|
Munafiq ialah sifat dan amalan yang dilahirkan seseorang berupa sifat dan amalan orang Muslim pada zahirnya sahaja sedangkan pada hakikatnya dan hatinya tidak sedemikian dan jika sekiranya apa yang tersembunyi dihatinya itu berupa perasaan yang tidak menafikan Iman maka tidaklah menjadi kufur. Apa yang menjadi perbincangan kita ialah jika sekiranya terdapat perasaan yang menafikan Iman walaupun lidahnya berikrar maka dia tidak akan beriman disisi Allah SWT tetapi di kalangan kita dia adalah orang Islam, bermua抋malahlah dengannya sebagai seorang Islam selagi tidak lahir kekufurannya. Sesungguhnya Allah swt hanya memberitahu kepada kita tanda-tandanya sahaja dan terserahlah kepada si munafiq itu untuk menyedari bahawa sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dihatinya.
Di antara ayat yang mendedahkan sifat-sifat orang munafiq ialah Firmah Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 8-16 :
"Diantara manusia ada yang mengatakan, "Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat," pada hal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman padahal mereka menipu diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Didalam hati mereka ada penyakit, maka Allah menambah penyakit kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih dengan sebab apa mereka dustakan. Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi." Mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang yang melakukan kebaikan." Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain yang telah beriman," mereka menjawab, "Adakah kami beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang bodoh itu?". Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman mereka mengatakan, "Kami telah beriman.". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan, "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok sahaja." Allah akan membalas olok-olok mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntunglah perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
Salman Rasidi
Taslima Nashreen
[ Last edited by hammer at 18-1-2008 08:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellowfin at 18-1-2008 08:47 PM
adakah ini juga antara ciri2nya pak sheik?
http://www.youtube.com/watch?v=VjhbZVJyp3o&eurl=http://videokpmu.blogspot.com/2008/01/anwar-ciri-ciri-orang-munafik.html
apakah hang faham apa itu munafik?
munafik adalah pada zahirnya seperti org beriman pada islam tyetapi dalam hatinya membenci apa2 saja datangnya dari ajaran islam...dan masih bergaul dgn org2 islam dengan membunyi kekafirannya.
apa kena mengena dengan tayangan yourtube ini....
anuar tak pernah menghina islam sebagaiman org umno hina islam..
dia tida pernah mengatakan islam itu tidak sesuai dan sebagainya..tetapi dikalangan org benar umno memang perkara biasa..sila baca2 post mereka dalam forumer dalam CI...
aku harap hang tidak munafik!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 hammer's post
oitt!! melenting pak Sheik..?
ana cuma nak tanya saje adakah itu juga ciri2 munafik seperti yg tertera pada tajuk video itu..
sekadar bertanya pun mcm nak dituduh munafik ye pak sheik..?
Sabar pak sheik sabar.. lari jemaah nnti kalo pemberi takzirah bersifat seperti itu apabila ditanya soalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau orang yang merasakan dirinya lebih Islam dan beriman daripada orang lain pulak... itu kira golongan apa pula? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bincang bab munafiq ni memang takut..adakah dalam diri kita ini ada sifat munafik? apakah dalaman kita sama dengan luaran? sifat munafiq ni macam satu sifat kepura2an., macam di depan orang tu kelakuan kita lain, di belakang org tu kelakuan kita lain pulak..
[ Last edited by Bruxelle at 19-1-2008 10:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Bruxelle's post
agreed with U........sifat munafik ini akan menghapuskan amalan soleh yg kita buat..........Allah sediakan neraka yg paling bawah......bagi mereka yg munafik nih........Ya Allah...jauhkan dlm hati kami w/pon sebesar zarah akan sifat2 tercela ini.....aaminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Munafik ke , kafir ke , fasik ke semua pun makhluk Allah
Apa nak pelik sampai kita nak label-labelkan orang
Kalau Allah tak nak ada orang munafik dalam dunia ni , nescaya dunia tiada orang munafik
Kalau Allah tak nak ada orang kafir dalam dunia ni , nescaya dunia tiada orang kafir
Tapi kehendak Allah berbeza , Allah membuat sesuatu dengan ilmu , kita lak menghukum kerana nafsu |
|
|
|
|
|
|
|
sifat bagi orang munafik itu telah jelas, dan balasan bagi mereka yg munafik juga jelas.......jadi kenapa kita war-warkan.....itu sumer peringatan bagi yang mahu ingat.......pilihan telah diberi......amaran telah pun diberi........pilihlah antara madu dan racun........ |
|
|
|
|
|
|
|
terlepas ke masing2 dr jadik munafik?sendrey maw ingat la,kalo maKbaPak masih ada dia org blh ingatkan,tp kalo yg maKbaPak dah bercerai tu?takkan jiran yg kolop nak igtkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 hammer\ catat
semoga kita tergolong dalam golongan orng2 yang bukan munafik..azab Allah kita tak tahu......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 hammer's post
Sifat-sifat tu ada dalam setiap insan..cuma kuat ke tak je sifat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AniSani at 19-1-2008 03:01 PM
Munafik ke , kafir ke , fasik ke semua pun makhluk Allah
Apa nak pelik sampai kita nak label-labelkan orang
Kalau Allah tak nak ada orang munafik dalam dunia ni , nescaya dunia tiada orang mu ...
bukan suruhan Allah supaya manusia jadi munifik kafir dan pasik..tetapi kita sendiri memilih jalan2 tersebut...jgn salahkan Allah apa yang dilakukan olih hambanya...jalan kebaikan telah disedia olihNYA... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellowfin at 18-1-2008 08:47 PM
adakah ini juga antara ciri2nya pak sheik?
http://www.youtube.com/watch?v=VjhbZVJyp3o&eurl=http://videokpmu.blogspot.com/2008/01/anwar-ciri-ciri-orang-munafik.html
apa kena mengena vedeo anuar dgn ciri2 munafik..? |
|
|
|
|
|
|
| |
|