|
Lelaki pokok' pulang
GAMBAR (kiri) menunjukkan Dede ketika tubuhnya ditumbuhi
ketuat manakala seorang doktor (kanan) memeriksa tangannya
selepas dia menjalani pembedahan di sebuah hospital di Bandung.
JAKARTA - Selepas sembilan bulan mendapatkan rawatan, Dede yang mendapat jolokan 'lelaki pokok' akhirnya dibenarkan pulang selepas sepasukan doktor membuang lebih enam kilogram ketuat.
Dede dibawa pulang dari bandar Bandung selepas prosedur membuang ketuat yang memenuhi kaki, tangan dan sebahagian mukanya dilakukan.
Katanya, dia mahu menjalani kehidupan normal dan mahu mencari isteri yang baru selepas bertahun-tahun dibebani dengan ketumbuhan seperti akar sehingga menyukarkannya bekerja.
"Sekarang saya boleh tinggal bersama anak-anak saya... saya boleh bergerak ke sana sini.
"Saya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berkahwin semula tetapi saya tetap menyimpan hasrat itu," katanya.
Dede tinggal berseorangan setelah ditinggalkan isterinya manakala anaknya tinggal bersama saudara mara kerana dia tidak lagi mampu menjaganya.
Katanya, dia masih belum bercakap dengan bekas isterinya dan tidak tahu apa yang akan dilakukan untuk mencari kerja.
Dede berhadapan masalah ketumbuhan ketuat sejak remaja.
Bagaimanapun, dia diberitahu menghadapi masalah penyakit ketuat setelah seorang pakar AS memeriksanya.
Ketika tubuhnya dipenuhi ketuat, dia mengikuti pertunjukan orang-orang aneh. Menurut seorang doktor, Rahmat Winata, dia akan kembali ke hospital pada penghujung Ramadan pada Oktober depan untuk menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang baki 300 gram ketuat. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
org tua nih beragama islam tau... dan satu lagi kesian betul dier tak dapat nak main ps2
[ Last edited by baksamakmu at 10-11-2008 08:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 baksamakmu\ catat
allhamdullilah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 kupia\ catat
aku dah edit bro..kira okey ler tuh..hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 kupia\ catat
melampau betul kau....pastu dier dah boleh lepak kat sogo berkaroke skali |
|
|
|
|
|
|
|
die cakap nak keje kat m,sia betul ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dier.. da la kene pulau ngan jiran.. pastu yg paling sadis, kene tggal dgn isteri dier.. mesti patah hati kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg doktor dari usa dtg melawat dulu tu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
'Lelaki pokok' makin membengkak
ATAS: Gambar menunjukkan Dede (kanan) sebelum dibedah
JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia, Dede yang dikenali sebagai 'lelaki pokok' hilang kemampuan bagi menggerakkan tangannya walaupun dia sudah menjalani tiga pembedahan pada tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu yang sebahagian badannya ditumbuhi ketuat seperti kulit pokok menjalani pembedahan terakhir pada Ogos lalu bagi membuang enam kilogram ketuat dari badannya.
Seorang doktor di sebuah hospital di Bandung, Dr. Rachmat Dinata berkata, selepas menjalani pembedahan pada Ogos lalu, Dede mampu menggunakan pen dan mengangkat objek.
"Bagaimanapun, selepas pembedahan, tangannya membengkak sebanyak 30 peratus dan ia tidak boleh berfungsi dengan normal," katanya.
Dr. Rachmat memberitahu, Dede perlu menjalani sekurang-kurangnya dua lagi pembedahan pada tahun depan.
DEDE duduk di depan rumahnya di Kampung Tanjung Jaya, Bandung Jumaat lalu
Keadaan Dede itu berpunca daripada kegagalan genetik yang mengganggu sistem pertahanan tubuh daripada menangkis serangan kulat.
Menurut Rachmat, ketuat di hampir keseluruhan badan lelaki itu mungkin kes paling teruk di dunia.
Ketuat seperti kulit pokok itu mula tumbuh di badan Dede ketika dia berumur 15 tahun selepas kakinya luka menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai nelayan.
Akibat daripada keadaannya yang menakutkan itu, Dede yang berumur 36 tahun gagal memperoleh pekerjaan, ditinggalkan isterinya dan dipinggirkan oleh penduduk kampung.
Bagi memperoleh pendapatan, dia menyertai pertunjukan orang pelik di sebuah sarkas di Bandung. - Agensi
***********************************************************************
ingatkan hari tu ada news kata semakin pulih... rupanya semakin melarat...
kesian pada dede ni... -- |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Pokok
Setiap penyakit ada penawarnya...terpulang pada individu dan pihak2 yg tertentu...lagi2 doctor atau pakar2 yg bertauliah...selebihnya doa dan harapan agar ianya dpt dipulihkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Pokok
Setiap penyakit ada penawarnya...terpulang pada individu dan pihak2 yg tertentu...lagi2 doctor atau pakar2 yg bertauliah utk ambil tindakkan...selebihnya doa dan harapan si pesakit agar ianya dpt dipulihkan... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...semoga dia cpt sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannye...semoga cepat sembuh..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|