CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daeng Parani 5 bersaudara

[Copy link]
Post time 19-6-2011 12:36 AM | Show all posts
salam warung kelapa,
warung kelapa dr keturunan kerabat diraja selangor kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 11:54 AM | Show all posts
fuel_i posted on 27-2-2009 07:54 AM
oooo..aku bugis dr keturunan daeng perani..err..bugis ape ye?

Assalammualaikum wbt.

Aku cuma nak tanya. Kalau2 ko ada jawapan utk persoalan aku. Ceritanya begini.

Dulu, masa aku kecik2 time cuti skolah aku habiskan masa dikampung dgn adik beradik aku. Jadinya, kami selalu la ikut tok, tokwan dll pegi bekebun atau rayau2 kampung (Kg. Sidam Kiri, Kedah). Bila sampai kat hujung kampung, ada kaw perkuburan. Dlm byk2 kubur, ada satu kubur lama yg terlindung kat perdu pokok sena yg sgt2 tua dan lama. Sampai kat situ, tok su aku mintak kami adik beradik sedekah al-fatihah sbb katanya itu kubur moyang kami.

Ok part tue habis kat situ. Masa pn berlalu.... kami pun setahun sekali baru balik kampung. Dlm satu tahun yg aku xsure tahun berapa, kubur yg dikatakan kubur moyang kami tue dah dibela. Eh, siap kain kuning lagi. Baca kat batu bersurat, rupa2nya kubur Allahyarham Daeng Parani. Bila tanya tok2 aku dorg semua senyum je. Xtau apa maknanya semua ini. Skrg bila masing2 dh besor, baru tergerak hati nk selidik asal usul sendiri. Betul ker kami ada kaitan dgn almarhum?

Tokwan aku Ishak Bin Saad Bin Hassan. Yang atas2 lg aku xtahu. Yg pasti, toknek aku iaitu Tok Saad ada mnyimpan satu lembing ker ape tah aku xsure. Dan bawah rumah pusaka kami bertaburan duit2 lama, duit gangsa bertulisan jawi (ini aku sendiri jumpa masa mngemas rumah pusaka tersebut). Untuk makluman lg, perkara nie xpernah dibincangkan sbb kata ayah aku semua tue xmembawa ape2 perubahan.

Ape pendapat ko?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 06:21 PM | Show all posts
Macam keluarga kami ada beberapa barang pusaka yang aku sendiri x tahu dari pada belah atuk (bernam) atau dari belah pompuan (Lukut)...

Barangnya cam Tombak 2 lok, Keris 7 lok...dulu barang ni letak bawah rumah...pastu dah hilang..so kalau korang ada barang2 lama ni simpan leklok sebab susah kalau dh hilang.

Macam duit2 lama tu ayah aku kata oyang pompuan aku tanam belakang rumah..tapi dah ada orang luar cari duit2 tu derang jumpa cuma duit pokok pisang...dalam 2 tahun lepas ada sorang Jawa ni datang dia kata ada harta kat belakang umah tu...maksudnya masih ada tersisa dan kami pun x berminat nak gali
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 06:36 PM | Show all posts
Aku try ar google pasal Tombak 2 lok tapi susah nak jumpa..yg aku jumpa Parajurit Bugis di Jogja ada gunakan tombak jenis ni


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 03:51 PM | Show all posts
nobito posted on 7-2-2013 06:21 PM
Macam keluarga kami ada beberapa barang pusaka yang aku sendiri x tahu dari pada belah atuk (bernam) ...

Aku xsure yg ada dlm rumah pusaka tue tombak atau badik. Sbb yg ada cuma mata jer yg dibalut dgn kain kuning. Tokwan aku anak sulung, ayah aku pn anak sulung. Abg sulung aku cuba masuk dlm rumah pusaka tue masa balik raya baru2 nie. Tp sbb rumah tue sgt2 uzur, xselamat utk diterokai. Ayah aku pn xsuka sgt benda2 mcmtue. Thats why semuanya kabur pada kami adik beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 06:44 AM | Show all posts
LaksamanaSunan posted on 8-2-2013 03:51 PM
Aku xsure yg ada dlm rumah pusaka tue tombak atau badik. Sbb yg ada cuma mata jer yg dibalut dgn k ...

Try ar buka  kain kuning tu..snap gambar then tepek gambarnye di sini..just nak tahu pamor dan lok dia camne..

boleh check kat muzium alam shah atau muzium kuala selangor...mumkin ada persamaan dgn senjata2 lama di Selangor

Yang aku tahu Tombak memang dimiliki setiap keluarga Luwu dan Makassar sebab digunakan dalam mengarak pengantin sebelum bersanding
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2013 06:57 AM | Show all posts
Aku sebenarnya x suka dgn perkataan Bugis ni...sebab Bugis ni perkataan yang x wujud dalam bahasa2 Sulawesi Selatan...malah x wujud dalam Lontara...

Bugis kalau dieja dalam Lontara mungkin akan berbunyi Bugi, Bugisa atau Bugisi...

Perkataan Bugis sekarang neh dah jadi alat mainan untuk menarik simpati keturunan 5 Opu dengan nasib orang Bugis di Sabah dan Indon sedangkan Bugis di sana bermaksud suku Wajo dan Bone (penutur bahasa Tau Ogi)...yg mana mereka tu x rapat dengan moyang2 kita masa dulu yg bertutur dalam bahasa Mangkasara (To Mangkasara) dan Taeq (To Luwu)
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 06:58 AM | Show all posts
harungemang posted on 21-1-2010 05:40 PM
siapa tahu daeng chelak khawin brape? yang tertulis cuma ada 2 anak. tp yg xtertulis ada x?

ada...kalau x silap nama anaknya yg lain Raja Perak...kenapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 07:04 AM | Show all posts
Bugis kalau di Sulawesi Selatan bermaksud orang2 yang menyokong Belanda dan menyerang orang yg seagama dan sebangsa untuk kepentingan peribadi...itulah Bugis...Bugis juga adalah orang yg suka menjarah kubur2 Toraja sedangkan orang Luwu bersahabat baik dengan Toraja walaupun berlainan agama.

Lebih baik kita kata keturunan 5 Opu berbanding keturunan Bugis....macam Najib dia x termasuk dalam keturunan 5 Opu...busuk yg Najib bawa, kita pun terkena padahal 5 Opu dari Luwu yang sudah hampir dengan Tana Toraja dan Sulawesi Tengah..sgt jauh dari Bugis
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 06:27 PM | Show all posts
Keris Bugis 7 Lok

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:58 AM | Show all posts
LaksamanaSunan posted on 7-2-2013 11:54 AM
Assalammualaikum wbt.

Aku cuma nak tanya. Kalau2 ko ada jawapan utk persoalan aku. Ceritanya be ...

kalau saya bikin muzium keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:40 PM | Show all posts
LaksamanaSunan posted on 7-2-2013 11:54 AM
Assalammualaikum wbt.

Aku cuma nak tanya. Kalau2 ko ada jawapan utk persoalan aku. Ceritanya be ...

w'salam wbt..
kalau dh tokwan ang kata tu kuboq moyang ang..sah la kot ang mmg keturunan Daeng Perani.aku dah buka salasilah & cuba cari nama2 yg ang bg tu tp malangnya kat aku yg ada cuma salasilah sbelah kluarga aku.yg belah lain x brapa lengkap.
ok la..aku cerita skit la mna yg aku tau.hasil pkahwinan daeng perani / tunku aishah lahirnya wan idris.pastu anak kpd wan idris ialah wan chik abdullah. wan chik abdullah ni ada 5 org anak iaitu wan jusoh,wan jaafar,wan kassim,wan hanafi dan wan saadiah.dari wan jusoh lahir plak fatimah,siti aishah dan abdullah.dari wan jaafar lahir plak wan yah,wan hussain,wan ahmad,wan ishak dan wan hassan.aku ni dari keturunan wan jusoh dan kebanyakan kami ada di aloq staq.kuboq wan chik abdullah dan wan jusoh ada di akaq peluru aloq staq.

dah kalau dok blk ziarah makam daeng perani kt sidam kiri tu,cer try tanya org2 kg situ.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:26 PM | Show all posts
fuel_i posted on 1-3-2013 02:40 PM
w'salam wbt..
kalau dh tokwan ang kata tu kuboq moyang ang..sah la kot ang mmg keturunan Daeng Pe ...

Yg kat Kampung Sidam Kiri tue mmg sanak saudara aku la tue.

Xpa.. Aku cuma nk penjelasan dari sudut lain kalau ada. Sbb aku difahamkan, almarhum ada berkahwin dgn penduduk tempatan. Itu yg aku nk clarify kalau2 ada yg tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 04:21 PM | Show all posts
LaksamanaSunan posted on 1-3-2013 03:26 PM
Yg kat Kampung Sidam Kiri tue mmg sanak saudara aku la tue.

Xpa.. Aku cuma nk penjelasan dar ...

oooooo...daeng perani berkahwin dgn tunku aishah binti sultan abdullah mukarram shah 1,sultan kedah ke-17.org tempatan?maksudnya org kg sidam ka apa?yg aku tau dia bkn dok situ pun..jenazah dia bawak pi tanam situ pun secara rahsia.lepas pada tu baru anak cucu dia p menetap kt kawasan sekitar makam dia

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 11:53 PM | Show all posts
fuel_i posted on 1-3-2013 02:40 PM
w'salam wbt..
kalau dh tokwan ang kata tu kuboq moyang ang..sah la kot ang mmg keturunan Daeng Pe ...

Salam,

Saya Abg kepada Laksamana Sunan....
Yang ayah saya selalu cerita dulu ayah saya tinggal bersama nenek saya di kampung....
apabila bertutur sesama mereka mesti guna bahasa istana....

Saya mungkin akan kesana untuk ambik tombak tu....nanti saya akan post...
Untuk pemgetahuan....Arwah Tok Jang saya dah meninggal tahun lepas...ramai keturunan Opu datang untuk ziarah...
Al-Fatihah untuk beliau....
Last edited by safrie2118 on 3-2-2014 12:11 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:15 PM | Show all posts
Bini gua org merlimau, mak dia ckp dorg keturunan raja riau, bila gua fikir balik kalo melaka raja riau ialah Raja Haji anak Daeng Chelak..mak dia pun ckp yer moyang dia Raja Haji..arwah nenek bini gua byk tanah dari serkam smpai sungai rambai sempadan melaka muar..tp dah byk dicuri2 org tak berkaitan..rumah lama arwah nenek dia pun berdiri tegak lg sebelah rumah kami duduk skg tepi jalan lama melaka muar nama lorong Haji Adam..nama lorong Haji Adam tp geran tanah tu curi keturunan nenek bini gua dan terus buh nama lorong Haji Adam..dia ckp dlm rumah Haji Adam tu ada lembing Awang pulan ke Dayang kat atas bumbung..tah dia ckp keturunan dorg ada kaitan dgn Dayang..sejarah ckp lembing awang tu hadiah dari raja gowa kira bugis la kan..bini gua suh tgk kalo nk sbb xda waris muda dlm rumah tu..kira lorong Haji Adam skg gua abg long rumah paling depan sekali..dalam adik beradik mak mertua gua keturunan bugis Raja Haji..tp gua xnk tgk lembing tu nti jd ape2 hal susah lak..kang silap2 gua pulak jadi raja..dah la gua abg long..rumah lama nenek dia pun ada penjaga..tahun 90an dulu waris2 dr riau dgn kain kuning dtg situ mintak nenek dia balik riau tp nenek tepuk tiang seri bergegar rumah tu dia xnk..sape niat nk curi kat rumah tu nti nmpk ada org tua isap cerut kat kawasan tu..keturunan dia xkacau termasuk gua waris laksamana tuah dr muar..hehe..nobito apa kata lu tlg cek salasilah drg..nk tgk lembing jom..gua sorg xnk nti gua jadi raja pulak habis..dah la gua org negeri muar berdaulat sultan ali..mau pening kerabat selatan kang..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 09:19 PM | Show all posts


bila gua baca ni kira mmg bini gua dari jalur daeng chelak sbb mak dia ckp dorg keturunan raja haji..betul kan nobito?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:23 PM | Show all posts
gua tak jadi raja pun dpt kawin keturunan raja pun jd ler, patut la bini gua lawo kerap mimpi pelik2 mcm gua sebagai waris laksamana..smpi skg ktrg xdo anak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 04:25 PM | Show all posts
Tuah badan dapat anak raja ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050785 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list