CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitilina

[Merged] Wanita dan Tudung

[Copy link]
Post time 3-3-2007 08:14 AM | Show all posts
setiap wanita islam mesti bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.simple jer.tinggal nak buat ke tak jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2007 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-3-2007 07:24 AM


Mana tau dosa mencuri lebih berat dari dosa tak menutup aurat (rambut)?

Berzina termasuk ke dalam hukum hudud.  Mengumpat tidak termasuk hukuman apa-apa, cuma berdosa sahaja.  Tapi mengump ...




kita xtahu cemana Allah menghisab.

apa susah, buat je la semua yg Dia suruh. tak payahla compare2 dosa pahala. dah Dia cakap mencuri dosa, buka aurat dosa, buat apa nak tawar menawar lagi. orang mencuri tp tutup aurat, dia dpt dosa mencuri tp pahala tutup aurat. orng xtutup aurat tp xmencuri, dia dpt dosa xtutup aurat tp xdpt pahala sbb jaga diri dr mencuri.

dosa bole dihapuskan dgn taubat. pahala sumer hak Allah swt. berat neraca seorang ulama tu x semestinya lebih berat dr sorang orang biasa. semua tu atas ketentuan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 04:26 PM | Show all posts
senang jer

benda simple suka2 je kita perbelit2kan KAN KAN KAN
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 06:11 PM | Show all posts
assalamualaikum,

tumpang lalu.............. tudung tu wajib............. huhuhuhu...............
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 12:39 PM | Show all posts
ermm sekarang ni kat pasaran byk tudung bawal....dah tu jarang n kecik plak...boleh nampak tengkuk seseorg...pastu skrg ni dah ada tudung bawal bidang 60.....bagus la tp ada sesetengah yg masih jarang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 01:38 PM | Show all posts
menutup aurat tu wajib...jgnler nak putar belit..tak baikler...org yg betul2 ikhlas nak tutup aurat bukan sahaja kena kutuk malah orang lelaki yang suka tak ramai...aku tahu benda nie sebab aku sorang je pompuan yang pakai tudung dlm department aku..(mungkin ini pengalaman aku ajer)...diorg selalu kater takder class ler..tak trendylah....apapon itu cabarannya..tp aku yakin dengan ayat 2 al-quran..ALLAH s.w.t sentiasa menerima taubat hambaNYA..walaupun besar macam mana dosanya..harap2 kita2 semua nie dalam kalangan orang yang bertaubat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2007 03:02 PM | Show all posts
tak payah persoalkan dpt pahala atau tidak...
Yg penting sekarang, bukan di suruh bertudung..Ttpi menutup aurat..
So paham2 la erk...Menutup aurat dan bertudung 2 perkara yg berbeza...

[ Last edited by  shachihata33 at 7-3-2007 03:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 05:15 PM | Show all posts
sebenarnya manusia suka mencari alasan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 03:16 PM | Show all posts
Erdogan mahu batal larangan pakai tudung


Cadangan sebahagian daripada rombakan Perlembagaan Turki


ANKARA: Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan menyuarakan hasrat menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau dipetik Financial Times berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada rombakan Perlembagaan Turki.

"Hak wanita mendapat pendidikan tidak seharusnya disekat hanya kerana ketrampilan mereka. Perkara itu tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Barat, tetapi keadaan sebaliknya di sini. Sehubungan itu, saya percaya ia menjadi tanggungjawab utama ahli politik menyelesaikan masalah itu," katanya dalam temubual dengan akhbar itu di sini.

Kenyataan oleh pemimpin Parti Pembangunan dan Keadilan (AK) yang memerintah selepas meraih kemenangan besar mandat lima tahun dalam pilihan raya Julai lalu, dilihat boleh mencetuskan ketegangan baru dengan kelompok elit sekular, termasuk kalangan jeneral tentera.

Ini disebabkan jeneral tentera menuduh Erdogan sememangnya mahu memantapkan kedudukan Islam di Turki.

Pihak sekular sememangnya menganggap pemakaian tudung sebagai ancaman simbolik terhadap dasar lama Turki mengasingkan negara dan agama.

Mereka juga bimbang sebarang tindakan pembatalan pengharaman itu boleh memberi tekanan sosial terhadap wanita yang tidak menutup aurat untuk mula memakai tudung di Turki yang sememangnya didiami ramai umat Islam.

Bagaimanapun, Parti AK sudah menegaskan yang persoalan itu membabitkan hak kebebasan bersuara. Larangan pemakaian tudung di kampus dikuatkuasakan pada 1982 iaitu selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Kerajaan Erdogan sudah berikrar menggantikan Perlembagaan era tentera dengan dokumen baru yang memberi tumpuan khusus kepada hak asasi individu dan kebebasan yang selaras dengan syarat ditetapkan Kesatuan Eropah (EU) � blok yang ingin disertai Ankara.

"Kami mahukan Perlembagaan yang dapat memberi perlindungan serta jaminan yang negara itu berlandaskan undang-undang demokratik, sekular dan kepentingan sosial. Perlembagaan ini bakal meletakkan Turki di haluan sebenar dan sudah menjadi kewajipan kita membahaskannya serta membincangkannya dengan seberapa ramai rakyat," katanya.

Parti AK ketika ini membahaskan deraf teks yang dirangka sepasukan pakar undang-undang. Media tempatan sebaliknya berkata mereka masih bertelagah mengenai cara sesuai menyenaraikan isu tudung dalam Perlembagaan itu.

Pihak tentera yang sejak sekian lamanya menganggap dirinya sebagai �penjamin mutlak� peraturan sekular, sememangnya memantau debat itu dengan rapat. Malah, selain pihak tentera, pasaran saham Turki juga tidak terkecuali melihat perkembangan itu.

- Reuters-

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 10:26 PM | Show all posts
xbaik taww ckp org jahat.....bertudung ke xbertudung ke itu soal dia dengan Tuhan walaupun kita tahu perkara ini wajib...so soal jahat ke org kalau die xpakai tudung xtimbul langsung...mgkn banyak faktor yg bleh menyumbang ke arah seseorang tu xpakai tudung....

kesimpulannye jgn menilai seseorang tu dari fizikal die sahje...

p/s:kdg2 org yg xpakai tudung tu lebih mulia dari yg pakai tudung...kita doakan je diorang dpt hidayah insyaAllah!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 04:12 PM | Show all posts

Tudung kamu...Wahai muslimah..

Allah Suruh Bertudung

Beberapa kali membaca terjemahan ayat 59 dari surah al-Ahzab, tidak ada yang samar atau meragukan. Bunyinya begitu lunak dan berhikmah sekali, kerana perintah itu disandarkan atas Nabi s.a.w terlebih dahulu, walaupun sasarannya memang untuk orang beriman sekaliannya. Cukup kuat untuk dipegang sebagai hukum; perintah suruh, bukan galakan atau sekadar anjuran kerana ia tidak disertakan dengan perkiraan tolak-ansur
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 07:55 PM | Show all posts

Reply #110 supekjabe's post

Aku cuma share ketika aku dengar satu ceramah agama. Biasa ler, yang pergi surau ni kebanyakannya yang dah bertutup aurat. Yang tak tutup tu ada jugak tapi tak ramai.

Ustaz tu bagi tau, apa-apa yang ada dalam hati manusia tu hanya Alllah yang tau. Sebagai manusia kita hanya mampu menilai luarannya sahaja. Kita takkan tau yang terkandung di dalam hati orang lain. Jadi tak salah kalau seseorang tak tutup aurat, maka kita menilai mereka sebagai orang yang tak beriman. Kalau orang yang tutup aurat, adalah adalah wajib kita bersangka baik, samada perangai di belakang kita tu baik atau tak kita serah jer pada Alah. Kita tak boleh mengatakan orang yang tak tutup aurat itu orang beriman kerana sudah sah mereka sudah tidak mematuhi perintah Allah. Perlu ditekankan perangai baik tidak semestinya orang tu beriman. Cuma bezanya orang yang baik ni ramai lar orang yang akan berdoa supaya cepat-cepat terima hidayah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064092 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list