View: 3736|Reply: 10
|
Na'uzu Billahi Minzalik
[Copy link]
|
|
Salam,
Sesiapa tahu dari mana didalam AlQuran di'ceduk' atau di'tarik' keluar lafaz yang sungguh popular ini.
Saya bertanya disini kerana saya tidak dapat mencarinya secara satu lafaz lengkap. Manakala bila dicantum pula saya tidak dapat mencari maknanya supaya dapat difahami. Saya harap ada yang dapat bersama saya untuk confirmkan lafaz ini. Saya tidak mahu terus menerus ikut menuturkan lafaz yang tidak saya tahu maknanya. apatah lagi jika ianya bukan dari Allah(AlQuran).
Bolehlah saya katakan Na'uzubillah itu bererti "aku berlindung kepada/dengan Allah", atau "aku mohon perlindungan Allah"?
Tetapi apa pula ertinya Minzalik? Apakah Min itu membawa apa-apa erti atau hanya sekadar sendi seperti "wa" yang boleh diertikan dengan banyak perkataan mengiut kesesuian ayat? Kalau Min itu sendi, apa pula erti Zalik?
Tolong saya..........
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Min = Dari
Zalik = Itu
Aku berlindung dgn Allah dari (perkara) itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 10-1-2008 01:52 PM
Salam 316,
Saya ada cadangan, iaitu kalau nak lepaskan gantungan itu bagaimana kalau kita lafazkan secara umum, iaitu "Dari itu aku berlindung dengan Allah" atau Minzalika'Auzubillah, bu ...
Salam,
Oops, ada sedikit pembetulan dari segi nahu, iaitu "Zalikamina'Uzubillah" iaitu Oleh itu atau Dari itu aku berlindung dengan Allah.
Sila beri cadangan mahupun pembetulan.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
yang itu
keluar dari mulut ke
atau terus dari hati????
mungkin ada beza kot disini!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku sebut ayat itu,apa yang aku maksudkan ialah:
aku berlindung dengan-Mu daripada yang sedemikian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abemus at 10-1-2008 06:08 PM
kalau aku sebut ayat itu,apa yang aku maksudkan ialah:
aku berlindung dengan-Mu daripada yang sedemikian..
Salam abemus,
Abemus adalah salah seorang yang tahu apa yang abemus niatkan, walaupun lafaz arabnya tidak menepati apa yang diniatkan. Kalau kita lihat firman Allah yang berkaitan sumpah, Allah hanya mengambil kira apa yang sebenarnya diniatkan didalam hati, maka apa boleh saya katakan apabila abemus melafazkan Nauzubillahiminzalik, dihati abemus ialah: "aku berlindung dengan-Mu daripada yang sedemikian", secara umum.
2:225. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kamu atas apa yang hati-hati kamu mengusahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.
Saya pada satu waktu dahulu bila sebut tu, saya ingatkan MINZALIK tu macam sejenis makhluk ghaib yang berwatak negatif misalnya syaitan atau jin kafir. Tetapi bila saya selidik balik spt 316 terjemahkan, membawa maksud yang tergantung. Tetapi abemus Na'uzubillah bermakna "aku berlindung dengan Tuhan(illah)"atau "aku berlindung dengan Allah", bukan dengan-Mu, jadi kalau saya katakan,"aku berlindung dengan Allah daripada yang sedemikian", walaupun umum tetapi boleh disesuaikan dengan objektif kita. Betul tak abemus?
Lagi satu abemus, apakah suasana atau situasi atau keadaan yang sesuai untuk kita melafazkan lafaz berkenaan pada pandangan abemus? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 10-1-2008 02:56 PM
salam
yang itu
keluar dari mulut ke
atau terus dari hati????
mungkin ada beza kot disini!!!
Salam OB,
Biarlah apa yang meluncur diantara bibir itu berasal dari arus yang dibawa dari hati yang ikhlas. Tujuan saya menimbulkan pertanyaan ini supaya kita tidak hanya terus melafazkan kata-kata yang kita sendiri, samada tidak faham langsung atau tidak pasti. Sekurang-kurangnya selepas ini sesama kita dah tahu dan masing-masing bolehlah memikirkan cara terbaik untuk melafazkan sesuatu lafaz itu selari dengan hati kita. Pun begitu saya ingat lafazkan sahaja "aku berlindung dengan Tuhan(aku brlindung dengan Allah)daripada yang sedemikian" spt kata abemus atau "dari itu aku berlindung dengan Allah" spt saranan saya. Pada saya Allah menerima pengakuan kita itu walaupun dalam apa bahasa sekalipun asalkan kita fahamtahu apa maksudnya. Beza OB? ya, bezanya kita lafaz dlm bahasa yang kita mahir agar selari dengan hati dan diterima Allah. Ini sekadar pendapat saya dan hanya sah untuk saya praktikkan. OB dan yang lain adalah bebas untuk praktikkan apa yang OB fikir sesuai antara OB dan Allah.
Allahul'AleemulGhoib.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
memang bersesuaian mengikut tingkat kejadian
dan tidak ada salahnya
hanya selalunya
mulut membicarakan apa yg terlintas dihati
samada bertapis dek akal atau pun tidak
sedangkan hati perlu diBELENGU
HATI YANG PENUH BERNAFSU
dimana AKAL YANG TELAH DIBERI
membenteng hati dari terus dgn kerakusannya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 11-1-2008 04:45 PM
salam
memang bersesuaian mengikut tingkat kejadian
dan tidak ada salahnya
hanya selalunya
mulut membicarakan apa yg terlintas dihati
samada bertapis dek akal atau pun tidak
sedangkan hati ...
Salam,
Teringat satu senikata:
Walaupun kita hambaNya, tetapi merdeka. OB, jika kita fikir hamba kepada manusia, kita dikongkong dengan aturan ketat manusia. Sedangkan bila kita menawarkan diri untuk mnejadi hambaAllah, terasa begitu bebas(namun bukanlah bebas seperti binatang)unutk berinteraksi denganNya. Pada saya, biarlah mulut membicarakan apa yang difikirkan dengan semasak-masaknya oleh aqal lalu diiakan atau dipersetujui oleh hati, itulah orang yang percaya kepada Allah.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|