CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2608|Reply: 3

CERMIN KERTAS

 Close [Copy link]
Post time 12-7-2007 06:22 PM | Show all posts |Read mode
CINTA ITU BUTA

Barangkali ini adalah sebuah ungkapan yang diucapkan oleh insan2 yang tergolong dalam kategori orang yang cemburu, golongan yang tak dapat menerima hakikat dan golongan yang berfikiran tertutup. Barangkali kau tentu tertanya-tanya mengapa golongan ini berpendapat begini.

Untuk golongan yang cemburu, kukira ini mungkin disebabkan oleh persaingan untuk mendapatkan pasangan. Umpamanya aku dan sainganku barangkali sama2 menaruh hati padamu. Malangnya kau tidak membalas cintanya, tapi menerima cintaku dengan hati yang terbuka. Lantas sainganku mengucapkan ungkapan ini kerana ia cemburu barangkali, disebabkan ia beranggapan aku tidak sepadan denganmu. Yangt sepadan denganmu hanyalah dia seorang. Walaupun jika kau menerima cinta orang yang lebih cocok daripada aku ataupun dia, dia tetap akan berpendapat cinta itu buta kerana cemburunya itu.

Bagi golongan yang tak dapat menerima hakikat kukira mungkin juga disebabkan oleh persaingan mendapatkan perawan idaman seperti contoh sebelumnya juga ia tetap tidak dapat menerima hakikat yang kau dirampas dari tangannya kerana ia berpendapat kau tercipta hanya untuk dirinya. Lalu ia mula mencari keburukan saingannya dan mula membandingkan saingannya itu dengan dirinya untuk menciptakan satu kesimpulan yakni saingannya itu tidak layak berdiri sama tinggi dengan kau.

Ini mungkin juga disebabkan oleh faktor cemburu atau ada pihak ketiga yang cemburukan rakannya apalagi kalau musuhnya itu sudah mempunyai belahan jiwa sedangkan dirinya sendiri masih kosong dan sepi sendirian. Atau ia sudah lama menaruh hati padamu, sekian lama menaruh hati dan berkenal mesra, orang lain pula yang berjaya mencuri hatimu. Tambahan pula kalau rakan sendiri pula yang memenangi hatimu. Cubalah engkau bayangkan perasaannya. Kalau aku, barangkali bagaikan tersayat sembilu. Tentu saja dia akan jauh hati bila bertemu denganmu atau pasanganmu. Tentu saja engkau dikatakannya tidak berperikemanusiaan atau segala iri akan dikeluarkan. Maka ia pun mengatakan cinta itu buta dengan mengambil contoh rakan atau saingannya itu sebagai bahan perbandingan dan selalunya perbandingan ini dibuat dibelakang orang yang menjadi contoh tersebut. Tujuannya bukanlah untuk mengatakan bahawa cinta itu buta kerana sebenarnya cinta itu tidak buta tetapi hanyalah untuk meredakan perasaan tidak puas hatinya yang bergelora dalam jiwa. Tambahan pula kalau ada sokongan yang padu dari orang yang mendengar cerita itu, hatinya sudah tentu melonjak gembira. Gembira untuk apa? Untuk sesuatu yang ia sendiri tidak tahu......... Gembira palsu...................          (sambung......2 )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2007 06:40 PM | Show all posts
.... sambung 2..cinta itu buta

Golongan ini mungkin juga  berpegang kpd prinsip :
            enggang sama enggang,
            biar pipit sama pipit
            bangang sama bangang
            biar cerdik sama cerdik
            kengkang sama kengkang
            biar cantik sama cantik.............

bagaimana pula kalau ia sendiri yang menjadi pipitnya, ataupun bangangnya atau kengkangnya? Adakah cinta itu masih buta? Samada kau bersetuju atau tidak, itu tak menjadi soal, kerana jika hati sudah kumenangi, jawapannya telah lama kutemui.

Bagi golongan yg berfikiran sempit, kukira golongan ini ialah mereka yang suka membuat perbandingan tapi dari sudut pandangan mereka tanpa mengambil kira faktor2 luaran. Mereka cuma mengambil kira satu atau dua aspek tanpa memikirkan aspek lain yang lebih dominan lagi kukuh. Mereka ini tak ubah seperti tiga orang buta yang cuba menceritakan tentang seekor gajah.

Yang memegang belalai akan berkata gajah itu seperti ular. Yang memegang telinga mengatakan bahwa gajah itu bagaikan seekor burung yang mempunyai kepak yang besar manakala yang memegang kaki akan mengatakan bahwa gajah itu seperti tiang rumah.  Mereka cuma memandang dari sudut pandangan mereka yang sempit lagi terbelenggu bukannya dari sudut pandangan keseluruhan yang matang.

Kau tahu mengapa aku berpendapat cinta itu tidak buta? Cinta hanya buta pada pandangan mereka yang tidak pernah mengalami cinta yang mereka bandingkan itu. Kerana mereka tidak tahu kenapa dan mengapa kita jatuh cinta kepada pasangan kita. Aku tentu tahu kenapa aku jatuh cinta kepadamu walaupun kau sendiri tidak memahaminya. Kau juga tentu tahu kenapa kau jatuh cinta pada seseorang itu. Ada sesuatu yang istemewa yang telah kita temui dalam diri pasangan kita. Kita tidak jatuh tanpa sebab. Kau pun begitu. Lantaran kerana mereka tidak tahu mengapa kita jatuh cinta, apakah dengan mudahnya mereka dapat berkata cinta itu buta! Tidak......... sama sekali ! Cinta itu tidak buta tapi  hati merekalah yang telah buta....!!
            
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2007 06:02 PM | Show all posts
CINTA ADALAH SEBUAH PERMAINAN BOLASEPAK

Cinta sememangnya tak ubah seperti permainan bolasepak. Dan kita adalah pemainnya yang berlari di atas padang mengejar sebiji bola. Tapi yang lebih penting dari itu ialah, cinta juga memerlukan masa rehat seperti permainan bolasepak.

Untuk menjadi seorang pemain bolasepak, kita memerlukan skill , latihan dan juga pengalaman untuk menjadi pemain yang disegani. Kalau kaki bangku janganlah mengharap untuk menjadi pemain yang berjaya. Tapi kalau nak jadi manager mungkin boleh itu pun di sebuah tempat bernama Malaysia. Pangkat atau title 'Dato' mesti ada untuk melayakkan diri  dalam hal ini. Untuk berjaya dalam bercinta, kita mesti tahu bagaimana hendak memenangi hati si dia. Rupa dan wajah bukanlah faktor yang utama untuk berjaya dalam bercinta, itu hanyalah faktor2 sampingan yang menguatkan lagi ikatan cinta. Rupa dan wajah ini bolehlah dianggap sebagai 'pengalaman bolasepak' , manakala pengetahuan tentang cara bagaiamana untuk memenangi hati si dia itulah skill permainan yang unik bagi setiap pemain. Jika dua pasukan yang berlawan mempunyai skill yang bagus, permainan menjadi menarik. Maka jika kita saling tahu bagaimana cara untuk memenangi hati pasangan masing2, cinta akan kembang membunga. Tidak layu ataupun lesu.

Tapi kadang2 jika kita terlalu berhati2 atau terlalu sangat cuba untuk memenangi hati si dia, ia mungkin sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan kurang senang atau ia mungkin menganggap kita ini mengada-ngada. Dalam hal ini kita mungkin perlu menilai kembali cara kita dan kita mungkin perlu lakukan sekadar saja. Jangan melampau batas, nanti melepas! Cinta itu adalah tindakbalas berbalik. Fikir dulu tindakbalas yang mungkin dilakukan si dia.

Jangan sesekali gunakan title "Dato" dll untuk involve dalam bolasepak. Ia mungkin akan merosak permainan bolasepak kecuali kau memang mempunyai segala kelayakan yang sewajarnya. Begitu juga dengan cinta, jangan sesekali gunakan wang atau kuasa untuk mendapatkan cinta kerana cuma mereka yang gilakan kuasa dan kebendaan saja yang akan jatuh cinta. Lantas jangan hairan atau masghul kalau cinta kita tidak semenarik pasangan yang lain. Tidak dinafikan bahawa perempuan itu mempunyai sifat materialistik. Tak salah jika kita menabur sedikit kebendaan tapi ia amat gila jika kebendaan ini digunakan untuk mendapatkan cinta. Ini salah! kerana dalam hal ini si dia cuma mahukan wang dan kuasa. Bak kata orang " Ada wang abang sayang, takda pitis sayang habis !!"

Jika sudah memenangi hati si dia dan kita ingin menaburkan sedikit kebendaan, maka itu sememangnya wajar. Kerana kebendaan itu mungkin akan memperteguhkan kepercayaan dan ikatan yang sedia terjalin.

(.....sambung.....)
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by bayan_budiman at 13-7-2007 06:02 PM
Jangan sesekali gunakan title "Dato" dll untuk involve dalam bolasepak. Ia mungkin akan merosak permainan bolasepak kecuali kau memang mempunyai segala kelayakan yang sewajarnya.


berbisanya china membelasah 5-1.. patutkah dato'?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060605 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list