CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sayangpakwahab

MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN HINA AKIDAH ISLAM

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2007 02:59 AM | Show all posts
Berkata Al-Imam Abu Hanifah: "Siapa yang berkata: "Saya tidak tahu Tuhanku itu di mana, di langit ataukah di bumi.", maka orang tersebut kafir. Demikian pula orang yang berkata: "Tuhanku itu di atas 'Arsy, tetapi saya tidak tahu 'Arsy itu di langit ataukah di bumi." (Al-Fiqhul Absath hal.46; Lihat juga Majmuu'ul Fataawaa 5/48; Syarh Al-'Aqiidah Ath-Thahaawiyyah, Ibnu Abil 'Izz hal.301

Abu Nu'aim menuturkan dari Ja'far bin 'Abdillah, dia berkata: "Kami berada di rumah Malik bin Anas, kemudian ada orang datang dan bertanya, "Wahai Abu 'Abdillah, Allah Yang Maha Pengasih istiwa` (bersemayam) di atas 'Arsy, bagaimana caranya Allah beristiwa`?"
Mendengar pertanyaan itu, Al-Imam Malik marah. Beliau tidak pernah marah seperti itu. Kemudian beliau melihat ke tanah sambil memegang kayu di tangannya, lalu beliau mengangkat kepalanya dan melempar kayu tersebut, kemudian berkata: "Istiwa` itu sudah diketahui maknanya sedangkan bagaimana caranya Allah beristiwa` tidaklah dapat dicerna oleh akal. Beriman dengannya adalah wajib sedangkan menanyakannya adalah bid'ah. Dan saya kira kamulah pelaku bid'ah tersebut." Kemudian Al-Imam Malik menyuruh orang itu agar dikeluarkan dari rumah beliau." (Al-Hilyah 6/325-326; 'Aqiidatus Salaf Ash-Haabul Hadiits hal.17-18; At-Tamhiid 7/151; Fathul Baarii 13/406-407)

Imam Abu Hanifah menafikan tempat bagi Allah

mari kita menghalusi kata2 ulama muktabar Ahlu sunnah wal Jamaah  bukan kata2 golongan wahabi yang membuta tuli mensyarahkan agama mengikut hawa nafsu iaitu Ahlul Bidaah Wal Dholalah (ABWD)

berkata imam Al Izz Ibn Abd Salam dalam kitabnya Hal Lir Rumuzi dalam menerangkan maksud kata kata abi hanifah (kerana perkataan ini memberikan sangkaan bahawa Allah bertempat ,dan barang siapa yang menyangka bahawa Allah bertempat maka ia adalah musyabihah,demikian juga dijelaskan maksud2 imam abu hanifah ini oleh Al Bayadhi Al hanafi dalam Isyarat Al Maram .

Imam Al hafiz ibn Al Jawzi(wafat 597 h)menyatakan dalam kitabnya Daf `u Asyubhah At Tasybih maknanya sesungguhnya orang yang mensifatkan Allah dengan tempat dan arah maka ia adalah musyabih dan mujassim  kepada Allah taala.
Orang yang meyakini bahawa Allah adalah jisim tidak mengetahui sifat Allah.

Al hafiz Ibn Hajar Al Asqalani (wfat 852h)didalam kitab fathul bari syarah sahih al Nukhari mengatakan sesungguhnya kamu musyabihah dan mujassimah kepada Allah taala adalah mereka yang mensifatkan Allah dengan tempat,padahal Allah maha suci dari tempat.

Didalam kitab al fatwaAl hindiyah cetakan darul syadir jilid 2 halaman 259 tertulis sebagai mana berikut "adalah kafir orang yang menetapkan tempat bagi Allah taala.

Juga dalam kitab kifayatul Ahyar karya imam Taqiyuddin Al husni wafat pada tahun 829 h jilid 2 halaman 202 cetakan darul al fikri tertulis sebagaimana berikut" hanaya sanya bahawa Imam An Nawawi mengatakan dalam kitab Syarah Al muhazzab
bab Sifat Solat bahawa  mujassimah adalah kafir.

(Al husni berkata" inilah kebenaran kerana tajsim jelas menyalahi Alquran semoga Allah memerangi golongan mujassimah dan muaqilah(golongan yang menafikan sifat2 Allah. alangkah beraninya mereka menentang firmn Allah taal  LAisa Kamislihi Wahua Sami`ul Basir.")

[quote]Seperti kisah yang terjadi pada Imam Malik رحمه الله sebagaimana dinukil oleh imam ash-Shabuni dalam kitabnya Aqidatus Salaf wa ashhabul Hadits. Imam Malik ketika didatangi oleh seseorang di majlisnya, kemudian bertanya: "Ar-Rahman 慳lal 慉rsy istawa, bagaimana istiwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2007 03:03 AM | Show all posts
[quote]Sesungguhnya Rabb kalian ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia beristiwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 03:07 AM | Show all posts
..............dengan riwayat dari Mu抋wiyah bin Hakam, ketika ia ingin memerdekakan budak perempuan hitam sebagai kaffarah. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun mengujinya dengan bertanya kepadanya: "Di mana Allah?" Dia menjawab: "Di langit". Kemudian beliau صلى الله عليه وسلم bertanya lagi: "Siapa Aku?" Maka budak itu menjawab dengan mengisyaratkan dengan jarinya kepada beliau dan ke langit. Yakni engkau adalah utusan yang di langit. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
اِعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.
Merdekakanlah dia, karena dia adalah seorang mukminah. (HSR. Muslim, Abu Dawud, Ahmad, dan Ibnu Huzaimah).

Apakah bahaya orang memahami ayat Istiwa secara zohir ?
orang yang mengambil ayat mutasyabihat ini secara zohir,Apakah yang ianya akan katakan dalam Al baqarah ayat 115
jika orang itu mengambil zahir ayat ini maka bererti " kearah manapun kalian mengadap nescaya Allah Ada disana"
maka disini amatlah bertentangan dengan akidah wahabi yang sesat itu iaitu Allah diatas Arsh.
Tentang hadis jariah adalah hadis mudharib yang mana dikira sebagai hadis yang lemah walaupun walaupun disebut dalam sahih muslim.Ini kerana hadis ini tidak sohih berdasarkan 2 perkara ;

1-------hadis ini ialah hadis muddharib kerana diriwayatkan dengan banyak lafaz

Lafaz pertama----sabda Rasulullah"siapa tuhan kamu? "maka berkata jariah tersebut "Allah"

Lafaz Kedua---Sabda Rasulullah" Dimana Allah?"maka diisyarat tangannya kelangit.

Lafaz ketiga ---Sabda RAsul "Adakah kamu bersaksi sesungguhnya tiada tuhan selain Allah"Jariah itu
menjawab"ya" SAbda RasulullahSAW"Adakah kamu bersaksi bahawa aku Rasulullah?"Maka jariah itu menjawab "Ya"

2---------Bercanggah dengan usul akidah kerana daripda usul syariah sesungguhnya seorang itu tidak dihukumkan islam dengan mengucapkan "Allah di Langit"kerana lafaz ini merupakan iktiqad yahudi dan bercanggah dengan hadis mutawatir iaitu sabda Rasulullah"Aku diperintahkan supayaa memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah"HAdis Ini diriwayatkan 15 sahabat.Disebut oleh Al suyuti dalam kitab Al Azhar Al Mutanathirah.

Oleh itu hadis Muslim bercanggah dengan hadis ini kerana mengikut KAEDAH apabila bercanggah 2 hadis dan tidak boleh di himpunkan keduanya maka didahulukan yang kuat dan ditinggalkan yang lemah. Kalau saudara bukan ahlul hadis janganlah bercerita tentang hadis.

JAnganlah marah bila saya katakan begini kerana saudara telahpun mengatakan kejahilan saudara dalam ilmu hadis
bila masa aku kata aku pakar hadith.
kengkadang kita ingat kita dah pikir habis guna lojik akal. tapi rupanya manusia ni bab langit belum khatam lagi.

langit kat atas, bumi kat bawah? cuba tengok depan belakang kiri kanan, ada nampak langit tak?
tengok ke bawah, kalau miker kalehkan bumi kat bawah kaki miker tu pun miker nampak langit. mungkin miker kalau belajar ilmu sains kat sekolah, letak globe atas meja, atau baca peta, letak utara atau kutub utara sebelah atas. bila kita naik ke langit nak cari atas bawah kiri kanan tak tahu yang mana satu.

katala semua orang dalam dunia ni ditanya mana Allah? Macam budak hamba yang Nabi s.a.w. tu tanya, semua orang se dunia tunjuk ke langit.

tu la namanya manusia yg cuba pk ikut lojik akal sendiri tapi sebenarnya tak cukup lagi. belum masuk lagi bumi beredar, bintang beredar, buruj beredar, semuanya beredar membelah langit. tu pasalnya NASA pakai quadrant, tak pakai top bottom. sebab NASA pun tau kalau pk langit atas bumi bawah, takkan manusia sampai ke bulan.

tu baru langit yang terdekat... belum masuk bab yang ni:

... Kursi Allah meliputi langit dan bumi....
...rezeki dari langit, kitab dari langit, azab dari langit...

jadi tok sah le miker nak tanya Allah kat mana. Sebab miker pun belum khatam bab langit.

jadi teman balik ke soalan miker tu

semua yang ibnur katakan ini bidaah semata mata .Kalimah NASAlah , quadrant,top bottomlah, yang anta dok guna semua ni bidaah ni.Tak takut ke guna perkataan bidaah ni,MAsuk neraka karang.KAn ke korang kata semua bidaah itu sesat so .....dan termakan dengan kaedah Ibnur sendiri.Huhuhu

nasihat saya pada Ibnur belajarlah ilmu dengan ulama yang thiqah dan berakidah ahli sunnah wal jamaah.Moga2 terpelihara dari akidah yang sesat lagi menyesatkan.Seperti kata Al hafiz Abu Bakar Al bahgdadi salah seorang ulama besar ilmu hadis

"janganlah kamu mengambil ilmu pengetahuan melainkan dari mulut ulama"




Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by sayangpakwahab at 16-8-2007 12:07 AM

Pembaca boleh nampak kejahilan ibnur disini ,
perkara yang paling senang pun takleh nak jawab.
tak layak ntuk hang berbicara bab agama ni ,
baik hang gi  mengucap dari menyesatkan orang kat  ...


dalam forum ni, pakwahab sahaja yang tak jahil.  patut boleh kata Imam muslim sahihkan hadith yang bercanggah !!!
Oleh itu hadis Muslim bercanggah dengan hadis ini kerana mengikut KAEDAH apabila bercanggah 2 hadis dan tidak boleh di himpunkan keduanya


saya pelik bila pakwahab kata saya tafsir hadith secara literal.  
saya rasa yang tafsir secara literal ni ialah orang yang kata langit di atas dan bumi di bawah  !!!
bila baca hadith
Sabda Rasulullah" Dimana Allah?"maka diisyarat tangannya kelangit.


terkejut lah pakwahab sebab secara selarinya pakwahab punya minda bahawa langit di atas dan bumi di bawah !!  maka pakwahab pun kata bahwa hadith ni bercanggah dgn akidah, sebab minda pakwahab kata langit di atas manusia dan pakwahab punya minda pun boleh nak polemik sebab orang kata Allah atas langit yang di atas manusia.  sedangkan yg ditunjukkan di dalam hadith itu adalah langit, bukan dia tunjuk Allah.  dia boleh tunjuk langit di ufuk sekeliling dia.  !!!  dengan menunjuk ke langit sebenarnya secara literal tak bawa apa-apa makna.  sebanya dah saya katakan dalam post sebelum ni.  

amacam pakwahab?  pasal langit sahaja ni pakwahab, bukan pasal Allah di mana.  dia tunjuk langit la pakwahab, bukan tunjuk Allah....  !!!  bersihkan lah minda pakwahab tu dari pendapat-pendapat zaman purba.

sedangkan pasal langit manusia belum habis ngaji, ni kan pula pakwahab .......
kot pakwahab boleh ceritakan mengenai yang berikut...   ni ayat-ayat quran ni...
...  Kursi Allah meliputi langit dan bumi....
...rezeki dari langit, kitab dari langit, azab dari langit, kerajaan langit dan bumi, ...


dan tidak pula Si Ibnur mengerti mana satu ayat muhkamat dan mana satu ayat mutasyahbihat.


Ibnur mengatakan tuhan bersemayam

malas betul saya nak layan benda macam ni.  tapi sekali ni jer kot.  cuba-cuba la pakwahab baca balik terjemahan al-quran dalam bahasa melayu, dia orang terjemahkan istiwa tu kepada apa?  bukan ke dia orang gunakan perkataan bersemayam.  apasal pulak pakwahab tak bantai dia orang tu sama????  kalau ada perkataan lebih baik dari bersemayam, pakwahab bagi tau la...  takut nanti habis semua orang melayu kata Allah bersemayam macam raja bersemayam.  pakwahab hanya ulang-ulang polemik karat pakwahab, abu_syafiq, bankwahabi, jihadwahabi....  alahai pakwahab...  kat forum asyraaf boleh la pakwahab .....


saya rasa pakwahab ni saja nak berpolemik.  apasal tak polemik orang yang kata Allah dalam jubah atau Allah dalam diriku!!!  

:victory:  orang yang nak polemik ni semuanya orang betul sahaja dan orang pandai sahaja.
Reply

Use magic Report

juskurma This user has been deleted
Post time 16-8-2007 11:43 AM | Show all posts
masih mempertahankan 'langit' nya......
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:39 PM | Show all posts
aku malas nak layan juskurma sebab dia punya post masih tiada isi.

tapi aku nak layan pak wahab lagi....   pakwahab kata..
pada tempat yang lain Ibnur mengatakan tuhan bersemayam.Lihat postnya lagi satu
[quote]Allah Yang Maha Pengasih istiwa` (bersemayam) di atas 'Arsy, bagaimana caranya Allah beristiwa`?"
[/quote]

hahahahah  ..........     satu pembohongan dan fitnah...  inilah satu taktik pakwahab yg ambik sekerat sekerat terutam bila tujuannya hanya nak bantai orang.  tak apa pakwahab saya maafkan pakwahab.....

post sebenarnya ialah....
di page pertama....

5/48; Syarh Al-'Aqiidah Ath-Thahaawiyyah, Ibnu Abil 'Izz hal.301

Abu Nu'aim menuturkan dari Ja'far bin 'Abdillah, dia berkata: "Kami berada di rumah Malik bin Anas, kemudian ada orang datang dan bertanya, "Wahai Abu 'Abdillah, Allah Yang Maha Pengasih istiwa` (bersemayam) di atas 'Arsy, bagaimana caranya Allah beristiwa`?"
Mendengar pertanyaan itu, Al-Imam Malik marah. Beliau tidak pernah marah seperti itu. Kemudian beliau melihat ke tanah sambil memegang ....


baca lah dan fahamilah apa yang di pastekan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
juskurma This user has been deleted
Post time 16-8-2007 01:40 PM | Show all posts
'isi' tu maksudnya kena berhujah dengan hadis dan ayat? saya tak ariff...masih belajar. tapi saya lebih suka menggunakan akal yang dikurniakan allah yang sentiasa menyebut 'fikir' didalam kitabnya dan berfikiran terbuka untuk menerima hujah2 yang selari dengan akal yang dikurniakan dan menolak hujah2 yang tak boleh diterima akal. apabila kita meletak allah itu disuatu tempat 'bersemayam' walau pun tidak bersemayam seperti raja tetapi sifat itu menyalahi sifatnya. sebenarnya dalam akal ibnur dah 'lekat' 'ada sesuatu 'disana' yang mengawal dan memerhatikan manusia, sapa yang buat salah dan sapa yang buat baik. bila kita meletakkan allah disuatu tampat..syirik yop..
Dia yang memerhatikan manusia ni akan membuat sebuah syurga untuk orang baik dan membuat sebuah neraka untuk orang jahat..gitu? tepuk dada tanya akal...hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by juskurma at 16-8-2007 01:40 PM
'isi' tu maksudnya kena berhujah dengan hadis dan ayat? saya tak ariff...masih belajar. tapi saya lebih suka menggunakan akal yang dikurniakan allah yang sentiasa menyebut 'fikir' didalam kitabny ...


so  menurut juskurma..
Imam Malik tu syirik ke tak ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 16-8-2007 05:52 PM


so  menurut juskurma..
Imam Malik tu syirik ke tak ?



hang tanya kat orang syiah?  .....  :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 01:34 PM | Show all posts
saya rasa pembuka topik ini tak nampak perkara yg lebih mendasar yg melatari komen atau pendapat Dr Asri itu.

bagi saya ia ada kaitan dengan masalah hubungan antara wahyu dan akal (faith and reason) yg menurut sejarahnya tidak selamanya harmoni dalam semua agama samawi, termasuk dalam Islam.

contoh berkaitan akidah (sifat2 tuhan) yg diberi oleh Dr. Asri itu adalah salah satu drp contoh pergeseran antara wahyu dan akal... yg kita boleh lihat perbezaan kedoknya katalah antara aswj dengan muktazilah atau antara pelbagai pahaman dalam aliran2 itu sendiri.

hasil kerja para mutakallim yg cuba menerang sifat2 tuhan agar mudah diterima dan difahami akal (ie yg cuba meng`akal'kan iman/kepercayaan atau faith itu) tidak selamanya disenangi oleh katalah golongan salaf atau kaum sufi, kerana mereka beranggapan bahawa domain wahyu (atau jelasnya domain iman/faith) tidak boleh disemakkan atau dicerobohi oleh akal/reason. Begitu juga sebaliknya, kerana kedua2 domain itu walaupun dianggap tidak bertentangan tetapi tidak boleh disatukan.

konsepnya `faith is beyond reason'.

pertentangan antara faith dan reason ini diulas dengan baik oleh Dr. Abulkarim Soroush dalam rencananya 'On Reason' yg mengulit sejarah percintaan dan pergeseran antara akal dan iman, akal dan cinta dan akal dan revolusi.

pertentangan antara katalah Imam al-Ghazali dan Ibn Rushd misalnya adalah amat jelas.

berdasarkan itu apa yg sebenarnya mahu disampaikan oleh Dr. Asri itu ialah soal iman dan kepercayaan itu biarlah berada dalam domainnya sendiri yg mudah, iaitu apabila kita mahu percaya/beriman pada sesuatu biarkan ia dalam bentuknya yg murni, tak perlu disukarkan dengan alasan2 atau bukti2 yg berbentuk akal/reason seperti yg dihasilkan oleh para mutakallim itu. Jadi ruwet kata mereka.

menggunakan perspektif itu saya tak fikir Dr. Asri itu menghina akidah ke apa.... malah jika dilihat secara literal pun saya tak nampak beliau menidakkan apalagi memperlekeh atau menghna akidah tersebut.

pendapat saya.

[ Last edited by  petola at 20-8-2007 01:48 PM ]
Reply

Use magic Report

juskurma This user has been deleted
Post time 20-8-2007 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 16-8-2007 09:35 PM



hang tanya kat orang syiah?  .....  :victory:


teman dalam proses menjadi syiah... tengah belajar syiah..memang pro syiah ..akan  jadi syiah dan bangga menjadi orang yang sentiasa cinta kepada ahlul bait dan benci kepada mereka yang kata sayang pada ahlul bait tapi perkataan2 mereka tidak mrnunjukkan mereka sayang kepada ahlul bait. tapi persoalan meletakkan allah di suatu tempat tidak ada kene mengena dengan syiah dan baik siapa pun yang mengatakan allah itu berada disuatu tempat samada dia syiah atau bukan, tetap syirik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by sayangpakwahab at 5-8-2007 10:25 PM
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

http://bp0.blogger.com/_rRS1Og6ei4o/RrWdD4NKhhI/AAAAAAAAAF8/PvPq0iQCprQ/s320/asri.jpg

MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN HINA AKIDAH ISLAM.

oleh: Abu Syafiq ( 01 ...



Salam untuk pembuka thread......

Tuan menulis seperti petikan dibawah:

[quote]Saya mengatakan:
Subhanallah..
[size=130%]Asri sanggup menghina pengajian akidah islam ini?!
Saya nak bertanya pada Asri dan Wahhabi lain. Mana lafaz dari Al-Quran dan Al-Hadith yang kata
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 10:40 PM | Show all posts
Sambungan....

Saya dapati perkataan yang berakar kata dari wau jim dal ada empat. iaiatu:


1.
[3:37] Fataqabbalaha rabbuhabiqaboolin hasanin waanbataha nabatan hasananwakaffalaha zakariyya kullama dakhalaAAalayha zakariyya almihraba wajadaAAindaha rizqan qala ya maryamu annalaki hatha qalat huwa min AAindi Allahi innaAllaha yarzuqu man yashao bighayri hisabin  فتقبلها ربها بقبول حسن وانبتها نباتا حسنا وكفلها زكريا كلما دخل عليها زكريا المحراب وجد عندها رزقا قال يا مريم اني لك هذا قالت هو من عند الله ان الله يرزق من يشاء بغير حساب
فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزْقاً قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَـذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِندِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Yousuf Ali Right graciously did her Lord accept her: He made her grow in purity and beauty: To the care of Zakariya was she assigned. Every time that he entered (Her) chamber to see her, He found her supplied with sustenance. He said: "O Mary! Whence (comes) this to you?" She said: "From Allah: for Allah Provides sustenance to whom He pleases without measure."  

2.
[12:75] Qaloo jazaohu man wujida feerahlihi fahuwa jazaohu kathalika najzee alththalimeena  قالوا جزاؤه من وجد في رحله فهو جزاؤه كذلك نجزي الظالمين
قَالُواْ جَزَآؤُهُ مَن وُجِدَ فِي رَحْلِهِ فَهُوَ جَزَاؤُهُ كَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Yousuf Ali They said: "The penalty should be that he in whose saddle-bag it is found, should be held (as bondman) to atone for the (crime). Thus it is we punish the wrong-doers!"  

3.
[18:93] Hatta itha balaghabayna alssaddayni wajada min doonihima qawman layakadoona yafqahoona qawlan  حتي اذا بلغ بين السدين وجد من دونهما قوما لا يكادون يفقهون قولا
حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْمًا لاَّ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً

Yousuf Ali Until, when he reached (a tract) between two mountains, he found, beneath them, a people who scarcely understood a word.  

4.
[28:23] Walamma warada maa madyanawajada AAalayhi ommatan mina alnnasi yasqoonawawajada min doonihimu imraatayni tathoodani qalama khatbukuma qalata lanasqee hatta yusdira alrriAAaowaaboona shaykhun kabeerun  ولما ورد ماء مدين وجد عليه امة من الناس يسقون ووجد من دونهم امراتين تذودان قال ما خطبكما قالتا لا نسقي حتي يصدر الرعاء وابونا شيخ كبير
وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Yousuf Ali And when he arrived at the watering (place) in Madyan, he found there a group of men watering (their flocks), and besides them he found two women who were keeping back (their flocks). He said: "What is the matter with you?" They said: "We cannot water (our flocks) until the shepherds take back (their flocks): And our father is a very old man."  

iaitu 3:37, 12:75, 18:93 dan 28:23

Sambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 10:40 PM | Show all posts
Sambungan............

http://quran.al-islam.com/Targam ... p;nAya=37&t=mal

[37] Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Mariam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Mariam menjawab; Ia adalah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.

Othman Ali:

3:37. Pemeliharanya menerima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia mendapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.

http://quran.al-islam.com/Targam ... p;nAya=75&t=mal

[75] Mereka menjawab: "Balasannya: Sesiapa yang didapati benda itu di kenderaannya, maka dia lah sendiri yang menjadi balasannya. Demikianlah kami membalas orang-orang yang zalim".

Othman Ali:

12:75. Mereka berkata, "Balasannya - dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami membalas orang-orang yang zalim."

http://quran.al-islam.com/Targam ... p;nAya=93&t=mal

[93] Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

Othman Ali:

18:93. Sehingga apabila dia sampai di antara dua benteng, dia mendapati di bahagian sini mereka, satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.

http://quran.al-islam.com/Targam ... p;nAya=23&t=mal

[23] Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, dia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing) dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: Apa hal kamu berdua? Mereka menjawab: Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga penggembala-penggembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.

Othman Ali:

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia mendapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia mendapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat memberi minum sehingga penggembala-penggembala menghalau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."


Akar kata wau jim dal jika perkataan, adalah merujuk kepada dapat.  Sementara yang berakarkan wau jim dal selebihnya ada 103, seperti walatajidnahum(2:96), tajidoohu(2:110) dll, kebanyakannya berkaitan dengan perkataan yang asalnya adalah DAPAT.

AllahulAlimulHakim.....

Salam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 20-8-2007 10:40 PM
Sambungan............

http://quran.al-islam.com/Targam ... p;nAya=37&t=mal

[37] Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesark ...

Maafkan ana,artikel tu ana ambil dari blog sahabat ana(ana bukan abusyafiq).Mungkin terdapat kesilapan   penulis dalam proses menaip,ana dah check balik.cuba nta tengok ayat sebelumnya iaitu  surah ibrahim ayat 10 dan bandingkan dengan ayat selepasnya(berkemungkinan penulis tidak mengambil makna secara harfiyah).

Ana tak berminat nak berbincang tentang ini lebih panjang dengan saudara.
Ana hanya menunggu wahabi2 sahaja untuk memberikan dalil dari quran dan sunnah dari mana mereka mentakwil makna istwa kepada julus.Kerana dari post2 yang lepas wahabi yang memberikan post gagal memberikan dalil dari quran dan sunnah tentang makna istawa kepada duduk.
Ala kulli hal terima kasih kerana beritahu.

[ Last edited by  sayangpakwahab at 21-8-2007 01:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 07:05 AM | Show all posts
spesis2 spt pakwahab ni byk sgt guna logik akal.. smpi ayat Quran pun depa main tafsir ikut logik... tu yg timbul isu bila disebut "Ar-Rahman bersemayam atas Arasy", dia mandai2 kata kita menyifatkan Allah spt makhluk... sdgkan org yg menterjemahkan perkataan "istawa" kpd bersemayam tu langsung x maksud spt yg dia dakwa (faham maksud terjemah x?)..

bila digantikan perkataan "istawa" dgn" bersemayam", mula la depa ni membayangkan bersemayam Allah tu mcm bersemayamnya makhluk... duduk atas singgahsana.. mengambil tempat & ruang... psl tu timbul dlm kpla depa ni bersemayam ni sifatnya begitu, begini... disamakan sifat bersemayam Allah spt sifat bersemayam manusia

sdgkan pd kami, bersemayamnya Allah tlh dimaklumi (QS 20:5) & wajib beriman dgnnya... tp bagaimana caranya x diketahui & membahaskannya adalah perbuatan ahli bid'ah... x prnh terlintas dlm akal kami bhw seandainya istawa diterjemahkan sbg bersemayam, maka sifat2 Allah bersemayam wajib disifati sbgmana cara manusia bersemayam.. itu hanya sangkaan2 buruk drp pihak pak wahab

whether you like it or not, golongan spt pakwahab inilah sbnrnya yg menyifati Allah dgn sifat2 makhluk scra tdk sedar... sbb gambaran2 ini hanya wujud dlm kpla anda, bknnya berasal drp kami... & gambaran2 karut tersebut wujud krn golongan anda mendahulukan logik akal drp nas2 yg tersedia dlm AQ & hadith Nabi SAW...

terjemahan istawa kpd bersemayam hanyalah masalah bahasa... pemindahan suatu istilah drp bhs A kpd bhs B, utk memudahkan pemahaman terutamanya bg org2 awam yg tdk fasih berbahasa arab.....

tp sbb org dah benci, isu remeh spt ini pun nak dipolemikkan.. asalkan dia ada modal nk menghentam & mengkafirkan pihak yg dibenci, dosa pahala semua belakang kira.... sdgkan jelas dlm Quran Allah dh beri ingatan (terjemahan QS 5:8)

"Wahai org2 yg beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi org2 yg menegakkan keadilan krn Allah, lg menerangkan kebenaran.. dan jgn sekali2 kebencian kamu terhhp sesuatu kaum mendorong kamu utk tdk berlaku adil... berlaku adil lah, krn adil itu lbh hampir kpd taqwa.. dan bertaqwalah kpd Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan..."

pikiaq2 la sendiri, kamu tu beriman dan bertaqwa @ tdk? don't put words in people's mouth
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2007 07:15 AM | Show all posts
ni baru isu terjemahkan perkataan istawa kpd bersemayam... blm masuk isu2 lain lg

i'm not interested in further debates regarding this issue... it's a real waste of time bila berdiskusi dgn org yg berhujah semata2 utk cari kesalahan org lain & nk menangkan diri sendiri saja... sdgkan tujuan sbnr diskusi adalah utk mencari kebenaran... org2 yg ikhlas dlm mencari kebenaran akan membuka akal seluas2 nya & x bias dlm menilai hujah... bkn awal2 lg dah set in mind, mujassimah la.. musyabbihah la..

Tafwidh, Apa Itu Tafwidh...

wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 22-8-2007 07:05 AM
sdgkan pd kami, bersemayamnya Allah tlh dimaklumi (QS 20:5) & wajib beriman dgnnya... tp bagaimana caranya x diketahui & membahaskannya adalah perbuatan ahli bid'ah... x prnh terlintas dlm akal kami bhw seandainya istawa diterjemahkan sbg bersemayam, maka sifat2 Allah bersemayam wajib disifati sbgmana cara manusia bersemayam.. itu hanya sangkaan2 buruk drp pihak pak wahab


Alahai...takkan tergantung-gantung saja makna perkataan tersebut? Nampaknya tidak semua ajaran-ajaran Islam itu tidak boleh ditafsirkan atau diberitahu kan.
Mengikut kata tok guru wahabi," jangan banyak bertanya kerana sesiapa yang banyak bertanyak adalah ahli bidaah dan masuk neraka."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.065285 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list