View: 2352|Reply: 11
|
Larangan bersetubuh pada siang Ramadan
[Copy link]
|
|
Larangan bersetubuh pada siang RamadanSoalan:
Adakah seorang suami yang berbuka puasa untuk bersama dengan isterinya pada waktu siang Ramadan turut dikenakan kaffarah?
Jawapan:
Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: Telah mengadu seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: 揂ku telah memusnahkan diriku wahai Rasulullah, baginda bertanya: Apa yang menyebabkan kamu musnah? Lelaki itu menjawab: 揫/color]Aku telah melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadan |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya, adakah kaffarah di wajibkan bagi orang yang membuka puasanya dengan makan kemudian bersetubuh. Pertamanya setiap orang yang beriman yang dituntut ke atasnya berpuasa jika berbuka di siang hari, sepakat ulama wajib keatasnya mengqada.
Ada pun sekiranya dia berbuka puasa dengan tujuan mengadakan hubungan kelamin, ulama memberi dua pandangan yang tersohor seperti berikut:
Pertama: wajib ke atasnya kaffarah. Pendapat ini merupakan pandangan ulama dari mazhab Malik, Ahmad dan Abu Hanifah. Hujah mereka puasa adalah amalan yang difardukan ke atas setiap mukallaf yang cukup syarat-syaratnya.
Menahan nafsu
Puasa itu sendiri bermaksud menahan diri daripada makan dan minum. Maksudnya adalah haram ke atasnya makan minum tanpa sebarang keuzuran.
Sekiranya dia makan mahu membatalkan puasa dia berkewajipan memelihara perkara-perkara yang ditegah melakukannya di siang Ramadan.
Justeru itu, perbuatannya membatalkan puasa sudah menjadi suatu perbuatan yang berdosa malah ditambah dengan suatu yang ditegah melakukannya di siang Ramadan.
Jadi dua kesalahan,
kesalahan pertama kerana membatalkan puasa dengan makan wajib diganti dengan hari yang lain. Kesalahan kedua ialah melakukan persetubuhan di siang hari di bulan Ramadan.
Kumpulan ulama ini juga berpendapat sekiranya tidak dikenakan kaffarah bersetubuh di siang hari, bulan Ramadan akan dilihat suatu yang biasa.
Kaffarah dielakkan dengan memakan terlebih dahulu. Ini merupakan satu helah dalam memandang ringan terhadap amalan yang menjadi rukun dalam Islam.
Kedua: Tidak wajib kaffarah, ini menurut mazhab as-Syafie. Hujah bagi mazhab as-Syafie ialah puasa itu terbatal dengan makan. Maka keadaan orang yang telah batal puasanya adalah seperti orang yang tidak berpuasa, dan tidak terikat dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadan didahului dengan membatalkan dengan memakan, maka tidak wajib ke atasnya kaffarah.
Namun demikian setiap kita maklum bahawa bulan Ramadan bukan sahaja menuntut kita menahan diri daripada makan dan minum tetapi melatih kita menahan nafsu. Justeru kita dituntut memelihara kemuliannya. Allah s.w.t. menghalalkan dan mengharuskan suami mendatangi isterinya di malam-malam Ramadan.
Ini dijelaskan melalui firman Allah s.w.t: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam),
Iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa. (al-Baqarah: 187).
Bulan ini adalah bulan didik nafsu dan menundukkannya pada perkara-perkara yang perlu ditahan. Jika helah dicari untuk memuaskan nafsu dengan mengorbankan didikan rabbani, sebenarnya kita kalah dan tersungkur dengan kehendak nafsu dan terkuburlah kehendak tuhan.
Sebab itulah Allah menjanjikan pahala puasa dibayar oleh-Nya, kerana orang yang berpuasa itu meninggalkan makannya, minumnya dan syahwatnya kerana Allah s.w.t.
Semuanya itu ditinggalkan kerana Allah? Takkanlah satu permintaan dan harapan itu dihampakan di bulan al-Mubarak ini?
Ikut nafsu tanpa dikawal kita akan kecundang, ikut bicara hati nurani yang beriman pasti bertemu cinta maha pencipta. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 budakecik's post
Ko ni budak kecik. Mana tau bab orang tua2 ni? Pi lah main jauh2 |
|
|
|
|
|
|
|
asalamualaikum budak kecik...
kalau ikut keterang hang itu selepas waktu imsyak tak boleh lah bersetubuh dgn isteri...
1) jarak antara waktu imsak dgn waktu subuh ada 10 minit..Apa kah jarak itu di bolehkan dan terus mandi untuk solat subuh...
2) Kalau nak tidur lagi selepas waktu solat subuh dan isteri kesejukan dan ingin di selimut atau di peluk ...apakah batal puasa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nangada at 21-9-2007 06:24 PM
asalamualaikum budak kecik...
kalau ikut keterang hang itu selepas waktu imsyak tak boleh lah bersetubuh dgn isteri...
1) jarak antara waktu imsak dgn waktu subuh ada 10 minit..Apa kah jarak i ...
selagi tak subuh tu bolehlah. tapi kalau dah kuat macam aku ni, sepuluh minit lum tentu sampai so berhati2lah. Tapi kalo macam kau yg agak sedikit lemah tu boleh la buat sebelum azan...so terus mandi lah. Cuma make sure jangan terlekat dah
puasa tak batal kalau dok bergusti dengan isteri dalam selimut. Tapi posa batallah kalau masa dok bergusti bawah selimut tu microphone hang dengan secara sengaja terjolok ke dalam lesung isteri hang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lepas subuh tu elakkan la duduk satu selimut dgn isteri.
takut terbabas nanti... sebab lps subuh antara waktu paling best. anak2 pun tidur lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk semua forumners, artikel ni bukan saya yang tulis, saya cuma kopi n paste dari utusan on-line. Apa2 pun saya tak bersetuju dengan artikel tersebut.
Kerana hukum telah menetapkan bila suami telah menyetubuhi isteri pada siang Ramadhan , si suami wajib kena bayar khifarah. Tak kira samada dia berbuka puasa dahulu ( tak puasa ) atau bersetubuh dengan isteri dahulu.
Soal pokoknya si suami telah mencampuri isteri pada siang hari. Wajib dia kena bayar denda walau pun dia telah berbuka puasa dahulu. Harus diingat pengantian puasa ( qada) pada lain waktu di bulan Ramadhan tak sama ganjarannya bila berpuasa di bulan Ramadhan. melainkan qada puasa bagi wanita yang datang bulan.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nangada at 22-9-2007 11:15 AM
nick name mg budak kuecik tapi ....suami org kot.
Ntahlah. La ni macam2 nick mereka boleh buat. Nafsu kuat kot. Masya Allah. Masya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 23-9-2007 07:31 AM
Ntahlah. La ni macam2 nick mereka boleh buat. Nafsu kuat kot. Masya Allah. Masya Allah.
Oooh betul ker camtu Belalang? Engko ni cuma guna satu nick aja ker? Engko tak ikut ajaran Abuya lagi ker.....tak baik berbohong tau!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|