitu isu murtad yang datangnya daripada seorang teman.

Teman maza telah menulis email dan memohon bantuan.

Maza amat terkedu apabila dia memohon nasihat dan pandangan maza, di mana maza sendiri pun masih lagi hendak mengukuhkan iman.

Kepada tuan2 yg mempunyai idea, marilah bantu saudara kita ini.

email beliau berbunyi sebegini.......

"asalammualaikum...di harap awk sihat di samping anak dan isteri t'sayang...maza..saya ingin pendapat maza tentang seseorg yg sudah murtad...

maza..begini kisahnya...saya kenal dgn seorg budak dan dia berumur 18 tahun...dan dia sudah di gelar haji..dan bekas sekolah menengah agama...kejadian ini baru saya dpt kepastian dari mulutnya sendiri...maza,,,betapa kesalnya saya sebagai seorg umat islam..terlalu mudah sngt seseorg tu untuk menukar agama..apa tah lagi dia seorg islam..saya begitu sedih bila m'dapat tau yg budak itu telah masuk kristian...saya kesal maza..apa yg patut saya lakukan...saya cuba utk menasihatkannnya tapi apa gunanya dia lebih pecayakan tuhan(yesus)dan dia bekata dkt saya.."suatu hari akak akan pecaya akan kebenarnnya dan yesus akan menanggung dosa2 manusia" dan dia berkata juga yg dia dpat seruan utk masuk kristian.saya x senang tido dan duduk berpikir betapa jauhnya dia terpesong...dan saya betul2 harap dia akan sedar...ya ALLAH..BETAPA AKU KESAL,,,apa yg saya dpt tahu dia telah pegi ke church untuk sembahyang bersama2
Maza apa yg patut saya lakukan..."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 02:42 PM | Show all posts
Pada kebiasaan kes murtad, dia orang ni ada masaalah yang besar jugak.  Kadangkalanya sesuatu masaalah yang dia orang takut dengan tindakan atau jawapan dari orang Islam sendiri.  Selalunya kes terlanjur dan dia orang takut nak hadapi orang Islam dan hukum Islam.  Berlainan dengan keristian yang mendakwa boleh selesaikan dosa-dosa dengan sekelip mata.  Sama juga macam orang over social, lama-lama fedup kena haram itu haram ini, pi jadi murtad.

Ada juga yang bukan masaalah terlanjur.  Ada juga masaalah peribadi lain atau tekanan perasaan.  Biasanya orang keristian memang pandai membantu masaalah ni.

Tak tahu le apa masaalah Haji tu.  Kemungkinan dia pun ada masaalah jugak.  Yang kemudiannya orang keristian yang bantu dia.  

Boleh cuba selidik apa punca asalnya, mungkin dapat membantu.

Ni cuma pendapat saya saja, bukan kajian sepenuh masa.  Mungkin rakan-rakan lain ada pandangan bernas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 05:52 PM | Show all posts

Reply #1 maza's post

Boleh selidik betul ke dia dah menunaikan haji, dan selidik juga dari teman-temannya di sekolah agama (yang dia dakwa sekolah agama)

Bagaimana keluarganya?

Kita kita lihat persekitarannya juga, susah nak memberi penjelasan kepada orang yang persekitarannya telah menjadi kegelapan padanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 01:19 PM | Show all posts
tu la pasal.. kurang pasti lah pulak..

tapi kata si teman tu.. dia memang dah naik haji.. belajar pun boleh tahan...

maza hanya blh katakan kpdnya...

"iman itu tidak blh diwarisi tetapi perlu dimiliki"
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by maza at 29-6-2007 12:53 PM
Maza menerima sebuah perkhabaran yg memang tidak enak. Iaitu isu murtad yang datangnya daripada seorang teman.

Teman maza telah menulis email dan memohon bantuan.

Maza amat terkedu apabila ...


Cuba berikan rujukan spt VCD debat antara Ahmad Deedat & Paderi Kristian.
Ahmad Deedat banyak mengupas keraguan dan kecelaruan kitab Injil yg ada sekarang sehingga paderi2 kristian pun tidak mampu jawab.
Even ada paderi kristian yg masuk Islam setelah berdebat dgn Ahmad Deedat ini.
Salah satu cara ilmiah ialah perbandingan antara Al-Quran & Injil yg mana terang jelas betapa kitab Injil itu terkandung kecelaruan, perselisihan, versi2 yg bercanggah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 09:59 AM | Show all posts

Reply #70 Equalizer's post

maza rasa.. peristiwa ini ada banyak hikmahnya...

Selain memberikan VCD yg disebutkan itu, adalah sebaiknya kita sendiri yg menonton dan memahaminya sendiri sebelum mengharapkan VCD itu dpt menjelaskan maklumat yg ada...

Kalau hanya menyerahkn VCD..nilaianya di mata pak Haji itu dgn iman yg kita ada tidak ada bezanya..bahkan kita tergolong antara org2 yg was-was... Kita sendiri tidak yakin dgn pegangan kita. Kita juga samar2 dgn diri kita hinggakan kita tidak mampu menjawab persoalan2 iman ini, Sedangkan tadil kita dgn angkuh mengatakan 'aku beriman, dan akulah org pertama2 datang menghadap Allah s.w.t"....tetapi semua itu hanyalah tin kosong...

Kenapa tidak kita tonton, kemudian kita kaji dan kita jelaskn sendiri kpd Haji tersebut...iaitu ttg keyakinan dan keimanan bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan sebenar2nya yg mesti kita tunduk kepadanya bukan selain dari itu..dan Allah tidak beranak dan tidak diperanakan...dan Allah tempat segala2 sumber, rujukan (dan Dialah tempat diminta (doa))...

bagi Maza, Allah mendatangkn isyarat ini, bukanlah hanya sebelah pihak, tetapi teguran kepda semua sekali..lantaran itu barulah dinamakan hikmah....barulah kita tersedar di kategori dan situasi manakah kita ini..makanya kita tidak perlu eksyen dgn mendabik dada menyatakan "akulah Islam, Akulah Muslim, Aku mempercayai Allah itu Esa..walhal kita tidak lebih drpd org yg tidak tahu sebenarnya - tin kosong"... lataran itu, marilah kita penuhkan kekosongan itu, agar menjadi org2 yg berilmu lagi beriman yg sebenar2nya.... dgn keimanan jitu dan iktiqad yg putus...

hmmm :hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
hong_5363 This user has been deleted
Post time 6-7-2007 09:52 PM | Show all posts
biarlah dia murtad ke Christian...
paling penting dia menerima ajaran agama yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 10:25 PM | Show all posts
erm maza..

saya sendiri ada sahabat (skang dah malu nak ngaku) yang masuk Kristian.. kenal dari sekolah lagi.. mak bapak siap bwk berubat haron din tapi dia ttp berpegang ngan pendirian dia.. berbangga pakai salib gi church tiap hari ahad.. yg saya kesal bila dah murtad, dia hina Islam.. mmg ramai yg tawar diri nak kutip budak ni sampai arwah tapi ape paedah nya.. busukkan nama Islam jer.. dah tu skang ni dgr2 dia dah mahir berdebat.. yg takbest nya berdebat ngan member2 lain yg tak cukup ilmu.. dulu time masih Islam tak minum.. skang kuat minum pasal dah rasa bebas konon nya.. bodoh tak?

pun begitu saya bersetuju dengan saudara ibnur...
dengar2 nya budak ni (yang suatu masa dahulu member saya ni), ada masalah cinta.. dia byk bergaul dgn budak sarawak yg mempengaruhinya tentang agama kristian.. satu hari kononnya dia telah berdoa pada jesus dan doanya telah dimakbulkan..dia bertemu dengan cinta baru.. dari sini timbul minat dia pada kristian.. sy dgr pun rasa nak menangis.. tergelak pun ada... dangkal jer bunyi nye

bila dah murtad, perkara ni byk sangkut pada hati.. hati ni, rahsia dan ilmu nye hanya pemilikNya, Allah jer yang Maha Mengetahui.. byk2 kan lah doa supaya Allah tunjuk balik jln balik ke Islam, bukak balik pintu hati dia.. sambil tu usaha la ajak2berbincang, berdebat ke, soal jawab ke ngan sedare tu..

doa kan member maza tu balik ke pangkal jln.. amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 11:40 PM | Show all posts
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). [3:186]

Jangan sekali-kali engkau menyangka ( bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.[3:188]


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam(keadaan sekarang) dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;[3:190]

Perkara mcm nie berat nak diutarakan, sebab mmg termaktub dlm perlembagaan yg di tulis oleh Red(British Commonwealth Law), apabila umur capai 18thn sesiapa boleh pilih agamanya sendiri. Tak kiralah kita lahir dlm Islam, sebenarnya apa yang kita praktikkan hanyalah ibadah dan tak lain, tapi bila kita bercakap tentang dasar Islam dan pegangan prinsip tiap tiap orang Islam sekarang adalah lemah sekali. Memang mudah utk murtad dan sebagainya. Jangan bila perkara ini berlaku terang terang dikalangan kita berasa takkan tergoda. Satu dari tanda kiamat ialah

"Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"

Hadist Ali r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Pada akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akalnya. Mereka berkata-kata seolah-olah mereka adalah manusia yang terbaik. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka karena sesungguhnya, membunuh mereka ada pahalanya di sisi Allah pada Hari Kiamat
(HR Muslim)


hendak menghalang tiada kuasa, berdoa, bukakan hati carilah petunjuk, sesungguhnya kebenaran itu ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.402961 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list