|
La . Aku ingat malam pertama di hari perkahwinan. Bolehlah belajar sikit.Sebab aku belum kawin lag. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 mamicun's post
Awak dah cukup umur ker?? Tak baik tunggu lama-lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 indah1285's post
roh muslim atau bukan muslim semua akan dibawa ke sidratul muntaha kalau x silap.... ada dlm shahih muslim... tapi roh tetap merasa kesakitan yg dialami oleh jasad walaupun jauh... saya dh lama x semak x brp ingat... kalau x silap, apabila yg hidup menyentuh si mati, simati akan merasa seperti ditusuk oleh seribu tusukan pedang... simati juga mendengar apa yg sihidup katakan, cuma x dpt nak jawab jer... ada juga cerita yg saya dengar bahawa kesakitan sakaratul maut akan dirasa sehingga hari kiamat kelak... itu saja info yg saya ada.. kalau tersilap sila perbetulkan... |
|
|
|
|
|
|
|
RUH SETELAH MATI
Pendapat pertama: Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhada ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka.Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi抜e dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).
Pendapat kedua: Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama慖lliyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
Pendapat ketiga: Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imamal-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh.Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.
Pendapat keempat: Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.
Pendapat kelima: Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi kemana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.
Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing disisi Allah;
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 pizzafin's post
Ntah la. Belum ada jodoh lagik kot? Menanti calon yang sesuai . Ada lagik ker yang sudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|