View: 1908|Reply: 7
|
Pengajaran dari Pohon semalu..
[Copy link]
|
|
Sebuah pengajaran dari pohon semalu.. sila sampaikan kepada kaum hawa...
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Apabila mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, dan kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmm...mmg betul semalu tu berkaitan dgn wanita,
tapi wanita zaman sekrg dah x boleh disamakan dgn semalu. mrk dah xder malu dan sesenang hati
disentuh oleh lelaki bkn mahram,mlm2 klubing,dan kalau yang masih suci sperti semalu ni boley
kira ngan jari jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 haidawaty's post
perkaitan yg sgt tepat untuk wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tanyer, semalu org arab panggil semalu (dlm bahse arab) gak ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 BeskotCekelat's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 supernaturalee's post
Jgn marah, bang...
Saya bukan nk wat lawak, tanye pon salah ker? |
|
|
|
|
|
|
|
benar ke bilangan wanita yg masih suci ni boleh dikira dgn jari.. jgn disebabkan seekor lembu membawa lumpur, satu kandang terpalit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|