CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2511|Reply: 8

TAPAI..

[Copy link]
Post time 3-1-2008 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Sorry mod kalau salah board..tak tau mana nak letak.

Aku nak tau apa hukum makan tapai? Benda nie aku tak terfikir sbb masa kecik2 aku mmg suka makan tapai pulut, lepas tu sudah besar aku suka makan tapai ubi campur ngan cendol...

Dah lama tak makan, satu hari di open house aku makan tapai pulut - melepaskan gian lah nie. Dah tu laki aku nie [non malaysian] so dia tak kenal tapai nie, he asked: - " Is this alcohol?" Aku jawab: - "Nope". Then dia cakap,:- "Are you sure this is not alcohol? it smells like one"

So, di pendekan cerita - Kakak yang buat tapai tu explain the way tapai ni kena buat sama lah macam buat wine from grapes. And air tapai tu bole memabukkan. Laki aku terus kasi tapai tu kat aku and suruh aku jangan makan jugak..

So, apa hukumnya sebenarnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 03:04 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum,
Terima kasih atas jawapan yang lalu. Sedikit sebanyak saya telah dapat memahami asas yang digunakan dalam mengeluarkan fatwa yang mengahalalkan tapai. Bagaimanapun, masih ada seperkara yang menimbulkan keraguan kepadasaya.
Betul Ustaz mengatakan bahawa dalam proses membuat tapai kabohidrat berubah menjadi gula oleh tindakan enzim. Tetapi kurang tepat, kalau Ustaz menyatakan tiada alkohol terbentuk hasil dari tindak balas enzim ke atas gula yang dihasilkan terdahulu. Kajian telah menunjukkan, bahawa di dalam tapai, paras alkohol adalah di antara 2-10%, bergantung kepada lama masa penyimpanan. Soalan saya, apakah kandungan alkohol sekecil 1 % (Bagi tempoh penapaian yang singkat, misalnya 2 hari) dibenarkan untuk di makan ?
Wallahu aklam.



JAWAPAN...


Isu tapai ini adalah isu khilafiah dan telah berlaku percanggahan pendapat antara fuqaha' dan ahli sains. Dalam hal begini para saintis perlulah membuat satu kajian yang disahkan oleh badan profesional dengan mengambil beberapa sampel tapai dan dibuat satu kajian yang muktamad.

Kerana kita tahu ragi (yeast) yang digunakan dalam membuat tapai tidak sama dengan yeast yang digunakan dalam pembuatan wain, beer, ale, atau sake. yeast atau ragi ini mempunyai beratus jenis dan ia juga digunakan dengan meluas dalam membuat roti, crust pizza dan kek sebagai serbuk penaik.

Dalam hal yang tidak muktamad begini, maka perlulah umat Islam mendapatkan keputusan daripada badan Fatwa. Maka jika majlis fatwa telah berpuashati dengan tapai tidak dikelaskan sebagai arak, memakan tapai dengan jumlah yang banyak juga tidak memabukkan, maka keputusan majlis fatwa adalah wajar sekali diterima untuk keseragaman dan ketenteraman umat Islam. Inilah cara umat Islam menyelesaikan isu yg khilafiah.
Jika para saintis berpendapat perlu dikaji semula fatwa tersebut dan masih mahu mengklaskan tapai sebagai makanan memabukkan, maka mereka hendaklah membuat satu kajian yang saintifik dan disahkan oleh segolongan saintis pakar dan ujian itu perlulah dibuat di makmal yang mempunyai peralatan yang canggih.

Para saintis tidak boleh mendatangkan dalil yang samar-samar dan andaian kerana hukum feqah tidak dibina di atas syak dan waham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 08:18 AM | Show all posts
Kenyataan yang diperolehi daripada mesej tersebut yang mengatakan bahawa tapai itu mengandungi alkohol adalah benar. Walau bagaimanapun untuk menghukumkan bahawa tapai tersebut haram dimakan kerana ia mengandungi alkohol dengan nisbah kandungannya seperti yang dinyatakan di dalam mesej tersebut adalah tidak memadai, bahkan ia memerlukan penjelasan yang terperinci.

Pembuatan atau penyediaan makanan seperti tapai, sehingga terjadinya alkohol adalah termasuk dalam proses penapaian (fermentation). Alkohol yang wujud dalam tapai berkenaan jika belum sampai kepada tahap alkohol yang boleh memabukkan, maka tapai itu tidak haram dimakan.

Kedudukan perkara ini boleh disamakan dengan penyediaan nab頳z. Nab頳z ialah nira atau tuak daripada perahan buah-buahan atau biji-bijian seperti anggur, kurma dan sebagainya. Dalam hal ini banyak hadis yang menjelaskan bahawa terdapat tahap-tahap atau peringkat-peringkat pemerosesan nab頳z itu yang dianggap halal atau masih halal diminum dan ada peringkatnya ia sudah tidak lagi halal diminum kerana sudah mendidih (ada padanya unsur memabukkan). Hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:

Maksudnya: 揇aripada Yahya bin Ubaid, Abu Umar al‑Bahraniy, dia berkata: 揂ku mendengar Ibnu 慉bbas berkata: 揃iasanya Rasulullah Sallallahu 慳laihi wasallam dibuatkan nab頳z pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 08:31 AM | Show all posts
Memang tepat sekali hadith hadith yang zerozone pos tu adalah sahih berkenaan tapai anggur.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 01:23 AM | Show all posts
makanlah tapai bersama durian pasti anda akan kembali ke alam barzakh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 05:01 PM | Show all posts
aq pernah dgr ...dosa ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2008 05:56 PM | Show all posts

Reply #6 Ustaz_SUFI's post

Name jer ustaz..tapi avatar memalukan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 08:49 PM | Show all posts

Reply #7 cak!'s post

nick dia je ustaz.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2008 09:02 PM | Show all posts
tepuk dada, tanya selera... hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.239347 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list