CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Tips Penjagaan Tayar

[Copy link]
 Author| Post time 23-8-2007 11:31 AM | Show all posts
Punca tayar cepat haus


APAKAH yang menyebabkan tayar kenderaan haus dan tidak rata. Selain itu, tayar juga berbunyi bising. Adakah ini disebabkan masalah penyerap hentak?


INGIN TAHU | Kuala Lumpur.

Jawapan

KEHAUSAN tayar yang tampak beralun atau bertompok pada satu bahagian tayar menggambarkan kerosakan penyerap hentak. Tayar ketara haus pada satu bahagian diikuti jurang haus dan ini berulang-ulang pada keseluruhan tayar.

Kehausan tayar boleh terjadi kerana kerosakan pada galas tayar yang haus dan longgar dan galas stering yang terletak pada tengkuk motosikal anda.

Keseimbangan tayar perlu diperiksa semula jika didapati tayar masih bergegar, kerana keseimbangan tayar boleh hilang jika tayar mengalami pelanggaran lopak jalan terutamanya pada tayar menggunakan rim lidi.

Rim sport lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan yang kurang memuaskan kerana ia tidak mudah bengkok.

Selain itu tayar yang sering haus di bahagian tengah saja disebabkan tekanan angin tayar terlalu tinggi, sementara kehausan pada kedua-dua sisi disebabkan angin yang tidak cukup.

Penggunaan tayar bersaiz kecil meningkatkan kehausan tayar kerana saiz permukaannya lebih kecil. Ia memberi kesan negatif kepada pemanduan dan kawalan motosikal anda.

Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding tayar bersaiz standard, kebolehan mengambil selekoh juga terjejas walaupun tayar kecil akan lebih ringan dan laju terutama di jalan lurus.

Kuasa membrek akan berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan serta menurun kerana saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan saiz motosikal itu sendiri.

Oleh itu penggunaan tayar kecil tidak digalakkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 11:42 AM | Show all posts
hmm.. soo camne plak dgn tyre pressure??.. berapa kandungan sebenar yg patut di isi?.. cam kereta slalunya dalam 200-220 psi kan??.. tp ader gak keta yg letak sampai 300psi.. even moto pon ader letak sampai 300psi.. hmm xbahaya ker?..

camne plak kalo pakai rim sukan yg bersaiz 15" ke atas??.. ader certain pressure ker yg perlu di isi??

just nk tahu n minta pendapat poremer sme!!..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 20-8-2007 09:25 AM
Tips Penjagaan Tayar

1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Ji ...


5. Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk empat tayar bersaiz sama).

PERODUA service center tahu tak pasal hal ni??

Kereta aku nak dekat setahun dah.. Tp rasa diorang mcm tak pernah pusing pun tayar tu..



Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:04 PM | Show all posts

Reply #23 freekey's post

kalo camtu.. g jer kedai tayar jer.. soh die wat rotation tok tayar.. bkn mahal pon kena nk wat rotation tue.. sambil2 tu wat laa balancing n alignment skali..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 23-8-2007 11:49 AM

PERODUA service center tahu tak pasal hal ni??

Kereta aku nak dekat setahun dah.. Tp rasa diorang mcm tak pernah pusing pun tayar tu..
...


Pro2 SC haku tak tahu ler.. tapi ada SC yg takde khidmat tayar nih... kalo takde just drop by mana2 kedai tayar... dan buat penyelenggaraan... jangan risau.. warranty tak void...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 23-8-2007 11:49 AM

PERODUA service center tahu tak pasal hal ni??

Kereta aku nak dekat setahun dah.. Tp rasa diorang mcm tak pernah pusing pun tayar tu..  
...



tayar nyer hal, kalau toyotaa SC.. upon request...
kalau ko dok diam sambil baca paper harian metroo.. sure diorang pong buat donno jer laa..
summore diaorang pong ikut mood cam koo gakkkk...  waakakakaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2007 01:28 PM | Show all posts
Sistem tekanan tayar tidak sama

Soalan



BERAPAKAH tekanan tayar motosikal JRD bagi tayar depan dan belakang? Bolehkah saya menukar saiz tayar JRD bagi depan ke saiz 70/90 dan belakang 80/90? Jika saya menggunakan tayar saiz 70/90 bagi tayar depan adakah ia menyebabkan bacaan speedometer kurang tepat?

Saya ingin tahu sama ada saiz tayar 70/90 17 sama saiz dengan 2.50 17 dan saiz tayar 80/90 sama saiz dengan saiz tayar 2.75 17. Bagaimanakah pula tayar 60/90 17?

Selain itu, bolehkan saya menukar klac automatik motosikal JRD 110 sport kepada Honda EX5 kerana yang asal mengeluarkan bunyi bising?

Amin Ahmad | Pahang.

Jawapan

TEKANAN tayar perlulah disesuaikan mengikut panduan manual motosikal dalam lingkungan 35 psi bergantung penggunaan dan bebanan. Penukaran tayar kepada saiz lebih besar atau kecil menyebabkan bacaan tidak tepat pada speedometer kerana sukatan kelajuan berdasarkan pusingan dan diameter tayar asal.

Ini selalunya tidak memberi kesan amat ketara, kecuali jika menukar saiz rim tayar. Saiz tayar selalunya diberikan dua angka seperti 80/90.

Angka pertama merujuk kepada kelebaran tayar dan bagi kes ini ia selebar 80 milimeter (mm) ataupun 3.20 inci. Angka kedua pula merujuk kepada nisbah ketinggian berbanding lebar tayar dalam peratus.

Angka 90 bermaksud ketinggian tayar adalah 90 peratus daripada kelebaran tayar. Saiz 2.50 17 ialah ukuran tayar dalam inci, manakala 80/90 17 pula adalah ukuran dalam metrik atau mm.

Saiz ini ialah kelebaran maksimum tayar. Sistem ukuran tayar ini berbeza daripada satu jenama dengan jenama lain malah ada jenama hanya menggunakan kod huruf untuk saiz tayar mereka.

Periksa dulu pembekal tayar untuk kepastian kerana tidak dapat dijelaskan secara terperinci di sini.

Penukaran klac disyorkan diganti dengan peralatan asal walaupun mungkin klac jentera lain boleh digunakan. Pastikan kesesuaian dulu sebelum menjalankan pengubahsuaian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 04:44 PM | Show all posts
weh..aku nak tanyer la..sbb tak taw ler nak tanya ne ..lagipun ne benang tayar gaks.. kalo tayar kete bocor tepi..mmg takder harapan ker nak tampal.. dan alternatifnya hanya letak tube / tukar tayar baru jer ker..takder alternatif lain dah ker..sian tayar tuh kalo masih baru..takkan la nak buat hiasan ket dalam bonet kete jer kot!!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 05:27 PM | Show all posts

Reply #28 retnoel's post

haku dah pernah buat ulasan pasal ni.. refer benang2 yg lepas... harap maklum... (takpun ko soh je momd baru tu merge)
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #29 ryo_takahashi1's post

wehh..aku dah carik benang tuh..tapi takder pun xplainantion..ke haku baca benang lain ..ko suh la mod baru tu mergekan..penting ne!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:11 AM | Show all posts

Reply #30 retnoel's post

takpe la.. haku jawab ringkas kat sini....

kalo bocor tepi nak pakai tiub pub tak rekemen... rules of pressure... tekanan akan buatkan bocor yg ditampal di tepi tayar tak kuat.. lebih2 lagi kalau melalui jln yg tidak rata... tiub didlm dikhuatiri boleh bocor... walaupun takde peratusan yg boleh mengesahkan kejadian ini.. the possibilities is there...
play safe.. change to the new tyre.. kawtimmm.... tyre ni yg bawak nyawa kita... enjin rosak takper... kalo tayar meletup... nauzubillah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:44 AM | Show all posts

Reply #31 ryo_takahashi1's post

tu arr aku pon pikir safety gaks..skang ne pakai tayar 2nd dulu..bajet ciput..ok tenkiu...pasne kena masuk bajet la nak tukar tayar baru..eh ryo..maknanye tayar yang bocor tepi mmg takbleh guna la ye..soklan ne ko tak jawab la ryo...aku tunggu ne..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:48 AM | Show all posts

Reply #32 retnoel's post

kan aku dah jawab... bule guna tiub tapi tak digalakkan. bahya...!!!
tayar 2nd pun sama gak tak rekemen... cemni la... kalo budget ciput beli yg baru tapi low end... comfort mungkin kurang tapi safety features tu ada. takyah ngarut beli tayar memahal macam Fast tu... dia urang kaya bule la....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:52 AM | Show all posts

Reply #33 ryo_takahashi1's post

ok..ok..ok..tenkiu..tenkiu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 10:57 AM | Show all posts

Reply #34 retnoel's post

aik.. thank you aje.. KFC chicken poppers mana..??
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 12:54 PM | Show all posts

Reply #35 ryo_takahashi1's post

humahaih ..ngidam ko tak abes lagi ker ryo.. dulu cikencop..ne ciken popers lak..nanti aku tunggu paklah bentang bajet 08 dulu..kalo dapat bonus 3 bulan gaji..jangankan cikencop..satu bangunan KPC aku bagi ngko..miahahahha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 01:06 PM | Show all posts

Reply #36 retnoel's post

haku tak kira.. haku pegang janji ko.. haku tak mintak bangunan KFC tu... haku nak ciken popers jer...
haku tulih kat diari haku nih...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.338716 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list