|
Originally posted by pipi at 2-1-2008 06:40 PM
Bismillahirrahmannirrahim...
abis tu, apa kaitannya dengan Jin.
Syaitan boleh menyamar jadi Jin yang kononnya baik untuk sesatkan manusia! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak fahamlah perkaitan antara jin dengan syaitan ni. Boleh sesiapa terangkan perbezaannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razhar at 2-1-2008 10:22 AM
jin kalau mati,dia jadi apa? manusia jadi tanah...
ada ulamak berpendapat... jin asalnya dari kaum nabi musa yang enggan pergi berperang...
lalu Allah murka kaum ini lalu bertukar menjadik jin,
ada lagi pendapat jin nih dijadikan dari api... macam syaithan yugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 2-1-2008 11:48 AM
SYAITAN ITU ADALAH MUSUH BAGI KAMU YANG NYATA...
Sebaik-baik jin sama dengan sejahat-jahat manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 2-1-2008 06:40 PM
Bismillahirrahmannirrahim...
abis tu, apa kaitannya dengan Jin.
Jin, syaitan dan iblis termasuk ifrit ada kaitan dalam soal misi mereka ke atas manusia. Dalam surah Al-Jin ayat 6 Allah melarang kita minta bantuan dan pertolongan jin, nanti kita jadi tambah berdosa tambah sesat, tapi ada orang yang mintak tolong Dia izin bagi jadi jugak...
Misi jin dan syaitan:-
1. Nak bagi manusia sesat dan murtad.
2. Nak bagi manusia sakit, sengsara dan putus asa. (pelalau, pengasih, penunduk, santau, busung dll...)
3. Nak bagi manusia mati.
Yang no. 3 tu dia selalu fail.
Yang masalahnya dia nampak kita, kita tak nampak dia... dia boleh masuk dalam badan kita, kita tak boleh masuk dalam badan dia... jadi nak buat camana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 kupia's post
Assalamu'alaikum w.b.t.
Bismillahirrahmannirrahim...
Terima kasih untuk jawapan yang diberikan.
Originally posted by kupia at 2-1-2008 10:55 PM
Misi jin dan syaitan:-
1. Nak bagi manusia sesat dan murtad.
2. Nak bagi manusia sakit, sengsara dan putus asa. (pelalau, pengasih, penunduk, santau, busung dll...)
3. Nak bagi manusia mati.
Lanjutan daripada itu, saya ingin bertanya, apakah rasionalnya firman Allah swt dalam ayat 56 surah Adz-dzaariyat?
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
Di manakah rasionalnya pengabdian Jin itu? Ataupun, adakah maksud saudara Kupia, "Misi Jin dan Syaitan" pada petikan di atas, ditujukan kepada Jin yang lain?
Originally posted by kupia at 2-1-2008 10:55 PM
Yang masalahnya dia nampak kita, kita tak nampak dia... dia boleh masuk dalam badan kita, kita tak boleh masuk dalam badan dia... jadi nak buat camana?
Ya Betul tu. Tetapi, bagi mereka yang dipenuhi cahaya keimanan, seperti mana Rasulullah s.a.w. dan AhlulBaitnya, mereka tidak pernah dimasuki mana-mana Jin.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 3-1-2008 11:07 AM
Assalamu'alaikum w.b.t.
Bismillahirrahmannirrahim...
Terima kasih untuk jawapan yang diberikan.
Lanjutan daripada itu, saya ingin bertanya, apakah rasionalnya firman Allah swt dalam ayat 56 surah Adz-dzaariyat?
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
Di manakah rasionalnya pengabdian Jin itu? Ataupun, adakah maksudsaudara Kupia, "Misi Jin dan Syaitan" pada petikan di atas, ditujukankepada Jin yang lain?
w'salam,
Ayat ini merupakan penjelasan dan perintah Allah. Dalam masa yang sama jin dan manusia juga diizinkan memilih untuk mengingkari perintah ini setelah diberi aqal dan nafsu memahami yang hak dan bathil, balasan dosa dan ganjaran pahala. Ada sebahagian kecil dari kalangan jin yang benar2 beriman dan taat kepada Allah, turut solat bersama manusia di mesjid2 di rumah2 kediaman manusia, ikut serta dalam majlis2 ilmu anjuran manusia. Golongan ini tidak mengganggu urusan manusia dan tidak termasuk dalam golongan misi jin dan syaitan.
Golongan Iblis dan Syaitan tidak disebut dalam ayat tersebut kerana mereka diizinkan kufur dan derhaka sampai hari kiamat.
Iblis dan syaitan tidak pernah jemu menghasut dan mendatangkan was was atas manusia suapaya melakukan munkar. Ada kalanya mereka juga masuk merasuk dalam jasad manusia, sebagai contoh satu syaitan perempuan bernama "ashreetah" dalam klip video di bawah, sila beri perhatian pada kaedah cara rawatan alquran yang diberi:-
link:- http://www.islam-universe.com/Exorcism.html#Exorcism_video_clips
(lihat gambar yang sebelah bawah yang memakai jubah)
Jin yang dimaksudkan adalah kaum yang raja atau ketuanya telah mengadakan MOU perjanjian kerjasama dengan tukang2 sihir di kalangan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum w.b.t.
Bismillahirrahmannirrahim...
Surah Al An'am. 112. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
Di dalam ayat di atas, Allah menegaskan akan wujudnya Syaitan-Jin, dan Syaitan-Manusia.
Originally posted by kupia at 3-1-2008 02:09 PM
Iblis dan syaitan tidak pernah jemu menghasut dan mendatangkan was was atas manusia suapaya melakukan munkar.
Ya, Benar!. Syaitan-Jin dan Syaitan-Manusia di bawah pimpinan Iblis Laknatullah, sememangnya senantiasa menghasut manusia dan jin ke arah mungkar. Dan, Allah memerintahkan kita memohon perlindungan kepada-NYA agar dijauhkan daripada bisikan kejahatan dari JIN dan MANUSIA (Surah An-Nas 1-6). Ini bermakna kedua-dua golongan mempunyai fungsi yang besar untuk menjerat manusia dan jin dan vise versa.
Disebabkan oleh kejahatan-kejahatan yang dibisikkan ini, manusia dan jin terpecah kepada kelompok-kelompok tertentu. Sama seperti manusia, mereka bermazhab dan mempunyai pegangan-pegangan tertentu. Manusia ada yang soleh dan ada yang fasik, ada juga kafir; begitu juga dengan Jin.
Ar-Rahmaan 39. Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.
Kedua-dua golongan adalah sama, kedua-duanya diperhatikan oleh ALLAH SWT. Jin juga memiliki pahala dan dosa. Bagi Jin yang fasik dan kafir mereka senantiasa menganggu manusia & jin. Sama seperti Raja/Pemerintah manusia yang membawa rakyatnya ke arah kekufuran dan berpaling dari Sirathalmustaqim.
Secara umumnya, manusia dipandu oleh Wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul & Anbiya'. Begitu juga dengan Jin.
Surah Jin 1. Katakanlah (hai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan,
Sepertimana kata-kata daripada saudara Kupia :
Originally posted by kupia at 3-1-2008 02:09 PM
Ada sebahagian kecil dari kalangan jin yang benar2 beriman dan taatkepada Allah, turut solat bersama manusia di mesjid2 di rumah2 kediamanmanusia, ikut serta dalam majlis2 ilmu anjuran manusia.
Menjadi tanggungjawab kita nasihat-menasihati sesama Islam. Ada manusia tersesat, membuat kekufuran, melakukan maksiat. Begitu juga dengan Jin (Syaitan-Jin). Dalam proses pengubatan tradisional, kerap-kali kita melihat Perawat "mengislamkan" Jin (Syaitan-Jin) yang mengganggu pesakit. Inilah yang dinamakan dakwah.
berhati-hatilah dengan Syaitan-Jin dan juga Syaitan-Manusia....
wassalam...
[ Last edited by pipi at 3-1-2008 03:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gunner at 2-1-2008 07:12 PM
Tak fahamlah perkaitan antara jin dengan syaitan ni. Boleh sesiapa terangkan perbezaannya?
Saya akan cuba terangkan dari segi sejarahnya...
dalil2 dan rujukan tak sempat nak beri, mungkin ada yang sahih dan ada yang tak sahih, dan mungkin orang lain boleh beri rujukan kerana saya tiada masa yang mencukupi untuk tujuan itu...
-Sebelum Allah cipta manusia, Allah telah cipta Jin terlebih dahulu
-Jin juga mempunyai ciri-ciri macam manusia iaitu mempunyai nafsu dan akal, tapi lebih bersifat rohaniah berbanding manusia yang bersifat jisim
-Makhluk Jin telah melakukan kerosakan yang besar dan melakukan pembunuhan
-Turun perintah Allah untuk membinasakan Jin2 yang durjana
-Ketika Malaikat diperintahkan untuk mengesan pembinasaan itu, mereka terjumpa satu Jin yang masih kecil
-Mereka minta izin Allah untuk pelihara Jin tersebut kerana kasihan padanya
-Allah izinkan
-Jin yang dibesarkan dalam suasana Malaikat menjadi Abid (kuat ibadat) yang sangat mulia
-Digelar Azaazil, diangkat ke tingkat tinggi di Malaail a'la
-Kemudian Allah umumkan kepada Malaikat yang Allah akan mencipta makhluk baru = manusia
-Malaikat 'protes' sebab dari kefahaman terhadap sifat manusia yang mempunyai akal dan nafsu, mereka merasakan manusia akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah
-Allah Beritahu malaikat yang Allah lebih Mengetahui apa yang malaikat tidak ketahui
-Satu masa Allah beritahu malaikat2 yang akan ada dari kalangan penghuni Langit akan kufur (Engkar) kepada Allah
-Malaikat berasa khuatir dan mula berdoa kepada Allah supaya tidak menjadi kufur
-Mereka juga pohon doa dari Azaazil kerana Azaazil pada ketika itu darjatnya tinggi di sisi Allah
-Azaazil pun berdoa lah kepada Allah untuk keselamatan malaikat, tapi dia tidak berdoa untuk keselamatan dirinya
-Sampai masa Allah cipta manusia (Adam), Allah perintah malaikat untuk sujud (hormat) kepada Adam AS. Semua malaikat taat kecuali Iblis (Azaazil yang ditukar menjadi Iblis kerana kekufurannya). Iblis tidak taat perintah Allah kerana dia rasa lebih mulia dari Adam...
-Iblis dilaknat Allah dan dikeluarkan dari Malaail A'la
-Iblis bersumpah akan sesatkan manusia
-Allah beri keizinan, tapi BUKAN semua yang dapat disesatkannya
-Iblis kata disebabkan Allah menyesatkannya, dia pohon masa dari Allah
-Allah beri masa sehingga Kiamat
-Iblis dan puak-puaknya (syaitan) akan sentiasa memusuhi manusia dan akan menyesatkan manusia
Pada kefahaman saya, syaitan itu asalnya dari keturunan Jin secara am... dan Jin pun ada jenis2 keturunan yang berbeza2
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 mnm77's post
Setuju dengan penerangan tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat mengenai jin lebih kurang sama umur dengan manusia harus disemak semula. Sebagai contoh syaitan dalam clip video yang diberi di atas telah berumur lebih 1900 tahun. Ada kes dialog dengan jin dari zaman firaun masih hidup pada hari ini telah berumur lebih dari 3500 tahun, masih aktif mengamal sihir. Ada bukti jin2 dari zaman Nabi Lut a.s. masih hidup sampai hari ini menghasut manusia supaya mengamalkan homosek... |
|
|
|
|
|
|
| |
|