View: 2112|Reply: 17
|
WAHAI ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG, INGATLAH!
[Copy link]
|
|
Wahai saudaraku yang tidak bersembahyang, ketahuilah bahawa:
Sembahyang adalah tali penghubung antara seseorang hamba dengan tuhannya.Ia juga adalah amalan paling disukai Allah sebagaimana diterangkanoleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ImamAhmad yangbermaksud:
"Janganlah engkau meninggalkan sembahyang dengan sengaja keranasesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan Allah danRasulNya telah terlepas daripada dirinya."
Sembahyang Menghapuskan Dosa
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah mengampunkansegala dosa dan dengannya Allah meninggikan darjat seseorang?" Para sahabatmenjawab: "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda menjawab: "Menyempurkanwuduk meskipun ketika sukar (seperti dalam keadaan terlalu dingin),memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu sembahyang berikutnya setelah selesai menunaikan sembahyang sebelumnya, kerana yang demikianitu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melakukan ibadat berpanjangan." Diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Pendirian Sayyidina Umar dan Abu Bakar Terhadap Sembahyang
Tidakkah engkau ketahui bahawa Abu Bakar al-Siddiq telah memerangiorang-orang yang enggan mengeluarkan zakat sedangkan ia adalah fardu Islam yang kedua. Apa pula pandangan engkau jika mereka engganmenunaikan sembahyang sedangkan ia adalah fardu yang pertama?
Setelah Sayyidina Umar ibn al-Khattab ditikam, beliau tetap bersembahyang sedang darah keluar daripada lukanya. Beliau berkata: "Tiada bahagian bagi seseorang daripada Islam jika dia mensia-siakan sembahyang."
Ibadat Yang UnikTidakkah engkau tahu bahawa sembahyang adalah satu-satunya ibadat yangdifardukan di langit iaitu ketika berlaku peristiwa Isra' dan Mi'raj?
Sembahyang juga adalah wasiat terakhir Rasulullah saw kepada umatnya ketikabaginda bersabda yang bermaksud: "Peliharalah sembahyang... peliharalah sembahyang... dan berbuat baiklah kepadapara hamba yang kamu miliki... " Diriwayatkan oleh Ibn Majah.
Sembahyang juga adalah ibadat yang tetap mesti ditunaikan sama ada oleh orang yang sihat atau sakit, musafir atau muqim, kaya ataumiskin, bersalahan dengan haji, puasa dan zakat.
Sembahyang Adalah Keselamatan
Sembahyang menyelamatkan seseorang daripada seksaan kubur. Rasulullahsaw telah bermimpi bahawa seorang lelaki sedang diseksa di dalamkuburnya, kemudiannya sembahyangnya datang lalu menyelamatkannya. Diriwayatkan oleh al-Tabarani.
Sembahyang juga menyelamatkan seseorang pada hari kebangkitan semula. SabdaRasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara sembahyangnya, makasembahyangnya akan menjadi cahaya, bukti (keimanan) danmenyelamatkannya pada hari kiamat." Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Sembahyang juga menyelamatkan seseorang daripada azab neraka. SabdaRasulullah saw yang bermaksud: "Pasti tidak akan masuk nerakaseseorang yang bersembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum iatenggelam (iaitu sembahyang subuh dan asar)." Diriwayatkan oleh Imam Muslim.
WAHAI ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG, INGATLAH!
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang tidak bersembahyang, maka tiada agama baginya." Diriwayatkan oleh al-Suyuti.
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang asar, maka terhapuslah segalapahala amalannya." Diriwayatkan oleh al-Bukhari.
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba bersembahyang, segala dosanyadatang kepadanya lalu diletakkan pada bahagian kepala dan tengkuknya.Setiap kali dia rukuk dan sujud, segala dosanya itu akan jatuh berguguran."
"Perkara pertama yang dihisab terhadap seseorang hamba ialah sembahyang.Jika sembahyangnya baik, maka baiklah segala amalannya. Jika rosaksembahyangnya, maka rosaklah segala amalannya yang lain." Diriwayatkanolehal-Tabarani.
Sesiapa tidak menunaikan sembahyang kerana sibuk dengan kerajaannya,dia akan dibangkitkan bersama dengan Fir'aun. Jika keranakementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Haman. Jikakerana hartanya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Qarun. akerana perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubayy binKhalaf. Kesemua mereka di dalam neraka.
Ketahuilah bahawa:
Sembahyang adalah tiang agama. Ia boleh mencegah daripada segala perbuatan keji dan mungkar. Islam dibina di atas sembahyang, bersamadengan mengucap dua kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.
Ustaz Mohamad bin Ismail Sekretariat Pembangunan Belia ISMA Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jgn jadikan alasan tido utk tinggalkan dgn sengaja. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah dengar, kalau terbgn lmbt, lmbt camner pon, kene sembahyang jugak Subuh. tp pernah jugak dengar version laen, tak per tak sembahyang, sebab alasan... tertido. mana yg betul ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dulcy at 14-1-2008 08:10 PM
pernah dengar, kalau terbgn lmbt, lmbt camner pon, kene sembahyang jugak Subuh. tp pernah jugak dengar version laen, tak per tak sembahyang, sebab alasan... tertido. mana yg betul ?
btul .. saya pun confuse.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu saya, terus aje sembahyang Subuh. tak perlu niat qadha sebab dalam Islam tiada istilah qadha SEBENARNYA.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 juwaini's post
ye ke? camne pulak ngan semayang lain cth kalo kt mmg x berkesempatan sgt2 nak semayang zuhur.. kunun laa ms tu traffic jam dr pkl 1-5(cth jer) xyah qadha ke? act bnyk sgt pendpt sy dgr, tu yg confuse tuh..tul ke xde istilah qadha ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 kuih_muih's post
niat dgn jamak takhir...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 indah1285's post
o0o0o0.. boleh ke? w/pun perjalanan tu x smpi 2 marhalah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 kuih_muih's post
maksud tiada istilah qadha' tu ialah perbuatan menangguhkan dengan sengaja ke suatu waktu untuk solat.
contoh nanti ada pula orang tak sembahyang masa hari siang sebab kerja. nanti malam sampai rumah masa isha' pilun sembahyang zuhur, asar, maghrib sekali dalam waktu isha'.
untuk solat yang terlupus waktunya, eloklah ditunaikan dengan segera. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuih_muih at 15-1-2008 09:55 AM
o0o0o0.. boleh ke? w/pun perjalanan tu x smpi 2 marhalah?
yuupp..... back kt tred psl solat jamak kt belakang2 sana...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 kuih_muih's post
terima atau atau tidak, buat sahaja subuh walaupun bangun lewat, yg penting kita buat dan tawakkal,
hak Allah bagi menerima atau menolak tangguhan solat (terutama solat subuh) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 15-1-2008 10:27 AM
maksud tiada istilah qadha' tu ialah perbuatan menangguhkan dengan sengaja ke suatu waktu untuk solat.
contoh nanti ada pula orang tak sembahyang masa hari siang sebab kerja. nanti malam samp ...
ok ditunaikan segera tanpa niat qadha eh? kirenye kalo cam da termiss maghrib cthnye pkl 8.15. 8.15 tu kite solat maghrib tu tnpa niat qadha eh? semyg cam biase jer? |
|
|
|
|
|
|
|
still ramai kat opis nih yg x solat..... pelik gak sbb dorang pakai tudung tp x solat!!!
lg satu kalau takde istilah qada mcm mana solat yg tertinggal zaman kita remaja dulu ekk?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by leogal_1428 at 14-1-2008 09:39 AM
Wahai saudaraku yang tidak bersembahyang, ketahuilah bahawa:
Sembahyang adalah tali penghubung antara seseorang hamba dengan tuhannya.Ia juga adalah amalan paling disukai Allah sebagaimana dit ...
Wahai org2 yg tak sembahyang,ketahuilah bawahasanya maKbaPak korang perlukan anak2 yg beramal soleh utk mendoakan mereka di alam kubur nanti.
adakah korang nak tunggu diaorg masuk kubur baru nak doakan?
anak apa korang nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 indah1285's post
Boleh ye...aku baru tahu...aku ingatkan buat solat jamak ni bila dalam keadaan musafir dan kena lebih 2 marhalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 zamnie's post
samalah mcm tempat kerja mek..masalah nya siap cita berjemaah ngan suami dan anak2, tapi solat zuhur tak pernah lak nampak dia buat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 eastrun's post
aah kuih pun br tau... tp kan.. still rs was2 sbb selama ni igtkan mmg kn lebih2 marhalah jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by leogal_1428 at 14-1-2008 09:39 AM
WAHAI ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG, INGATLAH!...
Rujuk Surah Maryam (juz 16), Ayat 59 :
"Maka datanglah sesudah mereka, keturunan-keturunan yang melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan."
hmy3: Gerun bila baca ayat ni...!! Mohon agar ALLAH pelihara keturunan-keturunan kita agar sentiasa mengutamakan solat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|